Start your day with simple yoga

SALAM!!!
 

pernah tak selalu bangun tidur, korang rasa badan cam letih. rasa cam "aku ni br bangun tido ke baru lepas marathon 100km?" lenguh semacam. kalau aku mmg bangun tido badan aku lenguh. bukan sbb apa pun, sebabnya aku tido lasak tahap dewa punya. tahap kepala kat lantai, kaki kat katil. ok, takyah bayangkan. so bila bangun tu mmg aku akan bengkok-bengkok kan badan aku. tapi sebenarnya tak berkesan pun. AHHAHA.


so, dah lama2 aku pun rasa cam takde cara lain ke selain mengeliat bak pompuan gatal je. lalu aku menjumpai cara ni. sbb aku mmg buat yoga. so aku cam cari lah apa pose2 yg bagus untuk di buat bila bangun pagi. bukan apa. kalau badan lenguh memang tak sedap gila kan? rasa letih je. pastu dah letih apa lagi.. moody ahhh.. mula rasa nk pelempang je semua org(emo)


oklah, tamau emo-emo. nk yoga-yoga je. so ada beberapa poses yg di cadangkan untuk dibuat bila bangun tidur. cuba try dulu tengok macamana okay?




1. Cat-Cow Pose namanya ni. pose ni elok utk stretch korang punya back. bila buat pose ni jangan lupa bernafas. sbb dia cam bukak our whole spine. try buat for 1 or 2 minutes.





2. Pose kedua yg di suggest ialah Downward Dog. pose ni kalau siapa takleh buat jangan paksa. sbb bukan semua beginners boleh buat. try sket2 eh. faedah pose ni dia bukak belakang badan kita. so takdelah rasa lenguh2 sangat. buat for 30 seconds to 1 minute. ok?




3. Next pls! nama nya Warrior Two. aku suggest yg ni sbb Warrior One tu susah sket. ni lagi mudah utk beginners. utk pose ni korang kena banyak bernafas. act, yoga mmg memerlukan kita banyak bernafas. hehe.





4. TREE pose! ni fav aku! pose ni akan bg kita balance dan kuatkan kaki kita. kalau korang takleh nk angkat kaki tinggi sgt. angkat takat mana yg korang mampu je k? igt! kena ikut kemampuan diri. cuma jangan letak kat korang punya knee ya. aku pun tatau sbb apa. tapi tak elok lah. mungkin sbb kita bagi tekanan dkt knee kita nnt. try buat seminit dua. then tukar kaki.





5. Pose terakhir ialah Seated Twist. Pose ni boleh kurangkan stress kita. korang akan rasa sedap kat pinggang, tangan semua. tahan selama 30 sec. then tukar arah lain.



kalau korang perasan, banyak pose-pose yang bg benefits utk our back. aku rasa, ni aku rasa lah, our back is really important. seingat aku la, tulang belakang sangat penting. kalau tulang belakang takde, kita takleh jalan? eh yeke. hahaa. ala yg penting, kalau bangun tido mmg lenguh kan bahagian belakang badan kita. kalau aku laaa, org lain den tatau.



ok, sekarang boleh practice. lagi satu aku nak pesan, kalau korang ada masa. kalau la kan. try lah bukak channel 105. zee channel kat astro. pukul 8 ke 8.30 ntah. dia ada rancangan yoga for you. bagi aku rancangan ni bagus, dlm satu episode dia akan ajar kita at least 2 pose. and yg bagusnya, dia akan terangkan sekali benefits pose-pose tu. aku lama tak tgk sbb sekarang dah kerja kan. sampai lupa pukul berapa. tapi antara 8 or 8.30 lah. lagi aku nk cakap, dlm rancangan ni, dia adalah baca mantera hindu tu.. ala yoga kan mmg mcmtu asalnya. tapi korang takyah lah ikut kan. amik yg penting je. sapa ikut mmg bengong la kan. kecuali yg bukan islam takpelah.

selamat mencuba! bye!

Comments

Popular posts from this blog

5 Tanda Kulit Sensitif

Kenali Tahi Anda

My Journey With Nutox