Sunday, May 19, 2013

Part 2 : RS & AJ



SALAM!!!


Ok, sekarang masuk part 2. Buat part2 lah senang kan? So, Part 2 ni cete pasal aku gi Nilai 3. Pada 6 May 2013, mama decide nak pergi Nilai 3 maklumlah Selangor cuti kan lepas GE13. Sebab dia kata dia nak beli dulang untuk hantaran.



Aku sebenarnya nak sewa je. Sebab lps tu kita tak pakai dah kan? Cam membazir. Tapi mama punya pemikiran lain. Dia kata harga sewa dgn harga beli lebih kurang, baik beli je. Last time masa abg aku kawen pun mak aku beli gak. Lepas tu dulang tu dia bg sedara mara sorang satu. Aku rasa itu yg akan berlaku pada dulang aku kelak. Apalaaaa nasib kau dulang. AHHAHAHAHHA.



Maka pergi lah kami ber lima. Aku, mama, baba, along dgn kak ina. Aku sebenarnya memang serah bulat2 dekat mama pasal hantaran, baju dan pelbagai mak nenek. Sebabnya? SEBAB AKU MEMANG TATAU PAPE. Bak kata Wan,"U memang dok oversea eh?" HAHAHA kwaja ek. Aku lagi senang mcmtu.



Ok nak iklan jap, masa sehari sebelum gi Nilai 3 tu, mama g Jakel, pergi beli baju tunang aku. Itu pun aku tak ikut. HAHAHA. Sbb aku gi mandi sungai dengan eksyen. Semua aku ikut mama. Sebelum aku gi, aku ckp,"Ma beli jelah kaler apa ma suka, Angah dengan Wan ikut je" Gila senang kan? AHAHHAHA. Aku cuma nak mak aku happy. Aku faham perasaan dia. Aku ni anak pompuan first dia, so kesemangatan dia tu berkobar2. Love you mama =D



Yaya jadi model. AHHAHA.


Ini kot baju nya. Aku pun tak ingat sebab banyak sangat Yaya whatsapp masa aku tengah bakar ayam. Layankannnn... ehhee. 



Ok sambung balik cete dulang, Mama kata banyak design dulang yg lama. Zaman abg aku kawen dulu. Dalam hati,"Wahhh mama ni mcm dia tukang kedai, siap hafal design2 dulang" HAHAHAHHA. Pastu dr satu kedai ke satu kedai. Panas dia toksah cete. Mengelupur ok. Last2 dia berkenan satu dulang ni. Dia warna putih, dr jauh nampak cam kaca tp sebenarnya plastik. KAHKAHKAH.



Pastu mama tanya,'Ni ok Ngah?" Aku,"Okay, boleh je". Terus Mama kata,"Ok, Saya mahu angkat 7!" Hantaran tunang aku dengan Wan kitaorg agree untuk 7 balas 7. Sebab mama kata kalau 5 balas 7 cam sikit sangat. Kalau 7 balas 9 dh banyak sangat. Mama tak kuasa nak bagi2 manisan. Leceh katanya. So 7-7 je senang.


Aku ingat setel dah lah lepas tu. Rupanya belum. Dulang nak kena ada kaki plak. Adoi lahhh.. Kau ni mengada kan dulang. Pastu masa ni Kak Ipar aku yg layan mama. HAHAHA. Thanks kak! Muah!


Masa ini nak pilih kain nak ttp gabus tu. Nak pilih ni pun lama. I is pening.



Sbb tema pink, so Mama pilih yang ni KOT. eh ke lain. Aku tak sure. Sbb.......


Aku tengah lepak dengan Along sambil try Vapor dia. KAHKAHKAH


Bab bayar membayar, bos besar yg swipe. Hehe.



Lepas tu Mama nak beli barang untuk pelamin. Mama nak buat sendiri. Best kan Mama aku? Kelasss... Masa ni dia tgh pilih perhiasan. Comel je.




 Dalam pukul 2 petang macam tu, semua setel. Misi tercapai. Minggu tu, 


Baju Tunang Aku (Checked)
Baju Family Aku Untuk Pakai Masa Tunang (Checked)
Dulang (Checked)
Pelamin (Checked)


Next! Misi Mencari Cincin  =D

Kbai

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...