Sunday, July 29, 2012

IBM Star of HR IST


SALAM!!!


Pada hari.. hari apa eh aku pun lupa. heh. 25th July 2012. IBM Cyberjaya ada buat IBM Star of HR IST. Kira ni department aku lah. Orang2 HR. So aku pun cam fikir, ni mesti award mcm hrtu lah ni. So cam tak pedulik pun. HAHAHAHA. Tapi sejak last month department aku ada buat dance dance dekat office.

Tujuan dia ialah nak bg orang tak ngantok bila kerja. Heh. So kiranya masa award tu nak buat persembahan lah. So aku dipilih untuk menari lagu Lets Get Loud. Join Manager2. Aku je org tidak berpangkat. Mungkin kah aku akan menjadi manager juga? Aminnnnn =)


Tema hari tu merah hitam. Nasib baik aku ada baju merah. Hihi. And terfikir nak pakai apa warna hitam plak. kalau setakat baju merah tudung hitam LAME gila. Maka aku selongkar gobok baju aku. Sekali perasan ada vest yg aku beli beberapa tahun lepas tapi entah kenapa aku tak pakai pakai lagi. VASSSSSSSSSSSS... terus aku sambar. Alhamdulillah..... MUAT!



Maka terhasil lah gaya tak seberapa ni. heh.


So bila dah menari2 semua tu, adalah penyampaian hadiah. Best worker lah pebenda ntah. Sekali sesuatu yang tak di jangka berlaku. JENG JENG JENG....

Aku adalah salah sorang yang dapat Anugerah. Alhamdulillah :')



Syukur kepada ALLAH. Rezeki bulan ramadhan. Terima kasih tak terhingga kepada keluarga bahagia saya, esp my mama, baba dan atok. Sebab selalu dengar aku merepek mengadu pasal kerja bila dinner. HAHAHHAHA. Terima kasih juga kepada abang, kak ipar dan adik saya yang hot meletop. hekhek.


Terima kasih kepada HJ yg selalu juga dengar aku merungut pasal kerja. Membebel bebel pastu emo lepas kat dia. Kesian. HAHAHA. Kepada kawan baik saya, Siti Esah juga. XOXO.


Terima kasih kepada tenaga pengajar saya. Senior2 yang tak pernah merungut mengajar. Sangat terharu :')  Kepada my Manager yang bagi peluang untuk terima penghargaan ini. Kepada Team members yang support. Thanks ALOT.


Akhir sekali  pasti lah kepada my eksyenssss.Yang selalu hiburkan hati saya. Juga kawan kawan Twitter yg selalu gak aku rasa dengar aku membebel pasal kerja  :P


Bila ingat balik patutlah sehari sebelum tu, Manager aku tanya, "AJ kenapa dekat BluePages gambar you takde?" Bluepages ni mcm database utk semua pekerja IBM, ada details semua. Gambar aku takde sbb hari tu konon aku nk tukar gambar lain sbb boring alih alih takleh upload. CIS! Pastu aku jwb," Ok, nnt saya upload" . Rupanya sebab nak amik gambar letak kat slide masa aku tengah amik hadiah. Pastu time aku amik hadiah, nama aku takde gambar (-___-). Pastu ada sorang akk ni pesan, "Esok AJ pakai baju cantik cantik ya". Aku ingatkan sebab aku nak menari. Rupanya....... sebab nak amik hadiah. Hikhik.


THANK YOU ALL.


Kbye. Nak gi beli Starbucks untuk buka puasa. hehe.



Monday, July 16, 2012

Round and Lifted Butt


SALAM!!!


Lamanya tak blog. Aku rasa setiap kali aku blogging mesti aku akan tulis lamanya tak blog. HAHAHAHA. Ayat basi tol. Tapi mmg betul. Kerja kat office mmg melambak. Nak bukak facebook pun tak sempat, apatah lagi email. *merungut adalah tak baik*


Sejak banyak kerja, maka penat. Bila penat nak bersenam pun malas. Bukan penat badan, macam penat mental. So rasa nak tidur je, sbb tamau stress. Kesian tol aku. Tapi bila tak bersenam mula laaaaa, rasa badan tak best. SERIUS. Last time masa aku gi bercuti dekat Perak, naik 2 kg dengan mudahnya. Seluar jeans ketat ok. Heh! Nasib sng turun balik. 


SERIAU!


So, utk entry kali ni aku nak cakap mcmana nak dapatkan round and lifted ass. Omnomnom. Dulu, masa aku sekolah rendah, aku pernah dengar siapatah cakap, "Eeeeee punggung perempuan tu dah jatuh". Kecik kecik dah usha punggung orang. hahahaha. Tapi masa tu aku blur, budak budak kan so cam bengong2, apajadah lah punggung jatuh. Bila dah besar perawan eh eh barulah I faham ulossss.


Di ingat kan ini bukan entry lucah, sekadar berkongsi, untuk kebaikan bersama. So jangan nak fikir aku pelik2 plak. Sebenarnya nak dapatkan lifted and round ass senang je. First, memang lah kena exercise, takkan jampi hembus hembus terus dapat kann.


Aku selalu follow Youtube je (Popsugar). Free and easy. Ni adalah salah satu dari cara nak dapatkan lifted butt.