Monday, April 18, 2011

Harapan #2


kadang-kadang aku sangat harap badan aku kuat. lebih spesifik antibodi aku kuat. aku tak cepat penat. aku boleh bertahan. tapi...tu semua harapan..kan? kan?


aku bukan mengada. gedik jauh sekali. tapi mmg hakikatnya, aku mmg tak kuat. aku senang sakit. and aku banyak penyakit. tapi bukan yg kronik laaa kan. dalam sebulan tu, sampai 3-4 kali aku boleh demam.


masa belajar dulu, clinic tu kira dah biasa sgt pergi dah. sampai doktor pun dah kenal. kalau datang je, doktor kata, "ha amni, sakit apa minggu ni? ataupun bagus awk dtg, habiskan ubat-ubat kat clinic ni" . aku tahu dia gurau. sbb dah selalu jumpa kan..hehhe..


antara ubat masa belajar.



and bila dah habis belajar, kena cari kerja. masalah kesihatan ni mmg menganggu. first kerja aku, sales exec(padahal kena tipu, kena jual berukband) aku kerja dua hari. malam hari kedua aku demam. mak aku dah bising. dahlah keje susah nk solat. hari keempat aku QUIT. then lepas tu aku tak keje selama 5 bulan. HAHAHA. dalam masa lima bulan tu, aku jarang sakit. mungkin sbb tak penat sangat.


sekarang ni keje jadi cikgu tadika. pun tak penat sgt, cuma kadang-kadang balik keje aku pening. and bila balik keje je, most of the time aku akan tidur. sekarang dpt bayangkan tak betapa fragile nya aku? aku takleh penat sgt, nanti pengsan. pernah dulu pengsan kat pasar. aiyoyoyoyoyo. HAHAHAHAHA. cam memalukan pun ada gak.


bila aku lama tak keje, kawan-kawan banyak kata aku ni cam useless. cam tak layak dapat kerja. memilih sangat. mcm2 lagi.. tapi tahukah anda, aku dah tolak 8 (LAPAN) tawaran kerja disebabkan salah satunya oleh masalah ini. and syarikat yang menawarkan kerja tu bukanlah calang-calang ya. aku bukan nak berlagak. memang tak pun. sbb aku bukanlah pandai sangat. cuma aku agak sedih lah bila ada orang yang berfikiran begitu. sedih you know.


tapi, aku percaya, satu hari nanti, akan ada kerja untuk aku. and aku akan selalu dengar cakap mama. and kalau orang tak faham pun apa yg aku alami ni, family aku sangat faham. masa belajar dulu, ecah mmg jaga aku sgt baik. nasibaik dia sabar ada kawan mcmni, kena hujan sikit pun terus demam.


antara dialog-dialog kejam:

"ko takyah lah kerja ngah, ko kerja dua hari dah demam"

adik aku ajukkan aku " korang jangan minum air bliss aku, aku dah 2 minggu tak berak ni"

"satu hari kau tidur ngah? kenapa?" jawapan aku : penat sangat, muntah-muntah.

"ko ada ubat ni tak? (nama pelbagai ubat)"

"ko bukak bisnes je, ko keje bila-bila ko suka, ko tu bukan boleh penat sangat"


aku sangat bersyukur, walaupun aku kerja biasa je sekarang, parents aku support aku. and still bagi aku duit! WAKAKAKAAKKA.


one day, insyaALLAH.. rezeki ALLAH ada di mana-mana. AMIN :)


2 comments:

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...