Friday, April 8, 2011

Hapuskan lingkaran itu

bila sebut lingkaran mesti aku teringat lingkaran ubat nyamuk yg kaler hijau pusing2 kat rumah atok aku, brand fumakila. nama pun cam killer je. patut la tidur mlm ku lena di rumah atok. HAHA. tp aku tak pandai nak pasang ubat nyamuk tu. mesti cengkelat suruh yaya lah, suruh mama lah. kalau dah takde orang sgt, aku suruh atok je. HAHAHA. sbb setiap kali aku buat CONFIRM, CONFIRM ya, patah bertaburan. so aku mls nk membazir, amalan syaitan tu. dosa.


ok, enough pasal lingkaran nyamuk. sekarang nak cakap pasal lingkaran bawah mata. ni antara benda yg semua perempuan bermasalah alami. eh salah, ni adalah masalah popular yg semua perempuan alami. BETTER! hehe. termasuklah aku. sbb aku sangat suka tidur lambat. pastu mata sembap. ada dark circle bla bla. pendek katanya memang tak cantik lah kan. and obviously pompuan kan mmg suka kecantikan. kan? kan? ala lelaki pun boleh pakai sebenarnya. jgn lah ingat pompuan je kena jaga kecantikan. faham? tp laki janganlah cantik sgt, tu dah lain okayy.


so, aku yg sememangnya mementingkan hal2 sedemikian mencari lah alternatif utk mengatasi masalah ini. sbb aku mmg dah tahu aku suka tidur lewat, aku yg cari pasal, so aku kenalah bg mata aku upah sket kan, dah guna lama. hehehe. aku guna produk ni dari masa belajar lagi. and aku suka eye mask ni sbb dia sejuk je kat mata. bila korang baring, then pakai, mmg boleh tertidur laaa. eh ke aku je? hahaha. and yg pasti dia lembut je kat kulit. and dia ada green tea! green tea sangat bagus. nnt aku buat entry lain eh.



INTRODUCING.....


SASA EYE MASK



selalu aku suka beli yg kaler biru je. tapi sbb beli last time ada offer. so beli la lebih kan. hehe. alasan lapuk berkulat saje nk beli banyak. lagipun cam terpedaya, eh, yg pink ada collagen siotttttt. amik amik.



affordable enough?



cara pemakaian nya,

saja tunjuk kang ada yg beli pakai terbalik. tak ke haru?


ok, lets go kepada manfaat nya, eye mask yg murah lagi sejuk ni boleh membantu kulit mata mengurangkan/memudarkan/menghilangkan(maybe) kedutan di mata, bintik2 hitam, dark circles dan juga puffiness! so siapa malas buat tips ice yang lepas, bolehla beli benda ni. gila pemalas kau kan!


siapa rasa nak try, boleh try. ataupun siapa rasa, "ek ele, tak sampai 5 ringgit pun, plslaaa. i pakai SK II, III, IV". so pakailah mana yg mampu. aku mampu yg ni, lagipun aku suka and dia berkesan kat muka den ni. adakah petanda aku muka murah? TIDAKKK.

ok dah penat, esok nak g tgk okestraaaa! bye!


2 comments:

  1. BErkesan eyh??

    1 packet tu ada sepasang la?

    ReplyDelete
  2. aah. agak berkesan utk kulit saya. satu packet ada 3 pasang. kira 3 kali pakai. hehe.

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...