Tuesday, December 30, 2014

"Yang.. tolong buat air"



SALAM



Ada satu hari tu, kawan Wan datang rumah sebab tolong Wan bersihkan kereta, cermin dia pecah.... Pastu dia ckp kat aku,"Yang... tolong buat air" OK trettttttttttttttttttttttttttttttttttttt! Selalu kalau part2 mcmni Mama dah sediakan siap2 nak bg tetamu makan apa. Tapi haritu aku blur giler. Sebab Mama and Baba balik Johor. So tinggal aku, Wan dengan Yaya je. krikk krrikkk.



Aku pun melilau lah cari apa yang boleh di bg pd tetamu. So... ini yang aku jumpa....







HAHAHHAHAHHAHAHA. Ok what.. sedap ok Famous Amos tu... meletop!!! Tapi Wan tak tegur pape pun... so oklah kan.. hahahhahaha.. Aku sebenarnya memang bangang sket buat air bancuh... bukan bangang... tak reti sebab dari kecik mmg Mama letak 3 in 1 je kat rumah. kekekke.. Tapi Wan kata aku buat air kopi sedap... yeeee kopi 3 in 1... but ada rahsia nya okkk.. 



Resipi Kopi Old Town Sedap Meletop Suami Melekat


1 peket Old Town White Coffee (Original/Hazelnut/sukati kau la kan)
200ml Fresh Milk
Ais (kena pandai agak2)
50ml hot water


Cara-cara

1. Masukkan serbuk kopi dalam cawan
2. Tuang air panas 50 ml je. Just untuk larutkan serbuk tu je.
3. Biar jap bg kepanasan reda.
4. Tambah susu (fresh milk terpaling sedap)
5. Kacau bg dia sekata
6. Letak ais



Korang kene pandai agak sebenarnya sebab kalau ada yg terlebih dia jd tak sedap.. Gunakan naluri isteri tu BAHHAHAHAHHA muntah sekarang.. Aku tahu walaupun mcm bangang kan, tapi HELLO... at least I did something.. kekeke... Bak kata mak aku, usaha tu di kira okay dr tak buat langsung :P



Kbai.

Happy Birthday Mama 54



SALAM!!!



Dear Mama,


Happy Birthday 54 :)





Sayang sangat dekat Mama. Rasanya tak boleh balas jasa Mama, but Angah akan cuba sehabis baik. Mudah-mudahan. Semoga Mama panjang umur, murah rezeki, sentiasa tersenyum dan membahagiakan org lain, berjaya dalam kerjaya dan segala yang baik... Amin...



Cepat lah New Year! Nak bercuti hehehe. Kbai.

World Cup 2014


SALAM!!!




HAHHAHAHAHA ni gambar zaman batu giler... Masa world cup tahun ni. Eh tahun ni ke?? Aku pun lupa... So office ada suruh pakai jersey bola... Di sebabkan aku takde maka nya aku rembat jek Wan punya... nasib muat.. HAHAHHAA...



Ni jersey apatah aku pun lupa... tp oklah buat mcmni kan... ada aktiviti lah jugak...
















Thank you eksyenzzz!!! Siapa eh menang World Cup? BAHHAHAHA. FAIL! kbai.

Monday, December 22, 2014

Kegilaan



SALAM!!!!



Nampaknya..... perangai online shopping ni takleh di kawal..... ni untuk dua minggu je ni..... Kira every week ada parcel...




ni baju kot....



ni tudung yg takyah gosok BAHHAHAHAH



I kenot tahan....................



Hantar lah saya ke pusat pemulihan.... kbai


Thursday, December 18, 2014

Percutian Bajet ke Johor Bahru



SALAM!!!!



Johor Bahru. Ni tempat kami pergi bulan lepas. Pergi ramai2 acah acah rombongan cik kiah. Tujuan utama nak pergi wedding Nasir and Kysha. Tapi biasalah melayu kan... sambil2 tu mesti nak jalan2 gak and antara kami pun banyak yang tak pernah pergi lagi JB ni... kekekeke.. aku pernah masa kecik2 dlu tapi haruslah dah tak ingat dah... Jangan nak bagus sgt ingatan ekkkkk



Perancangan nak p JB ni lama dah kami plan. Aku bertanggung jawab untuk cari rumah homestay... Yela kan.. nak duduk hotel ramai2 tu.. baik dok homestay lagi best.. Meriah sikit. hehe. So cari punya cari aku jumpa satu homestay yang sesuai dgn kami. Dekat Taman Perling. Ya Ampun best gila okayy homestay ni... 











Features and facilities:
- Fully furnished
- 5 bedrooms with air conds (6 queen beds + 4 single beds)
- 5 bathrooms with water heaters
- Living hall: Sofa set with TV
- Kitchen: Gas stove and fridge
- Dining room: Cooking utilities, dining sets and dining table
- Parking for 5 cars



Memang heaven gila. Since kami pergi 4 pasangan. 3 dah kahwin.. So 3 ni bilik sorang satu, and yang belum kawin duduk bilik sorang satu gak.. Untung kan???? Bilik memang best.. Setiap bilik katil ada dua ekk.. Tapi still lah aku tidur satu katil mana boleh tak tidur peluk2 kannn BAHHAHAHA.. Harga satu malam, RM 440. Kami duduk dua malam. 



RM 880/8 = RM 110 sorang.. murah kan?? da la selesa gilerrrr. Boleh contact Mr Mavis (+6014-6115050)



Ok, sambung cerita balik...Kami bertolak hari Sabtu pagi... Wedding tu Sabtu malam.. So oklah kan.. sedang elok je.. Aku car pool dengan fiqa and Paan.. Amik derang kat umah then terus shot JB... Perjalanan dalam 3 jam je.. pukul 2 mcmtu kami dah sampai JB... Ke sebab aku naik Ferrari? hmmmmm.. Sampai2 tu kami rehat dulu sementara tunggu nak pergi wedding malam nya... Dalam pukul 8 mcmtu, kami p wedding dekat Maktab Sultan Abu Bakar...






Habis wedding, ingatkan nak pergi Danga Bay nak main basikal, sekali rupanya dah tutup (-____-) krikk krikk sangat okkkk kami siap dah tukar baju. PUI. Dah tak jadi pi tu kami pun p Pasar Karat kat Bandar JB... Shopping2 sikit lepas tu lepak lak kat Singgah selalu.. Makan lg ekk.. tp Tako tao dia tak sedapppppppppppppppp. Lps tu balik rumah dan tidurrrrrr...



Esoknya, kami pergi breakfast kat Larkin... Ada food court kat situ, derang ni lah sibuk pasal Kacang Pool.. aku pun nak try gak.. Order lah satu, masa suapan pertama tu dok kunyah2, sekali terasa mcm daging. DEM! Rasa nak muntah............... terus Wan yang makan Kacang Pool tu, aku just makan laksa johor je. Aiyoooooo ..



 ko pehal juling Amni





Lepas breakfast kat Larkin, kami pergi Istana Bukit Serene. Yang Istana lama, saje lah nak amik gambar, kata pelancong kannnnnn... Panas nak mamps masa ni. Redha jelaaaaa....







 



 Lepas dah jadi beruk kt depan Istana tu... kami pun pergi tempat lain pulak... Next destination, Kota Iskandar... Ada dalam 20mins je kot dari Bandar JB ni.. tak jauh pun.. Sampai je Kota Iskandar memang kagum gila dengan building2 dia. Kemas dan cantik hehe.. So nampak satu shopping mall ni nama Little Red Cube. Dekat situ jugaklah Puteri Harbour. Pada aku lah konsep dia sama je mcm Straits Quay Marina yang kat Penang tu... sape pernah pergi tau lah kan... cuma Little Red ni shopping mall dia best sikit kkekekee.



Dekat sini jugak ada Hello Kitty Town, tapi di sebabkan kami ni bajet plus dah matang, so malas la masuk (pdhal takde duit) HAHAHHAHA.. Amik jela gambar kat sini... Eksyenz dekat Hello Kitty Town. Kat sini banyak gak kedai belum bukak lagi... Tempat ni pun nampak baru lagi...

 
 



 
 Gambar gedik harus lah ada. hehehe



Kitaorg byk guna monopod je. Senang..



Lepas tu lepak kat Puteri Harbour, sedap gak cam berangin kat situ..











Dah penat berehat, perut pun lapar.... so pergi lah Lat's Place Restaurant... Aku minum starbucks and makan kek. Lepas tu Wan order rojak, cucur semua. Yang lain makan kot, tak ingat. Kami kenyang lg masa ni. Cantik restoran ni, mcm something new lah.. Tapi frust sebab takde fridge magnet Lat. kekekkeke



 



Lepas dah makan minum, kami pun masuk kat tempat souvenir ni. Mak enon mahal nak mampussss... Aku beli satu fridge magnet Hello Kitty Town je utk Mama.. Barang lain mcm overpriced... Fridge Magnet pun RM 10 (-___-)



 



 Otw nak balik rumah tu, kami singgah lah Kota Iskandar ni... Masa ni dah gelap dah, mcm nak hujan pun ada. Cecepat ambil gambar.. Tempat ni mcm acah acah tempat Thor berlakon masa scene dia nak kalahkan org jahat part last sekali. HAHAHHAHA Over ekkk..






 Bateri sampai habis ekkk.. HAHAHA.. Ko dah kenapa fiqa...



Balik tu, kami makan goreng pisang kopok lekor semua... Then lepas maghrib aku hantar Fiqa ke airport Senai... dia nak balik dulu.... After Isyak, aku keluar cr makan dengan Dayah and Ridza since Nana demam...



Singgah jap JOHO. Beli ole ole.. Chewahhhh... Da la masa aku masuk2 kedai ni je ada satu budak ni terus dtg mintak dukung. HAHAHHA Adoi lawak tol budak ni nasib comel. Lepas tu dayah bawak kami makan dekat Banafe. Sedap ok! Tapi suara live band sumbang HAHHAA.






 Org yang tak shisha yang high ekkk




Pergi lagi Pasar Karat HAHHAA tak habis2 ekk



Malam tu balik kul 12 lebih gak, lepas tu tidurrrrrrrrrr.. Esoknya bangun siap2 nak check out... Kesimpulan nya pergi ramai ramai memang best... Aku suka JB sebab jalan dia takde berlubang langsung.. Kalau kat KL... hmmmmmmmmmmmmmmm



Kbai....

Rithuan's Big 3-0

SALAM Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna ben...