Sunday, August 28, 2011

Vaginal yeast infection kulat eh?

SALAM!



Mungkin entry ini akan membuatkan pembaca berkata, "EUWWW" "YEKKK" atau sebagainya. tapi kalau pervert dia akan berbunyi begini, "WOWWWWW!!" bengong ke apa pervert ni. Puiii... oklah, straight to the point. Yeast infection adalah benda common dlm life seorang perempuan. Kira mcm kalau ko gi clinic ckp kena infection ni takde lah doktor terkejut beruk ke apa. COMMON ok. so tak payah malu. benda2 kesihatan ni mmg tak patut malu pun sbb takut akan memudaratkan diri.



Yeast infection ni biasanya berlaku kat tempat yang paling lembap di badan manusia. ni bukan lembap yg slow tu eh, ni lembap yg moisture tu. So 2 major places ialah mulut dan vagina. So sekarang ni aku nk cakap pasal vaginal yeast infection. Sebenarnya kat vagina kita(ni utk perempuan je) mmg ada yeast, but in certain condition, ada sebab-sebab yang boleh menyebabkan kuantiti yeast tu bertambah, lalu menjadi infection. Ataupun bila yeast tu dah tak balance. pun akan menyebabkan infection.



Bila korang rasa gatal2 kat bahagian tu. cepat2 lah find out. kadang-kadang if keputihan berlebihan pun boleh sebabkan yeast infection. lagi-lagi bila kita nak period, banyak keputihan yg keluar, menjadikan kawasan situ lembap, so pembiakan fungus2 ni pun kemain meriah lagi. Nak nak pulak jenis orang yg kencing tak basuh ataupun kencing, then tak lap kering-kering, lagi bersorak2 lah dia terhasil. Yeast ni dia akan membiak dgn jayanya bila tempat tu warm, moist, contoh nya kalau kita pakai jeans yg terlampau ketat pun boleh menyumbang kepada yeast infection.



So, mari kita lihat apa sebab boleh terjadinya yeast infection :


  • Stress
  • Kurang tidur
  • Sakit
  • Makan terlalu banyak makanan manis
  • Mengandung
  • Period

ni yang major lah. ada lg ya...



Amni, cemana nak tahu yg kita kena vaginal yeast infections?



  • Rasa rengsa, merah2 di bahagian vagina, gatal2. mostly vagina and the vulva
  • Sakit bila kencing
  • Sakit bila bersetubuh bersama suami tercinta
  • Keputihan yg telah menjadi kuning yang tampak seperti cheese tapi takleh makan. biasanya tak berbau. Tapi kalau berbau, ok, anda dalam bahaya!
  • Ruam pada vagina tersayang


CONTOH VAGINAL YEAST INFECTION



berlebihan itu tak baik.




cheese yang takleh dimakan. *pengsan*



Aku lahir dengan kulit mak ai kau bukan main nak sensitif kann. so kalau aku terkena air kotor je, mmg akan tumbuh yang cam bulat2 ada air dlm dia tu. Echah panggil tu air bisa. hehe. Itu pun di panggil infection di sebabkan fungus. So, mmg kena sentiasa ada ubat.



ni cream nya kalau korang ada gatal2 dekat kaki or tangan.



Kalau tak silap aku, kalau yang utk vaginal yeast infection ni, cream dia punya rupa sama je camni cuma dia warna pink. Sebenarnya, kita tak perlu sampai tahap kena yeast infection baru terhegeh-hegeh nak cari ubat.



Kita kena amik prevention, sentiasa pastikan kawasan sulit kita kering. sbb kawasan tu mmg dah sedia lembap, so tak payah susah2 nk tambah2 kan kelembapan dia. baik beli moisturizer tempek kat muka, lagi bagus. Lepas kencing, pastikan lap dengan kering. If you guys tgh kat luar, sentiasa pastikan bawa tisu AT LEAST sepeket. sbb sometimes mall punya tissue habis kan. mana laa tahu.. and rajin2 kan diri pakai pencuci alat sulit. jangan pakai sabun mandi ya. PH dia tak sama.



Kalau rasa gatal2, boleh beli ubat. Tanya pharmacist. jangan malu2. Kalau dah melarat nanti lagi dasyat. And lagi satu pesan aku, sentiasa pakai pantyliner. After 3 to 4 hours tukar. Cuba bayangkan kalau tak pakai. Mandi baru tukar, berapa banyak bakteria yg dah buat kenduri. Lagi la kalau orang yg malas mandi. Ok, tamau bayangkan. AHHAHAHA.



Ok, jaga diri anda baik baik. Jaga semua tempat dengan baik juga. Sekian. Okbye.


Hari Raya Hari Mulia Part 1


SALAM!


Raya tahun ni adalah sangat best. Seronok. Macam-macam rezeki ALLAH bagi. Syukur Alhamdulillah.



Persiapan mmg mcm tahun2 lepas. Baju bla bla semua lengkap. Masa aku teman yaya and nana shopping handbag raya, aku tahan je. sbb mama kata, "kalau nak, beli pakai duit sendiri, masalahnya aku terlalu banyak komitmen lain yg nak di penuhi selain daripada membeli sebuah tas tangan, eh sebuah ke? lalu aku pendamkan saja keinginan hati nafsu serakah" Lagipun fikir, handbag melambak, yg HJ bg pun baru guna 2 kali je HAHAHAHA gilatamak.



Tapi still, sedih gak sbb biasanya tahun2 sebelum ni mama belikan. Bab kasut mmg takde hal, sbb kasut yg beli tapi tak pakai lagi pun melambak. so kira amik mana2 pun buat jadi kasut raya apadehallll. AHHAHA. tudung raya mmg tak beli. pakai yolah apa yang ada.



Tapi, kalau dah nak di jadikan rezeki tu kan, still dapat gak handbag baru. HAHAHHAHAHA(gelak penuh kepuasan) lama mengidam handbag pengarang jantung cinta hati. nak beli sendiri mmg tak mampu. sama dgn gaji sebulan. mampu kau?? aku tak. gaji aku kecik je. cukup2 buat makan je. eceh..



Thanks HJ. awak selalu pakaikan saya dgn benda baik-baik. eh salah benda2 yg saya tak mampu pakai. WAKAKA. nnt saya belanja awk pulak ye :)



Alhamdulillah juga, ramadhan tahun ni aku dapat kerja. Syukur. Dapat juga macam2 lagi rezeki. Voucher dr beautician rm 1500. Tak sia2 pergi spa sebelum raya. huahuahua.



Bab kuih raya pulak, tahun ni buat sendiri. Gila lah. First time aku buat sendiri. Uli guna tangan. Tangan aku ni, macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Nak buat kek, tapi hidayah belum sampai. Tungguuuuuuuu...



Akhir kata yang tak berapa nak akhir, tahun ni mesti dh tak dapat duit raya kan? Aku br dapat rm 100. balik kampung kena menyamar jadi budak kecik tapi muka kertu pulak. layankannnn kalau ada rezeki, dapat juga. hehe. *berharap*



Dilema hari raya :

nak pakai yg ni ke?


ke yang ni?



POYO gila mcm nk kena tampar.



Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Kalau terkasar bahasa, terlanjur kata, termen-hanjeng. Sesungguhnya kadang-kadang mmg tak sedar, atau buat2 tak sedar. Bak kata pepatah, buat baik, di balas baik, buat jahat, tahi lah kau dapat (ni nk minta maaf cam nk cari gaduh)


okbye.




Saturday, August 27, 2011

Akhirnya....


SALAM!


Alhamdulillah.. Syukur. Berterima kasih yang tak terhingga pada ALLAH S.W.T kerana bg rezeki ini. Terima kasih pada mama and baba yang tak pernah putus2 berdoa. Family2 yg bg support. HJ yang selalu ada dan kawan2 semua.


Akhirnya, aku dah dapat kerja! :))


will start on 15 september 2011. sekarang tgh fikir cemana nak kawal emosi nak tinggalkan anak2 kesayangan. bila dpt call tu, gembira smp menangis. Tapi bila terkenang anak2, sedih, sayu, dan hiba. Siapa yang derang nk peluk nnt? Siapa yang derang nk manja2 nnt? Siapa yang derang nk bergila-gila. Aku rajin layan derang. Sumpah sedih.


Kalau dah sayang, memang susah....


Tabahkan hati.. Apapaun dengar cakap parents tu mmg berbaloi.


Last but not least, ARE YOU AN IBMer?


Tuesday, August 23, 2011

Kerja jangan kau pergi....



SALAM!



Bila cakap pasal cari kerja ni, mmg boleh mendatangkan ke-EMO-an. kalah emo masa period okei. Mmg boleh tension sampai tahap nak menangis. YA, saya tak tipu. Aku rasa aku dah pergi banyak gila interview. banyak yang dapat, tapi....



Bila dapat tu mcm2 halangan dia. Mmg halangan yg takleh di bantah. Sebab mungkin aku belajar dari kesilapan. Masa baru2 grad, aku dapat banyak tawaran kerja. And dalam banyak2 tu aku terima satu kerja. Kat pj. jadi sales and marketing exec, international company. sekali......... kena tipu. sbb mmg dr mula mama cam tak suka. Mama suruh jadi cikgu. Tapi dgn kereknya aku kata, " taknaklah.... tak glamer" HAAAAA amik kau! Mmg laknat. Aku keje seminggu je kat PJ tu. Sadis..



Lepas resign dr company tu, aku mmg ikut gila okei cakap parents aku. banyak gila tawaran kerja. and agak banyak dr company2 besar(ni bkn nk berlagak) cuma nk tekan kan betapa aku takut, tamau perkara lama berulang, so pape pun aku akan tanya parents aku, ok tak keje ni. kalau salah sorang kata TAK. mmg aku reject.



Memang nak cari kerja yang mendapat restu parents. amik BERKAT.



Tapi.. sebab dengar cakap parents alhamdulillah, interview tak berhenti masuk. walaupun ada yang tak lepas, ada yang dapat. tapi setakat ni belum ada kerja yang berkenan di hati parents aku selain kerja sekarang ialah seorang guru. eceh... tapi aku tak nafikan mmg tension takde kerja yang sama taraf dengan kelulusan. kan kan..



Ada kerja, belum start kerja, bos dah gatal.. ada kerja, takleh solat, ada kerja, kena bukak tudung... ada kerja, gaji tak sepadan..ada kerja, kena cakap jepun pulak... alahai... sabar yolah..



Bak kata mak aku, Percaya pada rezeki ALLAH. rezeki orang tak sama. Mungkin rezeki aku lambat sikit. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita kan. So, serius tak sabar, apa agaknya kerja aku nanti? Best nya kalau dapat jadi cikgu.(dulu kerek, sekarang dah kemaruk nk jd cikgu) mcm harammmmmm



Nasibaik lah aku ada parents yang takde hal nak support aku. Ada adik beradik yang memahami walaupun selalu men-hanjeng aku HAHA, ada cinta hati ecah yang sentiasa bagi semangat, and ada caramel yang sentiasa pinjamkan telinga dgr aku membebel-bebel pasal kerja, and obviously kawan-kawan yang sentiasa support aku. Tak terhingga terima kasih saya, I terharu you :')




Dan anak murid yang sentiasa bg komen ikhlas bila bersiap nak gi interview. AHHAHA. sayang korang sangat2. nnt baca blog teacher bila korang dah besar ya. Jangan korang men-hanjeng teacher muruk dahlah ye. ngeh ngeh. teacher sayang korang. kuat jodoh dengan korang ni tauuu. nk melekat dengan korang je.




interview paling latest. siap pakai blazer. dahlah panas. ketiakberpeluhokei. HUH.




Apa sebenarnya tujuan aku post ni. Sebab aku tension aku takde kerja tetap.. AHHAHAHAHHA kbye.

Sunday, August 21, 2011

Terhantuk duk duk

SALAM!


Maap! Tajuk tu bukan bermakna yang aku mengalami kemalangan atau kecederaan. Ianya mengenai kesedaran. YA, sedar. atau bahasa inggeris nya realize.. If you just realize...(nyanyi lagu colbie caillat)


Ok, amik mood serius sikit.... Zasssss


Kita susah nak realize sesuatu dalam hidup kita sampai lah sesuatu terjadi pada kita. Betul? Contoh paling cliche aku boleh bagi ialah kita tak kan sedar someone tu means alot pada kita until kita hilang orang tu. SETUJU?



Kadang-kadang, kita rasa, macam orang tu tak bermakna untuk kita. Macam fikir, "ala kalau dia takde pun apadehalllll" tapi.... bila benda tu benar2 terjadi baru kita rasa, betapa sakitnya rasa itu. Sakit sampai rasa sakit kat hati. erk? sebab ni berkaitan hati, takkan sakit kat kaki pulok. huhu.



Kadang-kadang ALLAH datangkan sesuatu untuk buat kita realize. Contohnya, ALLAH datangkan orang lain dalam hidup kita. Mungkin untuk menguji seberapa kuatnya sayang kita. Mungkin untuk melihat seberapa setianya kita. Ataupun dengan tujuan untuk melihat betapa selama ini kita tak menghargai seseorang yang patut kita hargai. And once orang tu hilang, baru kita tersedar... Terhantuk duk duk.. (ni bukan terhantuk lalu terduduk ye)



Bila cakap pasal hati, memang complicated. Sebab kita deal dengan human yang ada macam-macam perangai, macam-macam emotion. Yang kadang-kadang kita tak boleh nak expect whats gonna happen next. Lagi complicated bila kita tak mempunyai motif atau tujuan yang sama.... HAMPA...



Tapi alangkah baiknya kalau kita sedar selepas kita terhantuk tu, sedar betapa kita mengabaikan orang yang sepatutnya kita bagi perhatian. Sedar betapa kita sebenarnya sayang orang tu. Sedar yang selama ni dia yang ada dengan kita susah dan senang. Sedar yang dia taklah sebaik mana, tak sesempurna mana tapi dia sentiasa ada untuk kita.


" When do you know someone's worth your love? When you become difficult to deal with, yet they stay"


Sempena ramadhan yang mulia ni, cuba ingat balik, ada kawan-kawan atau orang2 lain yang pernah korang abaikan? kalau ada, ini lah masa nya memperbaikinya.




gambar takde kena mengena dgn entry. tapi SUMPAHTANDORITUSEDAP!



Last but not least,



With you, I'm comfortable,
With you, I can be myself,
With you, I don't mind to look stupid,
With you, I can smile and cry at the same time,
With you, I can talk about everything,
With you, I know no matter how complicated the situation are, we always find our way back,
With you, I know I'm home.



Jomlah layan lagu ni : LAGU



Sekian. Mari lah kita mencari Lailatul Qadar.

Friday, August 19, 2011

Cod Liver Oil : Minyak Hati Ikan Kod?


SALAM!


Seperti yg sedia maklum, aku rasa cam pernah tulis entry yg aku ni senang/mudah/easy nak sakit. mcm petik jari, jeng jeng jeng terus sakit. cuba bayangkan, if aku tidur pasang econ, esok tu mesti aku demam. malah, kalau pasang kipas number 3 pun, esok tu mesti selesema, and kalau nasib tak berapa baik, pasti demam juga (-_-) . ya mmg begitu rapuhnya antibodi, lemah antibodi tapi lemah syahwat tak eh. WAKKAKAKAKA.



so, baru2 ni pergi shopping dgn mama. mungkin mama berasa dia perlu beri anak dia sesuatu yg berkhasiat. sbb tak larat nak mengeluarkan duit beli ubat. mahupun menghantar anaknya ke klinik utk amik gas bila kena asthma attack. hehehe. so mama membelikan aku COD LIVER OIL atau bila kita translate ke malay jadi minyak hati ikan kod? ataupun minyak ikan kod? kenapa liver tu tak di translate? ok la, persetankan.



so, pharmacist kata, makan sehari 6 biji. 6???? banyak gilaaaa okei. tapi takpe, dgr jelah kata. tapi sbb puasa. aku makan 4 biji je. 2 masa sahur, 2 masa sebelum tidur. kalau time tak puasa aku makan 6 lah. hihihihi.



so, aku rasa kesan makan cod liver oil ni dia naik kan antibodi aku. selalu aku sakit lambat nk sihat, ataupun dia on off, on off. tapi lepas makan ni, aku rasa aku senang gak sakit, HAHAHA. tapi cepat baik. oklah tu kan. kan kan??



Kalau korang perasan, cod liver oil ni ada banyak jenis. aku perasan, anak murid aku makan yg liquid punya from scotts emulsion. bau dia? YA AMPUN, kalau yang perisa original tu, hanyirrrrrrrr. selalu aku membebel2 kalau aku yg kne bg mkn. HAHAHAHA. nasib baik aku punya capsule. tapi busuk2 pun bagus. khasiat dia superb!!!!!



Cod liver oil ni bagus sebab dia boleh naik kan antibodi badan. Dia ada omega 3, yang mengandungi kadar vitamin A dan D yang sangat tinggi. di ulangi SANGAT TINGGI. kan bagus tu, kita tamau hat yang rendah2 ni. apa barang kan... selain daripada itu, dia juga ada positive effect utk hati , tulang dan lain2.





and, harga sangat murah aku rasa. aku beli 2 botol. eh salah, mak aku beli. 2 botol, satu botol ada 30 biji, satu lagi ada 100 biji. dengan harga rm 11.90, ke 11.40. yang pasti tak sampai rm 12. (sbb bukan aku byr, so aku tak igt)


so, siapa yang rasa2 lemah antibodi ni boleh lah sekiranya anda ke pharmacy yang berdekatan lalu membeli cod liver oil ini.


sekian. pesanan dr doktor tak bertauliah anda. kbye.

Saturday, August 13, 2011

Know your foot (kaki oh kaki)


Salam!


Sebenarnya dh lama aku nak tulis entry ni tapi tak sempat memanjang. sbb entry ni mmg panjang berjela. tu yg amik masa lama. so aku warning awal2. entry ni panjang dan meleret2 kalau penulis dia boring ketika tgh menulis lalu merepek2. maaf ya.


so, here's a question. dalam banyak2 anggota tubuh badan korang, mana yg korang rasa paling2 banyak korang guna? kalau aku, aku rasa kaki. aku rasa lah. selain dr mulut yg tak berhenti bercakap. huhu. so aku rasa, bila anggota yg kita extra use ni kita kena jaga dia lebih, lebih sikit lah. cth if guna kaki lebih, rajin sapu lotion ke apa. ek. tp bkn tu yg aku cuba nk sampaikan. apa yg aku nk sampaikan ialah mmg pasal kaki pun. haha.


aku tak igt bila. tapi mungkin 3 atau 4 bulan yg lepas. MAYBE. i cant recall. a friend of mine, ajak keluar sebab dia nk buy something for me. then aku cam, ok jelah. since kitaorg pun mmg agak kamceng bukan kencing eh, why should i refuse kan? haha. plus, dia dah niat. so, aku pun ok jelah. but then, its not just the two of us. my adik adik si yaya and nana was there with us too. so kami berempat ber-shopping di midvalley and gardens.


masa jalan-jalan tu, entah mcmana adik2 aku hilang. maka pe lg, aku pun hayak la kwn aku ni ke kedai sukan. pastu ada satu booth dlm kedai sukan tu. ada banner besar2. "KNOW YOUR FOOT". aku pun pe lg.. berminat laaa nk mengenali jenis kaki aku.


so, mari kita usha cemana nak tahu jenis kaki. masa kat gardens hari tu ada tempat dia yg aku test tu, tapi ni korang D.I.Y la yaa. kalau nk laa kan..


FOLLOW THIS :



1. Tuang air dlm dulang. Aku cadangkan air nila. AHHAHA



2. Tekan2 sikit.



3. Tekapkan kaki korang kat kertas. buat sampai dpt bentuk. (sila gigih sikit ya)



4. cak.. cak... ada pun..


so, jenis2 tapak kaki ni ada 3.


1) Normal (medium) arch



medium arch adalah yg paling baik. means kaki korang dijaga dgn baik. korang pakai kasut yg baik. and berita gembira nya, korang boleh pakai apa jenis kasut punnnnnnnnnnn. FINE. aku EMO.


2) Flat (low) arch




ya, ni jenis kaki aku. low arch. low arch ialah bila tekap kaki, npk hampir semua bentuk tapak kaki kau. low arch adalah paling senang nk cedera sbb cemana nk explain eh, kira cam kaki aku dh byk kena tekanan. cthnya, aku ni mmg pakai heels memanjang. so tekanan pada kaki aku sgt tinggi. so siapa yg ada kaki camni, sila pakai kasut yg stabil. dan lebih selesa.


3) High arch



kaki jenis high arch ni jarang org ada. tapi tak mustahil korang ada. tapak kaki jenis ni ialah boleh terjadi thru cara korang jalan bak kata akk kaki tu. kalau korang lihat hasil terapan kaki tu pun korang boleh tahu, yg korang tak gunakan tapak kaki tu dgn betul.


so, cadangan aku, lepas korang dah tahu jenis kaki korang. boleh tanya pakar2, kasut jenis apa sesuai untuk korang. and apa yg bagus utk kaki jenis korang, if korang ada masalah, sbb aku nk explain pun aku tak berapa pandai. aku just bg idea je okay? memang benda ni nampak remeh, i know. tapi kesan nya kita takkan nampak sekarang, dah tua kang baru terasa. TRUST ME.


antara brg2 yg aku guna utk jaga kaki :



best lotion ever.


pembersih tumit yg pecah rabak. maklumlah saya ni rajin masuk dapur. *muntah*



buku panduan akak kaki bg kat aku.


ANTARA MASALAH-MASALAH KAKI YG COMMON :


kaki busuk. euwww. kau kuat berpeluh eh?


masalah biasa perempuan rajin masuk dapur. ecehhh.


ni masalah2 pompuan suka pakai heels. HAHA.


so, siapa yang nak tahu dgn lebih lanjut, ataupun korang ada masalah kaki yg lain. you guys can check out their website HERE .



selamat mengenali kaki anda. dan jangan EMO seperti saya. kbye!





Entah kenapa


SALAM!


Entah kenapa, aku pun tak tahu.
Setiap kali aku baru nak happy. Baru je... baru je eh.. mesti benda tu akan hilang..


HILANG..


ya, H-I-L-A-N-G

Tuesday, August 2, 2011

makanan berdiskaun (2)


SALAM!


Lama gila tak update blog capuk ni. Idea melimpah2 tapi apakan daya, tak larat nak menaip, nak merepek. eceh. padahal malas, ok dh ngaku dah tu.


few days back, before start puasa, fiza, kwn adik aku dan merangkap juga teman sekerja aku ajak lepak johnnys sempena nak menyambut ramadhan katanya. ya ampun kau sedapnya milk shake dia. dasar pencinta susu. tapi last2 tak jadi. sbb...entah tatau sebab apa. lupa. so kitaorg tukar lepak papa john. lagipun papa john ada kupon. yuhuuuuuu.


nak minum petang kat papa john. gila gemuk kan.


jika anda ada card ni. jangan risau. semua blh jd best.


di tambah pula dgn ini. sila pengsan guling2.


maka, kami pun order lah pizza tu. dgn tamaknya nk yg 12 inch. tak layan laaa 9 inch. bukan apa, dah alang2 50% OFF kan.


khusyuk gila. biasala br kuar hutan agaknya.


biasalah i mmg maintain. HAHAHA



my pizza. sedap betul letak chili flakessss.


yaaa.. tgk berapa je kena bayar. I LIKE :)



nafsu serakah manusia. dah kenyang cam ular sawa masih membeli starbucks. dah lah tak beli kopi... grrrrrrrrrr!


okbye.


Rithuan's Big 3-0

SALAM Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna ben...