Sunday, August 28, 2011

Vaginal yeast infection kulat eh?

SALAM!



Mungkin entry ini akan membuatkan pembaca berkata, "EUWWW" "YEKKK" atau sebagainya. tapi kalau pervert dia akan berbunyi begini, "WOWWWWW!!" bengong ke apa pervert ni. Puiii... oklah, straight to the point. Yeast infection adalah benda common dlm life seorang perempuan. Kira mcm kalau ko gi clinic ckp kena infection ni takde lah doktor terkejut beruk ke apa. COMMON ok. so tak payah malu. benda2 kesihatan ni mmg tak patut malu pun sbb takut akan memudaratkan diri.



Yeast infection ni biasanya berlaku kat tempat yang paling lembap di badan manusia. ni bukan lembap yg slow tu eh, ni lembap yg moisture tu. So 2 major places ialah mulut dan vagina. So sekarang ni aku nk cakap pasal vaginal yeast infection. Sebenarnya kat vagina kita(ni utk perempuan je) mmg ada yeast, but in certain condition, ada sebab-sebab yang boleh menyebabkan kuantiti yeast tu bertambah, lalu menjadi infection. Ataupun bila yeast tu dah tak balance. pun akan menyebabkan infection.



Bila korang rasa gatal2 kat bahagian tu. cepat2 lah find out. kadang-kadang if keputihan berlebihan pun boleh sebabkan yeast infection. lagi-lagi bila kita nak period, banyak keputihan yg keluar, menjadikan kawasan situ lembap, so pembiakan fungus2 ni pun kemain meriah lagi. Nak nak pulak jenis orang yg kencing tak basuh ataupun kencing, then tak lap kering-kering, lagi bersorak2 lah dia terhasil. Yeast ni dia akan membiak dgn jayanya bila tempat tu warm, moist, contoh nya kalau kita pakai jeans yg terlampau ketat pun boleh menyumbang kepada yeast infection.



So, mari kita lihat apa sebab boleh terjadinya yeast infection :


  • Stress
  • Kurang tidur
  • Sakit
  • Makan terlalu banyak makanan manis
  • Mengandung
  • Period

ni yang major lah. ada lg ya...



Amni, cemana nak tahu yg kita kena vaginal yeast infections?



  • Rasa rengsa, merah2 di bahagian vagina, gatal2. mostly vagina and the vulva
  • Sakit bila kencing
  • Sakit bila bersetubuh bersama suami tercinta
  • Keputihan yg telah menjadi kuning yang tampak seperti cheese tapi takleh makan. biasanya tak berbau. Tapi kalau berbau, ok, anda dalam bahaya!
  • Ruam pada vagina tersayang


CONTOH VAGINAL YEAST INFECTION



berlebihan itu tak baik.




cheese yang takleh dimakan. *pengsan*



Aku lahir dengan kulit mak ai kau bukan main nak sensitif kann. so kalau aku terkena air kotor je, mmg akan tumbuh yang cam bulat2 ada air dlm dia tu. Echah panggil tu air bisa. hehe. Itu pun di panggil infection di sebabkan fungus. So, mmg kena sentiasa ada ubat.



ni cream nya kalau korang ada gatal2 dekat kaki or tangan.



Kalau tak silap aku, kalau yang utk vaginal yeast infection ni, cream dia punya rupa sama je camni cuma dia warna pink. Sebenarnya, kita tak perlu sampai tahap kena yeast infection baru terhegeh-hegeh nak cari ubat.



Kita kena amik prevention, sentiasa pastikan kawasan sulit kita kering. sbb kawasan tu mmg dah sedia lembap, so tak payah susah2 nk tambah2 kan kelembapan dia. baik beli moisturizer tempek kat muka, lagi bagus. Lepas kencing, pastikan lap dengan kering. If you guys tgh kat luar, sentiasa pastikan bawa tisu AT LEAST sepeket. sbb sometimes mall punya tissue habis kan. mana laa tahu.. and rajin2 kan diri pakai pencuci alat sulit. jangan pakai sabun mandi ya. PH dia tak sama.



Kalau rasa gatal2, boleh beli ubat. Tanya pharmacist. jangan malu2. Kalau dah melarat nanti lagi dasyat. And lagi satu pesan aku, sentiasa pakai pantyliner. After 3 to 4 hours tukar. Cuba bayangkan kalau tak pakai. Mandi baru tukar, berapa banyak bakteria yg dah buat kenduri. Lagi la kalau orang yg malas mandi. Ok, tamau bayangkan. AHHAHAHA.



Ok, jaga diri anda baik baik. Jaga semua tempat dengan baik juga. Sekian. Okbye.


5 comments:

  1. ya benar. sila ambil tahu. nnt isteri kena sng :)

    ReplyDelete
  2. guna minyak coconut virgin oil.bagus untuk atasi masalah tersebut

    ReplyDelete
  3. ya allah, could u please at least not include the picture? so embrassing to put up this kind of picture, to the public,especially the males.tanx.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini untuk tujuan kesihatan. saya rasa kalau untuk tujuan ni tak perlu malu. sbb sakit tu normal. and banyak org kadang kala tak tahu pun mcmana rupa infeksi tu. niat yang penting, senang nak educate. thanks! :)

      Delete

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...