Monday, May 26, 2014

RS and AJ #2 - Clingy Wife



SALAM!!!!



Ada haritu Wan cakap dia nak pergi stadium tengok bola Selangor lawan JDT. Memula aku cam rileks je taknak ikut sebab aku cadang nak balik Klang... Then on that day, Mama kata takyah balik. Aku da aaaaaa bosan nya nanti.. Pastu aku cakap kat Wan, nak ikut dia...



Aku : I nak ikut B... (sambil peluk pinggang dia kuat)
Wan : Takleh... tiket takde.. hrtu kata taknak.. haaaa...
Aku : Nak jugak ikut nak jugakk....



Wan ke kanan aku ke kanan, dia ke kiri aku kekiri...



Wan : Eh you dah macam bayang2 I dah... Macam yang gameshow ikut gerak badan..
Aku : Lak... sempat ekk


Sampai nak turun tangga, aku pegang dia, sambil cakap nak ikut... nak ikut....



Masa tu kat bawah mama dengan akak ada. Aku teruskan je ckp nak ikut sambil pegang dia.. Wan gelak tak henti2. Dia kata aku lawak. Hello! Clingy wife is cute okayyyyy! =P



Bila Wan nak smoking, aku turun bawah pegang kaki dia... Nak ikut B... Nak ikut...




Mama dengan akak gelak kuat gila. Derang kata aku macam hindustan.. Last2 Wan tak bawak aku... Malam tu aku lepak umah kakak dia. Bila nak balik dah, Wan msg cakap dia lambat sebab jem. PADAN MUKA! HAHAHHA. lepas tu kelaparan... kesiannnnnn..


Kbye. GO JDT!


Thursday, May 22, 2014

RS and AJ #1 - Ctrl+Alt+Delete



SALAM!!!!


Segmen RS and AJ yang ber number ni aku akan kongsikan moment2 lawak antara aku dengan Wan. Life kitaorang ni memang penuh dengan gelak tawa. hehe. Well at least lawak bagi aku lah kan.


****************************************************************


Di dalam bilik. Aku dah baring.


Wan : D, i turun bawah jap, nanti kalau laptop I dah habis configure, 
you tolong tekan Ctrl+Alt+Delete lepas tu masuk password.


Krikkkrikkk...


Aku tengok je muka dia.


Aku : Seriously b???? I work for IBM okay. Antara syarikat computer terawal.


Wan : Buekkkkkkk


Bukanlah nak berlagak tapi benda2 simple pasal computer ni celah gigi je BAHAHAHHAHA.


Kbai.

Tuesday, May 20, 2014

27



SALAM!!!



Tahun ni Wan celebrate birthday dia sebagai suami aku... Well... That's nice.. Kan? Masalahnya, aku takde idea nak bg dia apa and surprise ke apa. Since kitaorg asyik dok tukar rumah, kejap ampang, kejap klang. So memang kelam kabut gila. Baju pun letak dlm bag plastik je... (-____-) Pelarian kan....




Sebab kan busy br lps kawin, then terus honeymoon, so aku memang tak sempat nak beli hadiah dia. Nanti eh sayang... I belikan.. Pastu aku cam fikir apalah aku nak buat sempena birthday dia ni... Then terfikir, why not surprise kan dia since minggu tu kitaorg dok umah Klang... and the night before birthday dia kitaorg balik Ampang.




Maka, aku pun bersubahat lah dgn kakak2 dia. Aku sangat beruntung sbb kakak2 ipar aku sangat baik and sporting. Maka aku minta tolong kakak dia beli semua benda yang diaorg nak makan. Aku bayar kemudian. Sehari sebelum tu aku ajak Wan keluar dengan adik beradik aku, then masuk kedai toy, aku beli barang party, aku nak beli belon, peniup yang bising tu then yang tarik2 keluar kertas pop pop tu. Aku tipu Wan cakap nak beli untuk farewell aku. HAHHAHAHA. Sebab memang Isnin tu farewell aku. hihi. Beriya je dia pilihkan, padahal untuk terkejutkan dia. HAHAHHAHAHA.



Malam tu kitaorg singgah umah Ampang, sebab nak amik apatah. Then masa tu aku ckp dengan kakak dia biar kitaorg amik Mama balik kerja padahal boleh je Abah amik. Then Wan cam malas, dia tanya Abah.. "Abah pergi mana esok?" Pastu yg lawaknya Abah jawab,"Abah ada hal lah" HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHA padahal...............





So nak taknak terpaksa lah kitaorg amik, Wan nak balik awal sebenarnya. Tapi aku mmg sengaja lengahkan sebab nak tunggu kul 12. hihi. Pandai kan? Aku memang jaga je hp aku kat rumah sbb taknak Wan tengok. Kalau tak gagal lah rancangan aku..




And ahad tu, malam kitaorg balik, singgah starbucks dulu then baru amik Mama. Masa nak turun kereta tu, Mama laju je nak masuk umah, pastu aku tarik Mama. "Ma jap ma bg Iwan masuk dlu, nanti Mama pulak yang terkejut" HAHHAHA.



Aku pun buat2 lah tolak2 Wan swuh dia masuk dlu. Masa tu rumah dah gelap. Aku konon2 cam acah2 takut lah kan. Puih... Then Wan bukak je pintu... "SURPRISE!!!!!!!" Pop pop pop...




HAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAHAHA.




Aku terus lari sebab aku tahu Wan nak cubit aku. hihi. Then kakak dia cakap,"Ni semua idea bini kau eh Wan" =D




Nampak muka dia happy gila masa ni.




 Ni Mama suruh aku cium Wan. HAHAHA.



Happy birthday sayang. Semoga Allah murahkan rezeki you. Panjangkan umur you untuk you beribadat kepada Allah. I love you :)



Kbai..




3 cara menaikkan kadar keyakinan diri!


SALAM!!!



Siapa yang dekat sini tak pernah rasa rendah diri? Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan kita rendah diri. Senang cerita, kita kaitkan dengan aku jelah eh. Dulu aku gemuk (perasan.. skrg gemuk gak) so aku punya self esteem tu memang low. Gemuk, peluh banyak, peluh banyak? busuk lakk.. Macam2 lah kan.. Tapi aku naikkan confidence aku dgn kuruskan badan dan hidup secara sihat. Ada orang low self esteem sbb jerawat, ada sebab pelajaran... background family.. macam2 lah... Tapi sebenarnya, kita boleh atasi benda2 macamni.. So macamana nak naikkan self esteem kita, ni tips simple.



BERCAKAP GUNA MATA



Mesti ada orang akan kata, bercakap guna mulut lah, bukan mata. Sesetengah orang, bila dia low self esteem, dia akan pandang kiri kanan sbb dia takde keyakinan nak pandang tepat pada mata orang tu. Ni dikecualikan untuk pasangan yang baru nak bercinta... Kang bertentang mata, pecah lak dada... sbb berdebar sgt.. Ala, takyah org bercinta, aku ni pun kalau Wan tgk aku lama, aku dh berdebar.. bagaikan jatuh cinta lagi... Auwww... Sila lempang, takpe.



Kepentingan mengunakan mata ni ialah, ianya akan menaikkan self esteem kita. Petanda2 org yg mata kelain, mulut kelain ni ialah maybe dia malu, depress and tak yakin dengan diri. If buat presentation, mesti kena ada eye contact, and SMILE! Trust me, kalau kita pandang orang, and senyum.. Orang tu balas balik (positively ofkos) Self esteem kita akan naik... Tapi kalau ko pandang dia, dia jelir lidah, baling je microphone. Takpe aku benarkan.



BERDIRI/DUDUK TEGAK



Ok, jujur lah kan... Kalau ko tengok, orang duduk meleset je, cam tak makan 198 hari, ko nampak dia berkeyakinan tak? Compare dengan orang yang duduk tegak and ready for anything. Walaupun kita rasa benda ni simple, tapi sebenarnya dia bg kesan pada kita. Plus, kalau postur badan kita betul, sampai tua pun badan takla sakit sangat (tak sakit sgt je eh, bukan tak sakit lansung) Aku pun kat office, duduk tegak je, tapi belakang ada bantal hehe.


Kalau berdiri tegak kan nampak kemas, tengok askar berkawad, tegak je. Cuba kalau derang senget2, memang huduh betul rasanya. Selain daripada itu, cara jalan juga mempengaruhi keyakinan diri kita. Kalau ko jalan huyung hayang, elok ke camtu? takkan... And if ko jalan seret2, mmg tak sopan.. Orang tengok pun macam apa je. So, jalan elok2.



CARA PEMAKAIAN



First impression adalah sangat penting. Oleh yang demikian, jangan lah pakai baju yang terlalu terang or transparent. Tak elok kan? Cuba kalau kita pakai pakaian yang selesa dan sesuai. Kita sendiri akan rasa confidence sebab kita nampak elok dan kemas dalam pakaian tu. Kalau kau suka sangat baju tu pakai banyak kali pun takpe asalkan bukan ko amik baju orang lain. HAHA.



Bagi yang tidak bertudung, mungkin ada sesetengah fesyen rambut yang boleh naikkan keyakinan korang, so use that bila nak pergi interview ke nak pergi buat presentation ke or kalau dengan rambut tu confidence level kau naik masa nak masa sardin kat rumah pun, apa salahnya kau buat rambut camtu. Takde orang marah sbb mmg rambut kau.



Bagi aku kalau kau pakai lingerie yang sexy pun akan naikkan confidence level kau tak kira pegi keje ataupun bila dgn suami. hehe.



For me, aku suka warna yang bold, pastel kaler mmg bukan kesukaan aku sbb aku rasa aku akan nampak gelap. So aku hanya pakai tudung warna bold. Benda tu akan naikkan confidence aku. Masa aku kawin pun, aku pilih tudung warna bold. hihi. And aku pun rasa kalau aku pakai high heels, aku punya self esteem naik... sbb nampak tinggi.. (tak bersyukur kan) HAHAHHAHA...



Lain2 benda seperti, bak kata bos aku, if kita train orang, confidence level kita tinggi. Sebab kita sampaikan ilmu. And orang tu trust kita dengan apa yang kita sampaikan.




Kalau pakai lip balm menaikkan confidence level anda. WHY NOT? hahahhahahaha. Jgn la Wan baca entry ni..



Yang penting jangan jadi fake. Kbai.

Thursday, May 15, 2014

Clingy Wife #1



SALAM!!!



Last week hari apa tah, Wan tunjuk aku satu email, dia kena pergi kursus dekat Raub, Pahang. Aku tgk je email tu, sebak..... (Who is this Afifah?? Suruh suami saya pergi Kursus?? HAHAHHA)



Masa aku bercinta dengan Wan, kitaorg memang jarang jumpa. Jumpa pun sbb hal persiapan kawen. Dr mula kenal sampai lah kawin, baru tengok wayang 10 kali.. eh ke 9.. So bila dh kawin ni rasa macam taknak jauh dah (Ya, silakan muntah ataupun maki kata aku mengada)



Aku memang clingy dengan orang yang aku sayang. Selalu dengan Mama, my bff Ecah.. and now... yes, Wan! Anda mangsa seterusnya. HAHA. Wan pun kata aku memang clingy.. Bila dah dekat 15mins takde dlm pandangan aku, aku akan cari dia.



Kat Rumah lps dinner. Aku dalam bilik, nak cari baju nak kerja esoknya.


Aku : B...... u kat mana?
Wan : I depan TV ni sayang...
Aku : hehhehehehe.....


Bukak pintu bilik aku terus tempat tengok TV. MUAHHAHAHA.



Malam sebelum dia pegi Raub, aku menangis beria. Sedih oooo... Fikir macam2... Siapa nak kacau aku, siapa nak tidur dengan aku... Siapa nak amik aku balik kerja (pemalas drive).. mcm mcm lagi... Pastu Wan kata.....


"I pergi kursus je D... bukan berperang, malam nanti amik baju I buat tidur"


HAHAHAHHAHAHAHA. Kbai!

Monday, May 12, 2014

Minyak Kapak



SALAM!!!!



Sebagai seorang yang ada gastrik, aku selalu sakit perut. Tapi bukan sbb gastrik, sbb sakit perut lah. Last week on Saturday, aku dtg bulan. Bila aku datang bulan, aku memang akan kena period pain yang sakit mak enon. Sampai menangis okayyy! And sometimes MC... tsk tsk.



Semalam ialah yg paling teruk sekali, dengan muntah2, pening and sakit perut. Aku baring je. Wan tengok bola masa tu, tak lama lepas tu Wan masuk bilik, aku terjaga. Aku ni kalau sakit perut muka aku memang kelat gila. Muka mintak penampar. HAHA.



Bila Wan dah baring, dia tanya aku okay tak. Aku cakap perut aku sakit. Lepas tu dia tepuk2 aku (konon nak bagi tidur lah) hahahaha. Lepas tu aku amik minyak kapak, ingat nak sapu kat perut. Wan terus amik minyak tu dari aku, dia tarik sikit baju aku.. tuang minyak kat tangan dia. Lepas tu dia sapu perut aku. 



Nak nangis.......... Hilang sakit perut (ok ni tipu)



Lama gak dia urut, sambil ckp tahan ya sayang...



Terharu.......



Perempuan memang macamni kan, benda kecik2 camni pun nak terharu. Aku tahu sebab kita ni appreciate benda2 kecil. Thank you sayang...


KBAI... Perut sakit lagi okkkk

Friday, May 9, 2014

RS & AJ : The Love Story




SALAM!!!



Setiap orang ada kisah cinta tersendiri kan? Mungkin ada yang sama jenis, tapi bagi aku kisah aku ni comel gak hehehe..



Ehem... cerita cinta ni mmg aku akan ingat sampai bila2... Geli tak? Takpe geli sekali sekala baru normal... Ramai kawan2 aku yang pelik aku tiba2 kawen sbb aku mmg jarang nak heboh kat FB ke apa yg aku ada BF... less is more giteww.. So ada ramai gak kawan2 yg tanya cemana boleh kenal Wan... Cerita perkenalan kitaorg ni cam samarinda sikit.. Apa kau ingat Samarinda tu cerita rekaan ke?? tu true story okkk



Aku tak pernah expect pun kenal Wan. Sbb dia mmg takde connection langsung dgn org yg aku kenal. LANGSUNG. He's really a stranger! (ni bukan cerita Perfect Stranger ok) Semuanya bermula.......




Ada dulu (dulu sgt, last 2 years lah) aku g melaka, lepak dgn kawan aku. Nama A (bukan nama sebenar) , dia tanya sampai bila aku nak single. Bagus kan ada kawan2 yang concern ni... Aku jawab aku tatau and malas fikir. Yelah, aku kan acah acah forever alone gitew. Then dia tanya aku, "you suka lelaki mcmana?" Aku gelak and jawab,'lelaki yang kelakar". And aku ingat lg dia kata susah nak cari lelaki yang kelakar. Tapi aku memang suka lelaki kelakar pun hihi.




Esok tu, dia bgtahu aku, "I dah suruh kawan I yang paling kelakar add you dekat FB" HAHAHAHAHHA takleh blah ekkk.. And datang lah B.... memang kelakar.. (PERINGATAN : B bukan Wan okk)... Maka berkawan lah aku dgn B ni....First time jumpa B ni kat Alamanda.. Masa tu aku br balik dr wedding Dayah kat Negeri Sembilan memang aku lapar gila la.. Pergi Old Town kot masa tu, aku dgn lahapnya makan... B tu siap sound aku ckp aku gelojoh. Sorry ye takde cover2.. And setiap hari Jumaat memang aku akan jumpa dia dekat KLCC. Lps tu dia akan htr aku balik. Every week ekk aku p KLCC puihhh...



Paling takleh lupa ada satu hr tu hujan, so dia tak park kereta dia kat KLCC dia naik train, park kat Pasar Seni. Lpstu masa naik train kat KLCC tu tah cemana orang ramai kan.. So aku ternaik dlu, dia kat luar.. Perghhh nak nangis aku masa tu sebab dah malam kan... Sampai pasar Seni aku turun masa tu memang sunyi nak mampus. Aku da takut dah... Tak lama lepas tu, dia dtg.. terus pujuk aku. serious rasa nak nangis masa tu.. Lpstu dia adalah hint2 ckp nak beli rumah.. ala you know stuff yang nampak mcm lelaki nak serious... Masa ni aku dah cam rasa B ni jodoh aku, sebab dia memang baik gila babs, walaupun dia suka usik aku and bahan aku. Tapi dia mmg akan hantar aku balik sampai depan rumah.. Kalau siapa follow aku kat twitter, aku panggil B ni Encik Vespa... HAHAHA... He's a nice guy... Responsible... everything's almost perfect until........



Mama : Cuba kau tanya B tu.. Dia tu serious ke dengan kau? (mak kerisauan, anak umur 26 tapi bf takde... bajet sweet 16 je kannn)
Aku : Haaa yelah... nnt Angah tanya...



Being me, aku ialah manusia paling straight forward. Esok tu aku terus tanya B (Masa ni dh lama gak going out together dalam 6 bulan kot) .



"U ni nak serious ke tak?"

And the almost perfect guy told me ,"NO".....




(Peringatan : Kalau lelaki taknak serious, sudah! Jangan toleh lagi, lambaikan saje tangan bak kata Mama...."




And, aku pun cakap lah jawapan dia tu kat Mama. Mama kata "dah... takyah keluar lagi dengan dia" I was like, "Okayyyy" Tapi keluar gak kot.. tak ingat lah.... masa tu we still friends.. Aku mmg jenis lantak lerr kan.. Taknak serious dah.. sbb masa tu aku pun takde fikir nak kawen... Padahal dah 26 tu... Tsk tsk....




One fine day, ada sorang kawan kepada B ni add aku dekat FB... This is WAN! And aku pun tanya B. "Ni kawan you ke?" He said yes. Aku ingat lg masa tu aku dlm KTM.. sbb KTM tu stupid kan... goyang2... aku tertekan button reject.. Tak approve friend request... and aku bgtahu B. "Please ask ur friend to add me backkk sbb eksiden tertekan reject" HAHAHHAHAHAHA. Sampai skrg kalau cerita balik Wan mesti gelak dia kata aku kerek tak approve dia. ACCIDENT okkkkkk. Then B kata kt Wan... Nak try ke Amni ni?? HAHAHHAHA.. (Of kos laa kan, dh kau tak nak serious puih)




 Jadi kawan Feb 4, 2013. Kawen April 4,2014.




Then...... one fine day (tak hbs2 ek), aku dok komen2 gambar kat Insta dgn kawan si B ni... Actually derang cam gang lah... B ni gang dgn Wan... Aku tanya pasal umur.. Then utk memastikan kwn dia ni sebaya aku, aku msg Wan dkt FB.. Masa ni takde perasaan lagi...



 SILA MUNTAH SEKARANG! takpe aku tlg muntahkan.





 Lps tu aku ingat lagi... Aku ckp kat Wan, "Malas laaa msg kat fb ni nanti bateri habis" HAHAHAHA Kwaja kan... Siapa nak alasan mintak number tu boleh lah amik.. HAHAHAHHA.. And lepas beberapa hari baru aku bagi.... Ewah..... And lps tu aku selalu lah msg dgn Wan.... And dia pernah ckp dia suka tgk aku.. HAHAHAHHAHA boleh ek... Masa ni aku dah renggang sket dgn B.



Lps sebulan msg kot, Wan ajak jumpa. Tu first time jumpa dia amik kat rumah. HAHAHHAHA.
And lpstu, aku tak ingat sgt time frame dia, masa tu kitaorg dah mcm start sayang lah... Then Wan ckp dekat aku, dia nak Face to face dengan B pasal kitaorg. Yelah.... kan kawan dia... Wan cakap, dia nak terus terang sbb dia dah sayang... Mihmih meoww ... Then derang g mamak kot, masa tu, Wan terus terang... nak bertumbuk gakk (So samarinda kan) Nasib Wan dtg dgn kwn lg sorang... phewwww... And esok nya lpstu, B msg aku ckp dia suka aku and nak serious. BAHAHAHA. Sorry... Too late.. Plus, aku pun dh syg Wan masuk tu... heeeeeee





Lps tu msg2 lagi, second time jumpa, dia kata nak jumpa parents. I was like WHATTTTTTTTTTTTTTTT... Mamat ni dah kenapa...???? Then jumpa lah Mama and Baba. Dia cakap nak serious....... Krik krikkk.. Gentleman gila mamat ni. Tak lama lps tu dia ajak tunang... Start kenal bebetul bulan March... Tunang August... 6 bulan je.. And kitaorg jenis pasangan jarang jumpa. Di sebabkan dah jumpa jarang, bila jumpa pun sibuk pasal hal tunang lah, kawin lah.. So dating sama2 pun mmg takde..Asal keluar je dok bincang pasal budget, ni cukup tak. ni duit nak korek mana HAHA.




Gatal sgt dh ni nk kawen dgn aku BAHHAHA.



Aku mmg selambe je perli2 dia.. Kemain Jannah bagai...


Dengan Wan ni dia memang penyabar, aku kalau mengamuk, memang teruk gila. Sensitif YA AMPUN. Aku siap cakap dekat dia awal2, aku mmg bukan perempuan mata duitan. Aku cuma nak dia setia dan sabar dengan aku. Sebab aku tahu aku cemana, and memang sabar je ubatnya. LOLOLOLOL.




August 23rd, 2013. Tunang :)



And Mama decide nak kawin on April.......
04/04/14
Ok dah, kawen lah lps tu..



Bagi aku apa yang aku nampak pada Wan ni mmg kesungguhan dia. And nampak sgt dia syg. hehehe...  Sbb memang sangat sekejap kami kenal, terus dia ajak kawen. Cam tak percaya dah kawen kadang2. Aku baru nk bercinta dgn dia. HAHAHA.




Tapi betul org kata, bercinta lps kawen ni lg best. hehe. Baru nak kenal2.. Lawak betul. Apa yang aku lalui sebelum ni semua berbaloi selepas aku kenal Wan. Betul, ALLAH tu Maha Adil and dia nak yg terbaik untuk kita. Sebelum2 ni aku rasa ex2 aku baik sangat dah, tapi rupanya ALLAH nak aku bersama dengan org yang lebih baik and yes, suami saya lah orang tu... si sgt penyabar :')




Wan ni dia muka memang garang gila. Tapi bila dengan aku, dia cakap elok2 je. Dia kata bila tgk aku hati dia tenang. BAHHAHAH silakan kau muntah sekarang. And dia rasa diri dia berubah lepas jumpa aku. Ewah.. bagus lah kan.. kira berubah lps kenal and bukan aku yang ubah dia. Hehehe...




Bagi aku satu je, lelaki ni kalau dia memang nak kau. Dia takkan nak share kau. And mesti nak jadikan kau milik dia (psycho tak?) Macamana susah pun, dia akan usaha.. I can see that in Wan masa kitaorg nak kawen dulu. SUMPAH TERHARU....... 



And Wan memang kelakar, MISSION ACCOMPLISHED!  ALLAH Maha Mengetahui.



Akhir kata, dengar ckp Mak korang okayy!! Kbai.

Monday, May 5, 2014

I was born to have a driver!


SALAM!!!!



Aku kalau bab jalan ni memang aku sangat FAIL... kalau tahap fail tu E... aku E- kot.. sebab guna Waze ke GPS ke still akan sesat (-______-) sila kan tampar aku sekarang.... Disebabkan aku mmg tak boleh di harap... so bila aku nak g memana.. aku akan ajak someone.. Yang selalu kena ialah Wan, Yaya, Nana and kalau mmg dah terdesak sgt, Mama pun aku tarik sekali..



Selalu kalau aku nak pergi mana2, malam sebelum tu aku akan kepoh lah tanya Baba jalan paling dekat. KONON laaa kan...... lpstu esok tu, tarik sesiapa ikut sekali.. HAHAHA... Ada sekali tu sampai Wan amik cuti sbb kena temankan aku... hehehehhehe.. Kesian....



And baru2 ni aku kena pergi IBM Bandar Utama. Masa tu aku tidur rumah ampang. Perghhhh lg aku nak menangis, cemana laaaa dr Ampang nak pergi Damansara... Sobs sobs... Siang tu puas lah Wan tunjuk macam2 jalan.... Tapi... hambar... Takde harapan....



Esok nya tu, Wan pesan, drive elok2.... Aku mmg doa aku tak sesat je sebenarnya... So aku bukak lah WAZE... Shortest distance to Damansara... ialah lalu jalan baru.. yg Plaza Loke Yew tu... Dengan bismillah.............. in 20 mins aku sampai bandar utama... HAHAHHAHA not bad... oh itu pun setelah salah masuk simpang dua kali.... Aku pening tul kalau swuh turn left tapi rupanya belum turn lagi... aku dah turn... (-_____-)



Masa nak balik..... YA ALLAH.... Mudahkan lah.... Aku call Wan...,'Nak balik Cyber cemanaaaaa?" Wan kata ikut signboard Putrajaya... Oklah aku lega masa tu sebab aku nampak signboard putrajaya... hhehehe... "Ok bai...." Laju je letak phone sebab kena concentrate... ehhehehe...



 Masa nampak tulisan Cyber kat WAZE... hati aku lega.... hehehehe


Lagi satu, aku kalau kat jalan tu, ada signboard, lepas tu bila tulisan tu tukar kat belah lain, aku akan ikut signboard tu... sbb bg aku kalau tak kut nnt tak sampai... HAHAHAHHA... padahal blh je ikut lane mana2 pun....



SO WHAT???? I WAS BORN TO HAVE A DRIVER OKKKK =P

Rithuan's Big 3-0

SALAM Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna ben...