Thursday, September 29, 2011

Kebahagiaan dalam kecantikkan

SALAM!!!



Ya ampun. Bosan nya diriku. Bosan gilaaaaa.. Training dah habis. Test dah buat. Sekarang tengah tunggu big boss from US bg access kat databases. Sementara tu kerja aku, makan, kacau orang, makan lagi, melayari internet, baca emel 567 kali, pergi tandas bla bla bla.. BOSAN. So, marilah kita kurangkan kebosanan ini.



Kalau baca tajuk entry apa yg korang dapat simpulkan? Any assumptions? kecantikkan seringkali di kaitkan dengan perempuan. Betul tak? Siapa dalam dunia ni tak suka dengan kecantikkan? Tipulah tu kannn.. Aku mmg suka dengan kecantikkan. kecantikkan tu subjektif. Bukan setakat perempuan cantik je kita panggil kecantikkan.



Perasan tak betapa gembiranya seorang perempuan bila di puji cantik. Ataupun apa yang dipakai oleh seorang perempuan itu dipuji cantik contoh macam orang kata, "eh cantik gincu yg awk pakai ni, beli kat mana???" bila orang cakap mcmni pun kita happy. kalau aku, aku happy lah. hehe. tapi aku tak pakai gincu. heh.




kenapa kau ni cantik sgt olivia *STRESS*



Ada satu connection antara perempuan dan kecantikkan yg buatkan kita akan happy. Mungkin sbb kecantikkan tu lumrah wanita. Kan? Selalu kalau aku pergi spa, lepas dah habis treatment mesti aku happy, walaupun sebenarnya aku buat facial je punnnnn. Kebanyakkan perempuan happy bila dah accomplished something yang berkaitan dengan kecantikkan.



Contoh-contoh lain :


1. "Happynya dapat beli baju tu, mesti aku nampak cantik nnt"
2. "Aku suka kaler gincu ni, nampak cantik kat bibir mungilku"
3. "Lembutnya kulit aku lepas facial, bertambah keyakinan diriku"




Persoalan nya sekarang, kenapa perempuan begitu gembira dengan kecantikkan?




Berdasarkan kajian Michelle Segar, behavioral psychologist kat University of Michigan’s Institute for Research on Women and Gender. Hasilnya :



#1


Perempuan sebenarnya terlalu busy dengan everyone else, until satu tahap, dia takde masa untuk diri dia sendiri. So, simple things pun dah boleh buat dia happy. Salah satu daripadanya ialah in terms of beauty. Contohnya seorang ibu yang bekerjaya, most of them takde masa untuk diri sendiri. That's y bila they did something untuk diri mereka, dia punya happy, bukan main lagi.



#2

Perempuan-perempuan yang depress biasanya adalah perempuan yang tak cantik. HAAA, boleh tak aku ckp gitu. kuang ajar betul lah kau ni amni.. tapi cuba kalau korang tgk sekeliling korang, (ok, sila tgk sekarang) perasan tak, kalau org yg cam serabai tu je, nampak dia cam depress kan? kebanyakkan org yg aku nampak serabai, mess up tu, mmg muka cam depress gila. HAHAHA. tak kira lah perempuan ke, laki pun sama je. PUI.




#3


Menjaga kecantikkan diri boleh membantu kita rasa lebih confident dan gembira. Dan bila kita selalu happy, kita akan jaga diri kita dengan baik. Nampak tak connection dia? Macam contohnya aku lah, setiap minggu pun aku nk gi SPA sbb tu aku selalu happy. HAHAHAHAHA. example mcm nk kena tampar.


#4

Kajian yang dilakukan kepada lebih 25 ribu orang awal tahun ni, mendapati orang yang cantik lebih happy sebanyak 10% compared to the less good-looking people. And yang lagi best, they earn MOREEEEEE.



Pada pendapat aku, yang penting kita kemas dan bersih. REMEMBER! first impression tu sangat penting. Kalau ko mess up, mmg semua negative je pemikiran orang yang keluar. Takde nya orang nak kata, "Oh dia tolong parents dia berkebun kot pagi td, lepas tu terus pegi office" MMG TAKKKKK. mulut orang tak mcmtu. Okla kalau ada pun maybe lah sorang dua.



Apapun kembali kepada niat kita, jangan kita nak cantik2 sebab nk bangga diri. eh jangan tak baik tu. ALLAH marah okei. nnt tetbe ada org simbah asid. haru haru.



Contohnya :



Dulu aku gemuk tahap nk kena terajang punya. 77kg. ok, jangan imagine, nnt tak cute lah aku. hehe. So, aku berazam nak kurus. SEBAB, nk sihat yang utama. nak cantik tu adalah gak. sebab mmg betul, kalau ko cam tak keruan gemuk ntah pape bla bla ni mmg confident level agak low. SERIOUS SHIT. tak tipu. aku dah pernah rasa. So, mmg aku work hard for it. And when aku dah lose weight sikit, alhamdulillah, dah ok lah confident level I tu, kadang2 terlebih confident pulak. AHAHAAHAHAHAHHA.


dulu.....

gemuk kan? korang rasa nk picit2 pipi aku ke nk lempang je muka aku? heh



sekarang..




Kesimpulan dia, apa sahaja yang buat korang happy. Tak kisahlah dengan hanya memakai lip gloss ke apa, PAKAI LAH. jadikan anda seorang yang happy dan berkeyakinan. Kerana benda-benda ini smua comes from within. Kita sendiri yang kawal otak kita. Melainkan ko robot terminator lah kan.. cheh..



Kalau rasa suka menari, menari lah, suka pergi spa, pergilah. Buat apa sahaja yang korang suka, simply because YOU DESERVE IT!!! and satu ayat BIG BOSS aku yang aku suka masa meeting hari tu, dia kata :



" IF YOU LOVE SOMETHING, YOU'LL FIND AN EXTRA TIME FOR THAT THING. EVEN IF ITS ONLY 15 MINS"



So, start now.. be happy.. you'll look beautiful :)



salsa anyone?


okbye.ada birthdaypartypulakkatopisni.


Friday, September 23, 2011

Skin Care



SALAM!!!!



Amboi amboi amboi kemain lagi banyak org tanya kat formspring pasal skin renew nak beli kat mana. eh eh eh eh, pergi lah click kat link tu cari cawangan dia. Malas betul ye. Lemak kat tangan tak elok simpan nnt nk kawin susah nk beli cincin. *tiba-tiba*




Ada juga yang tanya, betul ke pakai bb cream tu SAHAJA kulit jd elok. Aku nak cakap pun tak tahu. Tapi so far so good lah. Ke mmg muka aku ni pakai apa pun dia layankannn je.. Ha, tu mungkin gaklah kan...




Tapi other than skin renew tu, aku ada juga guna Pure Water Facial Mist from The Face Shop. Lama berzaman dah aku guna. Dah dekat setahun. Hasilnya masih sama. So kesimpulan yang aku boleh buat, mungkin benda ni membantu jugak kot.




BACA ENTRY INI




Apapun product yang korang guna. Pastikan ianya halalantoyiban okei.




Sekian. ok ni bukan kat office. Bye.


Wednesday, September 21, 2011

Symptom Checker


SALAM!!!


Kembali lagi aku ber-blogging di waktu kerja. Sebenarnya sekarang tgh training. Tapi belah pagi je, petang I free. sementara ada masa ni baik kita berkongsi pengetahuan. kan? Sharing is caring kan? Tapi share suami tak eh. Tak rela okei.



Ok, berbalik pada tajuk asal. Apa maksud simptom? symptom? sep sep tom tom tom? lempang nak? basically symptom ialah tanda-tanda atau sign yang korang dapat untuk sesuatu penyakit tu. Biasanya melalui symptom2 ni lah doktor detect apa-apa penyakit. Bila ada symptom, maka doktor akan syak something is not right kan? then they will run a test/ tests untuk confirm kan apa jenis penyakit yang korang hidapi.



Aku memang suka baca anything pasal kesihatan. Kalau korang baca entry2 aku pun banyak pasal kesihatan kan? kan? takde cete aku g date ke apa. sbb mmg tak g (-_-) so, di sini aku nak perkenalkan satu website kesayangan aku. Ni website kesayangan aku tau, korang tak boleh curi. Kalau curi kecik hati aku nanti.



Click kalau sayang aku



tipu je yang atas tu website longchamp sebenarnya. hihi.



SINI





nampak tak? banyak symptom2. antara nya ear pain, chest pain, back pain. kalau antara symptom2 ni takde yang korang alami, korang just boleh type symptom apa yg korang alami. pun bolehhh. tapi kalau type symptom2 makan tak kenyang, mandi tak basah yang tanda jatuh cinta tu, memang doktor ni keluar dari skrin lempang muka korang. haaaaa..



Aku kadang-kadang sakit dada sbb asthma. So aku pun buat symptom aku chest pain.




Pastu dia akan tanya lah mcm2 soalan. Jawab dgn jujur okay. Tapi soalan ni takleh blah. breast implant???!! WAKAKA. adakah breast implant blh buatkan dada sakit? ye la kot bila implant terlampau besar. hahahahaha.




Then lepas korang dh jawab semua soalan tu, dia akan bg kesimpulan berdasarkan symptom2 td tu.




Kemudian dia akan bagi penerangan. Korang baca lah. Kalau rasa serious, baik jumpa doktor. Mencegah tu kan lebih baik. Kalau taknak jumpa pun dapatkan 2nd opinion. boleh kan?



So, apa2 kemusykilan pun, TANYA dan TANYA dan TANYA. ok? Jaga diri baik2. Semoga berjaya mengesan apa jua benda pelik yang berlaku di badan anda.


Okbyenakgitoilet.



Tuesday, September 20, 2011

Lelaki #1


SALAM!!!!




Lelaki? Jejaka? Peria? oh tu sayur, pria ataupun jantan adalah makhluk yang ALLAH cipta di dunia yg fana ini. Bila ko cakap dengan lelaki, mesti statement macam ni akan keluar dr mulut seorang lelaki, "Perempuan ni complicated habis, susah nak di fahami" kan? kan? standard ayat tu.. aku rasa nak muntah dengar dah.




Tapi bila tanya perempuan, derang plak kata, "Lelaki mmg complicated, susah nak di jangka" kan?kan? kalau bagi aku lah. orang lain aku tatau. tapi bagi aku, perempuan takde lah complicated sangat pun sebab kitaorg punya basic need bg aku cuma nak attention, love, protection. Tapi ketiga-tiga perkara yang aku cakap tu boleh di berikan melalui pelbagai cara.




Seperti contoh, Attention. Kebanyakkan perempuan bukan lah nak attention 24/7. Tak. Aku pun taknak. Kadang-kadang kitaorg just nak korang dengar apa yang kitaorg nak kata. Nak bercerita. Sebab bg perempuan, bila dia ada kwn baik, mmg dia nk share semua benda dengan kwn baik dia tu. So bila lelaki yg disygi juga kami anggap kwn baik kami. So dengar je, susah ke? Susahkannnnnnn..... ye aku tahu.



walaupun pompuan tu jatuh. dia mmg blh bgn sendiri. tp kalau tamau tlg angkat pun, tanya je dia ok ke tak. Itu pun dah cukup :)



Dari segi love pulak, bukanlah perempuan nak lelaki dok ckp i love u setiap masa. hari2 ckp ke. tak. tak payah ckp selalu pun takpe, asalkan bila lelaki cakap, mmg they mean it. tu lagi bermakna. Tapi, kalau jenis pompuan2 yg sengal serta lampi cam aku ni, selagi tak ckp sayang, mmg aku akan assume tak sayanglah kan. hahahahaha. And perempuan kebanyakkan nya akan lebih menghargai kalau lelaki tunjukkan love derang thru actions. Pepatah pun kata kan, action speaks louder than words. ye dok?




Kalau dari segi protection ni mmg basic lah kan. Kata pun perempuan insan yg lemah, mestilah perlukan protection. Bukan lah kaum perempuan ni nk korang jaga kami di sebelah setiap masa ke apa. TIDAK! tak perlu. just tanya are you ok? ataupun bila kitaorg cam sengal sengal ayam tatau jalan ke apa, tanya lah kitaorg, "Nak I tolong hantar?" or bagi kitaorang solutions ke. Tunjuk effort sikit.. ni nak tanya pun susah, itu belum kahwin dah mcmtu, nnt dh kawin? main biar je ntah2. huhu.. Perempuan ni nak rasa selamat, kalau lelaki buat kami rasa selamat, kami tak ragu2 nk selamatkan anda. ahhahaha!




Benda paling basic yang laki perlu tahu aku rasa ialah bila perempuan kata, "eh takpelah" "takpe2" "tidak mengapa" "it's ok" "takde pape lah" ni semua BULLSHIT. CHICKENSHIT. CATSHIT. kalau takde pape tu sebenarnya mmg ada pape (-_-) come on lah guyssss, perempuan nk tengok effort korang je sebenarnya. sejauh mana korang nak usaha utk dia. tu je. SIMPLE.



Aku tatau lah ini hanya pandangan aku sahaja atau apa, tapi perasan tak, perempuan kalau dia sayang, apapun dia buat untuk laki tu. Cuba tgk kalau kat KOSMO. ada pernah korang baca, lelaki lari ikut gf. ADA? aku tatau la, aku tak pernah pulak baca kan. tu salah satu contoh lah kan. Ada satu pantun nenek aku pernah bgtahu aku, ianya berbunyi begini :




"Nasi lemak, buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan, Buang anak buang saudara, Kerana kekasih hamba turutkan"



Kesimpulan nya, senang je perempuan sebenarnya, kau sayang dia sorang, kau jaga dia sorang, kau tengok dia sorang. DAH! kau tak perlu risau, dia akan setia dengan kau, dan akan tunggu kau selama yang boleh selagi jodoh ada.




okdahbye. aku ni kerja boleh blogging pulak. nk kena tampar dgn bos ni. PANGGGG!!!



Monday, September 19, 2011

Skin Renew : BB Cream


SALAM!!!



Penatnyaaaaa kerja! choiii padahal br 2 hari kerja. rasa mcm tulang dh bengkok sakit ostoporosis. PUI... tapi.. hidup harus di teruskan..



so berbalik ke topik asal, berdasarkan entry INI . kan aku ada beli dia punya BB cream. walhal, aku tatau pun apakah itu BB cream, sbb dok tgk kat kedai2 melambak2 bb cream, so mestilah nk try gak kannnn. *dasar senang terpengaruh*



Makanya, aku pun pakai lah adalah 3-4 kali gak aku pakai. Overall, product dia okei, I bagi 3.245 pointer dia. Based on experiences aku b4 this mengunakan foundation, aku tatau lah aku salah beli ke apa, tapi kalau pakai, muka jadi cam cendawan. means putih semcm, mcm bertompok tu. mcm kulat, lebih2 plak description aku. pastu cam berminyak2. eeee mmg tak gemor den.



Tapi, BB cream skin renew ni tak. dia cam meresap gitu. takde pulak bertompok ke mcm kucing tompok2 tu. elok je. and aku perasan satu benda, kalau bgn tido skrg, kulit jd licin yang mcm artis korea(WOHHHHHH ayat mmg takleh blah) aku tatau nk explain cemana. dia cam yg bersih berkilat, tapi bukan berminyak. nk gmbr bwh ni. mcmni lah jdnya. tapi aku taklah se-ayu pompuan ni kan. heh.



gambar curik google



di sebabkan aku ni poyo lagi takleh blah. maka, di sini aku sertakan beberapa keping gambar sebagai bukti pakai BB cream skin renew.











ok, kalau menyampah click tanda (X) di sebelah kanan anda.



so, skrg ni haruslah aku bertabah nk beli si kecil ni berharga rm 55. kata nak muka cam artis korea iwantnobodynobodybutyou kannnnn... haruslahhh..



so, korang boleh lah try BB cream from skin renew kalau nak cuba. Kalau nk cuba brand lain pe salahnya, kot2 laaa jd cam artis hindustan plak kannn.. jadi cam kak jessica alba ke.. kemain berangan and actually lelaki pun boleh pakai BB cream sbb manfaat dia banyak utk kulit. tapi jgn nak pakai tebal2 siap bedak bagai, aku lempang kangggg.



ok dah, bye nak gi kumpul duit ni.


Saturday, September 17, 2011

Svenson Hair Care Centre Part 1


SALAM!!



Ehem ehem. First of all, entry ni akan ada 2 parts sbb yang part 1 ni just the basic one. So, the second one akan di update entah tatau bila. huhu. Ceritanya begini, ada satu hari tu, i went for a facial dekat spa yang mmg selalu aku gi. Then masa nak balik tu, borak2 dgn my beautician. Dia tanya aku, where do u usually go for your hair treatment? Then aku cam, haaa, banyak plak duit aku kannnn. Aku pun cakaplah, aku guna traditional way. Yolah, kan aku guna santan je. JIMAT.




Then tetbe dia kuarkan voucher, hulur kat aku. "For our regular customer, enjoy this voucher AJ". Then aku cam terkezuttt lahh kan. Tengok dapat voucher rm 1500 from Svenson Hair Care Centre. PENGSAN!!!! Siapa nak bg weyyyy. Ini rezeki Alhamdulillah :))




So, aku decide nak bg untuk family ku tercinta! Lagi pun, benda camni aku dah pernah buat dengan Yun Nam dulu, so cam tak kesah sangat, buat lambat2 sikit pun takpe. So, adik ku, Yaya pun suruh lah aku buat appointment untuk dia. Lama okay dekat 2 jam lebih. Dah lah tak lunch (T.T)



The nearest Svenson ada dekat2 dengan rumah aku, BAIK PUNYA! hihi..




bukak2 pintu nampak ini.




consultation rooms



di sini aku habiskan masa selama 2 jam lebih *pengsan*




pandangan biasa pusat2 begini




ini BEST!



Macam biasa, kalau korang pergi Hair Care Centre steps dia :



1. Jumpa consultant, borak2 sikit
2. Di heret ke consultation room
3. Buka apa yang patut (bukak rambut yg kat kepala je, rerambut bhgn lain tak)
4. Scan rambut
5. Identify masalah rambut anda
6. Consultant akan membebel2 smp rasa nk hempuk je dgn keyboard
7. Treatment time!
8. Scan balik
9. Consultant akan mengipas anda sekuat mungkin nak suruh beli produk (Part ni kena pandai lah menjawab, aku mmg takdehal, biasa sgt dah ni)
10. Blah dengan rambut sihat.



Aku tanya consultant tu, apa beza Svenson dengan Yun Nam?



BEZA NYA, YUN NAM GUNA HERBA. SVENSON NI GUNA SUMBER DARI TUMBUH-TUMBUHAN.



Testimonial adik aku : Best. Rasa cam gi salon. Tapi kepala aku pening lah.



Dulu masa aku g Yun Nam pun, kepala aku cam panas dan pening. sebab herba2 tu lancarkan perjalanan darah bak kata tukang basuh rambut tu. ecehhh



Aku tatau apa bestnya Svenson ni sbb aku tak try lagi. That's y ada Part 2. Tapi bila entah aku nak try pun aku tatau. HAHAHHAHAHA. Aku rasa Svenson murah dari Yun Nam. Korang boleh pergi nearest branch tanya price dia eh.



Check out their website :


SVENSON



okbye.



Tuesday, September 13, 2011

Tunggu sekejap Part 1



SALAM!!!



Tajuk entry macam tajuk lagu. Sebenarnya aku tatau nak buat title apa. Tapi rasa nya title tu adalah kena mengena dengan apa yang bakal di perkatakan. Ehem ehem. So, mari lah dengar aku membebel, eh bukan membebel, nak share buah fikiran, buah dada takleh share eh, tu untuk laki i jewwww. *mintak pelempang*



tunggu tepi laut? bwk payung okei in case hujan.



Ok, word tunggu, waiting, menanti common tak dalam hidup korang? Kalau dalam hidup aku agak common lah. Sebenarnya, menunggu ni boleh di aplikasikan dlm macam2 situasi tapi mostly bila dengar word menunggu, benda first yang akan muncul pasti lah something related with love. setuju?



" Every time I try to give up, my heart says.... ONE MORE TIME"



Aku cakap in general, sebenarnya bila kita menunggu, ada satu benda yang akan ikut sekali bersama kita (ni bukan hantu eh), benda yang aku maksudkan tu ialah harapan/hope. Bila kita tunggu something/someone mesti automatically kita akan berharap. Jangan tipu okei. Memang kita akan ckp tak berharap dah (aku pernah je poyo ckp cmni, padahallllll), tapi mesti ada sikit harapan tu. Kalau tidak, buat apa kita tunggu? Saje? Suka-suka? Amboi kau, dah tak de kerja lain ke kiah?????



Selalu aku dengar orang cakap benda ni :



" Jangan menanti pada benda yang tak pasti "



Pada pemandangan aku lah kan, benda yang kita tunggu memang semua nya tak pasti lagi. SEMUA. Sebabnya, berbalik pada Qada' dan Qadar, kalau siapa yang faham konsep ni mesti akan faham kenapa aku rasa semua benda yang kita tunggu ni tak pasti lagi. Ke still tak faham??



Contoh situasi:


Amni bertunang dgn Bruce Willis. Kemain happy nak kawin ni. Menanti saat bahagia. Auwwww! Lepas tu, tetbe Bruce takleh nak kawin, busy shooting. Ha, kata lah kan, orang yang dah bertunang tu sometimes ada yang fikir, korang pasti kawin, tapi kalau dah ALLAH kata kunfayakun. Kalau bukan jodoh tak jadi gak kan. So, sekarang faham tak? Kepada yang dah bertunang tu jgn attack aku plak. ni contoh je okei. ni yang paling simple.




Benda yang kita tunggu memang semua tak pasti. Apa pun boleh jadi dengan kuasa ALLAH. Kita hanya boleh berdoa, berharap yang terbaik dan hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk kita.




" Waiting is painful, forgetting is painful, but not knowing which one to do is the worst kind of suffering "




Pointnya sekarang, siapa yang rasa nak menunggu tu, kalau rasa mampu, teruskan. Kuatkan diri. Kalau rasa tak, jangan paksa diri. Kadang-kadang kita kena pentingkan diri kita jugak kan? Tak salah. Diri sendiri pun kita tak boleh nak handle, nak handle orang? Lupakannnnn.




ye, aku sgt excited bila dpt surat. gila oldschool kann. tapi dlm gmbr tu bukan aku okei.




Kalau orang tanya aku, kenapa aku nak keep waiting? Jawapan aku, aku tak nak aku menyesal satu hari nanti. Aku paling tak suka feeling bila, "alaaa, kalau aku buat mcmni kannn mesti jd mcmni" tapi hakikatnya aku buat yg sebaliknya. So feeling "WHAT IF" tu aku paling tak suka. Sayang tu memang lah kan, tapi kalau fikir balik, sayang tu boleh di pupuk/hilang di makan masa, tapi kalau penyesalan ni. adoi laaaaa.. smp bebila ingat. Makan dalam beb.



" Hope for the best, prepare for the worst "



So, bab2 menunggu ni mmg byk lagu sedih2 kannnnn. Antara nya lagu ni. Layannnnn..



Saturday, September 10, 2011

Skin Renew : Professional Solution


SALAM!!!


Weekend adalah hari paling bahagia untuk semua orang, dan semestinya untuk aku gakkk. Minggu ni kemain aku menabung di shopping2 complex dengan jayanya. Bajet gaji limablas ribu kunun. heh. Weekend kali ni aku bercadang nak g ikea sbb nak beli tempat kasut baru, yang lama punya dh penuh. Banyak lagi kasut yang takde tempat tinggal. kesiannn.


So, aku pun mengajak lah adik ku dan rakan nya.




Apasal tajuk entry cam tak muncul2???!!! HAHAHA. ok lah, masa tgh jalan2 tu, aku di sapa oleh seorang amoi, " Miss do you have time?" Aku : "For what?" Amoi : "Beauty products" Aku senyum terus blah, sbb masih terbayang peristiwa semalam di London Weight Management. Aku berlalu pergi, tapi dia sempat bagi aku pamphlet.



durjana sungguh pamphlet ini. PUIII




Bila maca pamphlet ni, biasalah aku terpengaruh. HAHAHHA. Maka aku berpatah balik. Aku pun tanya, " is this really for FREEE??????" Amoi tu jawab, "remove black head je FREE miss, yang beauty treatments tu you kena bayar" Aku dalam hati, "menipu betul, saje bg aku excited, tak baik okei" Pastu aku cakap, "Oklah, pls remove it for me" Dia pun senyum, aku membalas senyuman nya. ewahhhh geli plak.



Dia membancuh apatah.



Mula-mula dia bersihkan hidung aku pakai rose cleanser ni.



Papaya extract yang dia bancuh utk sapu ke hidung aku



Dia menyapu papaya extract tu, bukan main lagi, macam dia tgh sapu kuning telur kat tart nenas. choiii



Pastu, dia letak kertas putih ni.



Ni hasilnya. Adik aku kata, "Banyak bulu jeee" (-_-)


Papaya extract ni bagus sebab first dia based on herbs. Second dia water-based. Dia sesuai untuk semua kulit. And aku rasa mudah nak remove black heads bila kau hanya perlu sapu papaya extract tu je. 3rd, tak sakit. Selalu aku tgk adik aku pakai yang pelekat hidung tu, time nak tarik, kelat2 muka dia. HAHAHA. ni tak, sng je.



And beautician tu kata,
TOLONGLAHHHHHHHH jangan tarik white/black heads sendiri (lebih2, padahal dia tak ckp tlg pun) Sebabnya, ianya hanya akan membesarkan Pores je. which is tak elok lah kan.



Pastu, aku pun tanya, "Betul ke guna ice boleh kecikkan pores?" Dia pun jawab, "Boleh tapi just for temporary, and dia tak recommend sbb ice tu tadi boleh keringkan kulit muka kita" ADA FAHAM??? so, bagi aku, takyah cabut, pergi je buat facial.



Lepas dia habis buat benda tu, perkara standard, dia akan try promote products dia. Apadehal, aku dah cukup expert dah nak menepis. Tapi ada satu benda yang menarik perhatian aku.



JENG JENG JENG......



Skin Renew punya BB CREAM. (padahal tatau pun apa tu BB cream) Kebetulan pulak tadi ada promotion. Harga sebenar rm 55. Tapi tadi jadi rm 15. Apalagi, jangan fikir banyak. Terus aku bayar. ZASSSSSS!!!



BB Cream



Tapi sebelum beli tu of course aku tanya dulu, apa yang buat aku tertarik ialah BB cream dia guna herba. So aku rasa dr segi logik nya better than chemical kan. Sebab tu aku beli. (padahal terpedaya) Plus dia kata BB Cream ni macam foundation tapi lagi banyak manfaat. Aku ada 2 bekas foundation tapi aku tak pakai sbb lagi suka pakai moisturizer Olay yang 10 hengget tu je. Last2, foundation itu jadi makanan tong sampah. Tapi aku rasa BB Cream ni better than a foundation. We'll seeee..





Tapi.... kecik sangat.. Pakai seminggu habis kot. cheh.



Nanti bila aku dah pakai, I'll write an entry about this BB Cream. Tapi semua rangkaian product dari skin renew ni guna herbs. Apatah benda yang dia kata bagus yang ada dlm product dia ni, P-7 ke G-7 tah. tak ingat aku. Tapi dia kata product derang semua water based, so tak oily.



Nak tahu lebih lanjut, boleh layari SKIN RENEW OFFICIAL WEBSITE



Akhir kata, aku tak beli pun tempat kasut kat ikea sbb TER-beli rantai Jed, TER eh bukan SENGAJA. Kbye!


London Weight Management

SALAM!!!



Haiiiiihhh (belum start entry dah mengeluh dulu) Ceritanya begini, petang khamis, aku dapat SMS mengatakan aku dapat free treatments from London Weight Management. Dapat 3 treatments for FREE!!! So, aku pun gigih call, nak buat appointment. Zasss dengan excited nya aku buat appointment. (9 september 2011) pukul 2.30 petang.



Sesampai nya aku di sana, cam biasa lah, "Miss, can I have your IC pelisssss" Pastu aku duduk jap.



ni lak makcik berlemak tu. *EMO*



Pastu, consultant aku pun datang. Dia pun bawak aku gi timbang berat dan ukur tinggi, tinggi saya 155cm, berat aku 55kg. Ye aku GEMUK. tapi still normal. Pastu aku di bawa ke bilik konsultansi untuk membebelkan padaku psal kegemukkan. Aku mmg dah biasa dah dgn step2 ni, dah fahammmmm sangat.



bilik konsultansi



Pastu dia suruh aku bukak baju. Aku pun bukaklah. Dia analisis badan aku. Ni part paling hanjeng sekali. Antara ayat2 dia yang di lemparkan pada aku :



1. " You ni muka comel tapi pendek dan gemuk"
2. " Kaki you macam kaki gajah (T.T)"
3. "Macamana you boleh hidup? Ada confidence ke badan macam ni?" HOJAQ!
4. " You ada credit card tak? "
5. " Baik you buat treatment sekarang, nanti lagi 2-3 tahun, you boleh jadi 100kg"
6. Your buttocks 38? Problem besar tu. Sepatutnya dengan umur you kena 20-26 je. (Aku dalam hati, kau ni bengap ke apa, agak2 lah ukuran bontot 20-26, megan fox pun aku rasa tak dlm lingkungan tu)
7. Dan yang paling hanjeng sekali, " You badan macamni ada bf ke?"



HOJAQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ!!!!!!!!!!!!!



Tapi aku rileks, dalam hati je cakap hojaq, nama dah la kinky. sebab aku dah biasa dengan taktik2 kotor ni, aku tepis satu persatu dengan tenang. YANG PENTING AKU DAPAT FREE TREATMENTS. WAKAKAKKAKA.



suka aku tgk gambar ni. (nampak sgt gatal, bkn nk focus pd tulisan, tp punggung comel tu yang aku nampak dulu)



Pastu, dia kipas2 lagi aku, adalah dekat 30 minit. Siap suruh mak aku bank in duit lah. Cam haram. Pastu dia kata dia nk tgk ATM card aku. aku pun layankannn jeee. tapi sebenarnya aku dah bg ATM card aku kat adik aku. sbb dia nk withdraw duit. Aku pun buat2 lah cari dlm purse. Dengan selambe kodoknya, dia bangun, siap tolong cari sekali. selak2 bagai. I was like OMGGGG!!!!! ini sudah lebeyyyyy.



Aku tekan kan pada dia yang aku memang taknak buat treatment pun. Mahal kot, 30 ribu. gilakehape. lain lah kalau aku ni CEO, mmg aku beli semua mesin tu letak kat rumah aku je kannn. Pastu dia keep kata kaki aku kaki gajah. Ada aku kesah??? Lepas beberapa kali cubaan nak jatuh kan self esteem aku, dia GAGAL. aku tetap taknak, then dia buat muka kelat gila. Terus dia bwk aku g buat treatment2 tu.



Standard lah pemandangan ni. (bilik2 rawatan)



loker, sinki, tempat salin baju



Aku dapat free steam bath, hot blanket, dan machine apatah.




Tempat steam bath.



1. Steam bath


Aku ingat ni cam ok lah. Sekali aku masuk je. Keluar wap banyak gila panas nak mampus. Macam dia tengah buat Sup perasa AmniLemakBanyak. Ini first time aku masuk steam bath, maybe aku tak biasa lagi. Tapi sumpah aku cam nk kena asthma attack. Last2 aku bukak pintu tu. HAHAHAHA. Terlalu panas sampai kulit aku jadi merah2. Apani orang beriya nak tan, aku jadi merah. LOSER. Pendapat aku, aku tak tahan steam bath ni sbb wap yang keluar tu buat aku rasa sesak, maybe sebab aku ada asthma. Bagi yang takde, maybe ok. Tapi peluh jangan cakap. Gelimat.


Faedah dia bg ko berpeluh. Kalau orang gemuk air, ini bagus kata si Kinki.



2. Hot Blanket


Consultant bawak aku masuk bilik rawatan, dia suruh pakai G-String je. Pastu baring atas katil, dia balut aku dgn towel selapis, pastu dia balut aku dengan plastik satu badan, pastu dia balut lagi dengan towel, pastu dia balut aku dengan hot blanket ni. Pastu dia kata, "You tidur eh" Aku pun tidur, sekali tetbe aku rasa panas GILAAAAAAAAAAAAAAA!!! Macam aku kena panggang.


Terus aku terjaga, gerak2 kan badan aku. macam nak bg angin masuk. Pastu kinki masuk, suruh aku beli treatment lagi. Sempat lagi kata kaki aku gajah. Lepas beberapa minit, sumpah aku tak tahan, aku bukak pintu bilik rawatan tu, last2 ada consultant lain tny aku, "Panas sangat ya?" Dia tolong aku bukak. Aku bangun je, aku rasa berpusing. Nak jatuh. Pastu consultant tu tanya, "You pening?" Aku angguk. Dia kata baring dulu baru mandi.


Tapi masa tu, badan aku sangat basah dgn peluh. Memang tak selesa. Aku gagahkan diri untuk mandi dan aku muntah. Lepas tu aku balik kat bilik rawatan tu, aku baring. Aku bukan apa, kalau aku dah berpusing tu, aku cuma takut tekanan darah aku rendah. Memang CONFIRM aku boleh pengsan. Masa tu aku fikir nak balik je.


Pastu, aku cakap dengan si kinki, " I nak balik, no need the machine treatment". Dia pun merelakan aku pergi dengan muka kelatttt. Sebelum aku blah, dia bg card dia, dia cakap lagi datang lah kalau nak kurus cantik. Aku pun sengih je. Dia kata, " I tak tahu nak cakap apa lagi dengan you" AHHAHAHAHA dah tatau nk ckp apa DIAM! Ko katalah aku cam dinosaur pun aku tak lah bodoh nak bayar 30 ribu.


Faedah dia ialah menaikkan kadar metabolism.



tempat rawatan machine


3. Rawatan Machine (Tak buat)


Dia kata datang lg nnt buat appointment lain. MMG TAK AH AKU NAK DATANG.



Setelah melalui pengalaman ni, aku rasa, aku tak pergi kot tempat2 camni. Sebab masa aku buat benda2 semua tu, aku rasa macam aku terseksa. SERIOUS. Aku lagi suka bersenam, makan secara moderate dan enjoy my life. Itu bg aku, memang benda ni cepat, tapi entah. I don't think benda2 camni bagus. Aku fikir nak buat sesuatu tu tak harm diri aku. Ni sampai merah2 kulit aku mcm udang dah. idok lerrrr..



Sebab kedua, MAHAL. aku mmg gaji tak byk. and aku mmg tak mampu. Tapi kalau aku fikir balik lah. Katalah kena bayar rm 30 ribu kan, compare to ko gi regis Gym ke, lagi murah and lagi sihat. tapi siapa yang banyak duit and nak jalan pintas, YES, di persilakannnn..



Tapi ada certain things yang dia bgtahu :



1. 70% ada peratusan dlm badan kita di miliki oleh metabolism rate. Means kalau nak lose weight cepat, naik kan metabolism. Then boleh lose weight cepat.


2. Dia kata kalau ada bahagian2 dlm bdn kita yang mcm hitam2, tu makna nya ada toksik. Contoh paling hampir ialah ketiak. Terus aku tgk ketiak kinki, alaaaa hitam jeee. AAHAHHAHAHAHAHHAHA



Last but not least, aku bukan nak burukkan LWM, cuma bagi aku, kalau ko professional, kau tak payah nak cakap buruk2. Benda2 camni sangat simple, kalau memang orang nak beli product kau, mmg dia akan beli, takyah paksa punnnn. Nasib baik sebelum aku g, aku ada buat research pasal LWM punya customers feedback, mmg majority buruk. siap ada forum. HAHAHA. and most of them rekomen Mayfair. Entahlahhhh.. Kalau pendapat aku, aku prefer the healthy way, bersenam sudehhh.


okbye.



Monday, September 5, 2011

Tahukah anda #1

SALAM!



Tahukah anda?







Sebelum anda flush toilet selepas melabur dengan jayanya, anda WAJIB menutup penutup jamban anda.


WHY????


Kerana bila bahan buangan anda di flush, di saat bahan buangan itu mahu di compress, ia akan mengeluarkan GAS yang tidak baik. Jika anda tidak menutup penutup tandas itu, gas-gas itu akan terapung-apung dan melekat di berus gigi anda, atau di mana2 sahaja, sukati dialah nak melekat kat mana.



So, sebelum flush, tutup dulu. Okay?


Tapi kalau jamban yang cangkung tu, tak dapek den nak nolong.


credit to my sissy alia sebab bgtahu saya, kalau tak, mmg aku pun sedut gas smp bebila. EUWWWWWWWW.




Sunday, September 4, 2011

Hubungan sulit stress dan obesity.


SALAM!



Familiar tak dgn word stress dan obesity? Kalau kita fikir logik, 2 benda ni berkaitan kan? Setuju? Stress? Common. Kadang-kadang kita tak tahu pun kita stress but sebenarnya mmg kita stress. Bila benda ni jadi adalah sangat bahaya, bila kita tak realize yang kita stress.



Aku rasa kebanyakkan perempuan akan makan bila stress, bila ada something yang mengganggu mereka. Aku ingat lagi, ada sekali tu aku clash, tetbe aku cakap dgn echah, "nak makan burger king" AHHAHAHAHAHAHA. Echah hanya layankan sajeee. Pastu pergi burger king dengan mata yang bengkak ok. Tapi makan whopper set LARGE. HABIS! ya, itulah hakikatnya.



Ok sekarang, baca slow2 sebab aku nak korang faham.



" BIASANYA ORANG STRESS, AKAN MAKAN BANYAK ATAU MAKAN TAK TENTU HALA. BILA MAKAN DAH TAK BETUL, SOMETIMES BOLEH BAGI KITA GAIN WEIGHT, AND OBVIOUSLY THAT CAN CAUSE EVEN MORE STRESS. SO MAKAN LAGI. ITS A NEVER ENDING STORY, AND KALAU BERTERUSAN TU YANG BOLEH JADI OBESITY "



Ada kajian mengatakan yang bila kita stress, kita akan cari makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula. selalu dalam drama pun nampak bila putus cinta ke apa, orang akan makan ice cream. kan kan?? ataupun dlm kes aku ya, BURGER KING. hahaha. sebenarnya benda2 ni ada kaitan dgn specific hormones dlm badan kita.


sedapnyaaaaaaaaaa!!! (penulis yang tak membantu)

Mari kita ambil tahu apa hubungan sulit stress dan obesity. ZASSS!!

1. Serotonin

Bila kita stress, kita akan mkn benda2 berlemak bagai, maka nya ia akan meningkatkan serotonin level dalam bdn kita. Serotonin ni adalah bahan kimia yang akan buat kita rasa baik. rasa better. So mmg tendency kita untuk makan benda2 yang mengemukkan adalah tinggi sbb kita tak mampu nak buat keputusan bernas dlm pemilihan makanan semasa kita stress. Orang akan makan BIG APPLE, MCD, BURGER KING, CAKESSSSSS, ICE CREAMMM ok dah, aku plak terliur.
Sepatutnya kalau stress kita pergi pasar, makan sayur mentah ke, roti whole meal ke, makan sandwich ke ataupun takyah susah2 minum air masak sudehhh.

2. Cortisol

Para pengkaji juga mendapati bahawa, bila seseorang itu mengalami stress yang melampaui batasan akal, badan si stress tadi akan merembeskan? mengeluarkan lebihan cortisol. Cortisol adalah hormon yang manage fat storage dan tenaga yang digunakan dlm badan manusia. Ia akan menaikkan nafsu makan si stress tadi menjadi serupa monster, malahan akan menggalakkan si stress tadi menginginkan makanan2 bergula dan makanan berlemak.




3. Neuropeptide Y

Apake susah bonar nak sebut benda alah ni. choiii.. Baru-baru ni ada kajian yang kata, bila kita under stress, badan kita akan process makanan differently. Kajian yang di lakukan terhadap seekor tikus comel.

Tikus A - diberi makan berlemak dan di letakkan dlm stressful conditions = GAIN WEIGHT
Tikus B - diberi makanan sihat dan di letakkan dlm stressful conditons = MAINTAIN

Para pengkaji mengaitkan phenomena ini dengan molekul yang di panggil Neuropeptide Y yang akan dikeluarkan dari sel badan semasa kita stress dan akan menggalakkan pengumpulan lemak. Selain dari itu, diet yang tinggi kandungan lemak dan gula juga akan mencetuskan pengeluarkan neuropeptide Y tadi.

Apa kesudahan nya stress dan kegemukan melampau ni??

Sebagai seorang yang mementingan kesihatan dan ingin kan hidup yg lama (jika ALLAH izinkan, marilah kita ubah sikit cara kita menangani stress)

1. Jangan biarkan anda kebulur. Benda ni kalau kita tak stress pun kita patut amalkan. Kalau aku, aku lapar, aku tend to makan banyak nk gila, sebabnya kita punya blood sugar drop. Bila blood sugar level kita low, kita susah nk fikir secara rasional lalu kita makan apa saja. Paling penting jangan skip meals. JANGAN. ya, JANGAN.


2. Portion. Bila kita tengah stress, kita tak fikir pun kita makan apa, kita makan banyak mana. So, kalaupun kita stress tahap dewa, control portion kita. kata lah nak makan ice cream, makan sesudu je ke? hahaha. Logiknya, kalau kita makan sikit, mesti akan kurangkan risiko untuk gain weight kan?


3. Makan snek yg berkhasiat. Doktor menyarankan kita makan snek yang ada kombinasi protein dan karbohidrat, supaya badan kita akan digest dia lambat dan akan buat kita rasa kenyang lebih lama. Seperti contoh ialah whole-grain bread bersama sekeping cheese. ecehhh bajet nk western jeee.





4. Tangani stress itu sendiri. Hidup dengan melebihkan senyuman. Don't take things too serious. Kalau kita kurangkan stress, so tendency kita untuk obesity apabenda semua ni pun kurang kan? Kalau stress, ambil option lain untuk hilangkan stress. Kalau aku, sekarang bila stress aku bersenam. AHHAHA. masa belajar dulu selain makan seperti gergasi, aku g karok. haaa, karok pun boleh hilangkan stress. Tapi sebaiknya, cari apa punca yang menyebabkan korang stress, selesaikan. Then baru pergi berhibur seperti main batu seremban ke congkak ke.



Sayangi diri anda. Badan nak pakai lama okei. Bye.



Setengah Diri


SALAM!



Setengah diri? Kedengaran pelik? Pada dasarnya ya. Cuba selami maksud setengah dan diri. Faham dalam2. Ok dah, aku pun tatau apa sebenarnya. Tapi apa yang bakal di perkatakan adalah kait mengait dengan setengah diri ataupun setengah hati, eh itu lagu ada band pulok.



Aku tak tahu kenapa, macamana, bagaimana dan mengapa, tapi aku mmg ada feeling ni dari dulu, semenjak aku mumayyiz. ecehhhh. Aku adalah seorang manusia yang selalu fikirkan masa depan, sangat depan. So, bila sesuatu benda tu jadi, aku dah tahu apa nak buat, sebab semua dah ada dalam kepala aku. Tak kisah lah dlm hal hidup, duit, pelajaran ke apa. Termasuk lah benda yang satu ini. Setiap yang aku plan utk aku, aku mesti buat exit plan(bila plan tak jadi) ataupun proceed plan (bila plan jadi).



Aku selalu TER-fikir, entah kenapa, aku akan melalui masa dewasa UPPER (30-R.I.P) aku sbg single-mother. SUMPAH aku tatau kenapa. tapi feeling ni mmg ada, aku bukan nak fikir tak elok ataupun mendoakan yang tidak-tidak, tapi apakan daya bila benda ni selalu bermain di fikiran ku(bajet ayat novel) tapi simpang malaikat 44 laa kan. aku tamau pun.



di sebabkan benda ni selalu berlegar dalam kepala otakku, so, aku adalah exit plan benda2 ni. HAHAHAHHA. poyo betul. takleh blah. aku tinggal beli rumah je, buat investment, besarkan mia. WAKAKKAKA. cakap cam makcik makcik. nasib baik aku jenis boleh hidup sorang-sorang, boleh buat banyak benda sorang2, boleh independent. alhamdulillah.



Tapi, pada pandangan aku sebagai seorang wanita, kita memang kena sentiasa bersedia benda2 camni. Tak boleh bergantung sangat pada suami/lelaki/ dan sebagainya. Bukan nak kata lelaki tak baik ke apa. JUST IN CASE. macam aku kata, kena ada exit plan.



Tipu lah kalau aku kata aku tamau hidup bahagia bersama suami dan anak2 tersayang ecehhhh. Itu idaman setiap perempuan kot. Thats y aku kata setengah diri, setengah diri rasa yang itu, lagi setengah memikirkan ini. Walaupun tak patut fikir pun, tapi dah termasuk dlm sistem otak ku, so layankan saje.



Pernah aku dengar cerita dr siapa entah. Seorang wanita berkahwin. Tak kerja. Pendidikan tiada. Sekali si suami cari lain. Di tinggalkan si isteri tanpa apa-apa. Si isteri tiada kerja, tiada pendidikan. Hanya ada anak sahaja. Si isteri buntu. Gelap. Ok, aku sangat takut benda ni jadi pada aku. So, aku rasa setiap perempuan kena ada exit plan sebagai langkah berjaga-jaga. Kena ada stable job, yang paling penting boleh berdikari tanpa bergantung pada orang lain.


Rumah Idaman.




Why SUNWAY SPK?



Key Highlights

  1. 9 units of energy-efficient and eco-friendly air conditioners
  2. Automatic gate system
  3. Motion detector lights
  4. Solar water-heater system and water-booster pump
  5. Whirlpool system bath tub for the master bathroom
  6. Glass balustrades
  7. Lush Central Park with children’s playground, reflexology park and multipurpose courts
  8. Strategically located along the thriving Damansara Corridor, in the heart of an affluent and matured neighbourhood
  9. Well-served by a network of thoroughfares and highways, including the Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) and Penchala Link, North Klang Valley Expressway (NKVE) and Middle Ring Road 2 (MRR2)
  10. Well-connected to a host of amenities and services, including education, leisure, retail, food and shopping



sumpah nak kerja keras for this. YA ALLAH, permudahkanlah. amin :)




Akhir kata, kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukannya.



Friday, September 2, 2011

Long Distance Relationship (3)


SALAM!!


Zasss kembali dlm entry Long Distance Relationship. Previous entries adalah :


Long Distance Relationship (1)

Long Distance Relationship (2)


Sekarang kita masuk part 3. Jika part 1 cakap pasal kebaikan LDR. Part 2 cakap pasal apa aktiviti yg boleh di lakukan. Part 3 ialah tentang medium yang boleh kita gunakan untuk berhubung.



Mungkin benda ni dah biasa korang dengar, tapi, maybe ada yg baru nk terlibat dalam LDR ataupun maybe ada yang tak tahu. betul tak? kan kannn.. yang tahu tu diam je.. click tanda pangkah di sebelah kanan skrin laptop anda. Sekian. Kbye.



Ok, kita bercakap dari medium yang paling basic dulu.



1) Surat

sila pengsan kalau bf bg surat camni.


Surat ni aku kira paling bawah sekali lah kan. Sebab kita ambil kira dr segi masa dia. Selalu aku hantar ambil masa kira-kira 2 minggu. Tu pos berdaftar. Kalau pos laju 4 hari tapiiii nk hantar card pun smp seratos lebih.. sila pengsan. aku tak mampu cakap terang je. so pos berdaftar adalah yang paling afdal. Surat mungkin lambat, tapi jika kita ambil dari segi sentimental value dia, tu yang best kan? sapa yg mental tu tak di ambil kira ya.



2) Text message





Text message atau lebih manja kita panggil SMS. SMS ke luar negara aku rasa mahal dr youth club yg hanya 1 sen per sms. haha. maybe berbeza mengikut negara. kalau US, satu SMS, cuma 20 sen pada mulanya. pastu naik jadi 50sen. Sila pengsan. MMS rm 1, kalau tak silap. so siapa yang rajin sms, mungkin ini bukan option yang terbaik, melainkan bapa anda kaya raya boleh topup setiap 5 minit. apadehalll kannn.. tapi ada org kata SMS ni feeling dia lain dr cakap phone. sbb boleh baca ulang-ulang kali. chewahhh. YA, saya selaku penulis mengakuinya.



3) Phone call


nk gambar iphone jeeee *poyo*

Panggilan cinta? Muntah. Phone call ni aku kira agak mahal juga. Tapi ada aku dengar kwn2 aku yang beli phone card dpt murah. Aku tatau. Sebab aku tak pernah cuba. So, aku cakap berdasarkan pengetahuan aku yang tak seberapa ni. ecehhh.. Tapi kalau phone call ke US, takde la mahal sgt(padahal tak ingat rate dia) kalau sesekali tu boleh lah kot. Kalau ke singapore mungkin lebih murah. Bangladesh ke. Huhu.



4) FB Chat


Free. Cuma kena bayar internet je. Tapi kadang-kadang yang aku menyampah fbchat ni ialah, bila tetbe org tu tak available. dulu selalu kalau chat dgn ecah, ecah tetbe hilang. sebab connection dia tak stabil. penat aku taip berjelaaaa tetbe Echah is Offline. GRRRRRR!!! ok emo. sapa yang suka sila lah teruskan. Dgr kata sekarang dah ada Fbskype plak. haaa boleh lah try kannnn *EMO*




5) Skype



Ni medium aku sukaaaaa!!! Skype is free. skype boleh voice call dgn video call. Kalau guna laptop boleh video call. Kalau guna unifi macam aku skype laaaaa 15 jam straight, TAK PUTUS. kecuali hujan kena tutup net, putusla kan..ataupun bateri habis. haahha. Malahan, siapa yang ada iphone 4, boleh skype di mana sahaja. tandas, tepi jalan, pasar ikan..ikut sukahati.. bagi yg kurang berkemampuan ni, install kat phone, boleh voice call dgn chat jela.. layankannnn...




6) Whatsapp




Woahhhhh!!!! Ni application paling aku sayang sekarang ni. Muah Muah. Boleh Text, boleh hantar gambar, hantar video for freeeeeeeee. Cuma kena ada internet lah. For maxis users, bayar rm 3 je seminggu. Macam apa aku buat sekarang. Mmg jimat.. Kau text lah sampai pengsan. Tapi adik aku kata sony takleh install app ni. Tatau nape. So compare to text msg, baik install je whatsapp. Boleh guna using BB, iphone 2,3,4, android and NOKIA!!!



so, ini semua based on aku punya pandangan. Maybe berbeza dengan orang lain. Banyak lagi medium lain kan? ada orang guna YM, MSN ke ataupun ICQ. eh ada lg ke?? gila classic. chewahh..


Apapun medium yang korang guna/bakal gunakan, yg penting korang communicate. Communication sangat penting dalam relationship. Ibarat manusia tak dpt makanan? tu teruk sgt pulak. Ibarat manusia tak dpt mkn ice cream boleh laaa.. ada lack sket..


ok bye.




#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...