Monday, September 2, 2013

The Engagement of Rithuan & Amni


SALAM!!!



Akhirnya, aku kini adalah tunangan orang. Sebenarnya aku macam tak percaya je. Sebab aku tak rasa kat dunia ni orang boleh sayang aku. Melampau kan? HAHAHAHA. Tapi dah mamat ni sayang. Mama selalu pesan, "Kahwin dengan orang yang sayang kita Ngah.. bukan orang yang kita sayang". Ni lah the reason why I accepted this guy. Oh should I say this lucky guy? hehe.



Soalan paling banyak aku dpt ialah "Macamana kenal dengan Tunang?" HAHAHA. Cerita aku kenal dgn tunang aku ni sebijik mcm Drama. Cam takleh blah pun ada. Nanti lah kalau dah jadi suami baru cerita. Masa sebelum bertunang tu, aku takde rasa gementar ke apa. Excited sikit adalah. Tapi kebanyakkan masa aku cam cool, biasa je. Sampai adik aku tanya,"Kau ni happy ke tak nak bertunang?" HAHAHHAHA. Mesti lah happy tp dalam masa yang sama rasa cam takut, sebab aku takut kebebasan aku akan berkurang. Wahahhaha boleh ek camni? Buruk perangai. But then, so far so good =D



Hari langsung pertunangan ni 24th August 2013. Aku tidur lewat gila malam sebelum tu sbb macaroons aku tak sampai2. Pukul 2 jugaklah tidur, bangun 6.30pagi. Dok soksek soksek, tiba-tiba pukul 7.30 pagi, Kak Andam dah sampai! Omak! (Kak Andam sbb dia muda lg okay) Pastu cecepat Kak Andam suruh mandi. tapi sebab aku ni ada bau bau bacang dengan kambing, so aku mandi 2 minit je. HAHHAHA. Nak buat apa mandi lama2, bukan muka bertukar jadi Angelina Jolie pun. Choy!



Lepas tu start make up.... masa ni aku agak stress sbb dua hari sebelum tu aku makan bihun goreng. Mama letak fishcake, aku makan fishcake tu. Sekali bibir aku tebal. Uwaaaa!!!! Terpaksa Kak Andam adjust bibir aku jadi semua tebal. Yela karang sebelah tebal sebelah nipis huduh plak. Hehe. Layankannnnn... Lepas tu tak lama, kawan2 office sampai, eksyens dan kawan2 UIA. Masa ni havoc gila cam nak pecah bilik aku. Tapi takpe aku memang suka havoc2 ni. The louder the better, salah satu motto hidup aku.



 Dalam 2 jam lebih gak aku make up, yelaaa jarang make up... Mata asyik nak berair. Terharu sangat di make up kan oleh orang sampai mata nak berair je. Buek. Lepas tu time nak pakai tudung, tudung tamau tegak ek. Kwaja gila! Aku dah cam haishhhhh.. Then Kak Andam kata tukar style. Oklah layankan... Nasib baik okay. Lepas tu dah siap..


 Serius gila muka. HAHA. Sebab kena tukar style last minute.



 Dulang girls


Then Wan msg, " I dah kat bawah..." Terus gedik masa ni sbb mesti Wan handsome gila babeng. Yela lelaki pakai baju melayu kan handsome. Kehkehkeh. Tengah borak2 tetbe Yaya kata , "Ok, turun sekarang!" HAAA!!! So fast liaoooooo... Masa nak turun tangga ni aku baru start berdebar. Eceh..... 

Then macam biasa lah, sarung cincin. Cium2 peluk2 Mak Wan sikit. Settle! =D


 Nervous ni.... Muka nak ketat je. Kahkahkah.

 Cium2 sket bakal mak mentua

Lepas tu macam biasa lah, ambik ambik gambar. Banyak sangat gambar nya, tak larat nak upload semua. And lagi best photographer free! KAHKAHKAH. Itu lah untung nya cari orang yg jadi part time photographer. Jimat duit.


 Keluarga aku yg sgt syg muah muah



Keluarga belah Wan *peluk kuat2*



The runner




Bahahhahaha!


And lepas habis tangkap gambar area rumah, kitaorg pergi outdoor photo shoot pulak. Hehe. Aku pilih tasik yg dulu Along pergi masa Outdoor wedding dia. Tapi panas YA AMPUN. Dah lah aku tak makan langsung dr pagi. Pening2 sampai. Tapi sbb tgh happy, bantai kan aje.



 Tak edit lagi ni. Meow meow...


Terima Kasih tak terhingga kepada kedua ibu bapa aku. Baba tolong dr segi kewangan, Mama pulak dari baju aku, pelamin semua dia yg buat. Aku tahu2 siap je (of kos lah aku tolong gak sesikit) Memang aku sangat untung lah. Hantaran pun mak aku buatkan. Aku tukang beli barang je. HAHAHA. I am so lucky! Thanks juga kepada adik beradik aku, yg melayan kerenah aku, kakak ipar saya yg memperkenalkan Kak Andam. Ramai puji aku cantik. Cantik ke uols? =P Tak lupa juga kepada kawan2, saudara mara, family belah Wan... Cantik hantaran mmg terkezuttt hehehe.
 And last but not least to Mr. Fiance, Mohd Rithuan Shahaini.



I may not be the best for you,
but know that I will always try my best.
Thank you for loving me unconditionally.



Setia dan hidupku selalu denganmu...



Thanks semua! Doakan kitaorg kawin cepat sbb nak meow meow.
HAHAHAHHAHAHA Kbye.



No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...