Posts

Showing posts from May, 2013

Nescafe Dolce Gusto

Image
SALAM!!!

Harini cuti Wesak. Kalau cuti watpe? Jalan laaaaa... takkan nak dok umah, panas punggung hahahaha. So hari ni aku jenjalan, biasalah kalau aku berjalan tu apa lagi aku buat, mestilah window shopping (gaji belum masuk) and minum kopi. Yummy!



 Ini nama dia cinta hihi

Ok dah, aku bukan nak cete pasal aku lepak minum kopi, tgk tajuk entry pun tahu takde kena mengena. Siapa kat sini pernah dengar Nescafe Dolce Gusto? Aku dulu... dulu la... aku memang tak pernah dengar sbb aku ni bukan lah pengemar Nescafe.. tp kalau ada aku layan jelah... 

Cerita nya begini, kene cerita dr mula supaya lagi senang faham. Last year, masa year end bash IBM, kan tema nya fairytales. So aku pun mengambil keputusan nak pakai baju Fiona. Sila rujuk gambar di bawah.
 Cute kan? BAHAHAHAHA

Then, nak di jadikan rezeki, aku menang. JUARA ok. Bukan main2 penangan makhluk hijau ni. hahahaha. Maka hadiah nya aku dpt Nescafe Dolce Gusto tu.... seperti gambar di bawah...(Maaf takde gambar proper sbb entah mana or…

Sengal #107

Image
SALAM!!!

HAHAHAHAHAHHAHA boleh tak nak gelak dulu sebelum tulis. Sebab rasa cam bangang gila. HAHAHAHHAHAHHAHA.

Cerita nya macamni, aku memang suka makan nenas. Selalu kat rumah pun baba selalu beli. So bila kat office aku selalu gaklah makan, and biasanya si tukang beli ialah office mate aku, Naz.

 Nenas kedai ni sedap sbb cili dia pedas nak mati.



So tadi dia belikan aku nenas. Then aku nak gi bayar, so pergi lah workstation dia.

Aku : Nah, duit nenas. *hulur RM 20* Naz : *korek2 purse nak bagi baki dan bglah aku baki rm 17* Aku : Weyyy duit ni buruk, laku ke? *sambil tunjuk duit RM 5 yg telah di salotep* Tukarlah weyy. Naz : *Korek Purse lagi*

Pastu aku nampak rm 10. Then :

Aku : Ha, bg lah RM 10 tu. Tukar2. Ko amik rm 5 ni. 

Pastu kitaorg 2 org cam terbangang.

Naz : Kenapa aku rasa aku mcm akan rugi kalau aku bg ko RM 10 ni, aku amik RM 5 aku? Aku : Manada, betul lah. kita tukar. Sama je, ko nak bg aku RM 5 gak. *Aku yang sememangnya tak pandai Matematik* Naz : Bengonglaaaaaaaaaaa…

26

Image
SALAM!!!


28th April 2013. Eh? Berzaman dah ek? Baru nak tulis harini. HAHAHAHA. Sebenarnya dah lama aku tak sambut birthday seorang lelaki. Serius. Tak tipu. Last time was back in 2008 kot. Tak sure (haa kau sampai tak ingat, nampak sgt lama) So, bila skrg ada Wan, of kos lah kena celebrate. And memang dalam family aku pun memang kitaorg akan celebrate and hadiah is a MUST!


So, on 28th April tu maka pergi lah kami bersiar-siar. Dia masuk kete je aku bersuara :
D : U nak makan apa harini? Cakap je I beli semua. B : Hmmmm nak makan ice cream, cake dgn sushi. D : Tu je? Aku mati2 ingat dia nak makan steak ke apa. KAHKAHKAH.

Tapi masa birthday aku dulu pun aku teringin makan tomyam je hihihi.

So, sebelum pergi celebrate tu, kitaorg gi beli hantaran dulu. Since Wan tatau nak apa dlm dulang dia, aku suggest dia beli kasut. Then kami pun beli. Eh salah, aku belikan. Sweettt sangat. PUI. Lepas dh beli tu, dia nak makan cake. Then pergi Secret Recipe.

Lama gila kitaorg lepak kat situ, padaha…

Part 2 : RS & AJ

Image
SALAM!!!


Ok, sekarang masuk part 2. Buat part2 lah senang kan? So, Part 2 ni cete pasal aku gi Nilai 3. Pada 6 May 2013, mama decide nak pergi Nilai 3 maklumlah Selangor cuti kan lepas GE13. Sebab dia kata dia nak beli dulang untuk hantaran.


Aku sebenarnya nak sewa je. Sebab lps tu kita tak pakai dah kan? Cam membazir. Tapi mama punya pemikiran lain. Dia kata harga sewa dgn harga beli lebih kurang, baik beli je. Last time masa abg aku kawen pun mak aku beli gak. Lepas tu dulang tu dia bg sedara mara sorang satu. Aku rasa itu yg akan berlaku pada dulang aku kelak. Apalaaaa nasib kau dulang. AHHAHAHAHHA.


Maka pergi lah kami ber lima. Aku, mama, baba, along dgn kak ina. Aku sebenarnya memang serah bulat2 dekat mama pasal hantaran, baju dan pelbagai mak nenek. Sebabnya? SEBAB AKU MEMANG TATAU PAPE. Bak kata Wan,"U memang dok oversea eh?" HAHAHA kwaja ek. Aku lagi senang mcmtu.


Ok nak iklan jap, masa sehari sebelum gi Nilai 3 tu, mama g Jakel, pergi beli baju tunang aku. Itu pun…

Pulau Perhentian

Image
SALAM!!!

Sebenarnya dah lama aku pergi Perhentian ni. Adalah beberapa bulan lepas, tapi biasa lah busy, nak update on time memang tak dapat. Plan nak pergi perhentian ni kitaorg dah rancang dari last year, tapi asyik bertangguh sebab masalah2 yg tak dapat di elakkan. Tapi akhirnya berkat kesabaran dan rezeki dari Ilahi dapat jugak kitaorg pergi.

Booking chalet semua Ridza buat. Tiket bus Fiqa beli. Dan akhirnya kami pun bertolak dari Hentian Putra. Tiket bus dari hentian Putra pergi Kuala Besut rm 44 (Mahligai Ekspres) Seat best. Most of the time aku tidur. hehe.Tiket balik harga sama ke mahal seringgit tah.. lupa lak..

Hentian Putra

Perjalanan adalah super jauh. Bertolak pukul 10 malam. Sampai Terengganu pukul 6 pagi, solat subuh. Belum sampai Kuala Besut lagi. Sampai Kuala Besut dalam kul 8 camtu lah. Lebih kurang. Bontot kematu ok.

Tunggu Boat


 Masa ni makcik dua org ni rileks lagi, pastu terpekik2 sebab boat tu sangat laju YA AMPUN.


Ridza sentiasa maintain. Mungkin dia pernah jad…

Happy Couple : Road To Happiness

Image
SALAM!!!

Aku sebenarnya tak ingat aku pernah tulis entry pasal ini ke tak. Kalau ada pun mngkin tahun lepas? Atau tahun lepas nya lagi? Ah lantaklah tahun bila pun kan. Yang penting aku nak tulis lagi skrg. OK, nak TAIP.

Tajuk entry Happy Couple : Road To Happiness. Sweet kan? Gi pasang lagu Anuar Zain masa baca entry ni baru lah fefeeling sikit. Hehe. Sebenarnya aku nak tanya, apa definisi happy dlm sesebuah hubungan tu? Tak bergaduh? Tolak ansur? Takde masalah? Tak kisah lah apa2 pun definisi kita (mungkin berbeza) , yang penting happy ni benda yang positif. Setuju?

Aku ada ramai kawan yang mojoriti nya sudah pun dalam sesebuah perhubungan, tak kira lah couple ke dah kawin ke apa. So, derang ni selalu lah tanya pendapat aku. Kira aku ni cam saing2 Dr. Fadilah Kamsah lah, cuma aku versi perempuan yang cute sikit sbb aku takde misai. Eh Fadilah Kamsah ada misai ke pun? . Selalu derang tanya, "Nak buat macamana?" "Kalau mcmni, aku patut respon apa?" Aku tatau la ca…