oh, maaf lah jika tajuk entry agak kurang sopan, tapi inilah hakikatnya nak describe orang yang ada masalah nafas berbau. eh, ni bukan mulut longkang yang suka mengata orang tu ya. jangan salah faham. oh ya, maaf sekali lagi.
aku terpanggil nak tulis entry ni adalah kerana anak2 murid aku punya nafas, yaaa ampunnnnn bukan setakat longkang. loji kot. HAHHAAHA. entah apa nyg diaorg makan, aku pun tatau. or mungkin diaorg tak gosok gigi kot. sbb bila mandi tghari tu tak gosok aku nampak. bila datang tadika, semua mamai je, confirm2 bgn tido parents terus angkat masuk kereta. hmmm. mungkin itulah penyebab nya nafas mereka berbau. pastu asyik nak kiss teacher je. tabah je lah aku.
tapi kalau korang perasan, baby yang masih hisap susu ibu, mulut diaorang sangat wangi ok. tapi takla cam perfume tu. dia wangi lah. kalau tak caya g try. tapi jgn men amik je anak org eh. gila! aku pun br dpt tahu beberapa hari lepas sbb makcik aku ckp. bila aku bau, mmg wangi okayyy! pastu asyik nak bau je. hehehe.
ok, mari aku share apa yg aku tahu untuk atasi masalah berbau di mulut ni.
1. GOSOK GIGI
please laaaa jangan malas nak gosok gigi. bukan susah pun kan. entah2 kalori terbakar tak banyak pun, entah2 mmg tak terbakar langsung. at least 2 kali sehari. ni dah paling sikit lah ni. kalau sekali sehari je, nak tido tak gosok aku tatau la nak kata apa. bayangkan korang dah makan satu hari guna mulut, pastu tak bersihkan. sama jugak cam berak. berak banyak kali, tapi bersihkan sekali je. euwwwwwww. pastu jangan lupa gosok lidah sekali. sbb kalau perasan kadang2 lidah tu kotor gila. bersihkan sekali sampai dia jadi warna merah balik. ok?
2. MINUM AIR SAMPAI MUNTAH
Ni nak cakap limablas ratus kali pun kalau tak buat tak guna. air ni mmg sangat banyak manfaat nya. boleh bagi kurus. boleh bg kidney function elok. and yg pastinya boleh bg mulut longkang menghasilkan lebih air liur. kalau malas minum air, boleh kunyah chewing gum gak.
3. SAY NO TO ROKOK
Rokok ni mmg dah terang lagi bersuluh tak bagus. Kalau korang perasan, gigi-gigi perokok kebanyakkan nya tak elok. kuning2 lah. berkarat. euwwww. pastu nafas bau rokok. awek dok sebelah pun rasa nak lempang, nsbaik syg, tabah je laaa. so, kalau betul2 nak atasi masalah mulut longkang, kurangkan lah merokok, ataupun berhenti je terus. jimat duit. bagi aku org yg hisap rokok ni kaya gila tapi otak senget, sebab umpama nya dia bakar duit dia, tapi last2 kesan buruk nya ada dia gak. setuju?
4. PEMAKANAN
Pemakanan pun sebenarnya mempengaruhi mulut longkang ya. Ala ni mesti semua org pun tahu. janganlah anda makan petai banyak. nak makan boleh, tapi bukanlah sebelum majlis2 penting ataupun nak jumpa bf ataupun teman lama ke. mmg confirm2 la mulut kau busuk tahap longkang. makanan2 lain yg mengeluarkan bau ialah bawang putih dan bawang besar. tapi aku mmg suka gila makan bawang. sukaaaaaaaaaaaaa gila. kalau makan tandori mesti mintak bawang lebih. tapi bila lepas makan, aku akan kunyah mentos mint. so, kalau nk makan gak, pandai2 lah cari penyelesaian nya.
5. JUMPA DOKTOR
Ok, aku bukan nak swuh korang jumpa doktor gigi sebulan sekali. tak perlu. SETAHUN DUA KALI pun dah cukup. check gigi tu. berbaloi sebenarnya. sekali check dalam rm 50-70 je. tapi untuk setahun cuma dua kali je. kan berbaloi. ataupun kalau korang nak jimat gak. kena rajin lah tgk roadshow2 colgate ke apa. so dapat check up free. contohnya tadi aku gi jusco bukit tinggi. jumaat, sabtu, ahad ni ada check gigi percuma. so, tiada alasan lagi yaaaa. aku pun kalau ada masa nak g. hehe.
Ok. sekian. Majulah negara tanpa mulut longkang. Bye.
No comments:
Post a Comment