Wednesday, April 6, 2011

Penyesalan? beat it!

credit ako si prince tumblr.



pernah tak korang rasa menyesal? kira macam rasa, kan bagus kalau aku boleh putar masa. change everything, make things better. aku mmg selalu fikir mcmni. hehe. sebenarnya, penyesalan tu bagus. sebabnya ialah, bila berlaku penyesalan tu, kita akan sedaya upaya membuang/tidak mengulangi benda yang sama yang boleh menyebabkan kita menyesal dan secara automatik, kita akan belajar dan buat perubahan positif. positif je, takde sapa nk buat perubahan negatif, lempang nak? eh faham tak? ke cam berbelit? kalau tak faham, baca balik ulang2 sampai faham. ok?


Antara penyesalan yang common. sila terasa kalau terjadi pada anda. ehem ehem.



PENYESALAN 1 : PERCINTAAN


Ni mmg penyesalan paling top. setuju? "Aku ditinggalkan" "Dia kecewakan aku" "Dia ada skandal" "Weh, aku tak patut berkenalan dgn dia pun" "Apasal dia hot sgt, lalu aku pun gatal nak kenal skrg dah kena tipu" . Ni antara penyesalan2 nya la kan. Sebenarnya, bila ada conflict dalam relationship, jangan simpan. luahkan. expresi kan nya. tapi jangan lepaskan kemarahan pada pasangan. sebab ni berdasarkan pengalaman aku, kalau tgh marah, mmg mcm2 words boleh kuar. termasuklah TUTTTT. kena cool dulu. and bg yang kecewa, senang fikir camni je, dia mmg bukan untuk kita, ada yang lebih baik untuk kita. Kan mmg ALLAH dah kata kita diciptakan berpasangan. kan? kan? Sebab tu lah aku tgh sabar, kot2 chris brown mmg utk aku. hmmmmm..


PENYESALAN 2 : KELUARGA


ok, reality check ya. ada tak org yg lebih rapat dgn kau selain family? dah lah darah sama. daging sama. mmg sampai mati pun tak putus. dahlah tu takleh kawin. boleh pegang2 lagi. so family ni mmg kita perlu utamakan. tapi hakikatnya, ramai org yg ada problem dengan family. sampai kdg2 tak bertegur sapa bertahun-tahun. and ramai yg menyesal bila dah tak dpt spent time together. kita hidup tak lama. kalau dengan family sendiri pun kita takleh nak have a good relationship, mcmana dgn org lain? kira mcmni lah kan, family ni macam basic dia. means org yg kita jumpa first2, antara org2 first kita build relationship with kan. so, apapun tolak ansur yg penting. jangan sampai menyesal ya. kalau dah teruk sgt, pegi je family therapy kalau banyak duit ahhh. HAHAHHAA.


PENYESALAN 3 : EDUCATION


Sekarang ni pelajaran sgt penting. tgk jelah drama melayu selalu kata, pelajaran je yg boleh ubah hidup kita. kan? kan? so mmg penting pun. tapi sebenarnya, ramai antara kita yang menyesal in terms of education. antaranya ialah, amik kos yg tak disukai sbb mak paksa. or bila dah blaja, tetbe tak minat. ataupun bila dah grad, menyesal kenapalah aku tak blaja rajin sket dulu. hehe. ni akulah sebenarnya. main je banyak. hehe. tapi benda ni boleh di improve, dengan berusaha lebih keras pada peringkat seterusnya. kalau agak2 takde duit takpe, kerja dulu. then sambung. nak seribu daya, tak nak seribu dalih. ye tak?


PENYESALAN 4 : KERJAYA & DUIT


Ok, dua benda ni mmg berkait rapat kan? kerja kau bagus, duit kau masyuk. kan? kan? tapi sebenarnya banyak org menyesal bila dah kerja, rasa kerja mcm tak sesuai dgn diri diaorg. then nak tukar2. bla bla. ataupun dah reject offer kerja ke. hmmm ni akulah. menyesal reject UEM. tidakkkk! hehe. tapi takpe, dah syg anak2 murid. sebenarnya lebih tinggi education seseorang tu, lagi dia nak cuba benda yg baru. bukan hanya tertumpu dlm satu bidang je. contohnya, kalau dah jadi doktor, then nak bukak bisnes. camtu lah. eh boleh ke cth ni?


PENYESALAN 5 : KESIHATAN


"Tidak aku gemuk" "Alamak,lutut sakit, pinggang sakit" "Aku menghidapi kanser" eh, bukan aku. tu contoh je. pernah menyesal tak sbb tak jaga kesihatan elok2? bagi yg belum sakit, maybe belum lagi lah rasa menyesal KOT. kan?kan? ramai org yg menyesal sbb tak mengamalkan diet sihat, makanan sihat, bla bla. lalu memberi kesan pada badan. pastu baru terhegeh2 nak menyesal. sebenarnya, nak menjalani hidup sihat tak susah pun. bila bila korang boleh start. and kalau dah sakit pun, and then ubah cara makan, insyaALLAH boleh baik. Kuasa ALLAH, siapa tahu kan? Bak kata mak aku, badan ko tu nak pakai lama, jaga elok2. HEHEHE. mana2 yg boleh ubah, ubah lah ya. lagi satu aku nk ckp, insurans sgt penting sebenarnya. korang ada insurans? kalau takde lebih baik buat. malang tidak berbau. sbb kalau nak fikirkan kalau gaji kita rm 2000 je, bila sakit nk kne bedah2 sampai puluh2 ribu, ada duit kau? lainlah bapak taukeh ikan. jgn ckp, "aku takde kanser, tak perlu insurans" kunfayakun. kalau ALLAH nak kata esok kau ada kanser, ha, cemana? lu fikir la sendiri...


ok, ni top 5 penyesalan yg banyak org alami. so, anda terasa. mari lah ubah diri sikit2 untuk hidup yg lebih baik. ok bye, nak buat buku persediaan mengajar. saya kan teacher. heh.



No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...