Saturday, September 10, 2011

London Weight Management

SALAM!!!



Haiiiiihhh (belum start entry dah mengeluh dulu) Ceritanya begini, petang khamis, aku dapat SMS mengatakan aku dapat free treatments from London Weight Management. Dapat 3 treatments for FREE!!! So, aku pun gigih call, nak buat appointment. Zasss dengan excited nya aku buat appointment. (9 september 2011) pukul 2.30 petang.



Sesampai nya aku di sana, cam biasa lah, "Miss, can I have your IC pelisssss" Pastu aku duduk jap.



ni lak makcik berlemak tu. *EMO*



Pastu, consultant aku pun datang. Dia pun bawak aku gi timbang berat dan ukur tinggi, tinggi saya 155cm, berat aku 55kg. Ye aku GEMUK. tapi still normal. Pastu aku di bawa ke bilik konsultansi untuk membebelkan padaku psal kegemukkan. Aku mmg dah biasa dah dgn step2 ni, dah fahammmmm sangat.



bilik konsultansi



Pastu dia suruh aku bukak baju. Aku pun bukaklah. Dia analisis badan aku. Ni part paling hanjeng sekali. Antara ayat2 dia yang di lemparkan pada aku :



1. " You ni muka comel tapi pendek dan gemuk"
2. " Kaki you macam kaki gajah (T.T)"
3. "Macamana you boleh hidup? Ada confidence ke badan macam ni?" HOJAQ!
4. " You ada credit card tak? "
5. " Baik you buat treatment sekarang, nanti lagi 2-3 tahun, you boleh jadi 100kg"
6. Your buttocks 38? Problem besar tu. Sepatutnya dengan umur you kena 20-26 je. (Aku dalam hati, kau ni bengap ke apa, agak2 lah ukuran bontot 20-26, megan fox pun aku rasa tak dlm lingkungan tu)
7. Dan yang paling hanjeng sekali, " You badan macamni ada bf ke?"



HOJAQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ!!!!!!!!!!!!!



Tapi aku rileks, dalam hati je cakap hojaq, nama dah la kinky. sebab aku dah biasa dengan taktik2 kotor ni, aku tepis satu persatu dengan tenang. YANG PENTING AKU DAPAT FREE TREATMENTS. WAKAKAKKAKA.



suka aku tgk gambar ni. (nampak sgt gatal, bkn nk focus pd tulisan, tp punggung comel tu yang aku nampak dulu)



Pastu, dia kipas2 lagi aku, adalah dekat 30 minit. Siap suruh mak aku bank in duit lah. Cam haram. Pastu dia kata dia nk tgk ATM card aku. aku pun layankannn jeee. tapi sebenarnya aku dah bg ATM card aku kat adik aku. sbb dia nk withdraw duit. Aku pun buat2 lah cari dlm purse. Dengan selambe kodoknya, dia bangun, siap tolong cari sekali. selak2 bagai. I was like OMGGGG!!!!! ini sudah lebeyyyyy.



Aku tekan kan pada dia yang aku memang taknak buat treatment pun. Mahal kot, 30 ribu. gilakehape. lain lah kalau aku ni CEO, mmg aku beli semua mesin tu letak kat rumah aku je kannn. Pastu dia keep kata kaki aku kaki gajah. Ada aku kesah??? Lepas beberapa kali cubaan nak jatuh kan self esteem aku, dia GAGAL. aku tetap taknak, then dia buat muka kelat gila. Terus dia bwk aku g buat treatment2 tu.



Standard lah pemandangan ni. (bilik2 rawatan)



loker, sinki, tempat salin baju



Aku dapat free steam bath, hot blanket, dan machine apatah.




Tempat steam bath.



1. Steam bath


Aku ingat ni cam ok lah. Sekali aku masuk je. Keluar wap banyak gila panas nak mampus. Macam dia tengah buat Sup perasa AmniLemakBanyak. Ini first time aku masuk steam bath, maybe aku tak biasa lagi. Tapi sumpah aku cam nk kena asthma attack. Last2 aku bukak pintu tu. HAHAHAHA. Terlalu panas sampai kulit aku jadi merah2. Apani orang beriya nak tan, aku jadi merah. LOSER. Pendapat aku, aku tak tahan steam bath ni sbb wap yang keluar tu buat aku rasa sesak, maybe sebab aku ada asthma. Bagi yang takde, maybe ok. Tapi peluh jangan cakap. Gelimat.


Faedah dia bg ko berpeluh. Kalau orang gemuk air, ini bagus kata si Kinki.



2. Hot Blanket


Consultant bawak aku masuk bilik rawatan, dia suruh pakai G-String je. Pastu baring atas katil, dia balut aku dgn towel selapis, pastu dia balut aku dengan plastik satu badan, pastu dia balut lagi dengan towel, pastu dia balut aku dengan hot blanket ni. Pastu dia kata, "You tidur eh" Aku pun tidur, sekali tetbe aku rasa panas GILAAAAAAAAAAAAAAA!!! Macam aku kena panggang.


Terus aku terjaga, gerak2 kan badan aku. macam nak bg angin masuk. Pastu kinki masuk, suruh aku beli treatment lagi. Sempat lagi kata kaki aku gajah. Lepas beberapa minit, sumpah aku tak tahan, aku bukak pintu bilik rawatan tu, last2 ada consultant lain tny aku, "Panas sangat ya?" Dia tolong aku bukak. Aku bangun je, aku rasa berpusing. Nak jatuh. Pastu consultant tu tanya, "You pening?" Aku angguk. Dia kata baring dulu baru mandi.


Tapi masa tu, badan aku sangat basah dgn peluh. Memang tak selesa. Aku gagahkan diri untuk mandi dan aku muntah. Lepas tu aku balik kat bilik rawatan tu, aku baring. Aku bukan apa, kalau aku dah berpusing tu, aku cuma takut tekanan darah aku rendah. Memang CONFIRM aku boleh pengsan. Masa tu aku fikir nak balik je.


Pastu, aku cakap dengan si kinki, " I nak balik, no need the machine treatment". Dia pun merelakan aku pergi dengan muka kelatttt. Sebelum aku blah, dia bg card dia, dia cakap lagi datang lah kalau nak kurus cantik. Aku pun sengih je. Dia kata, " I tak tahu nak cakap apa lagi dengan you" AHHAHAHAHA dah tatau nk ckp apa DIAM! Ko katalah aku cam dinosaur pun aku tak lah bodoh nak bayar 30 ribu.


Faedah dia ialah menaikkan kadar metabolism.



tempat rawatan machine


3. Rawatan Machine (Tak buat)


Dia kata datang lg nnt buat appointment lain. MMG TAK AH AKU NAK DATANG.



Setelah melalui pengalaman ni, aku rasa, aku tak pergi kot tempat2 camni. Sebab masa aku buat benda2 semua tu, aku rasa macam aku terseksa. SERIOUS. Aku lagi suka bersenam, makan secara moderate dan enjoy my life. Itu bg aku, memang benda ni cepat, tapi entah. I don't think benda2 camni bagus. Aku fikir nak buat sesuatu tu tak harm diri aku. Ni sampai merah2 kulit aku mcm udang dah. idok lerrrr..



Sebab kedua, MAHAL. aku mmg gaji tak byk. and aku mmg tak mampu. Tapi kalau aku fikir balik lah. Katalah kena bayar rm 30 ribu kan, compare to ko gi regis Gym ke, lagi murah and lagi sihat. tapi siapa yang banyak duit and nak jalan pintas, YES, di persilakannnn..



Tapi ada certain things yang dia bgtahu :



1. 70% ada peratusan dlm badan kita di miliki oleh metabolism rate. Means kalau nak lose weight cepat, naik kan metabolism. Then boleh lose weight cepat.


2. Dia kata kalau ada bahagian2 dlm bdn kita yang mcm hitam2, tu makna nya ada toksik. Contoh paling hampir ialah ketiak. Terus aku tgk ketiak kinki, alaaaa hitam jeee. AAHAHHAHAHAHAHHAHA



Last but not least, aku bukan nak burukkan LWM, cuma bagi aku, kalau ko professional, kau tak payah nak cakap buruk2. Benda2 camni sangat simple, kalau memang orang nak beli product kau, mmg dia akan beli, takyah paksa punnnn. Nasib baik sebelum aku g, aku ada buat research pasal LWM punya customers feedback, mmg majority buruk. siap ada forum. HAHAHA. and most of them rekomen Mayfair. Entahlahhhh.. Kalau pendapat aku, aku prefer the healthy way, bersenam sudehhh.


okbye.



19 comments:

  1. hahaha.. 1st mmg akak nk ckp congrats amni sbb tak terpedaya dgn taktik marketing dorang.. mtk kad bagai.. srh apply installment credit card la.. so lps ni jgn la cpt sgt terpedaya.. btl la tu xde 30ribu baik x pyh bt.. siap mtk srh mak bapak support byr kan la.. bodoh ke ape ingt sng2 kite nk abes kn duit mak bapak bt benda2 cmni..huhu..
    bkn stakat treatment je.. 1st day treatment tu mmg bt 3 steps tu.. next appoitment dia akan srh kite beli produk plak.. bkn nye murah.. dia ckp bt treatment je x ckup, u kne ambik produk br nmpk kesan yg cepat.. dgn cara yg same srh kite apply credit card.. maknenye buat pkai mesin tu mmg x kurus la.. takat kuar kn air peluh ngn air kencing dr bdn je... last2 srh ambik produk (minuman)..
    so kesimpulannye jage la pemakanan kite & rajin2 la bt exercise sendiri.. tgk je biggest loser cara mcm mane dorang bleh kurus.. sudah.. hehe

    ReplyDelete
  2. betul.... saya dh masak sgt kak. mmg taktik derang akan down kan kita supaya kita beli brg derang.. kopi dia mahal kakkk tak mampu. tp mmg taknak pun..klo free blhlah hehe

    ReplyDelete
  3. salam,

    pertama nk komen berat 55 Kg aku rasa biasa je kot bagi orang pompan.walau pn nmpk mmg berisi bahgian punggung hang 2 wkwkwk

    Steam bath - aku rasa si kinky tu marah kot sbb tulah seksa hang kt steam bath hahahhaha,aku steam bath juga,,tapi biasa2 jak kalau panas sgt tu terlebihh wap dia keluarkan!!!

    weyyy amni mana gambar kinky / kekah kasi up lah :P

    london weight / yun nam /new york skin,, dan seangkatan dgnnya semua adalah scam, kebulur dan desperate untuk korek duit dari customer.Amoi hancing xmandi bersih & xda maruah.muka tembok harap je cantik tapi perangai hancing

    bagus lh hang ni pandai buat research sblm mmbuat suatu keputusan,xmcm sesetengah org,pendek akai skit nmpk
    iklan hu ha hu ha terus ghairah nk cuba ,last2 duit lebur kekeke

    wslm

    -ur fan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahahhahahha! kwaja eh kata bontot aku besor! :P

      thanks sbb baca :)

      Delete
  4. Salam... Saya dapat free treatment tu jugak.. For your opinion, patut x saye pergi or just ignore it?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi. tapi mmg kena kuat sbb dia mmg akan down kan u smp buat u terfikir nak ambil next treatment. sorry late reply. tak pasan :P

      Delete
  5. sy pun slalu g free treatment camtu....saja je nak try benda mahal...dah lali dgr kutukan n cara dorg promosi...memaksa je sambil hina2 org..peduli ape,,yang penting free....hahahaha..sape suruh bg fre treatment kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg... ada aku kesah kann nk kutuk.. yg penting merasa.. hahaha good job!!!!

      Delete
  6. saya baru je pergi free treatment. hb beli kupon rm10 for 2x rawatan. rawatan dia ni ok juga sbnrya tp kena ikut peraturan juga... kalau x ikut hari2 duduk dlm machcine dia tu x trn juga...rawatan ni lebih bernilai pd yg byk duit dan disiplin serta mempunyai masalah kritikal. siapa nak pergi free treatment ni kena ada semangat yg kuat utk tidak diperdaya dgn bayaran yg mahal. tipsnya.. jgn bawa kad kredit or debit, kalau dah berkahwin jgn sesekali bgtau dtg bersama suami...pastu buat2 simpati kata i mmg suka dgn pakej u ni tp i xda byk duit.. dan financial terhad...jd dari pakej yg berpuluh ribu dicadangkan tu akan jd lebih murah dan murah selagi kita kata x mampu...dorang mmg pandai psiko.. x cukup sorang akan ada lg yg dtg psiko cerita pasal kesihatan..dari pakej rm20k ..pujuk2 dan pujuk last sekali dia bg rm600- inclusive treatment 5x.. steambath for lifetime, free product minuman worth 250 katanya..dan 1 kali free treatment for birthday. so total sy bayar rm610 utk 7 kali rawatan dan product...seterusnya produk yg dia guna tu ssemua sy ada di rumah... mcm sauna fir, minyak lavender , scrub dan ampoule yg harganya jauh lebih murah dan jimat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh bagussss.. so skrg dah turun berapa kilo??? sorry lambat replyyy

      Delete
  7. saya pun dah terpedaya. tapi saya dah bayar duit RM500.00 melalui kad ATM. Adakah caranya untuk dapatkan duit tu balik sebab saya x habis buat treatment sebanyak 5 kali tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm rasa nya tak boleh kot.. sbb ada sain pape tak? kalau ada rasa takleh.. napa tak habiskan??

      Delete
  8. Betul ke nie? Harga smpai rm30rbu ke?mahalnye.....

    ReplyDelete
  9. Camaner wa nk usya lu amni

    ReplyDelete
  10. Amni...I kn dh byr RM5, 400 untuk 15x treatment...ms evon my consultant tue kater dah hbs mughahhh RM10, 800 klu total 30x treatment.tp kt xbayarla full lg sbb kt pening tiap kali kt dtg jer der jer nk nmbah2 treatment so suh n pkse kt byr lebih lak...tp mmg mulut dia lahabau la.buat2 muker klu kt mnjawab.

    ReplyDelete
  11. Saya nak tanya saya dapat bauncer dari london weight management sbnyk rm508,,patut pergi atau biarkan???sebab saya fah buat appoiment...

    ReplyDelete
  12. saya ada dapat jugak voucher LWM ni 4x treatment rm 30 ringgit..tapi dah 2 bulan lebih buat appointment asyik tak datang je sebab tak berapa nak confident nak pegi..lepas baca feedback ni lagi lah langsung tak confident.. 😂 tapi orang dari LWM asyik call je.. kalau buat tak tau je boleh tak? takut jugak sebab diorang dah ada no ic kan..

    ReplyDelete
  13. saya member di LWM sejak 2013 dengan tawaran free treatment 5kali, free sauna for life, birthday treatment, launching new treatment/ machine dengan bayaran rm 500.
    tapi tahun ini last saya pergi sauna, salah satu consutant cakap takde lagi free sauna, klo nak bayar rm600 untuk 30x sauna. free for life =3 1/2 tahun???
    buat laporan ke kpdnkk, nak bukti tertulis bahawa ada free sauna for life baik dalam bentuk SMS, WHATSSAP, ataupun DOKUMEN dari LWM baru leh buat tuntutan.
    SESIAPA YANG ADA BUKTI TERTULIS, BOLEHLAH TOLONG UPLOAD KESINI, PLEASE...


    ReplyDelete
  14. Hari tu dah bayar rm28 for the treatment. Lokasi kat level 2. Tapi I kat level 1 lgi walaupun waktu treatment dah dekat. Gigih pergi sana pagi2 walaupun kerja shift petang😂 Bila dah belek2 feedback banyak yg kata nanti kita kena bayar tu bayar ni offer tu offer ni. So, memandangkan I dah ada pengalaman kena scam memang tak ler kan nak pi kurus kat situ. I jenis yg susah nak tolak ajakan org. So before perkara2 yg tak diingini berlaku, I tak pi lah treatment rm28 tu. Dari rm28 nanti jadi lain pulak. Kalau rasa diri tu gagah nak menolak pujukan itu ini, boleh try.

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...