Saturday, April 30, 2011

Start your day with simple yoga

SALAM!!!
 

pernah tak selalu bangun tidur, korang rasa badan cam letih. rasa cam "aku ni br bangun tido ke baru lepas marathon 100km?" lenguh semacam. kalau aku mmg bangun tido badan aku lenguh. bukan sbb apa pun, sebabnya aku tido lasak tahap dewa punya. tahap kepala kat lantai, kaki kat katil. ok, takyah bayangkan. so bila bangun tu mmg aku akan bengkok-bengkok kan badan aku. tapi sebenarnya tak berkesan pun. AHHAHA.


so, dah lama2 aku pun rasa cam takde cara lain ke selain mengeliat bak pompuan gatal je. lalu aku menjumpai cara ni. sbb aku mmg buat yoga. so aku cam cari lah apa pose2 yg bagus untuk di buat bila bangun pagi. bukan apa. kalau badan lenguh memang tak sedap gila kan? rasa letih je. pastu dah letih apa lagi.. moody ahhh.. mula rasa nk pelempang je semua org(emo)


oklah, tamau emo-emo. nk yoga-yoga je. so ada beberapa poses yg di cadangkan untuk dibuat bila bangun tidur. cuba try dulu tengok macamana okay?




1. Cat-Cow Pose namanya ni. pose ni elok utk stretch korang punya back. bila buat pose ni jangan lupa bernafas. sbb dia cam bukak our whole spine. try buat for 1 or 2 minutes.





2. Pose kedua yg di suggest ialah Downward Dog. pose ni kalau siapa takleh buat jangan paksa. sbb bukan semua beginners boleh buat. try sket2 eh. faedah pose ni dia bukak belakang badan kita. so takdelah rasa lenguh2 sangat. buat for 30 seconds to 1 minute. ok?




3. Next pls! nama nya Warrior Two. aku suggest yg ni sbb Warrior One tu susah sket. ni lagi mudah utk beginners. utk pose ni korang kena banyak bernafas. act, yoga mmg memerlukan kita banyak bernafas. hehe.





4. TREE pose! ni fav aku! pose ni akan bg kita balance dan kuatkan kaki kita. kalau korang takleh nk angkat kaki tinggi sgt. angkat takat mana yg korang mampu je k? igt! kena ikut kemampuan diri. cuma jangan letak kat korang punya knee ya. aku pun tatau sbb apa. tapi tak elok lah. mungkin sbb kita bagi tekanan dkt knee kita nnt. try buat seminit dua. then tukar kaki.





5. Pose terakhir ialah Seated Twist. Pose ni boleh kurangkan stress kita. korang akan rasa sedap kat pinggang, tangan semua. tahan selama 30 sec. then tukar arah lain.



kalau korang perasan, banyak pose-pose yang bg benefits utk our back. aku rasa, ni aku rasa lah, our back is really important. seingat aku la, tulang belakang sangat penting. kalau tulang belakang takde, kita takleh jalan? eh yeke. hahaa. ala yg penting, kalau bangun tido mmg lenguh kan bahagian belakang badan kita. kalau aku laaa, org lain den tatau.



ok, sekarang boleh practice. lagi satu aku nak pesan, kalau korang ada masa. kalau la kan. try lah bukak channel 105. zee channel kat astro. pukul 8 ke 8.30 ntah. dia ada rancangan yoga for you. bagi aku rancangan ni bagus, dlm satu episode dia akan ajar kita at least 2 pose. and yg bagusnya, dia akan terangkan sekali benefits pose-pose tu. aku lama tak tgk sbb sekarang dah kerja kan. sampai lupa pukul berapa. tapi antara 8 or 8.30 lah. lagi aku nk cakap, dlm rancangan ni, dia adalah baca mantera hindu tu.. ala yoga kan mmg mcmtu asalnya. tapi korang takyah lah ikut kan. amik yg penting je. sapa ikut mmg bengong la kan. kecuali yg bukan islam takpelah.

selamat mencuba! bye!

Thursday, April 28, 2011

My workout style

Salam,

apasal cam nk tulis surat pulak aku rasa. hehe. nampak sgt jarang bg salam. ish ish ish. ehem. okay, so mari kita kembali ke tajuk entry. mcm biasa lah, entry akan di tulis bila ramai tanya kat formspring sbb aku mls nk jawab satu2. hehe.


so lets GO! ini adalah workout yg aku buat for the past two months. sampai sekarang masih workout yg sama. sbb tak boring lagi. cuma kadang2 aku ubah je dia punya kedudukan. means mcm harini aku buat yoga dulu br dance. esok aku buat weight training dulu br dance. mcm tu lah maksud saya ye.


ok, sebenarnya senaman ni tak semestinya kita kena pakai baju sukan or pakai kasut sukan. TAK PUN. kalau kita jalan kaki instead of naik kereta, itu pun di kira senaman. betul? ataupun kita naik tangga daripada naik lift. itu pun senaman. so asasnya, asalkan kita mengerakkan badan je dah kita bakar kalori. tapi yang penting kena KONSISTEN. maksudnya taklah "eh minggu ni nk eksesais banyak-banyak so, bulan depan boleh tidur sepanjang hari" MEMANG TAK JADI APA YA. lupakan jelaaaa.


balik ke topik asal. aku sebenarnya taklah menetapkan masa untuk bersenam. kiranya aku ikut kemampuan aku untuk hari tu. contoh mcm bila hari penat, aku akan buang dance dr workout. ataupun bila hari tak penat, aku akan double kan workout. dari 45minit jadi sejam setengah ke or dua jam. bab ni, kita kena tahu sendiri kemampuan kita. ada jugak hari yg aku tak senam sbb bdn kita juga perlukan rehat. seelok-eloknya 3 kali seminggu. tapi aku hari2 mesti buat yoga. kalau tak bdn jd letih. buat sekejap je. dalam 10 minit pun ok.


so, normally inilah jadual workout aku(aku bg yg aku buat harini lah ye sbb aku masih ingat) :

5-10minit : warm up
10-40 minit : hula dance (sila search kat u-tube for abs and buns)
40-45minit : rehat jap (time ni mmg dah berpeluh gila bak kata pepatah, m sweating like a pig)
45-55minit : yoga (simple poses)
55-65minit : weight training (dumb bell)
70-85minit: sit-up for abs (100x) frog squat for thigh (60x)
85-90minit: cool down


ok, sekarang nak explain yang sit-up and squat tu. kadang-kadang, aku tak akan buat 100x serentak sbb cam penat gila kot. hehe. biasanya, aku akan bahagi kan dia.


CONTOH :


1. 50x bila bangun pagi, lagi 50x waktu petang
2. frog squat adalah sangat sakit. so normally aku suka buat tyme mandi. aku mandi 3x sehari. so sekali mandi aku buat 20x. 3x mandi jadilah 60. depends la, kalau aku mandi 2x, so petang tu aku pulun la buat 40. hahaha. kdg2 bila tak mandi pun aku buat gak. kira sukati laa nk buat bila kan. hehe.


apa yg aku boleh cakap, semuanya ikut kemampuan kita. kalau rasa 100x banyak sangat, buat 20x je dulu. tapi try double kan step by step. baru kita boleh tahu sampai tahap mana kemampuan kita.


tapi aku cakapla, kalau buat frog squad tu, mmg kaki keras siottt mcm batu. HAHAHHA. apapun pastikan minum air jangan dilupai. sekian. bye.


antara pose-pose yoga yg aku buat. senang je ni. try lah kalau nak.







ok bye. ni betul2 punya bye.

Monday, April 25, 2011

SUSU / MILK




tahukah anda susu sangat baik untuk badan malah boleh jadi tinggi sebab dia ada kalsium. tapi kalau umur dah 50 tahun janganlah berangan nak tinggi pulak. sampai mati pun takkan tinggi ya.


susu ada banyak jenis susu. susu ibu(the best), susu putih, susu coklat, susu strawberry, dan blablabla(mls nk tulis byk2) tapi dalam banyak2 susu, except susu ibu la kan. susu mana paling bagus? i mean which is the best milk yang kurang gula, sihat, blablabla(mls lg nk tulis)

baru-baru ni aku baca satu artikel pasal susu. di sebabkan aku ni mmg suka gila minum susu so dah confirm2 lah aku akan membaca dengan penuh minat. heh. so apa yg aku baca akan ku share disini. sharing is caring yawww!


ok, sekarang aku nak korang fikir logik. antara susu putih dgn susu coklat, mana yg lebih bagus? mmg ada sesetengah orang akan kata susu coklat sbb yelah, ada perisa kan. tapi, sebenarnya susu putih lg bagus. sebabnya? susu putih takde added things. contoh macam gula, fat blabla. kalau dah tambah perisa, means carbs pun tambah. kalau korang perasan mana2 makanan/minuman yang ditambah perisa secara otomatik dia punya kalori pun tambah.






this is why aku kalau beli minuman ke apa ke, mesti amek yg asli. contoh yg paling dekat ialah yogurt. kalau amik yg asli kalori dia kurang, malahan juga dari segi gulanya. tp tu lah. orang sekarang ni makan nak sedap je, so tak fikir dari segi kesihatan. satu cadangan aku, kalau dah teringin sangat mk makan yogurt perisa mangga ke strawberry ke, apasalahnya korang beli yogurt perisa asli then campurkan buah yg mmg fresh. cam potong mangga kecik2, masukkan je dalam yogurt asli tu. kan lebih bagus. ye tak? ye taaakkkk???


ok, sambung balik cerita pasal susu. hehe. so sekarang ni parents2 dekat oversea sangat bimbang akan kesihatan anak mereka. sbb budak2 mmg lah lagi suka minum susu coklat dari susu putih. so derang bimbang lah kadar gula dalam badan anak mereka. bg aku bukan sahaja budak, org tua pun kena risau gak.


mmg lah, orang akan kata, ala..minum sehari sekotak je. tapi cuba bayangkan kalau kita minum hari2, gula tu berkumpul, jadi banyak, banyak, banyak lagi...and sudah pastinya akan menyebabkan penyakit. CONFIRM! lagi-lagi budak kecik. kalau korang perasan sekarang, budak kecik pun badan semua dah macam anak gajah. sebabnya cara pemakanan tak betul.


so lepas ni kalau rasa nk minum susu, pilihlah susu putih yang low-fat. nutrien2 still ada. kalau yg suka full cream. boleh juga deh. minum aja. tapi kalau org gemuk cam aku WAJIB minum low-fat ya. dalam apa pun jenis makanan, yg asli yg paling elok. lepas ni kalau tak caya, kalau nk beli pape, tgk label dulu okayyy???


tapi ada satu aku musykil, kalau korang perasan air oldtown, yg perisa asli lagi tinggi kalori dari yg hazelnut. kenapaaaaaa??? ni aku tak faham. masih sedang mencari jawapan. nanti dah jumpa aku share. sekian. k bye.



susu paling baik! maaflah jika lucah tapi ini realiti.

Saturday, April 23, 2011

NEW YORK SKIN SOLUTIONS

 
 
 
SALAM!!!




Akhirnya! aku berjaya juga nk tulis entry ni. walaupun dah berbulan. kalau boleh nampak, dah ada kulampair dah kot. euwwww. eh kejap, belum berjaya lagi. tunggu smp habis. so hari yang aku gi yun nam tu, petang tu aku buat appointment dgn NEW YORK SKIN SOLUTIONS gak. sbb cam malas gila nak kuar banyak-banyak kali. alang-alang meh buat dlm masa sehari je. bijak bukan?


maka aku pun pergi lah ke NEW YORK SKIN SOLUTIONS. dekat je dengan rumah aku. kat area BBT ONE. aku rasa cawangan ni baru bukak sebab cam tempat tu pun agak baru lah. masuk2 je beautician layan baik gila. dengan senyuman nya. pastu swuh aku tunggu dekat bilik consultation. sebab nak scan muka. tengok apa masalah aku. huhu.





sebelum pergi beautician pesan, jangan pakai pape kat muka. lalu, masa pulang lunch lepas gi yun nam aku buang lah eyeliner aku. dah tu kalau buang mesti selalu cam dia ke bawah. menjadikan dark circle tu WORSTTTTT!!! takpela, apakan daya.





maka masa di scan muka aku tu, rupanya aku ni kulit kombinasi. selama aku hidup ni, aku MATI MATI ingat aku kulit berminyak. so aku pun pakai pencuci muka, toner utk kulit kering. patutlah kadang2 sampai mengelupas. beautician tu kata, aku patut pakai barang2 yg melembapkan kulit aku. kadang-kadang dia kata, banyak orang kata diri sendiri kulit minyak. sebenarnya, mmg lah kulit kita berminyak. minyak asli. and kalau tgk bahagian T-zone confirm2 lah BERMINYAK ibarat minyak goreng pisang kalau di lekap dgn oil blotter kannnnn.





lepas dah buat scan tu, dia swuh aku tunggu jap sambil tengok video2 kecantikan. kira macam testimonial orang yang gi buat dekat new york skin solutions ni lah. memang berubah siottt. huhu. lepas 15 minit, dia bawak aku nk masuk bilik rawatan(dah cam klinik la pulak), seram gila. bila aku tgk pintu2 bilik tu dah macam rumah pelacuran la pulok. terus aku jln lg dekat dgn beautician tu.




kecik je bilik tu. muat 2 orang je. then dia suruh aku bogel. HAHAHA. tipu je. dia swuh aku bukak baju and tudung dgn suar je. then pakai baju dia yg warna biru tu. aku pun tukar lah. lepas tu aku baring. dia pun kata, dia akan picit semua benda yang tak patut ada kat muka. kebetulan plak masa tu aku ada anak-anak jerawat. mmg dia picit tanpa belas kasihan. takpe tabah je, free punya pasal.


then, dia pakai kan aku satu mask ni nak bagi muka lembap sbb muka aku dah jadi kering kontang ibarat padang pasir. adalah dalam 15 minit dia biarkan mask tu. then dia bersihkan muka aku. pastu dia letak kapas lembap kat mata aku. then dia pasang satu mesin ni. dia kuarkan wap sejuk. rasa cam air-cond letak kat muka kau. sebab dia nk bg kulit aku lembap.




maaflah, tak nampak plak mesin tu. sbb cam susah nak amik gambar tgh baring. ni dah cukup hebat la ni. AHAHHAHAHA. maka process ni berlangsung selama hampir 2 jam. lama gila. apa aku buat masa tu? sekarang cuba bayangkan, muka kau ada air-cond, tpt tu pun fully air-conditioned, dia siap bg selimut. apa aku buat? T-I-D-U-R. yes, TIDUR. lepas tu kapas entah kemana, siap mcm dekat katil rumah sendiri. HAHAHA. nasibaik sebelum beautician tu masuk, aku dah terjaga, puas mencari kapas tu balik. last2 jumpa di balik selimut. cheh.




sebelum balik, haruslah amik gambar. sebab tatau entah zaman bila nak g NEW YORK SKIN SOLUTIONS. banyak plak kan duit aku...mmg tak la kan. so itu lah ceritanya, sebenarnya korang boleh je pergi try. utk first timer boleh aku rasa dgn syarat korang ada masalah kulit. tapi bila dtg bab dia paksa buat rawatan tu pandai2 lah menolak jangan terpedaya. sekian.


SAYANGI LAH KULIT ANDA. bye.




Wednesday, April 20, 2011

My Favourite Exercise!




Island Girl Workouts - Hula Abs & Buns (Part 1)


What I like the most about this dance is I feel sexy doing it! HAHHAHAAHHAA.


TRY THIS AT HOME!


dia ada 5 parts. download it on u-tube.

Monday, April 18, 2011

Harapan #2


kadang-kadang aku sangat harap badan aku kuat. lebih spesifik antibodi aku kuat. aku tak cepat penat. aku boleh bertahan. tapi...tu semua harapan..kan? kan?


aku bukan mengada. gedik jauh sekali. tapi mmg hakikatnya, aku mmg tak kuat. aku senang sakit. and aku banyak penyakit. tapi bukan yg kronik laaa kan. dalam sebulan tu, sampai 3-4 kali aku boleh demam.


masa belajar dulu, clinic tu kira dah biasa sgt pergi dah. sampai doktor pun dah kenal. kalau datang je, doktor kata, "ha amni, sakit apa minggu ni? ataupun bagus awk dtg, habiskan ubat-ubat kat clinic ni" . aku tahu dia gurau. sbb dah selalu jumpa kan..hehhe..


antara ubat masa belajar.



and bila dah habis belajar, kena cari kerja. masalah kesihatan ni mmg menganggu. first kerja aku, sales exec(padahal kena tipu, kena jual berukband) aku kerja dua hari. malam hari kedua aku demam. mak aku dah bising. dahlah keje susah nk solat. hari keempat aku QUIT. then lepas tu aku tak keje selama 5 bulan. HAHAHA. dalam masa lima bulan tu, aku jarang sakit. mungkin sbb tak penat sangat.


sekarang ni keje jadi cikgu tadika. pun tak penat sgt, cuma kadang-kadang balik keje aku pening. and bila balik keje je, most of the time aku akan tidur. sekarang dpt bayangkan tak betapa fragile nya aku? aku takleh penat sgt, nanti pengsan. pernah dulu pengsan kat pasar. aiyoyoyoyoyo. HAHAHAHAHA. cam memalukan pun ada gak.


bila aku lama tak keje, kawan-kawan banyak kata aku ni cam useless. cam tak layak dapat kerja. memilih sangat. mcm2 lagi.. tapi tahukah anda, aku dah tolak 8 (LAPAN) tawaran kerja disebabkan salah satunya oleh masalah ini. and syarikat yang menawarkan kerja tu bukanlah calang-calang ya. aku bukan nak berlagak. memang tak pun. sbb aku bukanlah pandai sangat. cuma aku agak sedih lah bila ada orang yang berfikiran begitu. sedih you know.


tapi, aku percaya, satu hari nanti, akan ada kerja untuk aku. and aku akan selalu dengar cakap mama. and kalau orang tak faham pun apa yg aku alami ni, family aku sangat faham. masa belajar dulu, ecah mmg jaga aku sgt baik. nasibaik dia sabar ada kawan mcmni, kena hujan sikit pun terus demam.


antara dialog-dialog kejam:

"ko takyah lah kerja ngah, ko kerja dua hari dah demam"

adik aku ajukkan aku " korang jangan minum air bliss aku, aku dah 2 minggu tak berak ni"

"satu hari kau tidur ngah? kenapa?" jawapan aku : penat sangat, muntah-muntah.

"ko ada ubat ni tak? (nama pelbagai ubat)"

"ko bukak bisnes je, ko keje bila-bila ko suka, ko tu bukan boleh penat sangat"


aku sangat bersyukur, walaupun aku kerja biasa je sekarang, parents aku support aku. and still bagi aku duit! WAKAKAKAAKKA.


one day, insyaALLAH.. rezeki ALLAH ada di mana-mana. AMIN :)


Saturday, April 16, 2011

Bloated?





rasa bloated mmg tak best kan? aku selalu rasa bloated. and end up pening2 then muntah. uwekkkk. bloated ni rasa macam diri kita kembong. cemana nk describe eh, hmmm.. rasa sebu kot. perut rasa sebu. kadang-kadang boleh buat sampai muntah. kalau aku lah. sbb entah kenapa, aku kalau makan banyak sikit je, rasa cam loya nak muntah. and end up muntah. ni bukan bulimia eh. ni mmg rasa tak sedap gila. kalau orang yang rasa camni, dia akan faham. (apasal cam sedih je bunyi nya)


secara scientific nya benda ni mmg normal, maksud aku di sini ialah ada sebab-sebab atau faktor-faktor yang menyebabkan perut bloated ni. memang la sepatutnya ada kan explanation yang proper. so people ada something utk resolve kan masalah ini.


sebenarnya sekarang aku tgh bloated gila babeng. muntah2, pening. and aku end up tido satu hari. mmg tak jd apa. so mari lah kita atasi benda ni. aku sebenarnya dah tahu apa yg aku perlu elakkan. tapi biasalah, degil. huhuhuu.


sebenarnya rasa bloated ni terjadi sbb angin. makanan yg kita makan tu ada banyak angin. lagi satu yg common sebab mmg makan banyak ibarat monster. dah makan banyak, mmglah rasa cam muak, loya. kira macam pakai baju saiz S padahal badan kita L. haaa..ok, ini bukan pasal saiz aku ya. heh. itu antara faktor nya lah. ada banyak lagi KOT. so kita amik yg senang je.




maka nya, cara2 kita nak atasi benda ini ialah :


1) makan hidangan kecil. maksud aku bukan benda kecil2. portion kecik. bukanlah makan nasi briyani dgn ayam besar campur kuah, nasi banyak gila sampai nk tumpah2. kan Nabi pun kata, kalau makan berhenti sebelum kenyang. so, makan ala kadar je. lagi satu makan slow2. slow cam siput babi pun takpe. aku perasan kalau aku makan slow gila tahap dewa, mmg walaupun portion tu sikit, tapi kenyang. kalau aku makan laju2, mmg CONFIRM, lepas 10 minit aku muntah.



2) dlm dunia yg serba canggih ni, ada jenis orang yg takleh digest dairy products. kita panggil lactose-intolerant. so cuba korang minum susu ke makan cheese ke. tgu 30 min ke 2 jam. kalau dlm masa tu korang rasa bloated. means korang menghidapi lactose intolerant. so kalau korang consume dairy product mmg lah akan rasa tak selesa/bloated.



3) minum air banyak. dengan meminum air banyak. akan memudahkan apa sahaja. tp kalau aku lah, dah rasa bloated, minum air lagi. memang muntah2 lagi. AHHAHAHA. tapi ingat! lain orang, lain kesan nya. so just try okay?


4) kalau rasa bloated lepas makan, try jalan slow2. jangan lari plak, mmg muntah lah jawab nya.


5) JANGAN PAKAI STRAW. haaa ni mmg cam takleh bla kan? tapi ada betulnya. kalau korang minum pakai straw. dia akan masukkan angin dlm badan. so bila dah banyak sangat angin. tu yg boleh jadi bloated gak.


ok, macam biasa. try 5 ni dulu. kalau yg mudah takleh buat apatah lg yg senang kan? Setuju? mari lah kita elakkan rasa bloated ni sbb kalau terjadi benda ni mmg rasa nk marah je. atau pun nk lempang org terdekat. HAHAHAHAHAA.

Tuesday, April 12, 2011

From orchestra with love



ehem. akhirnya. termakbul jugak hajat murni aku nak post entry ni. so seperti yg di gebang2 kan, aku menang hadiah dr petronas. dpt tiket VIP dgn hadiah dgn gift card. so sabtu lepas aku gi lah di temani yaya. sbb musabab nya nk bawak yaya ialah, dia lah yg tahan perangai gila sewel aku disamping rajin gak kalau swuh amik gambar. AHHAHAHA.


my sissy. my bestie. my soul ok muntah



aku suka gambar ni. nampak cam yaya confius. eh ni air kopi ke sirap cincau. HAHAHAHA.



dlm tren. muka yaya lembut je. aku? cam mak tiri.


so, kitaorg pergi naik train. sbb aku tatau nk g klcc dr klang. kalau dr uia saya tahu. hehe. bajet doh org kl. padahal org klang..sebelum pergi tu gi claim makanan free kat MCD dulu. ahhaha. bijak2. bila dah sampai klcc tu jalan2 jap. then makan. then dah penat jalan, nk g lepak surau sementara tgu masuk waktu, (bajet alim nk g awal2 padahal sbb kaki dah sakit pki heels) ehhe. bila pergi, surau kunci. then tanya info counter, dia kata bila dah nk masuk waktu br bukak. sabar jela.. so lps ni kalau korang g KLCC, sebelum masuk waktu takyah g surau dulu. dia KUNCI. okay?

so jalan2 lagi. pastu dah masuk waktu. pegi surau. masuk je, bau nya YA AMPUN. rasa nk muntah. terus jd superman sembahyang. ahhaha. pastu masa yang di nanti2kan. sebekum masuk orchestra ada refreshment. rugi je kitaorg makan siap2. igt kan just light refreshment. rupanya berat wooo.


bajet socialite. AHHAHA



ni mmg socialite habis. minum penuh gaya. YAYA SERI MALAYSIA (perwaris hotel seri malaysia)


cupcake, coklat pisang, dgn tatau tapi semua sedap



yg aku pgg tu sedap. apatah nama dia.



makanans


ni candid yee. ahhaha


ni pasti nya bukan candid.


ok dah lah tu, jgn menyampah pulak tgk muka aku. so pastu kami di ajak masuk ke dalam orchestra tu. alahai, aku igt seat VIP best. rupanya biasa je. aku igt dok dlm kandang cam biasa dlm teater2 tu. ahhahaha. bajet gila. tapi dlm tempat tu takleh amik gambar. tapi biasalah aku kan mmg suka melanggar peraturan. HAHAHAHA.



so show ni dalam sejam lebih sikit je. tapi mmg worth it. aku yg first time dtg ni mmg kagum tahap ayam serama lah. wow! talented gila diaorg. tetbe rasa nk kawen dgn pemain orchestra. hehe.




so, 1st show aku tatau nama apa. 2nd, agatha christine's : murder on the orient express. 3rd, venice musical clock. 4th, pacific 231. 5th, the typewriter.6th, combination of heavy metal and classical song (f1) masa ni ada sorang pemain trumpet ni mcm buat solo. nama dia john dante. mmg superb! 7th, show pasal train. the world fastest train in the world. 8th, the vacuum.


show paling aku suka ialah yang number 6th. sebab mmg boleh dgr macam bunyi kete F1 tu lalu selekoh. cemana ntah nak explain pun tatau. tapi best lah. conductor dia tu cam khusyuk gila, cam dia bersatu dgn muzik tu..chewahhhh. ahhahaha.


apa aku boleh kata, mmg satu pengalaman yang baru untuk aku. and aku dah jatuh cinta dgn orchestra. lepas ni kalau ada rezeki boleh la pergi. tapi beli tiket paling murah, rm 20 je. AHHAHAHA.

sebelum balik, aku gi collect hadiah.


beg laptop bg along, tshirt and pendrive aku. topi utk baba. hehe.




ini adalah pendrive 4GB. gila laaa. pendrive aku 2GB pun tak pernah penuh. mungkin aku boleh isi diri aku dlm ni. heh.


so itu sahaja. bye!










Sunday, April 10, 2011

Minuman berdiskaun (4)


wahh wahhh bestnya ada lagi minuman berdiskaun. malah kali ni dapat makanan free sekali. lagiii bagusssss. nyum nyum. kadang2 aku rasa rezeki aku kat benda2 camni murah sangat. alhamdulillah.




sebenarnya aku pun tatau macamana kertas tu boleh masuk dalam kereta aku. SUMPAH aku tatau. and obviously lah bukan aku yg masukkan. kalau dah rezeki kan? hehhehe. masa nk kemas kereta, aku jumpa flyers MCD. dapat FREE sausage mc muffin with egg and kalau nak tambah kopi cuma bayar rm 1.20(sebelum tax). harga asal kopi tu rm 3 kalau tak silap aku. aku tak sure sbb ni saiz lain. aku selalu beli large rm 4.75 KOT.

benda tu valid sampai 13 april je tak silap aku, dari pukul 4 pagi sampai 11 pagi. so, kalau aku nak g hari kerja memang tak sempat lah kan? pagi mama dah buat breakfast, and aku start mengajar pukul 8. kalau nk gi weekend pulak, dah confirm2 mak aku buat breakfast gak. so, nak kena sekeh? org dah buat breakfast ko sibuk2 nak makan MCD plak. heh.

so aku amik keputusan (mcm nk buat apa je kan) aku guna kupon tu semalam sbb aku gi orchestra tu, kira cam instead of makan benda tu utk breakfast, aku buat lunch. see? jimat kan? kan? kan? ok, jgn puji, aku tahu aku mmg pandai berjimat.


YEAY!


ada gaya model kopi tak? HAHAHAHHA



ni gambar paling takleh blah. lepas yaya tangkap je dia tunjuk aku. aku pun kata, ni nak minum ke nak tidur???!!!! dahlah kopi panas, tgu tren panas. last2 aku minum separuh je. berpeluh2 dah jadi nya. aiyooo.



lunch dekat food court KLCC makan makanan freeeee! :)



see, instead of bayar rm 4.80 for the Mc Muffin, dapat free. and air pun cuma bayar rm 1.25 jeeee.


perut kenyang sukahati. lalalalalala. entry orchestra akan di tulis kemudian sbb berjela2 panjangnya. KONON.


Friday, April 8, 2011

Hapuskan lingkaran itu

bila sebut lingkaran mesti aku teringat lingkaran ubat nyamuk yg kaler hijau pusing2 kat rumah atok aku, brand fumakila. nama pun cam killer je. patut la tidur mlm ku lena di rumah atok. HAHA. tp aku tak pandai nak pasang ubat nyamuk tu. mesti cengkelat suruh yaya lah, suruh mama lah. kalau dah takde orang sgt, aku suruh atok je. HAHAHA. sbb setiap kali aku buat CONFIRM, CONFIRM ya, patah bertaburan. so aku mls nk membazir, amalan syaitan tu. dosa.


ok, enough pasal lingkaran nyamuk. sekarang nak cakap pasal lingkaran bawah mata. ni antara benda yg semua perempuan bermasalah alami. eh salah, ni adalah masalah popular yg semua perempuan alami. BETTER! hehe. termasuklah aku. sbb aku sangat suka tidur lambat. pastu mata sembap. ada dark circle bla bla. pendek katanya memang tak cantik lah kan. and obviously pompuan kan mmg suka kecantikan. kan? kan? ala lelaki pun boleh pakai sebenarnya. jgn lah ingat pompuan je kena jaga kecantikan. faham? tp laki janganlah cantik sgt, tu dah lain okayy.


so, aku yg sememangnya mementingkan hal2 sedemikian mencari lah alternatif utk mengatasi masalah ini. sbb aku mmg dah tahu aku suka tidur lewat, aku yg cari pasal, so aku kenalah bg mata aku upah sket kan, dah guna lama. hehehe. aku guna produk ni dari masa belajar lagi. and aku suka eye mask ni sbb dia sejuk je kat mata. bila korang baring, then pakai, mmg boleh tertidur laaa. eh ke aku je? hahaha. and yg pasti dia lembut je kat kulit. and dia ada green tea! green tea sangat bagus. nnt aku buat entry lain eh.



INTRODUCING.....


SASA EYE MASK



selalu aku suka beli yg kaler biru je. tapi sbb beli last time ada offer. so beli la lebih kan. hehe. alasan lapuk berkulat saje nk beli banyak. lagipun cam terpedaya, eh, yg pink ada collagen siotttttt. amik amik.



affordable enough?



cara pemakaian nya,

saja tunjuk kang ada yg beli pakai terbalik. tak ke haru?


ok, lets go kepada manfaat nya, eye mask yg murah lagi sejuk ni boleh membantu kulit mata mengurangkan/memudarkan/menghilangkan(maybe) kedutan di mata, bintik2 hitam, dark circles dan juga puffiness! so siapa malas buat tips ice yang lepas, bolehla beli benda ni. gila pemalas kau kan!


siapa rasa nak try, boleh try. ataupun siapa rasa, "ek ele, tak sampai 5 ringgit pun, plslaaa. i pakai SK II, III, IV". so pakailah mana yg mampu. aku mampu yg ni, lagipun aku suka and dia berkesan kat muka den ni. adakah petanda aku muka murah? TIDAKKK.

ok dah penat, esok nak g tgk okestraaaa! bye!


Thursday, April 7, 2011

TIPS 9 : Atasi mulut longkang




oh, maaf lah jika tajuk entry agak kurang sopan, tapi inilah hakikatnya nak describe orang yang ada masalah nafas berbau. eh, ni bukan mulut longkang yang suka mengata orang tu ya. jangan salah faham. oh ya, maaf sekali lagi.


aku terpanggil nak tulis entry ni adalah kerana anak2 murid aku punya nafas, yaaa ampunnnnn bukan setakat longkang. loji kot. HAHHAAHA. entah apa nyg diaorg makan, aku pun tatau. or mungkin diaorg tak gosok gigi kot. sbb bila mandi tghari tu tak gosok aku nampak. bila datang tadika, semua mamai je, confirm2 bgn tido parents terus angkat masuk kereta. hmmm. mungkin itulah penyebab nya nafas mereka berbau. pastu asyik nak kiss teacher je. tabah je lah aku.


tapi kalau korang perasan, baby yang masih hisap susu ibu, mulut diaorang sangat wangi ok. tapi takla cam perfume tu. dia wangi lah. kalau tak caya g try. tapi jgn men amik je anak org eh. gila! aku pun br dpt tahu beberapa hari lepas sbb makcik aku ckp. bila aku bau, mmg wangi okayyy! pastu asyik nak bau je. hehehe.

ok, mari aku share apa yg aku tahu untuk atasi masalah berbau di mulut ni.


1. GOSOK GIGI

please laaaa jangan malas nak gosok gigi. bukan susah pun kan. entah2 kalori terbakar tak banyak pun, entah2 mmg tak terbakar langsung. at least 2 kali sehari. ni dah paling sikit lah ni. kalau sekali sehari je, nak tido tak gosok aku tatau la nak kata apa. bayangkan korang dah makan satu hari guna mulut, pastu tak bersihkan. sama jugak cam berak. berak banyak kali, tapi bersihkan sekali je. euwwwwwww. pastu jangan lupa gosok lidah sekali. sbb kalau perasan kadang2 lidah tu kotor gila. bersihkan sekali sampai dia jadi warna merah balik. ok?


2. MINUM AIR SAMPAI MUNTAH

Ni nak cakap limablas ratus kali pun kalau tak buat tak guna. air ni mmg sangat banyak manfaat nya. boleh bagi kurus. boleh bg kidney function elok. and yg pastinya boleh bg mulut longkang menghasilkan lebih air liur. kalau malas minum air, boleh kunyah chewing gum gak.


3. SAY NO TO ROKOK


Rokok ni mmg dah terang lagi bersuluh tak bagus. Kalau korang perasan, gigi-gigi perokok kebanyakkan nya tak elok. kuning2 lah. berkarat. euwwww. pastu nafas bau rokok. awek dok sebelah pun rasa nak lempang, nsbaik syg, tabah je laaa. so, kalau betul2 nak atasi masalah mulut longkang, kurangkan lah merokok, ataupun berhenti je terus. jimat duit. bagi aku org yg hisap rokok ni kaya gila tapi otak senget, sebab umpama nya dia bakar duit dia, tapi last2 kesan buruk nya ada dia gak. setuju?


4. PEMAKANAN


Pemakanan pun sebenarnya mempengaruhi mulut longkang ya. Ala ni mesti semua org pun tahu. janganlah anda makan petai banyak. nak makan boleh, tapi bukanlah sebelum majlis2 penting ataupun nak jumpa bf ataupun teman lama ke. mmg confirm2 la mulut kau busuk tahap longkang. makanan2 lain yg mengeluarkan bau ialah bawang putih dan bawang besar. tapi aku mmg suka gila makan bawang. sukaaaaaaaaaaaaa gila. kalau makan tandori mesti mintak bawang lebih. tapi bila lepas makan, aku akan kunyah mentos mint. so, kalau nk makan gak, pandai2 lah cari penyelesaian nya.



5. JUMPA DOKTOR


Ok, aku bukan nak swuh korang jumpa doktor gigi sebulan sekali. tak perlu. SETAHUN DUA KALI pun dah cukup. check gigi tu. berbaloi sebenarnya. sekali check dalam rm 50-70 je. tapi untuk setahun cuma dua kali je. kan berbaloi. ataupun kalau korang nak jimat gak. kena rajin lah tgk roadshow2 colgate ke apa. so dapat check up free. contohnya tadi aku gi jusco bukit tinggi. jumaat, sabtu, ahad ni ada check gigi percuma. so, tiada alasan lagi yaaaa. aku pun kalau ada masa nak g. hehe.


Ok. sekian. Majulah negara tanpa mulut longkang. Bye.



Wednesday, April 6, 2011

Penyesalan? beat it!

credit ako si prince tumblr.



pernah tak korang rasa menyesal? kira macam rasa, kan bagus kalau aku boleh putar masa. change everything, make things better. aku mmg selalu fikir mcmni. hehe. sebenarnya, penyesalan tu bagus. sebabnya ialah, bila berlaku penyesalan tu, kita akan sedaya upaya membuang/tidak mengulangi benda yang sama yang boleh menyebabkan kita menyesal dan secara automatik, kita akan belajar dan buat perubahan positif. positif je, takde sapa nk buat perubahan negatif, lempang nak? eh faham tak? ke cam berbelit? kalau tak faham, baca balik ulang2 sampai faham. ok?


Antara penyesalan yang common. sila terasa kalau terjadi pada anda. ehem ehem.



PENYESALAN 1 : PERCINTAAN


Ni mmg penyesalan paling top. setuju? "Aku ditinggalkan" "Dia kecewakan aku" "Dia ada skandal" "Weh, aku tak patut berkenalan dgn dia pun" "Apasal dia hot sgt, lalu aku pun gatal nak kenal skrg dah kena tipu" . Ni antara penyesalan2 nya la kan. Sebenarnya, bila ada conflict dalam relationship, jangan simpan. luahkan. expresi kan nya. tapi jangan lepaskan kemarahan pada pasangan. sebab ni berdasarkan pengalaman aku, kalau tgh marah, mmg mcm2 words boleh kuar. termasuklah TUTTTT. kena cool dulu. and bg yang kecewa, senang fikir camni je, dia mmg bukan untuk kita, ada yang lebih baik untuk kita. Kan mmg ALLAH dah kata kita diciptakan berpasangan. kan? kan? Sebab tu lah aku tgh sabar, kot2 chris brown mmg utk aku. hmmmmm..


PENYESALAN 2 : KELUARGA


ok, reality check ya. ada tak org yg lebih rapat dgn kau selain family? dah lah darah sama. daging sama. mmg sampai mati pun tak putus. dahlah tu takleh kawin. boleh pegang2 lagi. so family ni mmg kita perlu utamakan. tapi hakikatnya, ramai org yg ada problem dengan family. sampai kdg2 tak bertegur sapa bertahun-tahun. and ramai yg menyesal bila dah tak dpt spent time together. kita hidup tak lama. kalau dengan family sendiri pun kita takleh nak have a good relationship, mcmana dgn org lain? kira mcmni lah kan, family ni macam basic dia. means org yg kita jumpa first2, antara org2 first kita build relationship with kan. so, apapun tolak ansur yg penting. jangan sampai menyesal ya. kalau dah teruk sgt, pegi je family therapy kalau banyak duit ahhh. HAHAHHAA.


PENYESALAN 3 : EDUCATION


Sekarang ni pelajaran sgt penting. tgk jelah drama melayu selalu kata, pelajaran je yg boleh ubah hidup kita. kan? kan? so mmg penting pun. tapi sebenarnya, ramai antara kita yang menyesal in terms of education. antaranya ialah, amik kos yg tak disukai sbb mak paksa. or bila dah blaja, tetbe tak minat. ataupun bila dah grad, menyesal kenapalah aku tak blaja rajin sket dulu. hehe. ni akulah sebenarnya. main je banyak. hehe. tapi benda ni boleh di improve, dengan berusaha lebih keras pada peringkat seterusnya. kalau agak2 takde duit takpe, kerja dulu. then sambung. nak seribu daya, tak nak seribu dalih. ye tak?


PENYESALAN 4 : KERJAYA & DUIT


Ok, dua benda ni mmg berkait rapat kan? kerja kau bagus, duit kau masyuk. kan? kan? tapi sebenarnya banyak org menyesal bila dah kerja, rasa kerja mcm tak sesuai dgn diri diaorg. then nak tukar2. bla bla. ataupun dah reject offer kerja ke. hmmm ni akulah. menyesal reject UEM. tidakkkk! hehe. tapi takpe, dah syg anak2 murid. sebenarnya lebih tinggi education seseorang tu, lagi dia nak cuba benda yg baru. bukan hanya tertumpu dlm satu bidang je. contohnya, kalau dah jadi doktor, then nak bukak bisnes. camtu lah. eh boleh ke cth ni?


PENYESALAN 5 : KESIHATAN


"Tidak aku gemuk" "Alamak,lutut sakit, pinggang sakit" "Aku menghidapi kanser" eh, bukan aku. tu contoh je. pernah menyesal tak sbb tak jaga kesihatan elok2? bagi yg belum sakit, maybe belum lagi lah rasa menyesal KOT. kan?kan? ramai org yg menyesal sbb tak mengamalkan diet sihat, makanan sihat, bla bla. lalu memberi kesan pada badan. pastu baru terhegeh2 nak menyesal. sebenarnya, nak menjalani hidup sihat tak susah pun. bila bila korang boleh start. and kalau dah sakit pun, and then ubah cara makan, insyaALLAH boleh baik. Kuasa ALLAH, siapa tahu kan? Bak kata mak aku, badan ko tu nak pakai lama, jaga elok2. HEHEHE. mana2 yg boleh ubah, ubah lah ya. lagi satu aku nk ckp, insurans sgt penting sebenarnya. korang ada insurans? kalau takde lebih baik buat. malang tidak berbau. sbb kalau nak fikirkan kalau gaji kita rm 2000 je, bila sakit nk kne bedah2 sampai puluh2 ribu, ada duit kau? lainlah bapak taukeh ikan. jgn ckp, "aku takde kanser, tak perlu insurans" kunfayakun. kalau ALLAH nak kata esok kau ada kanser, ha, cemana? lu fikir la sendiri...


ok, ni top 5 penyesalan yg banyak org alami. so, anda terasa. mari lah ubah diri sikit2 untuk hidup yg lebih baik. ok bye, nak buat buku persediaan mengajar. saya kan teacher. heh.



Sunday, April 3, 2011

Minuman berdiskaun (3)

excited tak dengar tajuk entry? rasa cam semangat tak nak tahu minuman apa pulak yang ada diskaun lagi ni. HAHAHAHA. jangan salah anggap, lalu berfikir aku ni kuat makan ya. kadang-kadang je. (padahal.....)


ok, aku memang gila addicted dengan kopi. memang suka gila. tatau lah nak expresi kan cemana kesukaan tu. sampai boleh minum 4-5 cawan sekali gus. and kopi memang takde kesan pada aku. lagi mengantuk adalah. hehe.


and sejak beberapa bulan yang lepas aku discover satu lagi kopi sedap. selalu layan starbucks je. rupanya ada yg lagi masyukkkkk. pada pandangan aku lah kan.


so bila gi MID mesti nak layan kopi ni. jeng jeng jeng...


mmg life is soooooooooo good kalau ada kopi. hehehe.


lalu aku pun gi lah beli semalam. sebab aku ada interview dekat midvalley, dan adik-adik pulak nak shopping malah rakan nak belanja heels..YOOHOOOOO!!!!


ok, aku rasa tawaran yang San Fransisco Coffee buat ni memang berbaloi gila. sebab tawaran dia adalah BELI SATU PERCUMA SATU! kan best tu.. last time, aku beli mocha. maka kali ni yaya nak try latte..layannnnnn.


tapi, kalau nak beli latte, kena beli 2-2 latte. tak boleh beli satu latte satu mocha. banyak cantik muka kau kan nak rasa semua. orang bg betis, amik betis je, jangan mintak buku lali plak.



nampak tu.. jimat berapa ringgit. kalau beli medium saiz beza berapa posen je. so jangan fikir banyak, beli large je terus. aku yg gila ni mmg lah CONFIRM CONFIRM beli large kan.. hehe.




di sebabkan aku dah belanja adik2 aku. walaupun sebenarnya free. maka, aku tak perlu berkongsi dengan mereka. HAHAHHAHA. bagus, sebab aku memang tamau kongsi pun.


so, korang rasa berbaloi tak? kalau kuar berdua dengan kawan or dengan family bolehlah beli. sebab memang cam jimat gila and rasa dia mmg sedap la.. tu malas nak cerita dah. memang terasa ke-kopian dia tu. haih. sedapnyaaaaaaaaaaa!


ok, dah tu je. bye.

ungu- Sampai kapanpun with Lirik

Harapan (2)





" Sometimes I wish I can turn back time "




" But obviously I can't "


Saturday, April 2, 2011

TIPS 8 : menghilangkan dagu berlapis kek lapis

dagu berlapis? dengar cam sedap tak ibarat kuih lapis. haha. ramai org ada masalah dagu berlapis. tapi tatau cemana nak hilangkan nya. mari lah aku tolong. entry ni ditulis kerana ada org kat formspring tanya aku mcmana nak dapat dagu cam amni. dagu aku mcmana? ahha. aku assume dagu yang tak berlapis lah kan. ke berlapis gak? ahhaha

benda ni aku baca bertahun tahun lepas. masa tu aku sebilik dengan miza. aku baca paper tu dengan dia. gila hebat ingatan aku. hahahaa. ok. senaman ni sesuai di lakukan bila-bila masa pun. bangun tido, makan, bersenam, tgh buang air besar pun boleh. takde sapa marah. hahaha.

ok, meh meh melangkah ke alam tiada dagu berlapis.


FIRST METHOD


1.pandang ke depan, tegak. luruskan leher. (tak perlu senyum cam pom sewel dlm gmbr tu pun takpe ya)



2. keluarkan 2 ibu jari tangan. (kalau hebat, ibu jari kaki pun boleh gak)



3. letakkan di permulaan dagu.



4. urut/tolak/ratakan lelemak yang ada di bawah dagu dengan cara mengerakkan ibu jari tadi ke belakang. sampai ke telinga.



5. ulang beberapa kali sampai tangan lenguh. (jgn nak merungut bila tangan lenguh ya)



SECOND METHOD


1. pandang ke depan, tegak. luruskan leher



2. dongak kan kepala dalam 100 darjah



3. sekarang buat cam korang tengah kunyah something dalam mulut (WAKAKAKA huduhnya muka aku mengunyah)




4. rasa tak cam bahagian bawah dagu tu tegang sbb tertarik2 dek kunyahan tu


5. ok, untuk yang ni. buat dalam 20 saat stop. jangan lama2 sangat. nnt lenguh. stop jap, then sambung balik.


HASILNYA!




benda ni takkan jadi dalam masa sehari dua. kena rajin buat. insyaALLAH. lama2 ada jawline nnt. malah tiada double chin, boleh makan double cheeseburger selalu. ehhe.

SELAMAT MENCUBA!


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...