Saturday, April 16, 2011

Bloated?





rasa bloated mmg tak best kan? aku selalu rasa bloated. and end up pening2 then muntah. uwekkkk. bloated ni rasa macam diri kita kembong. cemana nk describe eh, hmmm.. rasa sebu kot. perut rasa sebu. kadang-kadang boleh buat sampai muntah. kalau aku lah. sbb entah kenapa, aku kalau makan banyak sikit je, rasa cam loya nak muntah. and end up muntah. ni bukan bulimia eh. ni mmg rasa tak sedap gila. kalau orang yang rasa camni, dia akan faham. (apasal cam sedih je bunyi nya)


secara scientific nya benda ni mmg normal, maksud aku di sini ialah ada sebab-sebab atau faktor-faktor yang menyebabkan perut bloated ni. memang la sepatutnya ada kan explanation yang proper. so people ada something utk resolve kan masalah ini.


sebenarnya sekarang aku tgh bloated gila babeng. muntah2, pening. and aku end up tido satu hari. mmg tak jd apa. so mari lah kita atasi benda ni. aku sebenarnya dah tahu apa yg aku perlu elakkan. tapi biasalah, degil. huhuhuu.


sebenarnya rasa bloated ni terjadi sbb angin. makanan yg kita makan tu ada banyak angin. lagi satu yg common sebab mmg makan banyak ibarat monster. dah makan banyak, mmglah rasa cam muak, loya. kira macam pakai baju saiz S padahal badan kita L. haaa..ok, ini bukan pasal saiz aku ya. heh. itu antara faktor nya lah. ada banyak lagi KOT. so kita amik yg senang je.




maka nya, cara2 kita nak atasi benda ini ialah :


1) makan hidangan kecil. maksud aku bukan benda kecil2. portion kecik. bukanlah makan nasi briyani dgn ayam besar campur kuah, nasi banyak gila sampai nk tumpah2. kan Nabi pun kata, kalau makan berhenti sebelum kenyang. so, makan ala kadar je. lagi satu makan slow2. slow cam siput babi pun takpe. aku perasan kalau aku makan slow gila tahap dewa, mmg walaupun portion tu sikit, tapi kenyang. kalau aku makan laju2, mmg CONFIRM, lepas 10 minit aku muntah.



2) dlm dunia yg serba canggih ni, ada jenis orang yg takleh digest dairy products. kita panggil lactose-intolerant. so cuba korang minum susu ke makan cheese ke. tgu 30 min ke 2 jam. kalau dlm masa tu korang rasa bloated. means korang menghidapi lactose intolerant. so kalau korang consume dairy product mmg lah akan rasa tak selesa/bloated.



3) minum air banyak. dengan meminum air banyak. akan memudahkan apa sahaja. tp kalau aku lah, dah rasa bloated, minum air lagi. memang muntah2 lagi. AHHAHAHA. tapi ingat! lain orang, lain kesan nya. so just try okay?


4) kalau rasa bloated lepas makan, try jalan slow2. jangan lari plak, mmg muntah lah jawab nya.


5) JANGAN PAKAI STRAW. haaa ni mmg cam takleh bla kan? tapi ada betulnya. kalau korang minum pakai straw. dia akan masukkan angin dlm badan. so bila dah banyak sangat angin. tu yg boleh jadi bloated gak.


ok, macam biasa. try 5 ni dulu. kalau yg mudah takleh buat apatah lg yg senang kan? Setuju? mari lah kita elakkan rasa bloated ni sbb kalau terjadi benda ni mmg rasa nk marah je. atau pun nk lempang org terdekat. HAHAHAHAHAA.

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...