Saturday, June 11, 2011

Long Distance Relationship (1)



SALAM!!!



Anda In love? jatuh cinta? di lamun cinta? semua sama je isi nya berkaitan love. salah satu daripadanya ialah long distance relationship. ataupun kita pendekkan je jadi LDR (sbenarnya malas nk taip panjang2) huahuahua.



LDR ni berlaku bila orang yang in love tapi dok berjauhan. tapi ada orang tanya aku, sejauh mana jauh tu. HAHA. yang ni terpulang pada individu. kalau seseorang tu rasa bf/gf dia duduk shah alam, dia duduk kl tu jauh, maka boleh lah gak kita kata LDR. ataupun mmg jauh tahap terok punya. sukahatilah kan... malaysia kan negara demokrasi *tiba-tiba*



makanya, ada lah orang bertanya kat aku, best ke LDR ni? ok ke? tak bosan ke? blablablabla.


bagi aku, LDR ni sama je dgn relationship pendek. (pendek?) kira cam asas dia sama. cuma ada lah sikit beza dia. sikit je.. eh ke banyak? itu terpulang kepada individu. so lemme share something from my past experience.


antara kebaikan-kebaikan LDR ialah :

  1. jimat duit gila babeng

ni mmg paling best. jangan tipu, kalau ada gf/bf mesti sedikit sebanyak akan mempengaruhi financial kita. nak kuar date bagai. blabla. tapi ada orang kata, kalau LDR, bil telefon melambung-lambung. bab ni depends kepada individu. kalau aku guna skype. mmg tak guna duit lah. bayar elektrik je. kira jimat lah gak kan? sbb bapak aku yg bayar bil. HAHAHHA



2. masa


masa untuk diri sendiri sangat banyak. kebanyakkan pasangan akan menghabiskan masa bersama-sama. "i nak gi beli gula, jom teman" "jom teman gi sini, gi sana" lempang nak? semua nk berteman. so bila si dia jauh dr kita, obviously masa kita banyak. maka haruslah di salurkan kepada keluarga tercinta dan rakan taulan malahan jiran pun boleyyyy. adakah ni sbb nya aku selalu free? eh jap, mcm aku dlm LDR plak. tp mmg betul, banyak masa untuk diri sendiri. sampai kadang-kadang tatau nak buat apa.


3. independent


ni mmg aku sangat akui. bila kita dah sorang2. mmg kita akan jadi independent. bukan lah nak kata takde kawan langsung ke apa. tak. tapi ada certain things yang kita prefer buat sorang2. normally, most couple suka buat benda sama2. kira macam, oh pasanganku ialah orang pertama yang akan di ajak. tapi if LDR mmg tak ah, kau buatlah sorang2. semua kau buat sorang2. and proudly to say, aku rasa aku agak independent lah. mak aku pun cam dah percaya. bak kata adik aku, "I am a fighter"


4. nilai-nilai murni dlm diri meningkat


nilai-nilai murni yang aku maksudkan ialah tahap kesabaran, tahap kepercayaan, tahap banyak lagi la. tapi sabar lah yg paling obvious. LDR needs lotsa patience. LIKE SERIOUSLY. mmg kalau tak sabar, mmg akan give up. so apa aku boleh cakap, orang2 yang LDR ni dia mmg emotionally strong. kalau tak, mmg tak jadi apa.


5. dapat elakkan bahaya


HAHAHA. ni agak takleh blah la. tapi bila difikirkan ada logiknya. bahaya ni mcm2 boleh di tafsirkan. bahaya orang nak apa2kan kita. ataupun bahaya syaitan dalam diri sendiri. WAKAKA. sapa boleh tangkap ayat aku mmg hebat. aku faham, darah2 muda ni mmg semua nak try, tapi kalau dlm LDR mmg taklah. anda selamat. huahuaha.


6. update in everything

kedengaran agak poyo di situ. HAHAHA. tapi itulah hakikatnya. tapi ni depends on which country. kalau setakat sama2 dlm malaysia mmg tak jadi apa. AHHAA. contohnya, apa yang keluar dekat Malaysia. mesti kat US dah keluar dulu. so usually aku tahu benda tu awal dari orang lain. be it fashion, music, movies or whatever. so mcm agak best lah. kalau org ckp kat aku, dlm hati cuma kata, "laaaa...baru tahu ke?" haa, kan cool tu. lempang muka sendiri. plus, boleh shopping best2. ok dah tabiat buruk dah mula tunjuk taring.



setakat ni, 6 ni cukuplah. ni paling major lah bagi aku. benda2 lain tu ada lagi. siapa yang in LDR akan tahu lah macamana rasanya. chewahhhh. sila muntah sekarang.


nasihat dari aku :


percaya percaya percaya pada qada dan qadar. ni benda paling utama. LDR is not easy. tipu lah kalau kita tak ada doubt pada pasangan. kan? kan? kata hati penuh dgn hasutan syaiton. haha. so percaya lah pada qada dan qadar. kalau ada jodoh tak kemana. kalau bercinta bagai nak rak pun, kalau bukan jodoh, tak jadi gak. betul? so, just go with the flow. kan best kumpul pengalaman. hehe.



DIA pernah cakap dekat aku. kalau LDR ni kita tak boleh nak in love sangat. mmg sakit. bukan sakit apa. ala nama pun sayang, mesti lah kita nak orang tu ada depan mata kita selalu. kalau boleh dia pergi tandas pun nak ikut. erk? haha. so salah satu tips nya tak payah nak in love sangat. buat cam biasa2 je. yoyo cool cool. percaya lah, kalau in love sangat susah. "BE COOL, DON'T BE A FOOL"


tipu lah kalau kata tak rindu. rindu je. rindu sampai tahap sakit. bukan sakit cam sakit kaki ke apa. nak explain pun tak tahu. siapa yang LDR tahu lah. hehe. tapi sabar yo lahhhh. kata emotionally strong. hehe.


ok dah, itu je nasihat nya. so tepuk dada, tanya diri sendiri. mampu kau nak LDR? kalau kau jenis manja cam kucing, takyah lah lupakan je. sekian.



4 comments:

  1. betul. mmg ada je doubt. biasala perasaan 'insecure' tu ada pd permpuan kn? :)

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...