Monday, March 21, 2011

Yun Nam Hair Care

di satu hari, TET TET (ni bunyi msg masuk, eh tipu sebenarnya lagu ingrid michaelson) dapat msg dari celcom mengatakan YUN NAM nak bagi FREE TREATMENT. aku pun rasa cam nak delete. dalam hati kata, "tipu la tu" tapi entah napa biarkan je. then 2 hari lepas tu(ni teka je), hp bunyi lagi. aku sebenarnya mmg malas nak tengok hp celcom sbb hp tu mmg khas untuk hj or bisnes. tapi sejak berbulan ni, hj malas nak msg (mungkin tangan dia terkehel, ok tak) hahaha. msg td tu dari NEW YORK SKIN SOLUTIONS. wohh! bia benarrr! ok takpe, aku biarkan gak.


then, setiap malam sebelum tido akan kemaskini hp. lalu TER-baca lagi sms tadi. then terfikir, "ala kalau try call pe salahnya" ok, pastu lepas 2 minggu baru aku teringat nak call. AHHAHAHA. busy siapkan document customer. then aku pun call lah YUN NAM tu.. buat appointment. aloh, cawangan baru dia dekat gilaaaa dengan rumah aku. maka rasa diri macam princess. HAHAHA.

ok, yang NEW YORK SKIN SOLUTIONS pun aku call gak. tapi nak tulis entry asing2. hehe.

JOM!

memandu seorang diri.



ha, tu aku bayang2 kan cermin. WAKAKAKA



interior. yun nam ni cam salon je lebih kurang. cuma ada bilik untuk scan rambut.



kan? (apa yg kan? mcm salonn laa)


seeee


maka rawatan pun bermula,

bancuhan herba.

pekerja tu letak layer demi layer herba ni. sejuk je kat kepala. yang tak leh blah dia borak2 dgn aku, tanya pasal family semua.

Pekerja : Mak awak kerja apa?
Aku : Guru Besar.
Pekerja : Dia dekat sekolah sekarang?
Aku : Tak, dia outstation kat genting highlands.
Pekerja : Oh genting highlands dekat kedah tu.
Aku : (-_-) ya ya kat kedah tu.

Aku ingat aku sorang je bangang geografi. rupanya ada geng. meh sep tangan sikit. HAHAHA.


cak! sejuk kepalaaa weh.


then bila lama2.. ni yang terjadi,

busuk ok herba tu. rasa panas kepala sbb dia kata herba tu melancarkan perjalanan darah. dah lah busuk, kepala panas. haish..

then basuh, letak ni pulak,



selepas 2 jam, baru selesai semua rawatan. then pegi scan balik. MEMANG BERBEZA!
masalah aku ialah rambut gugur, and mmg dah stage 2 lah masalah tu. sbb aku asyik tukar2 shampoo and etc. adoiiiii..

then dia ajak buat treatment bernilai rm 7000. makkk aiii..terdiam aku. bila aku kata takde duit, dia kata, oklah beli barang je harga rm 650. dia ingat cam rm 6.50 ke. then bila aku kata takde lagi, dia kata, bg je berapa yg ada. padahal masa tu aku ada rm 10 ke 20 je bapak aku swuh beli ayam nak masak tomyam. hahahhaa.

ok, sebenarnya, siapa2 yang ada masalah keguguran rambut, BOLEH pergi yun nam dan dapatkan treatment for FREE. for 1st timer lah. tapi nnt bila dia swuh korang beli product yg beribu2 tu pandai2 lah jawab. tp kalau korang kaya raya, heyyy what money for? pe salahnya belanjakan duit untuk kesihatan. rambut pun nak cantik gak. hehehe.


maka, berakhirlah kisah di yun nam. sebelum balik, dia bagi complimentary set.



dan ini lah isinya,


1. herbalogy ginseng shampoo
2. jasmine herbal conditioner
3. hair nutritional lotion



fenny ni cute okayy. baik je. tp yg paksa2 aku buat treatment tu tak cute. ahhahaha


hahahaha. bersih! entah zaman bila laa aku nk dtg lg kan..


untuk lebih lanjut, sila layari SINI

3 comments:

  1. yun nam memang pembohong orang hidup2.. nasihat saya berhati-hati lah.. kalo agak ada duit lebih saja2 nak cuba rawatan kat yun nam nie, sediakan lah lebih dari 10ribu. itu pun belum tentu rambut boleh tumbuh.. kebanyakkan iklan yang ditayangkan di televisyen tu semuanya pelanggan2 yun nam yang dipergunakan sahaja. Yang nyata rambut mereka juga tidak sehebat seperti yang dikatakan melalui skrip.(dapat hadiah treatment dalam 4k sekiranya dipilih masuk televisyen) Pengalaman saya sendiri saya ceritakan ini!!! Kalo nak sedekah duit tu kat tokay cina tu, dipersilakan. Anda takkan dapat apa2 perubahan.

    ReplyDelete
  2. Pegi yunnam mmg cam tertipu aja.habis beribu2 tp xde apa perubahan.dahla semua shampo dia busuk..sampai suami pun jauh2..tertipu lg..

    ReplyDelete
  3. Bila tak berjaya tipu org cerdik sikit, mula nk melenting. Hahaha. Saja aku bg dorg panas. Padan muka biar dorg rugi bnyk2 aku bayau rm20 je!

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...