Friday, October 24, 2014

Bila asyik ke toilet.....



SALAM!!!



Bila cakap melabur mesti org skrg dah faham kan... Bukan yg melabur bursa saham tu okay ni melabur yg plup plup.. HAHAHA... Aku dlu ada masalah nk buang air besar sbb perut aku payah digest makanan yang complex. Skrg oklah, tapi bila dah selalu sangat pedih la plak khennn... Tapi dia bukan cirit.. ehh boleh ek discuss pasal bentuk plak.. HAHA. So kat sini ada beberapa jenis makanan yang mmg mengundang kekerapan korang pergi ke toilet... 



Firstly, kena alert, cuba amik perhatian sikit dengan benda2 yang korang makan.. 




Benda paling aku sensitive sekali ialah susu. Minum susu je aku akan buang air besar. So bila dah asyik buang air besar, aku kne stop minum susu, mcmtu lah... Ada yang kata aku lactose Intolerance... Kalau aku minum susu Anlene, memang lpstu pening and muntah2.. Kalau rasa takleh minum susu, minum susu soya pun okay...




Ada sesetengah orang, makan certain sayur perut berangin... Biasa nya sayur yang tinggi serat mcm brokoli, kobis, kobis hijau, karot dan lain lain.. so bila tgh asyik nk berak jgn makan sayur ni, makan lah kacang buncis ke, daun pegaga ke suami sendiri ke eh?  Kenal pasti apa sayur yg akan buat korang buang air besar, then pepandai lah... 




Dari segi buah ialah apple, prune, kurma dan kismis. Ni semua buah yang tinggi fiber. Kadang-kadang aku makan buah prun ni takde efek pun HAHAHA. So makan mcm mkn kerepek. Mungkin orang lain, lain efeknya kan? So take note lah...



Dari segi bijirin dan kekacang, makanan mcm barli, nasi perang, oat, roti wholemeal tu semua mmg byk fiber, so kurangkan kalau tgh asyik nak melabur. Ada haritu Mama cakap, roti putih tu sebenarnya tak elok, sbb dia dah di bleaching sebab tu jd putih. Ala ala rambut Eina Azman. ehh tak masal ekk... So kalau boleh sebelum beli roti baca dlu tulisan tu, derang ada cakap.. roti mana yang tak bleaching. Kepada yang malas baca, takpelah, beli insurans siap2 kalau sakit senang.






Last but not least, makanan pedas, rempah ratus pun adalah penyumbang gak dalam acara berak memberak ni kan. Kalau rasa macam tak tahan pedas, better jangan makan sbb if perut ko tak tahan, mmg membuang je keje nya. Kalau dah mmg cirit-birit memang taklah kau boleh makan makanan pedas. Makanan yang memang sedia pedas, aku rasa Indian, Mexican dan cili padi. HAHHAHA. Tapi cili padi taklah pedas sangat... Aku rasa kalau Mexican dia pedas cam pijar perghhhhhhhhh. Mula lah kan rasa nak tampar orang sekeliling HOHO.



Ni selalu aku nampak dkt Chili's dgn TGI tp aku xpnh makan... sedap kerrr




Last but not least, ada sesetengah orang yang kalau minum kopi dia rasa nak berak.. HAAAA siapakah?? Aku lerr tu... tapi best apa.. haha cuma bila dh tahap cirit birit tu tak syok lah kan... So kalau cirit birit jgn minum kopi, selalu aku dengar orang kata minum teh pekat... Kalau Wan makan pil chit ke teaun... Sukati kau je kan eja camtu..



Apapun, take care... aku skrg minum Lacto-Fiber ni.. memang best wooo.. Bila berak tak rasa mcm berak sbb takyah teran and tahi lembut BAHHAHAHA. Tahu2 bowl penuh jerrr Euww haha tapi betul ni.. Tak tipu...







Organic Lacto-Fiber
300gram (dlm bekas)
RM 129

Organic Lacto Fiber
12 peket x 10gram
RM 59







Contact 012-2024943 kalau nak beli :) Kbai

Tuesday, October 21, 2014

That Feeling.....



SALAM!!!!!




Tajuk entry mcm tajuk clash dgn bf je HAHHAA. Dah kawen mmg takde makna nya nak clash, gaduh2 watpe satg tidur sama gak.. Buang masa uolsss... Sebenarnya tajuk ni mcm sedih, eh bukan macam... memang sedih pun......huhu




 Pertama kali aku rasa sebak mcmni, sebab bulan ni jugak aku pergi berurut semua. So rasa mcm usaha tu dah lebih, tapi mungkin belum cukup....  Memula tak lah nak nangis, tapi bila peluk Wan... haaaa memang mengalir lah....
Mood
October 21, 2014 01:46 am
You reported feeling frustrated, sad. Frustration is normal - there's only about a 20% chance of getting pregnant in any given cycle, so it might take a few before you see a positive result.

"Jangan sedih... Kita try lagi..."
*air mata mengalir*
"Kesat air mata tu, I sayang you"
Wan peluk kuat kuat.....




 YA ALLAH terima kasih bg suami yang baik mcmni.. Sebak... Kalau nak di ikutkan memang aku yg lg nampak sedih.. Wan dia rileks je, sebab dia kata rezeki ni ALLAH bg sama rata. Kalau kau kawin, tak semestinya kau kena dapat anak.. tp siapa yang taknak kan... Aku akan cuba untuk positif.. Sebelum2 ni aku positif je, tapi sebab bulan ni usaha lebih... dr habis period September haritu... Takpelah belum rezeki lagi.....






Okbai..











Thursday, October 16, 2014

Perencah Ikan Bilis



SALAM!!!


Seperti yang semua org sedia tahu, aku lepas kawin duduk rumah parents aku and in laws aku lagi. Means kitaorg take turns. So sekejap Klang, sekejap Ampang. Aku happy je, mcm dah biasa. Mana2 pun rasa mcm kat rumah sendiri. (MUKA TAK TAHU MALU KAN)



Disebabkan aku dok dgn parents aku, aku memang jarang masak, yelah aku balik kerja pukul 8, 9, or sometimes kul 12 pun ada if Wan ada breakdown. So nak masak tu memang sesuatu yang mustahil bin ajaib. Ni aku ckp psl weekdays ok. Kalau weekend mama aku takde, aku lah yang masak. So last week, parents aku pergi Penang, sah2 lah aku kena masak. HUHU..



Yang best nya, aku memang excited lah setiap kali nak masak. Lepas tu aku ajak Wan pergi tesco. Wan tanya nak masak apa. Aku cakap masak nasi goreng. Pastu dia kata, masak nasi goreng kampung lah... Nasi goreng kampung ada ikan bilis crunchy... Aku cam OK.. boleh sajerrr... Pastu p lah kat tpt perencah nasi goreng. Being me, aku malas nak fikir, kalau nak beli tu, aku beli je semua. Aku cari perencah nasi goreng kampung. Wan swuh amik yang adabi. 



Lepas dah amik, aku nak amik lagi yang cap Maggi. Pastu Wan cm pelik...



"Nak buat apa tu?" 
Aku ckp "Nak masak lah kan nak masak Nasi goreng kampung" 
"Kan D dah amik yang tu" 
"Alah... ni mcm best......" 
"Yang ni je dah cukup..."
"Alaa ke nak amik yg ni (perencah Adabi utk 6 org makan)"
"Eh kita berdua je... tu byk sgt..."
Muncungkan mulut...................
"Oklah amiklah yang Maggi tu"


HAHAHHAHAHAHA.






Aku adalah manusia yang tak suka bila benda kurang, biar banyak/lebih takpe. Tapi kadang2 tu cam membazir sebenarnya huhu. Lepas tu petang tu Wan dh kenyang makan cucur bilis, malam tu kami tgk movie sampai kul 11... Baru aku masak.. Kesudahannya memang takde nasi goreng kampung nak berbilis bagai... Aku letak fishball dgn telur je.. tapi still sedap... KOT, aku kan tak makan nasi so aku tak berapa nak ingat nasi goreng kampung tu letak apa HOHO...



So kesimpulannya, weekend tu...



BREAKFAST

Aku goreng keropok lekor. (Ok ni bukan masak sangat lah)


LUNCH

Ikan pari berlada (ni Mama masak malam sebelumnya)
Telur Dadar (Ni aku masak) HAHAHHA
Air Sirap (Ni aku buat OK like buat sirap.. bukan bancuh sirap poyo kan)


TEA TIME

Cucur bilis (Ni aku masak)
Kopi Ais (Ni aku bancuh)


DINNER
 
Nasi goreng entah apa lah (Ni aku masak)




Aku harap selalu lah aku dapat peluang nak masak. Sebab bila tgk Wan makan jd seronok. Yang cucur bilis tu banyak gila dia makan... :')


Kbai.