Thursday, April 25, 2013

Minum lah air tu haaa...


SALAM!!!


Siapa dekat sini ada Instagram? Kalau ada, boleh lah cari2 akaun Instagram yang berkaitan dengan kesihatan. Jangan nak follow artis-artis saje. Ok?


So, dekat Instagram aku, aku banyaklah jugak follow orang2 sihat ni. Bukan apa, sebagai motivasi. Eceh... hehe. So, salah satu akaun yang aku follow ialah fitmotivation. Tengok, nama akaun pun dah ter-motivasi bila kita baca.


Ada satu gambar dia ni pasal advantages minum air di waktu pagi. Waktu pagi bermakna bila bangun tidur. Bukan pukul 11.59 pagi ya. Yang tu kita minum kopi. Kat bawah ni gambar nya yang dekat Instagram tu. Baca ok?




Nampak tak manfaat dia, tu baru sikit. Ada banyakkkkkkkkkkk lagi. Nasihat aku kalau nak senang, beli satu botol minuman (bukan yang plastik harga rm 1.20 tu eh) letak dalam bilik. Setel. Takyah bangun tidur nak gi dapur (sapa yang rajin boleh lah pergi dapur)


Minum lah air tu haaaa... Kbai.


Tuesday, April 23, 2013

Rasa



SALAM!!!


*lagu Ajari Aku sebagai lagu latar semasa aku menulis entry ni*  Sweet tak??!!!


Tiba-tiba aku rasa nak tulis something yang menerjah otak aku. Sbb semalam Wan kerja dari pagi pukul 8. Teka lah dia balik pukul berapa? PUKUL 6 PAGI esok nya. SOBS. Jangan nak SOBS sangat Amni mcm tak biasa kena tinggal. LDR made me fine being alone. Should thank that someone for this :)


Sebab musabab nya entry ni di tulis ialah kerana tetiba rindu Wan. HAHAHAHAHHA. Sebelum2 ni biasa je. Pernah tak korang rasa, mcm ada something happened, and benda yang jadi tu mengingatkan korang pada your special someone. Ha... tu yang jadi harini. 


AKU TENGOK GAMBAR BRUCE WILLIS SI BOTAK


Up until now, dia selalu tanya, "Nak potong rambut tak?" And aku mesti jawab "Takyah" Sebab aku teringin nak tengok dia ada rambut. And setiap kali tu jugak, dia akan potong rambut dia. "I nak botak selalu baru you sayang" HAHAHHAHAHAHA.




Oh ya, dia memang sengaja botakkan rambut dia sbb dia tahu aku suka laki botak. Lawak je baca komen kawan dia kat Instagram aku. "Patot lah tibe2 dia botak"


Isn't he the sweetest? :')


Kbai.


Wednesday, April 17, 2013

1 benda patut buat : APRIL



SALAM!!!


Apa khabar semua? Harap sihat. So, whats next in bendapatutbuat punya hashtag. hehe.
Hmmmm..... jap bg aku fikir, sebenarnya aku tak terfikir apa2 tajuk pun. Tapi aku rasa benda ni elok untuk di buat. hehe.


BUANG SATU BENDA/PERANGAI/HABIT YANG KURANG/TAK ELOK DALAM DIRI


Haaa.... senang tak? Ada tiga kategori kat situ. Aku bg korang pilihan. Kalau aku, aku pilih benda. Benda yang aku pilih ialah garam. HAHAHAHA. Aku nak kata sekarang aku under salt-free diet. Memang kalau boleh tanak makan garam. Kalau boleh elak, aku akan elak. Tapi kalau fries atau ayam tandori menari bogel depan aku, memang aku sambar. Tak fikir banyak.



Aku bernasib baik aku rasa dlm hal ni, sbb aku syak lidah aku ni lidah masin. Lidah masin ni dia macam, cepat rasa masin kot. Aku kalau masak kat rumah, MOST OF THE TIME akan tawar. Ni mmg aku tak malu nak ngaku. Selalu mama and baba complain. hehe. Sebab bg aku tahap kemasinan tu dah okay bg aku and bg lidah orang lain sebenarnya tersangatlah tawar. Kalau nenek aku lg dasyat tahap masin dia. Selalu mama masak aku complain masin, padahal bg orang lain ok je. 




Bila aku decide nak buat salt-free diet ni, aku cam ok je. Sebab ada garam ke tak, aku tak kesah. HAHAHA. Tapi aku guna pepper untuk seasoning apa apa. Nak buang habit gigit kuku tak boleh2 lagi, kadang2 tergigit gak. Kena selalu kerat kuku, then should be ok. Pengotor kan? YE SAYA TAHU.


Sekarang apa yang korang nak buang? Small things pun okay, lama2 akan nampak kesan dia. Trust me. Kita bertatih... baru kita berlari kan? Mula2 memang susah, nak start tu payah, tapi bila dah biasa, kita akan rasa okay je :)



START NOW!

Monday, April 15, 2013

Part 1 : RS & AJ (The day)


SALAM!!!



Alhamdulillah. Syukur sangat2. Rasa happy yang tak pernah happy macamni. HAHAHA. Apa punya ayat lah kau ni Amni. 



Hari ni genap 2 bulan 2 minggu. Singkat kan? Tapi omputih kata the best relationship usually begin unexpectedly.. hehe.. Kita bercinta lepas kawin jelah eh... meow meow..



And today (15th April 2013), he decided, we are getting engaged!!! InsyaALLAH. *berdoa kuat2*



Aku saje tulis dlm blog sbb nak jadikan kenangan. Bukan ada niat lain. And kira dlm blog ni jugak jadi journal aku lah. Chewahhh ko bajet ko siapa??? Baby AA kerr???!! HAHAHA. At first he decided to nak merisik je, aku memang tak kisah, sbb hal kawin ni kita takleh paksa orang laki. Biar rasa tu datang sendiri. Chewahh. Nampak tak betapa aku ni seorang yang memahami. *muntah hijau* So, bila dia da decide, wa okay jerrrr.. gatal kau kannn...



 Masa dia bgtahu tu aku mcm HAAAA.. dahlah dekat opis. hehe.



 Memikirkan bajet. Nampak tak betapa tegang nya muka tu hehe. 
Gurau je. Everything is under control :)



Ni reaksi sebenar. Hihihi


Alhamdulillah, jika ini jodoh aku, aku sangat bersyukur. Jauh sangat dah aku berjalan. Dah sampai masa nya aku rehat di tepi seseorang yang boleh jaga aku :')



And, seronok sbb dia adalah orang yang....



"Eh D sendawa bau satay" HAHAHAHHAHAHA


Kbai.


Thursday, April 11, 2013

Lemak dan kawan-kawan nya


SALAM!!!


Sekarang waktu menunjukkan pukul 4.31pm. Hari Khamis, eh esok Jumaat dah. Yihaaa! Kerja aku dah siap, so, kena blogging sebab takleh bazirkan masa. 


Sekarang, hmm start dari awal minggu ni, aku start strict diet balik, sebab? Entah aku pun tatau. HAHAHA rasa cambest. Tapi serius, kalau tak makan nasi badan rasa ringan. Walaupun sebenarnya berat aku sama je. Choyy. Oklah tak perlu bebel pepanjang sbb korang pun malas nak layan kan. Jom straight to the point.


Seperti yang semua orang sedia maklum, dalam diet seharian kita kan, kita kena makan makanan yang seimbang. Maksudnya, ada protein, lemak, kekacang, sesayur, nenasi dan sebagainya. Alah, yang dulu masa sekolah cikgu selalu tunjuk piramid makanan apajadah tu.. Padahal tak ikut pun... Larat plak mak aku nak sediakan semua. Untunglaaaa orang ada bibik. Heh. 


Piramid Makanan (Gila takut yang chem tu, mcm apa je)


Tapi sebenarnya kita kena juga ambil berat benda ni, bila dah besar sikit, kita pandai lah pilih makanan apa yang berkhasiat atau tak. So di sini aku just nak korang tahu yang lemak pun penting dalam pemakanan kita. Tapi tak sepenting kopi lah kan... OBVIOUSLY... hehe...


1 - Lemak Trans


Kumpulan lemak yang berbahaya. Sebab? Dia bukan lemak asli. Apa kau ingat muka palsu tu yang pembedahan tu je ke bahaya? Lemak palsu pun bahaya ok. Jangan main2. Lemak trans ni boleh menyebabkan arteri kita tersumbat dan akan menjadi salah satu punca sakit jantung. Antara contoh-contoh lemak trans ialah majerin dan minyak sayuran. And masa aku taip entry ni aku borak dgn kwn aku yang pernah kerja restoran makanan segera, dia kata memang goreng makanan guna minyak sayuran. OMGGGGGGGGGGG PATOTLAH SEDAP. WAKAKKAKAKA. So, kurangkan lah. Aku tak suruh korang tak makan langsung cuma kalau boleh elak, elak lah. 


2 - Lemak dari Omega 6


 Lemak dari Omega 6 ni bagus KALAU korang boleh seimbangkan. Maksudnya kena ambil in moderation juga. Bukan nya sebab dia bagus so boleh hentam bebanyak. If korang ambil banyak, dia boleh lead to cancer sebab bila dah banyak sangat, sel badan kita boleh jadi tak berfungsi, so kalau dah banyak sangat cell yang tak function, tu yang akan lead kepada cancer dan penyakit hati. Pengambilan lemak Omega 6 kena lah di seimbangkan dengan Omega 3. Apa Omega 3? Sabar jap... Nak taip lah ni....Antara contoh-contoh nya ialah minyak jagung, kekacang dan kacang soya.


3 - Lemak dari Omega 3

Lemak dari Omega 3 ialah lemak paling bagus. Kira macam kalau cete LOTR, dia Aragon lah... Tetbe ekk... Lemak Omega 3 ni bagus untuk jantung, turunkan kadar kolestrol, imunisasi badan dan macam2 lah. Senang cete memang dia paling best lah. So, antara sumbernya ialah minyak ikan, ikan salmon, telur ayam, Scott Emulsion (HAHA) dan sebagainya. Tapi minyak ikan busuk kan? HAHAHHAA. Ingat lagi dulu student aku sampai lari2 taknak makan. Beli yang perisa oren tu okay sikit dari yang putih. Buek.


4 - Lemak Haiwan

Lemak haiwan ni aku rasa tengah2. Dia tak lah elok sangat, taklah baik sangat. So kita kena amik pun dlm keadaan sederhana dan kena pandai seimbangkan. Tapi aku rasa lebih baik takyah amik. HAHAHAHAHA. Apani tak tetap pendirian tol. Lemak haiwan ni kita boleh dapat dari haiwan lah, ayam, lembu, babi, semut pun boleh kalau korang nak. Pengambilan lemak haiwan ni seeloknya di seimbangkan dengan sayuran. Gitu.... Tapi aku rasa, ni pada pendapat aku lah, seram kot tengok orang makan sup lembu yang lemak timbul2 kaler putih. OMAKKKKK... Tak lalu.. tapi tu aku lah, orang lain aku tatau. Ikut koranglah nak makan banyak mana pun, aku di sini hanya menasihat. Tepuk dada, tanya hati.. jangan tepuk buah dada orang lain plak.



Akhir kata, sekarang ni korang dah tahu lemak dan kawan-kawan nya. So, buatlah pilihan yang bijak. Aku tengok ramai kawan2 aku sekarang dah start jaga kesihatan. Baguslah, sbb makin kita meningkat usia, kadar metabolisma kita menurun, kenalah kerja lebih sikit. Kena pandai seimbangkan makanan. Kalau aku, aku strict sikit, tapi tu lah, dengan kopi ni aku kalah sikit. Hehe.


Okbai nak p kencing.

Rithuan's Big 3-0

SALAM Tahun ni adalah tahun sendat untuk kitaorg hahaha sbb yela makin kita berusia, komitmen makin tambah. Tapi tak bermakna ben...