Monday, June 30, 2014

Cukup tak air yang kita minum?



SALAM!!!



Lama dah rasanya tak tulis pasal kesihatan... dh syiok sangat kawen kan... bebalik cete pasal Wan.. HAHAHAHHAHA. Mari lah kita bercerita pasal lain plak ehhh...



Aku tak ingat samada aku pernah ke tulis entry pasal air, takpelah kalau ada just to remind rerakan taulan... hehe.. Kalau cakap pasal air, mesti ada beberapa jenis orang akan bagi komen pasal air.



A : Aku minum air manis je, air suam tak sedap!
B : Air?? apatu?? I makan je tak minum air.
C: YA ALLAH.... sedapnya air...
D : Air kencing kaler kuning means kurang air



Ihsan google. Maap ler kalau kat Malaysia, airnya tak sejernih ni. Ada keladak sket. HAHAHA.




Anda tergolong dalam kategori mana? Kalau aku, aku memang jenis banyak minum air putih. Sebab.... entah, bagi aku air putih paling sedap, 2nd coffee and third of kos susu putih. hehe. Kalau cakap pasal air, mesti orang akan kata kena minum at least 8 gelas sehari. Pada aku, minum je selagi ko rasa tak muntah.. aku rasa paling maksimum pun 4 liter kot bg manusia biasa.. lebih dr tu mmg dasyat.. HAHAHA... Tp sebenarnya air ni boleh jadi dr banyak punca, bukan sekadar air "AIR" sahaja.. Dari buah, ada air gak... dr sup2 ke.. so itu pun di kira gak.. jangan plak ko minum sup ayam je satu hari..



Bila masa yang kita takleh minum banyak air?



1) Bila waktu makan. makan minum makan minum. Nak muntah okkk
2) Bila waktu malam kat kampung. Minum banyak nnt takut nak pegi toilet sorang2....Sebab takut hantu
3) Bila bersukan. Minum banyak nnt dok lompat2, mau terkeluor airnya.
4) Waktu berpuasa. HAHHAHA. Eh? #lawakhambar





Ramai orang kata, air tu bagus utk neutralkan toksik dalam badan.. sebenarnya air tu bukanlah tujuan dia untuk menyahtoksikkan, tapi dia membantu. Sebab apa membantu? Sebab buah pinggang kita perlukan sejumlah air yang cukup utk buat keje derang.. Air tak cukup, buah pinggang takleh function properly. Kalau air tak cukup, toksik dlm badan tu tak dapek nak di buang. So pepaham lah... kalau dah 40 tahun kome hidup kurang minum air... Pikior le sendiri......




Pernah dengar tak siapa minum banyak air akan kurus? HAHAHHAHA. Kalau betul lah, mmg aku lah orang pertama yang akan kurus kering bagaikan ikan bilis. Sebenarnya minum air taklah buat kita kurus, cuma dia akan memudahkan process. Air putih kan takde kalori, so bila kita minum air, kita kenyang, so dia akan reduce calorie intake kita. Tu yang membantu kita kurus.




Air jugak buat kita rasa kenyang. Cuba try sebelum makan, korang minum air, memang lah makan sikit je. Acah acah sikit lah... HAHAHA. Tapi jangan lah sampai tak makan, hanya minum air je. Tu dah tak sihat. Ingat! Kuruskan badan dengan cara sihat tu akan buatkan badan ko maintain sihat lebih lama compare dengan kurus mendadak... Nanti naik pun mendadak... Aku tahu lah... aku kan pernah gemuk gila dulu... Meowwww...



Satu lagi kepentingan minum lah air untuk mengelakkan kencing warna kuning pekat. Kesian kan buah pinggang korang eh... kalau warna kuning cair tu ok lah... tapi kalau putih lagi baik... Tak rugi pun minum air.




Ceritanya semalam masa pergi bazaar ramadhan, aku bukan excited beli makanan. Aku beli air.. sampai tiga jenis, yang air bliss tu sampai 5 botol. Nampak tak sekarang kegilaan minum air. HAHAHAHA... Wan siap pesan,' ni semua mesti habiskan ok'. Maka nak sedapkan hati dia, jawab jelah OKKKKK padahal air kelapa tu rasa cam (isi tempat kosong) taknak beli dah..


Kbai.


Wednesday, June 18, 2014

Masak lerrr



SALAM!!!



Biasanya bila kahwin je mesti orang perempuan fikir kita kena masak. Katanya nak tawan hati suami melalui perut... Maaf! Saya tawan hati suami melalui senyuman... (ajaib lah kalau laki tertawan) Aku ingatkan aku tak payah masak since aku kan dok umah mak mak aku.



Malangnya..... sangkaan aku meleset.... (biasa la manusia kan suka berharap)



Sebenarnya aku taklah malas, and bukan nya tak reti.. cuma keadaan tak mengizinkan.. chewahhhh... KONON. Ada haritu family aku pergi terengganu, since aku dgn Wan tak ikut (kitaorg g PD masatu) so aku kena lah fikir nak bg makan laki aku...



Aku : I masak tomyam nak?
Wan : Hmmmm.... Masak masakan minang lah....
Aku : demmm (dlm hati : alahai... ni bukan expertise aku) *bajet kan expertise padahal goreng ikan pun jerit2 sbb takut minyak meletop pop pop hello kejelitaan adalah hak milik setiap insan*



Maka nya lepas jalan2 kat Setia City Mall, kami pun menuju ke Urbanfresh. Ya Ampun Mak Enon... Mahal amat cili kat sana. Sobs sobs... Layankan jelah... Aku siap pesan... jangan complain lebih2 kalau tak aku taknak masak selama 15 tahun. BAHAHHAHAHAH. over kan...



So petang tu aku pun masak lah....... Sejam gak kot. Sebab sambil masak sambil tgk TV. Muahaha. Maka jadi lah hari tu sambal minang, telur dadar, kangkung goreng. Sambal minang makan dengan ikan bilis dengan kentang. Siap insta tak tahan... BAHAHAHA..Tapi Wan cakap sedap... di sebabkan aku bukan org minang so aku tatau tahap kesedapan sambal tu.. So aku layankan jelah..





Then wiken seterusnya, aku masak ikan bawal sweet sour dengan tom yam ayam... Yang ni xde gambar.. letih plakkk kan asyik nak ketip gambar jekk... Ni je la excited kan sbb masak pertama kali... hihi..


Yang penting Wan tambah nasi 3 kali... Then...


Aku : Eleh... berlakon lah tu... acah2 sedap nak jaga hati...
Wan : Letihnya nak berlakon sampai kena tambah 3 kali...


BAHAHHAHAHAHHA. 


Terharu. Kbai...


Thursday, June 12, 2014

Part 8 : RS & AJ



SALAM!!!!



Ewah... dah kawen baru nak update entry2 ek berkenaan sebelum kawin.. Pun boleh... Bila cakap pasal persiapan kawen ni, bahagian photography ni antara yang terpenting lah... Sbb gambar kawen kan nak tengok sampai ke hujung nyawa... EWAHHHHHH...



Untuk photographer kitaorg dari tunang sampai ke kawin..  Kitaorg pilih Rejimen Alatubah Photography . Team photography ni sebenarnya kawan2 Wan... so memang tak kekok lah kan.. derang okay je... and the best part is its FREE... hehe.. (Faedah yang anda dpt bila berkahwin dgn photographer) Cuma kita bayar upah jelah kan.. Sedapkan hati.. hahaha...



And untuk videographer, kitaorg memang nak ada... so cari punya cari... decide untuk amik Takeem Videography . Takeem ni banyak buat video clip artis katanya. Ewah... tp aku bukan amik dia sbb tu... tp sbb dia ni jiran belakang umah Wan... haruslah harga jiran (aku kan cheapskate) MUAHAHAHA.



And nak di jadikan rezeki, tetiba ada orang nak sponsor Pre-Wedding Video kitaorg.. YA ALLAH apakah ini??? Bagaikan mendapat durian runtuh... ok durian tak suka, busuk.. Bagaikan mendapat kopi runtuh.... So... yang shoot untuk pre-wedding video kitaorg ialah Studio Shagrasyiid. Syarat Shag senang je, pakai baju sama dgn sediakan skrip... Apasal mudah sangat ni????? Maka aku pun setuju lah. Tempat semua dia pilih.. Aku ok je sbb aku pun mmg jenis malas nak fikir kan.... (DIVA katanya)



Maka hari tu kitaorg pakai baju sama... Ya memang geli tapi apakan daya.....
































Pada aku Shag ni dia pandai berkomunikasi dengan pelanggan dia. Sebab kalau kita jenis yang tak biasa buat video, confirm kau malu punya. Tapi dia pandai kawal keadaan dan dia banyak idea. Ko ikut je apa kata dia. Senang kan...


Dia pun ada amik gambar gak. Kira amik gambar lagi utama lah. hehe...


So... inilah....


TEASER


OUR PRE-WEDDING VIDEO



Video kawen tak siap lagi... Nanti2 share... Nasihat aku kalau korang cheapskate mcm aku, cari lah bahagian photographer and videographer yang murah sebab dua benda ni memang tak lari 3k PALING BUSUK. Tapi kalau kau kaya raya duit baling2, ko nak upah sampai 80k pun padahal kannnnn....



Kbai...


Rithuan's Big 3-0

SALAM Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna ben...