Posts

Showing posts from July, 2013

1 benda patut buat : JULAI

Image
SALAM!!!


Gila la.. hari ni je 3 entry dah aku tulis (termasuk entry ni kalau berjaya post) heh. Setelah aku fikirkan.. benda yang aku nak korang buat ialah mempunyai sexy back!

MEMPUNYAI BELAKANG BADAN YANG MENARIK

Definisi belakang badan yang menarik bagi aku ialah bila kita duduk, takde lipatan badan. Faham kan? Perkataan senang nya takde spare tyre. Haa... So, kalau takde, aku rasa dah menarik. Hehe. 

Aku faham ramai perempuan yang ada lipatan badan ni. And salah satu sebab mengapa perempuan ada ialah bila pakai bra yang salah. Bila pakai bra yang salah, contoh macam terlalu ketat, so lemak td tu dia cam tertekan(bukan depression ok) so nampak tak kemas.



Jenis bra yang aku recommend

Nasihat aku, pakai bra yang tali besar, full support. Biasa nya ada 3 cangkuk. Kalau 4 cangkuk lagi best. Jangan risau, kalau korang cup A atau B pun ada bra jenis camni. Yang penting cari. Bila dah pakai full support bra, badan kita automatik akan tegak dan takde lelemak yang terkeluar. hehe.


Kalau ada…

Hari hari terakhir single

SALAM!!!

HHAHAHAHHAHA. Tajuk cam nak mati lak aku rasa. Jangan nak terakhir sangat Amni. Menakotkan plak. Hmm... aku tahu aku over, tapi weyy aku memang camni. HAHAHA.

Ada hari tu aku cakap dgn Wan :
Aku : B, I kena enjoy bebetul ni sebelum ada ikatan dengan u. Wan : You nak enjoy apa lagi? Aku : Apa2 lah yang I tak boleh buat bila I dah ada ikatan dengan you. Wan : Enjoy lah D... Tapi jangan lebih-lebih okay! Aku : Okay Bos! hehehe

Sebenarnya, aku taklah nak enjoy apapun. Tapi aku tahu bila kita dah ada ikatan, sedikit sebanyak benda tu akan pengaruhi hidup kita gak. Aku ni dah lah jenis memberontak. Huhu. So, agak takut di situ ya. Harap tak apa apa. Hek. Aku rasa, bila aku dah nak start melangkah ke fasa lain ni, ini adalah sesuatu yang sangat besar bagi aku. Nak bagi komitmen kat someone. Well.... before this semua relationship tunggang langgang kan.... Hope yang ni berkekalan. Amin....

And, aku ni jenis suka celebrate semua benda. Sikit2 nak celebrate. Ada jek alasan aku. HAHAH…

Hilangkan lingkaran gelap di mata / How to reduce your dark Under-Eye Circles

Image
SALAM!!!


Ye ye, saya tahu hari ni dah 31st July 2013. Entry bendapatutbuat tak keluar lagi. Sebab saya busy dan masih memikirkan apa benda lah yang aku nak suruh korang buat. Tapi takpe, kita tinggalkan dulu topik tu, sekarang ni aku nak cakap (tulis lah!) pasal dark circles. Benda paling common. Rasa macam dah pernah cakap (tulis lah!), tapi takpe, cakap (tulis lah!) banyak kali, bior senang ingat. 


So, kenapa kita ada lingkaran gelap? Alah, soalan ni, senang nya nak jawab. Pejam mata jek. HAHAHA. Antara sebab yang paling biasa kita dengar ialah kurang tidur, kurang rehat, bila usia meningkat, kulit kita makin nipis pun boleh menyebabkan dark circles, perubahan hormon, kurang vitamin dan kurang minum kopi (INI TIPU). Ada juga sesetengah orang yang memang ada dark circles sebab genetik. 


Tak di nafikan kalau ada dark circles ni wajah kita akan nampak letih, nampak tua.. senang cerita kurang menarik lah.. Sebab tu lah banyak produk2 kecantikkan yang memang cipta khas untuk mengurangka…

Part 4 : RS & AJ

Image
SALAM!!!

Wah! Dah part 4. Aku harap entry2 sebelum ni dapat membantu sesiapa yang nak bertunang. At least bagi rough idea. Kan? Sebab aku tahu ramai gak yang blur2 bedah cam aku ni. Hehe. I am here to help! =D


So, yang ke 4 ni aku nak cerita pasal baju nikah. Selalu nya baju nikah warna putih kan? Aku pun teringin gak nak warna putih sebenarnya, tapi Mama kata kalau warna putih lepastu baju tu takleh guna dah sebab putih kan.. Jarang org pakai putih ni.. SOBS.


Maka hari minggu bila tah, aku pergi lah Jakel Shah Alam dengan mama, yaya, nana and of kos lah Wan.. Kitaorg pergi kereta asing2 sebab Mama ada nak g manatah before tu.. So, aku dengan Wan sampai dulu kat Jakel. Pastu kitaorg naik ah tingkat atas, tempat baju2 pengantin ni.. Wan tunjuk dia suka kaler apa, and aku plak tunjuk Mama suka kaler apa.. Aku? Aku layankan je dua manusia ni.. hehe..


Memang banyak gila ok. Cam rambang mata bila tengok banyak2 camtu.. And ramai gak orang.. Uolsss ni sibuk tauuuu.. HAHAHHA. Kitaorg pun ja…

St. Ives - Tegang, Lembap dan Sihat.

Image
SALAM!!!


Entry ni aku buat sebab aku nak share betapa best nya produk ni. And kebanyakkan barang2 aku, sebenarnya aku selalu beli secara tak sengaja. Salah beli lah, sesaje beli and kadang2 tu cam eh SALE! zasss terus grab, pastu tak pakai. Membazir amalan syaitan! Tapi syaitan tak pakai lotion kot..... jk.


Ok, so ada dua produk yang aku nak suggest, and kebetulan dua2 nya dari Brand yang sama. Cerita nya begini, ada satu hari tu, aku cakap kat adik aku yang aku nak beli Masker, sebab aku taknak dah guna masker yang ada (Masker siput babi pun aku tak guna lagi) pui. Siap cakap kat adik aku, nanti kita share tau pakai biar sama2 cantik. *KONON NYA*... Pastu semangat ni... siap dan2 pergi Guardian. Nasib Guardian dekat je. Ada lah dalam 20 minit gak aku pilih, last2 aku decide amik yang ni.





Pastu otw balik tu, sebab dah excited sangat, aku bukak plastik tu, nak bau2 konon nya. Pastu lama aku baca label dia. Pastu cam terbangang jap.... dalam hati berbisik, aku nak beli masker ke scrub …

1 benda patut buat : JUN

Image
SALAM!!!

Sihat kah anda semua? Sorry entry yang patut keluar bulan Jun, terkeluar bulan July. Huahuahuahua. Macamana dgn benda patut buat bulan2 lepas, buat tak? Kalau buat baguslah, kalau tak buat pun takpe, takde paksaan =D


So, bulan Jun (Skrg dah July!) aku nak korang start :


MINUM SUSU


Susu ni penting, tengoklah dari kecil pun kita kena minum susu. Makanan pertama kita? Susu ibu kan? Susu gak. Takde nya ko lahir terus makan asam pedas kan? Di situ kita boleh lihat kepentingan susu itu sendiri. And susu sekarang aku rasa sedap2. Memang takde alasan lah kalau taknak minum.



Antara susu-susu di pasaran ialah susu putih biasa, coklat, strawberry, dan coffee. Eh lupa jagung pun ada dulu. Hehe. Ingat tak masa kita sekolah rendah ada program susu ni. HAHAHAHA. Berebut2 kot, sbb susu tu sedap. Kan? Bila lori Milo datang, berlari nak amik air free, Vico pun sama. Paling legend kalau nak beli vitagen, cikgu siap bg borang ek swuh isi. Ek eleeeee, Vitagen je pun. HAHAHAHAHAHA. Tapi rasa masa …

Maafkan Daku

Image
SALAM!!!!


Maafkan daku kerana tak buat entry sepatutnya untuk bulan Jun. Aku sangat busy sebab sekarang kerja yang aku buat, aku kena buat sorang2, dulu kami berdua. Sila nangis sekarang.

Maka nya, masa aku tak sebanyak dulu. Sobs. Tapi saya pasti akan ber-belog bila free. Sebab nak suruh korang beli something yang kebabommmm!

Jangan lupa makan sandwich! Dan selamat berpuasa.



Mana satu korang punya pungkoq? HAHAHAH






AHHAHAHAHHAHAH Kbai.