Sunday, December 9, 2012

Cara pakai tudung.


SALAM!!!


Kehadapan peminat saya, saya akan... AKAN eh.. means tak tahu bila. Saya akan menulis entry bagaimana kah caranya saya memakai shawl. Sebab byk org tanya. Tapi aku mmg tak sempat nk tulis. *sebenarnya masih emo gambar tukar jd air longkang*


Korang tunggu aku dpt iphone senang sikit nk ketip gambar, phone skrg ni ssh sket, sbb besar. Ok? Tunggu sekejap.... And aku yakin korang mesti terkejut tgk cara aku pakai sbb senang tahap mengkarung. Huahua.


Tunggu tau! Kbye.

Tuesday, December 4, 2012

Apa masalah blogspot?


SALAM!!


Aku sungguh tertanya tanya, mengapa kah gambar di blog aku menjadi hitam seperti air longkang. Pelik bin musykil. Masalahnya, bukan gambar yg aku google je, gambar yang mmg hak milik aku pun jd air longkang gak. Apakes??? Ke aku kena bayar royalti kat diri sendiri sebab guna gambar letak kat web?


Ni yang rasa nak bawa ke mahkamah ni. Panas lak hati den. Sbb hati dah panas, aku delete terus gambar tepi2 tu nak elakkan hati semakin panas. Membara seperti gunung berapi yg nk meletus.


Okbye. Nak gi amik wudhuk jap bg sejuk sket.

Thursday, November 8, 2012

5 Tanda Kulit Sensitif



 SALAM!!!!


Dalam dunia ni banyak donut, pelbagai jenis donut. Ada donut coklat, donut durian, donut perisa asli dan macam macam lagi. Ok sekarang aku bukan nak cakap pasal donut. Saje nak bagi contoh. Donut juga macam kulit kita. Kulit kita pun ada pelbagai jenis, ada yang berminyak, ada yang kering, kulit kombinasi dan juga kulit sensitif. Apahal nak sama kan donut dengan kulit??!! Nampak sangat kuat makan. Heh.


Banyak perempuan dlm dunia fana ni tak tahu apa jenis kulit dia. Dulu aku pun confuse. Aku ingat kulit aku kering, lalu pakai pencuci utk kulit kering, ha kau, bertambah kering ibarat tanah yg merekah. Rupanya kulit kombinasi saya ni. Macamana nak tahu jenis kulit? Aku dulu ada mcm org SK II buat pameran, so dia test kulit aku. kat situ lah aku tahu. heeeeeeeeeee. 


Tapi di sini mari kita discover tanda tanda orang yang ada kulit sensitif. Kalau ada tanda2 ni pada kulit korang so you guys know what to do ok? TAKE ACTION NOW! Mesti korang tertanya-tanya macamana terjadinya kulit sensitif? Ok, kulit kita ni, eh bukan, sel sel kulit kita ni sebenarnya ada satu ability utk menahan benda2 ataupun air untuk memastikan kulit kita sihat. And bila kulit kita takde ability tu, itu yg akan menyebabkan kulit kita sensitif. Hmmmm, contohnya macam, badan kita lah, kita kan ada immune system, bila tahap imunisasi kita lemah, so lagi senang kita akan dpt penyakit. Kalau tak fhm gak, baca lagi sampai faham.


1. Pertama sekali apa yang korang perlu tahu ialah karateristik kulit sensitif.


A) Kemerah-merahan
B) Gatal gatal / Mudah gatal (Kalau gatal yg lain tu takpe, tu bkn tanda2 kulit sensitif, tu ko mmg miang)
C) Bengkak kekeringan
D) Rasa pedih
E) Mengelupas 


So, aku akan terangkan one by one. Baca slow slow ok, bagi faham. FAHAM KE TAK NI??! heh. Ok, first point (A) Kulit kemerah-merahan. Biasa nya akan berlaku bila kita lepas cuci muka ataupun bila cuaca sejuk, mcm kena angin yg sejuk. Bila kulit kita tak dapat nak serap benda tu, dia akan jd merah, means mcm ada something yg menghalang, so tindakbalas tu yg akan buat muka jd merah. YA ALLAH susah nau nk menerangkan. HAHAHHAHA. Tapi apa yg penting, kemerah merahan ni just tanda2 kecil je. Ianya juga adalah simptom gejala rosacea SILA CLICK DAN BACA, JANGAN MALAS, NANTI GEMUK. So, siapa yg ada rosacea ni, mmglah kulit anda sensitif (Kena baca baru tahu). Sila jumpa doktor untuk rawatan selanjutan. Kalau jumpa aku, kita gi minum kopi je.


Contoh rupa orang yang rosacea. Tapi cam cute takyah pakai blusher.



 B & C) Bila sel sel kulit kita tak function betul2, bukan sahaja dia jadi sensitif. Tapi dia jugak tak boleh nak simpan benda baik yg sepatutnya keluar. AIR! yes, air adalah sangat penting sebab kita nak muka kita sentiasa lembap. Bila muka kita kering, mula la rasa sakit. Kalau dah terlampau kering ada kadang2 sampai boleh berdarah kot. Dua punca kulit kering ialah bila cuaca sejuk and terlebih mandi air panas. Kalau kat Malaysia ni kita ambil contoh kerja di pejabat berhawa dingin lah kan. Memang kering kulit. Aku sehari 2 kali kot sapu moisturizer kat muka bila aku kat office sebab memang sejuk macam kat antartik hekhek. Perkara paling bagus kita boleh buat ialah guna lotion yang ada ceramide. Sebab lotion yg ada ceramide akan bantu kulit korang simpan kelembapan.  



D) Di sebabkan kesesentifan kulit tu tadi, so korang takleh lah nak pakai sebarangan produk. Orang yang ada kulit sensitif ni, kulit dia nipis. So, bahan bahan kimia dari kosmetik boleh senang masuk, lagi lagi jenis yg wangi, haaa tu lagi banyak bahan kimia. Bila bahan kimia tu bertindak balas, itu yang menyebabkan gatal2, rasa terbakar. Siapa pernah rasa terbakar sgt bagus, ni baru sikit rasa terbakar, kalau kat neraka lg panas. Ok gurau jer. So, bila korang rasa rengsa camni, memanglah kulit korang sensitif. Kajian ada mengatakan mana mana kosmetik atau pembersih yg ada pewangi tu memang bahan kimia dia banyak. So, nak selamat, tak kira lah kulit sensitif ke kulit kerbau ke, guna jelah kosmetik ataupun pembersih pape jelaa yang fragrance-free. SENANG kan?


E) Mengelupas. Ok, tanda terakhir ialah, kulit mengelupas. Bila kulit kita jenis sensitif, pastu kering, memanglah ada masalah nak maintain kelembapan kulit. The worst part is kulit akan mengelupas. Omakkk part ni memang sakit, aku pun ada time2 yang kulit aku akan mengelupas, salin kulit, ok, aku bukan ular. Tapi memang kadang2 tu mengelupas bila kering. Cuba tengok pembersih muka korang, ada tak  nama retinoids dan glycolic acid. Dua bahan ni memang akan buat kulit mengelupas. So cara paling senang, reduce kan penggunaan nya. SONANG je. Lagi satu yang korang boleh ambil kira ialah hyaluronic acid, bahan kimia ni boleh bantu untuk moist kan kulit korang. Tapi kalau malas, ataupun tak mampu nak beli, ada je cara lagi senang, makan je makanan yang berkhasiat, makanan yang anti-oksida dengan minum air sampai muntah. Cantiklah kulit nanti. CONFIRM! 



So, sekarang ni kalau korang ada tanda2 kulit sensitif, buat something ok? Sebab kulit ni mcm perut jugak. Dia nak makanan. Kalau kulit cantik, kan bagus. Sihat. Keluar tak pakai make up pun cool je. Hehe. Apapun, TENTUKAN JENIS KULIT ANDA. okbye. Kemain kau kan tengah training siap blogging, eh boring tol training ni. hahahhahaha bye again.

 

Sunday, October 28, 2012

Oh Anak Emak!


SALAM!!!



Ehem.. entry kali ni mungkin akan mendatangkan manfaat pada korang ataupun just sekadar bahan bacaan ringan. Anda pilih lah yg mana sesuai. So, ceritanya begini, ada dulu, aku tweet pasal tips nak deal dgn anak mak dan emaknya sekali kat twitter, then ada gadis2 yg tanya, apa lagi tips nya?? Sebab aku bg 3 je kot masa tu. Penat kot taip banyak2. Heh. So entry ni mungkin akan lebih kepada perempuan lah, tp laki pun boleh, tukar jelah mana yg patut supaya korang senang faham.


So, here's the full entry. Walaupun aku rasa aku tak pernah bersama dengan anak mak. Eh, mestilah pernah, kalau dia bukan anak mak takkan anak monyet. LOL. Aku rasa aku boleh bg tips2 yg berguna sbb sepanjang saya hidup, mak mak semua suka saya. SILA MUNTAH SEKARANG. 


Pada aku anak mak ni biasanya terjadi bila : 


1) Dalam family tu kekurangan anak perempuan. So, mak pun takde choice lah, manja kan anak lelaki. 


2) Jarak antara anak yg atas dengan yg bawah jauh. Contoh mcm aku dengan adik aku. Dia lahir 1991, aku 1987, jauh lah jugakkan, so aku lagi mengada2 dengan mak aku. Ni contoh okei.


3) Bila mak seorang surirumah. So mmg dia dok kelek anak tu dr kecik sampai besar. So, anak tu mmg bagai isi dengan kuku lah dengan mak dia.


4) Bila berlaku penceraian. Anak laki akan protect mak dia gila gila.


5) Sebab mmg kita sayang mak kita lah. Heh. Ok sebenarnya aku takde idea dah. =P


So, bila mak yang rapat dengan anak dia, and tiba tiba ada plak makhluk yg nak kan attention dr anak teruna dia, mestilah dia rasa terancam. Ala ala penyu spesis terancam. So, dia akan ada negatif thinking or etc. Ni aku rasa lah. Sbb kalau fikir logik pun, kalau ada org lain nak attention dr org yg kau sayang, mestilah rasa cam APAHALKAUNI???? hewhew.


Maka kita sebagai perempuan haruslah pandai deal. Let's go :


1) Ever heard the word BFF??? Yes, berbalik pada punca anak emak td bila berlakunya kekurangan anak perempuan/takde langsung. So, be his mother's best friend. Takyah nak BFF sangat. Cukup sekadar best friend. Ambil lah effort, korek2 sikit bakal mentua/mentua tu suka apa. Makan apa. Color apa. Hobi dia apa. Contoh kalau aku lah, mentua tu suka gardening, tapi aku mmg takla nak gardening, tak kuasa aku. Tapi apa cara lain aku boleh buat? Belikan dia pokok. Mudah kan? "Makcik/Auntie/Mak, ni sekarang bunga paling latest tau. semua orang tanam, Majlis perbandaran pun tanam, Makcik/Auntie/Mak pun tanamlah, saya dah beli ni" haaaa tak ke sejuk hati makcik tu td.Laki tu pun terharu tgk perempuan buat camtu untuk mak dia.


2) Rendah diri. Means jangan lawan mak dia. Biarkn dia lebihkn mak dia. Kata mak. Sakit kot beranak. Tak payah sibuk tanya,"I masak sedap tak? Sedap dari mak u kan?" Lelaki ni, memang lah dia rasa masakan mak dia paling sedap walaupun ikan goreng je, sebab? Mak tu sangat special. Special yang tahap ko takleh lawan. So, cara paling bagus ialah puji mak dia gak. Contohnya, "Ok tak you I masak kari ni? Tapi mak you masak lagi sedap kan, takleh lawan siottt (siot takleh ckp bila sudah berkahwin)" Lepas tu confirm laki tu syg anda lebih. Ni depends on situation lah. Kalau dh memang mak tu tak pernah masuk dapur, confirm2 lah kau masak lagi sedap.


3) Sayang mak dia macam anda sayang mak anda. Mak mentua/bakal mak mentua(akan jd mak jugak) sama je tahapnya macam mak kita. Sbb dia dh di kira mak kita juga lps berkahwin. Kalau kawin, kita bukan kawin dengan laki tu je, tapi dengan semua ahli keluarga dia kan? So bila kita sayang mak mentua sama mcm mak kita, insyaALLAH, takdela masalah2 merepek ni. Tapi mesti kita syg mak kita lebih kan? hikhik




4)  Aktiviti bersama. Yang part ini boleh ambil dari hobi mak dia. Kalau hobi mak dia sama macam hobi korang lagi baik. Contohnya aku, aku suka shopping. So aku akan ajaklah mak mentua/bakal mentua tu shopping sekali. Buat dia rasa penting. Kalau agak2 keyakinan nak keluar berdua tu ada, takyah bawak pasangan anda. Layankannnn je mak mak ni. Paling2 cikai pun, bawak dia gi tengok koleksi pinggan mangkuk ke, Ataupun anda tanya bapa mentua/bakal bapa mentua, apa yang mak td suka. Pastu pepandailah plan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Bila pasangan tu tengok effort kita nak jaga hati mak dia, memang laaa makin sayang dia kat kita. Silap2 mintak diamond ring dapat kot. Heh.



5) Hadiah! Kenytaan yang paling benar. Perempuan memang suka kan hadiah. Tipu lah yang ckp tak suka tu. Hadiah ni kita bagi bukan bila birthday je, bila kita hargai apa yg org tu buat pun kita bagi hadiah juga. So, idea hadiah ni pun boleh di gunakan. Pepandai lah fikir. Tapi jgnlah sampai memudaratkan diri pulak.




6) Your Mom is Number 1. Point yg ini aku dapat dr kawan lelaki aku. Bila dia ckp tu, aku fikir lama gak, and memang betul pun benda ni. Ni part ni yang paling akhirlah eh, ponat dah den menulis, pernah dengar tak perkataan, Syurga suami, di bawah tapak kaki ibunya? So, mudahkanlah benda itu. Biar dia patuh pada mak dia. Anda sayangkan pasangan anda? Nak ke dia masuk api neraka jahanam? Mesti tamau. So let him be. Kita pun ada mak kita kan?



Kesimpulan nya, nak pikat anak mak ni, kena pikat mak dia dulu. Kalau mak dia suka kita, confirm! Senang hidup anda. Yang penting niat kita ikhlas, ALLAH tahu apa yang kita buat. One thing for sure, kalau seorang lelaki layan emak dia dengan baik dan penuh kasih sayang, insyaALLAH dia akan layan and hargai anda juga sama macam dia layan dan hargai mak dia. That's the best part about anak mak :')



Akhir kata, SELAMAT HARI IBU. Sukati aa nak wish walaupun dah lepas. Sorry lah entry takde gambar, sebab tatau nak letak gambar sapa. I takde mak mentua, bakal pun takde lagi. HAHAHAHAHAHHA kbye.


Sunday, October 21, 2012

Tahukah anda #2


SALAM!!!


Tahukah anda? Kalau lepas makan, tak elok minum ais. 


KENAPA?


Sebab air ais biasanya lg mahal dr air panas. Membazir amalan syaitan. Allah marah. Ok tak, tipu je, sebenarnya, tak elok sebab ais tu tadi akan membekukan makanan berminyak yang korang makan. 



Ok, kita bagi contoh biar senang faham, cuba bayangkan, korang makan nasi kandar, yg penuh minyak, santan bla bla tu, lepas tu minum teh ais. Slurppppppppppp sedap nya! Tapi, ingatlah bahawa ais tu akan membekukan makanan berminyak tu. Cuba bayangkan usus yg penuh lemak. YEK. Itu baru sekali makan, cuba hari2. Ok, nak pengsan skrg.






Ok, sambung cerita balik, bila lemak-lemak yg dah membeku tu keras, dia akan sempitkan usus korang. Hmmmm this is not good ok. Makin banyak lemak, makin gemuklah anda. Risiko penyakit pun makin tinggi. 



Kesimpulan nya, minum je air suam. Jimat satu hal, sakit pun tak. Tapi bukanlah takleh minum ais. Minum boleh tp berpada2. Milo tabur sedap kot. Yums.


Okbye.

Sunday, October 14, 2012

Bahana Exercise


SALAM..


Tajuk kemain mcm ala ala muka kena simbah asid. eh. So just nak share, semenjak, ok taklah semenjak sangat, sejak kat rumah aku ada treadmill, aku rajin jugaklah bersenam. So apa yg aku dapat dengan berlari separuh mati mcm pinggang nak tercabut ialah kulit yg glow.


Perasan gila statement kan, tapi korang kena terima sebab benda betul. WAKAKKAKAKA. Aku rasa mcm kulit aku bernafas kalau aku berpeluh2 tu. Aku rasa lah. hehe. So, ini gmbr yg paling latest tanpa bedak, pakai moisturizer je. Patut takyah pakai shades kan. Tp sebab panas, I tak tahan lah ulosss. Wek.



So tu je nak cakap, secara halusnya aku nak suruh korang bersenam. Tu je. Sampai tak message ni? hehe. Take care. Kbye.


Tenang



SALAM....


Aku penat, sebab hari jumaat aku pergi Melaka, dari siang sampai ke malam berjalan. Tadi pergi PD, mandi pantai satu hari, lps tu balik bekejar ke Setia City Mall sbb ada family dinner. OMG. sangat penat dan letih malah melekit. huahuahua. but m so happy :')


Td aku cakap dekat adik aku, "Sekarang aku tenang". Tapi aku tanak lah cakap kenapa dlm blog. Kita nak simpan dalam hati kita jew. ehhehe.


Tenang,
Hati tenang, 
Kepala ringan,
Best rasa ni,
Lama tak rasa.
Boleh tak bagi rasa ni kekal?


Sebab aku suka.


Kalau rajin nanti update pasal weekend gateway ni. Hikhik. *janji manis*


Kbye.




  

Sunday, September 16, 2012

September yang indah.



SALAM!!!


Hello September. Eh, dah bulan 9. Bagaimana kah ini terjadi? Laju sgt putaran masa sehingga kan aku tak sedar masa bergerak pantas. Ayattt jgn nk sasterawati sgt. Puiiii...


Alhamdulillah, dah September. Dah setahun genap kerja IBM. Gaji naik, ya itu saya suka sangat sangat smp nk jilat jari bos. Huahuahuahuaa. Makin lama kau kerja, tanggungjawab makin banyak. Dulu, masa belajar lain, masa kerja ni lain sikit. Tak gheti nak explain mcmana, mkn spaghetti reti lahhh.. Eh? tak lawak eh? kan rhyme tu zzzzzzzzzzzzz


Aku sebenarnya banyak nak tulis, tapi aku takde masa. Kerja kau mmg merungut je eh amni?? HAHAHA. ok tak lawak.


Aku rasa lately ni sgt serabot. Serabot dengan macam macam hal. Sampai benda yang tak serabot pun jadi serabot gak, sbb keserabutan tu pengaruh benda lain. But after all, itu yg buat kita lagi banyak belajar kannnn.. betul ke tak???


Aku tatau nak blog pasal apa, sbb benda yang aku buat sama je every week. Kalau tak pergi berjalan, aku gi shopping, kalau tak aku g lepak minum kopi, kalau tak aku tidur je kat rumah. Sgt tak produktif. Asalkan aku happy. Takkan aku nak blog pasal aku minum kopi every week gila bosan. Lulululu. So layan jelah gambar yang aku ada ketip.


 Pergi Sephora Paradigm Mall punya launching ceremony. Tapi ni dah 2nd day, sbb first day dia masa tu rumah aku open house so tak dapek join. 2nd day pun padahal...

 
Muka kau nak attitude ke kannnnn PUI

Kawan kawan adik menemani saya. Dgn syarat belanja mereka. Padahal.. =P


Bawak balik ini. SAYA HAPPY. Austin Chase is good, but choc frap dia paling best =)


Nanti bila free boleh update pasal raya, jamuan raya IBM, my short trip to Muar & Melaka, Penang bla bla.. *semua janji manis* 


 Kbye, nak sambung tengok Hunger Games zzzzzz

Sunday, July 29, 2012

IBM Star of HR IST


SALAM!!!


Pada hari.. hari apa eh aku pun lupa. heh. 25th July 2012. IBM Cyberjaya ada buat IBM Star of HR IST. Kira ni department aku lah. Orang2 HR. So aku pun cam fikir, ni mesti award mcm hrtu lah ni. So cam tak pedulik pun. HAHAHAHA. Tapi sejak last month department aku ada buat dance dance dekat office.

Tujuan dia ialah nak bg orang tak ngantok bila kerja. Heh. So kiranya masa award tu nak buat persembahan lah. So aku dipilih untuk menari lagu Lets Get Loud. Join Manager2. Aku je org tidak berpangkat. Mungkin kah aku akan menjadi manager juga? Aminnnnn =)


Tema hari tu merah hitam. Nasib baik aku ada baju merah. Hihi. And terfikir nak pakai apa warna hitam plak. kalau setakat baju merah tudung hitam LAME gila. Maka aku selongkar gobok baju aku. Sekali perasan ada vest yg aku beli beberapa tahun lepas tapi entah kenapa aku tak pakai pakai lagi. VASSSSSSSSSSSS... terus aku sambar. Alhamdulillah..... MUAT!



Maka terhasil lah gaya tak seberapa ni. heh.


So bila dah menari2 semua tu, adalah penyampaian hadiah. Best worker lah pebenda ntah. Sekali sesuatu yang tak di jangka berlaku. JENG JENG JENG....

Aku adalah salah sorang yang dapat Anugerah. Alhamdulillah :')



Syukur kepada ALLAH. Rezeki bulan ramadhan. Terima kasih tak terhingga kepada keluarga bahagia saya, esp my mama, baba dan atok. Sebab selalu dengar aku merepek mengadu pasal kerja bila dinner. HAHAHHAHA. Terima kasih juga kepada abang, kak ipar dan adik saya yang hot meletop. hekhek.


Terima kasih kepada HJ yg selalu juga dengar aku merungut pasal kerja. Membebel bebel pastu emo lepas kat dia. Kesian. HAHAHA. Kepada kawan baik saya, Siti Esah juga. XOXO.


Terima kasih kepada tenaga pengajar saya. Senior2 yang tak pernah merungut mengajar. Sangat terharu :')  Kepada my Manager yang bagi peluang untuk terima penghargaan ini. Kepada Team members yang support. Thanks ALOT.


Akhir sekali  pasti lah kepada my eksyenssss.Yang selalu hiburkan hati saya. Juga kawan kawan Twitter yg selalu gak aku rasa dengar aku membebel pasal kerja  :P


Bila ingat balik patutlah sehari sebelum tu, Manager aku tanya, "AJ kenapa dekat BluePages gambar you takde?" Bluepages ni mcm database utk semua pekerja IBM, ada details semua. Gambar aku takde sbb hari tu konon aku nk tukar gambar lain sbb boring alih alih takleh upload. CIS! Pastu aku jwb," Ok, nnt saya upload" . Rupanya sebab nak amik gambar letak kat slide masa aku tengah amik hadiah. Pastu time aku amik hadiah, nama aku takde gambar (-___-). Pastu ada sorang akk ni pesan, "Esok AJ pakai baju cantik cantik ya". Aku ingatkan sebab aku nak menari. Rupanya....... sebab nak amik hadiah. Hikhik.


THANK YOU ALL.


Kbye. Nak gi beli Starbucks untuk buka puasa. hehe.



Monday, July 16, 2012

Round and Lifted Butt


SALAM!!!


Lamanya tak blog. Aku rasa setiap kali aku blogging mesti aku akan tulis lamanya tak blog. HAHAHAHA. Ayat basi tol. Tapi mmg betul. Kerja kat office mmg melambak. Nak bukak facebook pun tak sempat, apatah lagi email. *merungut adalah tak baik*


Sejak banyak kerja, maka penat. Bila penat nak bersenam pun malas. Bukan penat badan, macam penat mental. So rasa nak tidur je, sbb tamau stress. Kesian tol aku. Tapi bila tak bersenam mula laaaaa, rasa badan tak best. SERIUS. Last time masa aku gi bercuti dekat Perak, naik 2 kg dengan mudahnya. Seluar jeans ketat ok. Heh! Nasib sng turun balik. 


SERIAU!


So, utk entry kali ni aku nak cakap mcmana nak dapatkan round and lifted ass. Omnomnom. Dulu, masa aku sekolah rendah, aku pernah dengar siapatah cakap, "Eeeeee punggung perempuan tu dah jatuh". Kecik kecik dah usha punggung orang. hahahaha. Tapi masa tu aku blur, budak budak kan so cam bengong2, apajadah lah punggung jatuh. Bila dah besar perawan eh eh barulah I faham ulossss.


Di ingat kan ini bukan entry lucah, sekadar berkongsi, untuk kebaikan bersama. So jangan nak fikir aku pelik2 plak. Sebenarnya nak dapatkan lifted and round ass senang je. First, memang lah kena exercise, takkan jampi hembus hembus terus dapat kann.


Aku selalu follow Youtube je (Popsugar). Free and easy. Ni adalah salah satu dari cara nak dapatkan lifted butt.