Friday, April 1, 2011

Miliki rambut bersinar ibarat diamond ring




cantik kannn pompuan tu.. cute gila..(ok, aku bukan lesbian) sebenarnya aku nak korang fokus pada rambut dia.. shiny kan? cam pinggan mangkuk baru lepas cuci guna sunlight. ahahah. kita umpama kan rambut bersinar cam diamond ring. semua org pun tahu betapa berkilau nya diamond ring. kan? kan? sekarang cuba bayangkan. ok, kesat sket air liur tu.. jangan obvious sgt mata duitan.


rambut adalah sesuatu, eh bukan rambut adalah aset wanita. yeke? bg yang free hair, rambut ikal mayang mungkinlah ini aset penting. tapi sebenarnya banyak di antara kta yang memiliki rambut yang tak sihat. salah satu daripadanya mesti ahh aku. ahhaha. tapi aku bukan sebab tak sihat gila. sebab mmg gen aku rambut bukan ikal bak iklan sunsilk tu. rambut i wavy, curly merly kasar bak dawai. yang penting tak pernah ada kutu mahupun kelemumur ibarat salji.


sebenarnya banyak cara nak memiliki rambut sihat. kalau orang yang tak berapa nak berduit sangat cam aku ni. mengunakan bahan bahan semulajadi adalah pilihan utama aku. yela, kalau nak gi yun nam beribu-ribu kot. manalah ada duit sebanyak tu. lainla kalau taukeh kilang biskut. so pilihan yang aku ada, adalah melalui pemakanan.


sebenarnya, kalau kita bijak (nak kata diri sendiri bijak sebenarnya) kita tak perlukan rawatan intensive pada rambut. melalui makanan pun cukup, selain daripada ada manfaat pada rambut, kita juga bagi manfaat pada badan kita. cam air nescafe, 3 in 1. ha, cam tu lah umpama nya. makan satu buah tapi faedah nya banyak.


so antara superfoods yang pakar kesihatan suggest, aku amik yang paling mudah lah untuk korang dan aku sendiri praktikkan.


1. Makan makanan berprotein


Rambut kita mmg memerlukan protein. So, kalau korang masukkan sikit protein dalam makanan seharian korang pun dah ok sangat dah. memang akan buat rambut jadi tebal dan kuat. nak cabut pun kena guna kabel. hahaha. ok tipu. ok, contoh protein yang paling senang lah kan, aku tahu mmg ramai orang pemalas kat malaysia ni, adalah soya, telur dgn kekacang. buat perubahan kecil, minum air soya. kalau tgh jln2 nampak air soya, beli! small2 things ni kalau kita rajin, lama2 nampak jugak hasilnya. kalau rajin laaaa kannnn. beli air soya je, bukan aku swuh makan ikan salmon ke apa.


2. Vitamin, vitamin dan vitamin!


Kalau cakap pasal vitamin, mesti korang akan terfikir, vitamin yang dalam botol tu kan?? yang harga ratus ratusan. hahaha. TIDAK! lupa keee amni ni tidak berapa berduit. hehe. Antara vitamin yang bagus untuk shiny hair ialah vitamin A. so, korang boleh dapat dari sayur cam kerot. eh salah carrot. skrg fikir, makan carrot baik untuk rambut, untuk mata jugak kan? see... 3 in 1 lagi.. hehe. vitamin A boleh mencegah rambut gugur. mmg stress kan rambut gugur. sebab utama stress ialah kena rajin menyapu rambut. (malas sebabnya) haha. ok, vitamin lain ialah C dgn E iaitu anti oksida. so korang boleh dapat dari bayam. sedapnyaaaa bayam. ha sng tak? beli kat pasar baru seringgit seikat. tak cukup murah ke tuuuu???


3. makanan hijau. sayur hijau. air hijau. ok tipu


mesti semua orang tahu betapa baiknya sayuran hijau kan? sayur warna lain pun baik gak. hehe. tapi lebihkan sayur hijau ya. sayur hijau ni kaya raya dengan vitamin A dan C. apa guna nya vitamin ni wahai amni??? ok, vitamin A and C ni penting untuk badan kita nak produce kilauan pada rambut melalui minyak. bukan minyak masak ataupun minyak rambut. ni minyak asli dr rambut kita. minyak asli ni mengandungi dos iron yang tinggi. baik kan??? so bermula lah makan sayur hijau. aku ingat lagi cikgu sains aku masa sekolah rendah pernah kata, siapa yang tak suka makan sayur, amik kuah sayur tu pun ok. masih ada vitamin dia. tgk, mudah kan? amik kuah basah2 kan nasi tu pun ada vitamin.


4. Susu


Produk tenusu seperti susu adalah sangat kaya raya dengan protein2 penting. termasuk lah kalsium yang akan membantu membina pertahanan untuk pertumbuhan rambut. kalau minum susu bukan setakat rambut cantik, tulang2 pun elok kan? tapi jangan pulak korang minum susu ibu..euwwww..dah tua bangka masih bergayutan. HAHAHHAHA.



sapa minum banyak susu, rambut jadi putih. ahhaha. cantik kan rambut dia?



5. Kekacang



Aku bila sebut kacang mesti risau. sbb takut naik jerawat. hahaha. tapi yeke teori tu? entah. aku pun tatau sebenarnya. layannn jelah. lagipun kalau makan kacang banyak2 tak elok gak. kolestrol tinggi tak silap aku. yg pentingnya semua kena sederhana ya. ok, kekacang jugak elok untuk rambut diamond ring ni. kebanyakkan kacang boleh improve kesihatan kulit kepala dan rambut especially Brazil nuts. selain dari tu, walnuts plak kaya dengan omega-3 dgn vitamin E. bagus kan? kalau nak senang, buat kacang ni cam snack. tapi jgnlah makan banyak2. nnt jadi lain pulak. apapun yang kita buat kena sederhana okay?


CUBA SLOW SLOW YA. BENDA TAKKAN JADI DALAM MASA SEHARI DUA. YANG PENTING KENA RAJIN :)


2 comments:

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...