Friday, August 19, 2011

Cod Liver Oil : Minyak Hati Ikan Kod?


SALAM!


Seperti yg sedia maklum, aku rasa cam pernah tulis entry yg aku ni senang/mudah/easy nak sakit. mcm petik jari, jeng jeng jeng terus sakit. cuba bayangkan, if aku tidur pasang econ, esok tu mesti aku demam. malah, kalau pasang kipas number 3 pun, esok tu mesti selesema, and kalau nasib tak berapa baik, pasti demam juga (-_-) . ya mmg begitu rapuhnya antibodi, lemah antibodi tapi lemah syahwat tak eh. WAKKAKAKAKA.



so, baru2 ni pergi shopping dgn mama. mungkin mama berasa dia perlu beri anak dia sesuatu yg berkhasiat. sbb tak larat nak mengeluarkan duit beli ubat. mahupun menghantar anaknya ke klinik utk amik gas bila kena asthma attack. hehehe. so mama membelikan aku COD LIVER OIL atau bila kita translate ke malay jadi minyak hati ikan kod? ataupun minyak ikan kod? kenapa liver tu tak di translate? ok la, persetankan.



so, pharmacist kata, makan sehari 6 biji. 6???? banyak gilaaaa okei. tapi takpe, dgr jelah kata. tapi sbb puasa. aku makan 4 biji je. 2 masa sahur, 2 masa sebelum tidur. kalau time tak puasa aku makan 6 lah. hihihihi.



so, aku rasa kesan makan cod liver oil ni dia naik kan antibodi aku. selalu aku sakit lambat nk sihat, ataupun dia on off, on off. tapi lepas makan ni, aku rasa aku senang gak sakit, HAHAHA. tapi cepat baik. oklah tu kan. kan kan??



Kalau korang perasan, cod liver oil ni ada banyak jenis. aku perasan, anak murid aku makan yg liquid punya from scotts emulsion. bau dia? YA AMPUN, kalau yang perisa original tu, hanyirrrrrrrr. selalu aku membebel2 kalau aku yg kne bg mkn. HAHAHAHA. nasib baik aku punya capsule. tapi busuk2 pun bagus. khasiat dia superb!!!!!



Cod liver oil ni bagus sebab dia boleh naik kan antibodi badan. Dia ada omega 3, yang mengandungi kadar vitamin A dan D yang sangat tinggi. di ulangi SANGAT TINGGI. kan bagus tu, kita tamau hat yang rendah2 ni. apa barang kan... selain daripada itu, dia juga ada positive effect utk hati , tulang dan lain2.





and, harga sangat murah aku rasa. aku beli 2 botol. eh salah, mak aku beli. 2 botol, satu botol ada 30 biji, satu lagi ada 100 biji. dengan harga rm 11.90, ke 11.40. yang pasti tak sampai rm 12. (sbb bukan aku byr, so aku tak igt)


so, siapa yang rasa2 lemah antibodi ni boleh lah sekiranya anda ke pharmacy yang berdekatan lalu membeli cod liver oil ini.


sekian. pesanan dr doktor tak bertauliah anda. kbye.

10 comments:

  1. salam. gemok tak makan bende ni?

    ReplyDelete
  2. takkkk. ni vitamin nk bg badan kuat tak mudah sakit. bukan susu weight gain. hehehe

    ReplyDelete
  3. samer la... saya pown beli brand ni gak... beli 1 botol percuma satu.. murah gler kowt... rm11.40 kat watson.. :))

    ReplyDelete
  4. cod liver oil...minyak hati ikan kod...:)

    ReplyDelete
  5. untuk anak dibawah 6 tahun, 3 biji sehari ya?

    ReplyDelete
  6. just sharing dear..minyak dari hati ikan x berapa bagus sbb hati tmpat proses logam berat/ toksin..better u cari minyak ikan yg BUKAN daripada hati.. walaupun mahal sikit tapi insyaAllah selamat.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.. just sharing.. u pon kata kan y dia ade vitamin A dan D sangat tinggi. sebenarnya ambil vitamin A terlalu bnyak sngat pon tak boley jugak sebab effect hati n buah pinggang. thats all. just sharing

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.. just sharing.. u pon kata kan y dia ade vitamin A dan D sangat tinggi. sebenarnya ambil vitamin A terlalu bnyak sngat pon tak boley jugak sebab effect hati n buah pinggang. thats all. just sharing

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...