Friday, April 1, 2011

Aku seorang guru. oklah cikgu tadika







Aku seorang cikgu tadika di taska junior pintar!!!!! sungguh aku tak percaya benda ni. malah sudah mula menyukai kerja ini. hmmm pelik? itu lah hakikatnya.


sejujurnya, aku memang TAK SUKA budak. aku rasa diaorang ni cam serabut kadang kadang. dahlah mengada. bising pulak tu. memang aku buat tak layan jela dengan budak kecuali kalau terpaksa. HAHAHA. and aku sangat suka BULI diaorg.


antara kes-kes buli yang aku lakukan adalah ke atas anak sedara aku sendiri. berlari kesana kemari. serabot gila. pastu sampai tumpah2 kan air. mmg aku pantang ah orang menyusahkan orang lain sebab aku yang kena lap masa tu. ahahha. pastu aku panggil sorang2.


aku : meh sini meh makan kerepek ni, sedap ni perisa strawberry
anak sedara : nak nak. sedapnya strawberry
aku : ha makan makan.
anak sedara : (amik banyak gila)
aku : (tersenyum)


tak sampai 10 saat, muka berubah sorang2. pastu nangis. HAHAHHAHAHAH. sebenarnya yang aku bagi tu kerepek pedas. sekarang boleh bayangkan betapa jahatnya aku terhadap kanak-kanak???


tapi baru-baru ni. hmmm taklah baru sangat. hj dapat anak sedara. and dia sangat rajin jaga anak sedara dia. aku pun rajin gak tengok. pastu terfikir, kalau lelaki boleh jaga budak sikit punya baik, takkan aku takleh. AHAHAAHHA. (ni berangan je ni KOT) lalu terbukak hati SIKIT nak suka budak.


tetiba dapat jadi class teacher of T4. kelas T4 ni kelas budak umur 3 tahun. murid-murid aku semua chinese. cuma ada satu je indian. semua comel comel tahap ayamas. terus jatuh sayang dekat diaorg. SUMPAH! lembut je hati aku tengok diaorg.


aku kena megajar english, matematik, sains, art, bm, music, smart me, and singing. tapi antara banyak2 subjek ni yang aku paling suka adalah SMART ME. SMART ME ni cam belajar kemahiran hidup. cara2 nak isi air dalam botol. cara pakai baju. hembus hingus. ikat tali kasut. cute kan? hehe.


first day kerja best! entah kenapa budak2 ni suka aku. cium2 peluk2 aku. alahaiiii lembut hati. tapi mmg adalah budak paling nakal. budak pandai. budak slow. ahhaha. normal lah tu. waktu mandi kan diaorg paling best. sebab semua bogel. AHHAHAHA. dah cam toyol dah. sekarang rasa tak sabar nak gi sekolah hari isnin. YIHAAAAA!!


alhamdulillah, aku dah suka budak sikit. slow slow lah. :)


hari pertama yang indah :)

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...