NEW YORK SKIN SOLUTIONS

 
 
 
SALAM!!!




Akhirnya! aku berjaya juga nk tulis entry ni. walaupun dah berbulan. kalau boleh nampak, dah ada kulampair dah kot. euwwww. eh kejap, belum berjaya lagi. tunggu smp habis. so hari yang aku gi yun nam tu, petang tu aku buat appointment dgn NEW YORK SKIN SOLUTIONS gak. sbb cam malas gila nak kuar banyak-banyak kali. alang-alang meh buat dlm masa sehari je. bijak bukan?


maka aku pun pergi lah ke NEW YORK SKIN SOLUTIONS. dekat je dengan rumah aku. kat area BBT ONE. aku rasa cawangan ni baru bukak sebab cam tempat tu pun agak baru lah. masuk2 je beautician layan baik gila. dengan senyuman nya. pastu swuh aku tunggu dekat bilik consultation. sebab nak scan muka. tengok apa masalah aku. huhu.





sebelum pergi beautician pesan, jangan pakai pape kat muka. lalu, masa pulang lunch lepas gi yun nam aku buang lah eyeliner aku. dah tu kalau buang mesti selalu cam dia ke bawah. menjadikan dark circle tu WORSTTTTT!!! takpela, apakan daya.





maka masa di scan muka aku tu, rupanya aku ni kulit kombinasi. selama aku hidup ni, aku MATI MATI ingat aku kulit berminyak. so aku pun pakai pencuci muka, toner utk kulit kering. patutlah kadang2 sampai mengelupas. beautician tu kata, aku patut pakai barang2 yg melembapkan kulit aku. kadang-kadang dia kata, banyak orang kata diri sendiri kulit minyak. sebenarnya, mmg lah kulit kita berminyak. minyak asli. and kalau tgk bahagian T-zone confirm2 lah BERMINYAK ibarat minyak goreng pisang kalau di lekap dgn oil blotter kannnnn.





lepas dah buat scan tu, dia swuh aku tunggu jap sambil tengok video2 kecantikan. kira macam testimonial orang yang gi buat dekat new york skin solutions ni lah. memang berubah siottt. huhu. lepas 15 minit, dia bawak aku nk masuk bilik rawatan(dah cam klinik la pulak), seram gila. bila aku tgk pintu2 bilik tu dah macam rumah pelacuran la pulok. terus aku jln lg dekat dgn beautician tu.




kecik je bilik tu. muat 2 orang je. then dia suruh aku bogel. HAHAHA. tipu je. dia swuh aku bukak baju and tudung dgn suar je. then pakai baju dia yg warna biru tu. aku pun tukar lah. lepas tu aku baring. dia pun kata, dia akan picit semua benda yang tak patut ada kat muka. kebetulan plak masa tu aku ada anak-anak jerawat. mmg dia picit tanpa belas kasihan. takpe tabah je, free punya pasal.


then, dia pakai kan aku satu mask ni nak bagi muka lembap sbb muka aku dah jadi kering kontang ibarat padang pasir. adalah dalam 15 minit dia biarkan mask tu. then dia bersihkan muka aku. pastu dia letak kapas lembap kat mata aku. then dia pasang satu mesin ni. dia kuarkan wap sejuk. rasa cam air-cond letak kat muka kau. sebab dia nk bg kulit aku lembap.




maaflah, tak nampak plak mesin tu. sbb cam susah nak amik gambar tgh baring. ni dah cukup hebat la ni. AHAHHAHAHA. maka process ni berlangsung selama hampir 2 jam. lama gila. apa aku buat masa tu? sekarang cuba bayangkan, muka kau ada air-cond, tpt tu pun fully air-conditioned, dia siap bg selimut. apa aku buat? T-I-D-U-R. yes, TIDUR. lepas tu kapas entah kemana, siap mcm dekat katil rumah sendiri. HAHAHA. nasibaik sebelum beautician tu masuk, aku dah terjaga, puas mencari kapas tu balik. last2 jumpa di balik selimut. cheh.




sebelum balik, haruslah amik gambar. sebab tatau entah zaman bila nak g NEW YORK SKIN SOLUTIONS. banyak plak kan duit aku...mmg tak la kan. so itu lah ceritanya, sebenarnya korang boleh je pergi try. utk first timer boleh aku rasa dgn syarat korang ada masalah kulit. tapi bila dtg bab dia paksa buat rawatan tu pandai2 lah menolak jangan terpedaya. sekian.


SAYANGI LAH KULIT ANDA. bye.




Comments

  1. memang dramatik.. :D

    ReplyDelete
  2. takde gambo ke lepas rawatan? mak saya ada gak buat NYS nih, tapi dia 'terpedaya' la dengan pujukan diorang. habis dkt 2K jgk la utk 10X rawatan. siap dgn set pembersih muka dia bagi. nampak la jgk perubahan muka mak aku. nampak cerah sikit, licin. blackheads pun kurang..huhuhu..tapi idak ler mampu mak aku nak beli set rawatan muka tu bila habis.last2 beli pencuci muka biasa gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... mmg bagus tp sbb terlampau mahal.. maintain guna biasa pun ok cuma kena rajin sikit. hhehhee

      Delete
  3. Replies
    1. tatau lah awak. sbb kita g ni free. hehehe.. tapi rasa nya ratos2. hehehe

      Delete
  4. Bagus jugak info u ni..ingat baru nk try..

    ReplyDelete
  5. dah kena tipu rm3k dah..jaga-jaga.

    ReplyDelete
  6. JGN pegi aku baru kena tipu rm3700. minta refund blik pada ari yg sama kena tipoo ooooo. dia x nk bg alasan dah key in lam system. cal tnya bank boleh je nk refund. so g wat laporan polis n pengguna haha. berhati2 ye. dia tipu bukan pasal pakejnya tp dia tipu sbb ckp x leh nk refund. nk refund seb pkir x mampu.

    ReplyDelete
  7. alamak..saya dah tertipu..dah habis beribu, tapi muka lagi teruk..mcm nak minta duit balik je...

    ReplyDelete
  8. Sy baru pegi semalam....tepek mask 3x kat muka rm400...nasib baik free!!lps facial tu dy siap promote lerrr....ehh mmg x la aku nk buang duit beriban kat c2...mcm2 alasan bg kat beautician tuh...hahahah

    ReplyDelete
  9. aduh...sy dh trima package paksaan, so mcm na boleh cancel ke...klu xtrima sy xdpt kluar dr bilik consultation tu...terpaksa la..mcm2 alasan bg...tp dia ttap paksa...emm...klu xnk ambik agak2 diorg ambim tindakan x..

    ReplyDelete
  10. Hmm..mcmna sis blh trlepas dri cengkaman paksaan dorang tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenali Tahi Anda

My Journey With Nutox

5 Tanda Kulit Sensitif