Sunday, November 27, 2011

24 changes.


SALAM!!!


Tajuk tu saje gempak. Kau ingat senang nak berubah? Buat 24 perubahan? Memang tak. Huhu. Seperti sedia maklum, aku berusia 24 tahun sekarang. Tua? Memang Tak. *tak mengaku* Beberapa bulan sebelum hari jadi aku, chewah, aku ada pasang niat, nak lepaskan something yg duduk lama dgn aku. *dengar cam bela saka plak*


Benda yang aku nak lepaskan ialah keychain2 kat hp aku. HAHAHA. mcm apa je. benda ni dah 3 tahun dah dengan aku. Semenjak tukar phone.




5 keychain yang berkait rapat dgn aku.

Handbag : YAAAA i lovee handbag. suka beli pastu tak pakai. buang. sengal gila.

Heels : Obsession.

Ship : I love to travel. tapi masa belajar tak dapek sbb kewangan takde. Sekarang insyaALLAH, dah nak start travel dah. Weehooo!!!

Ayam : Aku suka makan ayam. Daging lembu tak suka. Ataupun boleh juga umpamakan mulut aku cam ayam. bising. Huhu.

Cupid : Always hope to find someone who truly loves me.


Last but not least, kain yang bertulis :

"So What If I'm Bitchy"

HAHAHA. adik aku bg.


So, sempena aku dah 24 tahun. Aku rasa aku nk simpan benda ni. Sebab rasa cam dah tak matang nk pakai benda2 ni. Lagi pula keje kat syarikat yang boleh tahan besarnya. Bila Manager nampak, takut dia tak anggap aku serius. Hoho. I don't want that.


So sekarang hp ku dah bogel. Takde pape. Ringan gila ok. Pegang cam nak tercampak.


Persoalan nya sekarang, haruskah aku lepaskan juga hp ku dan beli hp baru? HAHAHAHA. Niat dah ada. Tapi tgk kewangan dulu camno. Huhu.


kbye.

Thursday, November 24, 2011

I'm 24!


SALAM!!!


I'm 24.

Yes I am.

Finally.

Alhamdulillah semua cukup.

Family

Fate

Friends

Kerjaya

Syukur YA ALLAH :')

YA ALLAH, Permudahkan lah Segalanya. Amin. Amin. Amin.

Monday, cant wait to meet you.

Kbye.






Sunday, November 20, 2011

Malaysia 1 Myanmar 0

SALAM!!!


Apa anda buat di hujung minggu? Pergi spa? Duduk mengangkang di depan peti televisyen? Tidur mati? Tgk movie? Makan seolah2 tiada hari esok? Heh. Aku? Tgk bola. Bola? Bola? Bola Sepak? Rasa nak sepak muka sendiri.


Dulu... aku pernah lah tgk bola, sekali je kot masa high school walaupun satu benda pun aku tak faham. Aku tgk Man Utd VS Arsenal. Man U menang masa tu. Itu jelah yang aku tgk. Tu pun rasa dah cool. NOT. Tapi smlm, aku berjaya menonton bola buat kali kedua dalam hidup aku, YA, bagaikan bertemu kekasih lama. pui.


Menonton perlawanan bola pun sebab mr. fate. Terpaksa akur, seharusnya menonton wayang, tapi nampaknya bola lebih mengiurkan. Tapi bila aku tanya antara bola dgn aku siapa yang bakal di pilih, jawapan nya AKU. ya, mungkin nak menjaga hati perempuan ku. HAHAHAHHA. gelinya.


Maka jam 4.45pm, telah tercongok di kedai. Order air siap, tapi kuasa ALLAH. hujan lebat, kilat sambung menyabung, maka ASTRO menunjukkan kelemahan nya. SERVICE IS CURRENTLY NOT AVAILABLE. Wakakakakakakkaa. Mungkin aku org paling gembira di kedai tu. Namun mr. fate dan rakan masih tabah menunggu, sekali tokei kedai tutup terus TV. AHHAHHAHAA. Down!


Aku dah happy, yihaaa boleh menonton wayang! Namun sangkaan ku meleset, "JOM, kita cari kedai lain" (-_________________-) PASRAH.


Lalu pergi cari kedai, hampir 5 kedai tgk, semua penuh. Then last2 jumpa. Maka, menonton lah si dia, aku yang tak faham pape pun layan jelahh.. Tapi kalau dah tak tahu kan, mesti nk tanya, maka mulut aku asyik, "eh kenapa mcmtu? eh tu tanda nya apa? eh? eh?" Bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Tapi takleh pakai dah pepatah tu, sebab skrg dah ada GPS. Huhu.


But, one thing yang best bila tgk orang lelaki tgk bola ialah semangat diaorg. Derang mcm bersatu as a team. Kan? Only if they r on the same team lah kan. Hahaha. But smlm sebab Malaysia lawan Myanmar, haruslah sokong Malaysia, nk kena pijak sokong Myanmar.


Kalau korang perasan, banyak org boleh bersatu as a team when it comes to sport. Banyak kelebihan sukan ni, boleh rapatkan hubungan, boleh bagi sihat tubuh badan. Kan? Kan? Sebab tu dalam Islam pun kita di galakkan bersukan. Ada satu movie yang best ni dulu aku ada tgk, yang berlakon nya ex bf aku, The Rock. Kahkahkah. Tajuknya, Gridiron Gang. Cete ni based on true story okei. Pasal budak2 kat pusat pemulihan akhlak yang perangai teruk, then pelatih dia fikir cemana nk satukan derang, last2 menjadi dengan buat team rugby tak silap aku. Best gilaaaa!!!


So kesimpulan yg aku boleh buat, sukan itu bagus. Tapi tak bagus bila tak dapat tgk wayang. Heh. Last but not least, Tahniah Malaysia. Nanti final aku tgk lagi kalau mr. fate ajak.




Aku rasa mamat baju no 13 tu yang gol kan. Apalaaa koni Amni.


kbye!

Thursday, November 17, 2011

The Royal Malaysian Traditional Spa #2



SALAM!!!!


Fuhhhh masih terasa sengal-sengal di badan pergi spa hari tu. Masih segar rasa itu. Ceh. So, berkaitan dengan entry sebelum ni, aku ada beli voucher spa dekat The Royal Malaysian Traditional Spa. Harga asal rm 373. tapi entah kenapa spa ni kena sampuk agaknya, jadi rm 45 hengget je. Aku pun pe lagi, beli tanpa fikir 2 kali.


Spa ni terletak kat Plaza Damas. Plaza Damas kat Sri Hartamas. First time masuk Plaza Damas. Tapi saya tak batak. Huhu. Batak bila nampak Istana Negara je. Tetbe. Aku gi dengan mr. fate, cakap je nk gi mana mesti dia boleh teman. wuuhuuu.


So, treatment yang included dalam voucher ni ialah Foot spa, Facial Lifting, Body Massage, Sauna and Body Scrub. Lengkap ok. Masa yang di anggarkan 135 minit. Tapi kitaorg duduk dalam tu 3 jam. Rasa nk pengsan. Dah lah nak book satu hal, aku siap tipu pekerja tu kot cakap aku nak kawen bulan depan, so nak buat rawatan spa. HAHAHHAHA. padahal... eh salah aminnn *gatal nk kawen cepat*



entrance spa. simple je.





Ruang menunggu tingkat atas. Tempat sangat calm. Pencahayaan kurang nk bg feeling2 syahdu kannn, tenang je.



Kebetulan pulak masa kitaorang sampai tu, katil tengah penuh. So takleh nak buat ikut turutan sangat. Datang2 terus kitaorg buat foot spa. Ok, foot spa dekat spa ni ialah dia masukkan air suam, campur limau bomoh, campur ada sejenis liquid kot, sbb air tu berbuih2. Maybe sabun. Maybe liquid penghilang daki. HAHAHAHA. Ini nama foot spa? Ok, sila buat kat rumah saje. JIMAT ok.





Then lepas foot spa, masuk sauna. Cis, tak berpeluh pun. Bek aku sauna kat rumah aku, berpeluh cam mandi. Dia ada bg teh herba. Tapi bak kata mr. fate, tu air suam. Air suam pun bolehhhhh... HAHHAHA.


tempat sauna yg suam suam kuku.


After sauna, buat body scrub. Body scrub honey okay. Bau best.. Ha kau sental sental kuar daki segunung. Lepas scrub, dia suruh mandi.. Sangat menyegarkan!!! *muka segar*


Lepas muka dah segar, haruslah mendapatkan facial yg enak. Semua barang2 kosmetik spa ni berjenama reneu. Facial lifting yang kitaorg buat, ada dekat 4 kali gak dia sapu cecair apatah, then masker, then last sekali dia guna machine cam nak matikan jerawat kot, walaupun takde jerawat kannnn. then dia naik kan muka guna roller. Naik kan muka?? Kata facial lifting. HAHAHA. Tapi masa dia bersihkan white head tu sumpah aku rasa cam nak cekik dia. Sakit okayyyy!


Then, inilah masa yang di tunggu-tunggu. Body Massage!!! OMG aku sangat memerlukan urutan-urutan manja sbb rasa badan mcm dah corrupt gila. pinggang lenguh jgn cakap..keje dr pg smp petang duduk tegak je. Maka sesi massage pun di mulakan dengan mengunakan minyak aromatherapy lavender, tapi aku tak bau cam lavender pun.heh.layankannn.. Makcik tu urut sedap, tapi mmg ada something wrong dgn bdn aku, sebab bila dia urut kaki ok je, masuk ke badan, YA AMPUNNNNN. nasib tak mengalir air mata.


And makcik tu kata, bahu aku bengkak, tegang then bila dia urut pinggang, dia tny, ni keje duduk je ke? eh eh eh gila hebat makcik tu. Tapi kalau fikir logik mmg lah org keje duduk, ada ke org keje meniarap. heh. Part kaki dia cuma complain betis tegang, tapi taklah sakit, standard kalau dah hari2 pakai heels, confirm tegang. Paling takleh blah makcik tu kata tulang jari aku bengkak. I was like WHATTTTT???!!! tulang boleh bengkak ke. Macam2 hal lah makcik ni. Tapi layankannnn jeee..


Kemudian habis berurut, aku pun mandi buat kali kedua. HABIS! Lega. Badan sakit jangan cakap. Rasa nak patah riuk. Tapi overall BEST!!!


Service dia bagus. Tempat pun okay. Tak ramai orang aku suka kalau tak semak je. Huhu. Tapi ramai orang kata kalau beli kupon ni susah nak redeem. Senang je, kena pandai cara nya. Benda murah mesti ada halangan sket. Hehe. Wahai perempuan saya menyeru anda agar pergi memanja kan diri. Boleh juga ajak saya ye.


So siapa yang berminat nak g spa ni boleh pergi website dia


or cari di mukabuku KLIK NI


Apapun, aku dah jimat rm 656!!!! WOOHOOO.


kbyenaktampalkoyok.

Sunday, November 13, 2011

Friday, November 11, 2011

11 years!



SALAM!!!


Masihkah anda rapat dengan teman-teman sepermainan, segosip, sebantal, sesama kelas, sesunggut..ok tu tak lah kan... Adakah anda masih rapat? Ke dah regang disebabkan masa? Kerja? Kekurangan credit? Komitmen hidup? Sila lah pilih mana2 yang anda suka. Huhu.



Aku dulu sekolah asrama. Bukanlah asrama penuh, asrama biasa2 je. uhukk. I ni student average je. Bukan flying colors, idok lerrr. So masa asrama tu mesti ada geng2 kan? Bestnya kalau ingat balik. Macam2 kerja gila yang aku buat. To be honest, am not that baik punya type laa kan. Nakal gak masa sekolah, tapi kenapa aku jd pengawas dulu? mungkin cikgu disiplin tersalah tafsir aku. hahaa.tapi bila form 4 and 5 dah slow down. Nak SPM laaa katakan. huhu.



Antara kawan2 asrama tu, banyak yang masih contact lagi, walaupun kitaorg taklah selalu sangat jumpa pun. Jumpa pun selalunya kalau ada occasion cam wedding ke apa. Tapi the relationship is still there. Sama je. Kalau gossip still macam dolu-dolu. Hihi.



The best thing about my friends yang dari sekolah menengah ni, derang tak berubah. Perangai sama jeeee, walaupun ada yang dah jadi mak2 orang. HAHAHAHA.




latest pic. walaupun tak semua dlm ni but oklah kan :)


11 years and still counting...


Mari berhubungan semula dengan rakan-rakan, mana yang tak lupa diri lagi. Yang dah lupa tu, biarkan je.


p/s : OM-GOSH OM-GOSH. baru perasan, 11 years, harini tarikh 11 november 2011. semua 11. HAHAHAHHAHAHHHAHAHAHA.

I heart you guys so much *cium pipi kanan kiri*


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...