SALAM!!
Zasss kembali dlm entry Long Distance Relationship. Previous entries adalah :
Long Distance Relationship (1)
Long Distance Relationship (2)
Sekarang kita masuk part 3. Jika part 1 cakap pasal kebaikan LDR. Part 2 cakap pasal apa aktiviti yg boleh di lakukan. Part 3 ialah tentang medium yang boleh kita gunakan untuk berhubung.
Mungkin benda ni dah biasa korang dengar, tapi, maybe ada yg baru nk terlibat dalam LDR ataupun maybe ada yang tak tahu. betul tak? kan kannn.. yang tahu tu diam je.. click tanda pangkah di sebelah kanan skrin laptop anda. Sekian. Kbye.
Ok, kita bercakap dari medium yang paling basic dulu.
1) Surat
sila pengsan kalau bf bg surat camni.
Surat ni aku kira paling bawah sekali lah kan. Sebab kita ambil kira dr segi masa dia. Selalu aku hantar ambil masa kira-kira 2 minggu. Tu pos berdaftar. Kalau pos laju 4 hari tapiiii nk hantar card pun smp seratos lebih.. sila pengsan. aku tak mampu cakap terang je. so pos berdaftar adalah yang paling afdal. Surat mungkin lambat, tapi jika kita ambil dari segi sentimental value dia, tu yang best kan? sapa yg mental tu tak di ambil kira ya.
2) Text message
Text message atau lebih manja kita panggil SMS. SMS ke luar negara aku rasa mahal dr youth club yg hanya 1 sen per sms. haha. maybe berbeza mengikut negara. kalau US, satu SMS, cuma 20 sen pada mulanya. pastu naik jadi 50sen. Sila pengsan. MMS rm 1, kalau tak silap. so siapa yang rajin sms, mungkin ini bukan option yang terbaik, melainkan bapa anda kaya raya boleh topup setiap 5 minit. apadehalll kannn.. tapi ada org kata SMS ni feeling dia lain dr cakap phone. sbb boleh baca ulang-ulang kali. chewahhh. YA, saya selaku penulis mengakuinya.
3) Phone call
nk gambar iphone jeeee *poyo*
Panggilan cinta? Muntah. Phone call ni aku kira agak mahal juga. Tapi ada aku dengar kwn2 aku yang beli phone card dpt murah. Aku tatau. Sebab aku tak pernah cuba. So, aku cakap berdasarkan pengetahuan aku yang tak seberapa ni. ecehhh.. Tapi kalau phone call ke US, takde la mahal sgt(padahal tak ingat rate dia) kalau sesekali tu boleh lah kot. Kalau ke singapore mungkin lebih murah. Bangladesh ke. Huhu.
4) FB Chat
Free. Cuma kena bayar internet je. Tapi kadang-kadang yang aku menyampah fbchat ni ialah, bila tetbe org tu tak available. dulu selalu kalau chat dgn ecah, ecah tetbe hilang. sebab connection dia tak stabil. penat aku taip berjelaaaa tetbe Echah is Offline. GRRRRRR!!! ok emo. sapa yang suka sila lah teruskan. Dgr kata sekarang dah ada Fbskype plak. haaa boleh lah try kannnn *EMO*
5) Skype
Ni medium aku sukaaaaa!!! Skype is free. skype boleh voice call dgn video call. Kalau guna laptop boleh video call. Kalau guna unifi macam aku skype laaaaa 15 jam straight, TAK PUTUS. kecuali hujan kena tutup net, putusla kan..ataupun bateri habis. haahha. Malahan, siapa yang ada iphone 4, boleh skype di mana sahaja. tandas, tepi jalan, pasar ikan..ikut sukahati.. bagi yg kurang berkemampuan ni, install kat phone, boleh voice call dgn chat jela.. layankannnn...
6) Whatsapp
Woahhhhh!!!! Ni application paling aku sayang sekarang ni. Muah Muah. Boleh Text, boleh hantar gambar, hantar video for freeeeeeeee. Cuma kena ada internet lah. For maxis users, bayar rm 3 je seminggu. Macam apa aku buat sekarang. Mmg jimat.. Kau text lah sampai pengsan. Tapi adik aku kata sony takleh install app ni. Tatau nape. So compare to text msg, baik install je whatsapp. Boleh guna using BB, iphone 2,3,4, android and NOKIA!!!
so, ini semua based on aku punya pandangan. Maybe berbeza dengan orang lain. Banyak lagi medium lain kan? ada orang guna YM, MSN ke ataupun ICQ. eh ada lg ke?? gila classic. chewahh..
Apapun medium yang korang guna/bakal gunakan, yg penting korang communicate. Communication sangat penting dalam relationship. Ibarat manusia tak dpt makanan? tu teruk sgt pulak. Ibarat manusia tak dpt mkn ice cream boleh laaa.. ada lack sket..
ok bye.
aku pun gune whatsap ni.. yup, sgt bagus leh tau location semua.. alternative utk yg tak pakai balckberry.. tapi dia bagi free mmg 1year je eh... pastu kene bayar kan..
ReplyDeleteaah.. rasanya.
ReplyDelete