Thursday, April 28, 2011

My workout style

Salam,

apasal cam nk tulis surat pulak aku rasa. hehe. nampak sgt jarang bg salam. ish ish ish. ehem. okay, so mari kita kembali ke tajuk entry. mcm biasa lah, entry akan di tulis bila ramai tanya kat formspring sbb aku mls nk jawab satu2. hehe.


so lets GO! ini adalah workout yg aku buat for the past two months. sampai sekarang masih workout yg sama. sbb tak boring lagi. cuma kadang2 aku ubah je dia punya kedudukan. means mcm harini aku buat yoga dulu br dance. esok aku buat weight training dulu br dance. mcm tu lah maksud saya ye.


ok, sebenarnya senaman ni tak semestinya kita kena pakai baju sukan or pakai kasut sukan. TAK PUN. kalau kita jalan kaki instead of naik kereta, itu pun di kira senaman. betul? ataupun kita naik tangga daripada naik lift. itu pun senaman. so asasnya, asalkan kita mengerakkan badan je dah kita bakar kalori. tapi yang penting kena KONSISTEN. maksudnya taklah "eh minggu ni nk eksesais banyak-banyak so, bulan depan boleh tidur sepanjang hari" MEMANG TAK JADI APA YA. lupakan jelaaaa.


balik ke topik asal. aku sebenarnya taklah menetapkan masa untuk bersenam. kiranya aku ikut kemampuan aku untuk hari tu. contoh mcm bila hari penat, aku akan buang dance dr workout. ataupun bila hari tak penat, aku akan double kan workout. dari 45minit jadi sejam setengah ke or dua jam. bab ni, kita kena tahu sendiri kemampuan kita. ada jugak hari yg aku tak senam sbb bdn kita juga perlukan rehat. seelok-eloknya 3 kali seminggu. tapi aku hari2 mesti buat yoga. kalau tak bdn jd letih. buat sekejap je. dalam 10 minit pun ok.


so, normally inilah jadual workout aku(aku bg yg aku buat harini lah ye sbb aku masih ingat) :

5-10minit : warm up
10-40 minit : hula dance (sila search kat u-tube for abs and buns)
40-45minit : rehat jap (time ni mmg dah berpeluh gila bak kata pepatah, m sweating like a pig)
45-55minit : yoga (simple poses)
55-65minit : weight training (dumb bell)
70-85minit: sit-up for abs (100x) frog squat for thigh (60x)
85-90minit: cool down


ok, sekarang nak explain yang sit-up and squat tu. kadang-kadang, aku tak akan buat 100x serentak sbb cam penat gila kot. hehe. biasanya, aku akan bahagi kan dia.


CONTOH :


1. 50x bila bangun pagi, lagi 50x waktu petang
2. frog squat adalah sangat sakit. so normally aku suka buat tyme mandi. aku mandi 3x sehari. so sekali mandi aku buat 20x. 3x mandi jadilah 60. depends la, kalau aku mandi 2x, so petang tu aku pulun la buat 40. hahaha. kdg2 bila tak mandi pun aku buat gak. kira sukati laa nk buat bila kan. hehe.


apa yg aku boleh cakap, semuanya ikut kemampuan kita. kalau rasa 100x banyak sangat, buat 20x je dulu. tapi try double kan step by step. baru kita boleh tahu sampai tahap mana kemampuan kita.


tapi aku cakapla, kalau buat frog squad tu, mmg kaki keras siottt mcm batu. HAHAHHA. apapun pastikan minum air jangan dilupai. sekian. bye.


antara pose-pose yoga yg aku buat. senang je ni. try lah kalau nak.







ok bye. ni betul2 punya bye.

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...