Thursday, March 17, 2011

PART 2 : kegemukan



 SALAM!!!!


YA ALLAH lama gila nak sambung part 2. HAHAHA. apala nk jadi. terlalu banyak nk tulis tapi masa takde. keje menimbun nimbun. penat gila. ok dah, takde sapa nk dgr kau membebel amni. straight to the point, nk sambung entry yg lepas.

kira-kira 4 tahun lepas. aku gemuk gila. sekarang pun gemuk lagi. aku tatau apa yg buat aku berazam nk kurus, yg pasti bukan sebab putus cinta lah. sbb gemuk pun ada je bf. WAKAKKAKAKAA. ok dah.

masa dulu tu berat aku 77kg. boleh imagine tak betapa besarnya aku. pakai jeans saiz 35 ke 36 ntah.baju XXL. and confirm2 la aku tak bergaya. nasib baik, nasib baik lah dr masa sekolah aku ni nerd. so mmg jarang keluar umah, belajar belajar belajar. start keluar masa form 5. i mean mcm keluar dgn kwn2 lah. sampai mak aku kata, " ngah pergilah jalan jalan dah lepas SPM ni" aku dgn peliknya jwb, "oh kena ke?" skrg boleh bayangkan betapa anti-social nya aku? HAHAHHA. mmg dgn buku je. kwn sekolah tu adalah. seigt aku aku g makan2 pun g giant. HAHAHAHA.

then satu hari, dtg makcik ni buat analisis for HERBALIFE. berat/badan mcm aku tu, mcm badan org umur 45tahun dia kata. aku igt lagi. then, mama bersetuju beli satu set untuk aku berharga rm600++. then, dlm masa 3 bulan aku makan, aku turun 22kg. berat aku turun cepat sbb aku GEMUK AIR. nnt aku terangkan. then after 3 bulan tu, aku cam kesian kat mak aku, takkan nak beli lagi. mahal kot. bg org kaya duit campak2 yela murah kan. bg aku tak.(apasal cam cete sedih plak ni) HAHHAHA. pastu aku stop minum herbalife.

tapi aku cam berfikir, kalau aku stop diet, mungkin badan aku naik balik. kesian mak aku dah laburkan duit tapi aku tak hargai. lalu aku berazam untuk maintain kan berat tu.

apa aku buat?
  1. diet
  2. gym almost everyday
  3. yoga
  4. pilates
  5. dancing
alhamdulillah, dah 4 tahun. berat aku sama. :')


mmg aku tanak gemuk dah. bukan sebab gemuk itu benda yg tak best ke apa. tapi sbb mmg kita kurang keyakinan diri. rasa hodoh. and paling frust, tgk baju cantik-cantik tapi takde saiz. sedih mmg sedih gila. and paling sedih bila org ejek, eee gemuk gemuk. aku dah lalui semua tu, aku sangat faham rasa nya macamana. trust me. and aku mmg berazam lepas kawin ke beranak ke mmg aku akan sungguh sungguh jaga badan. :)


77kg


55kg (2 thn lps ni-pakai braces lagi)


55 kg (2 thn lepas)


sebenarnya banyak lagi gambar. tp sejak aku grad, bapak aku bg laptop. gambar2 semua dlm PC aku yg dah berzaman tak bukak. nanti, nanti lah ya, kot2 la PC tu di buka aku tunjuk lagi gambar masa aku 77kg tu eh. gambar2 ni pun jumpa dlm email lama. hahaha.

so, sekarang rasa ter-inspired tak??? kalau siapa2 yg berisi, nk kan semangat cemana nk kurus. jangan malu2 add aku on facebook then msg aku. bab2 ni aku mmg excited nak tolong orang. SERIUS TAK TIPU. sbb aku dah lalui nya.


ok, sekarang nk ckp pasal gemuk air dan gemuk daging.

STEPS :

1. pegang mana2 bahagian badan yg korang rasa adalah lemak. (lengan, peha biasanya)
2. picit-picit bahagian tu. lembik ke pejal
3. kalau lembik, sampai boleh bergoyang-goyang lemak tu tanda nya korang gemuk air.
4. sebaliknya kalau pejal malah padu, makna nya korang gemuk daging.
5. ok, pakai balik baju. HAHAHAHHA


so, apa yg membezakan gemuk air atau daging? ni pendapat aku tau. takde kajian scientific.

1. gemuk air senang nk kurus. sbb air kan. boleh di keluarkan melalui peluh atau kencing. masa aku mkn herbalife ada satu teh ni mmg bg kencing lawas. sbb tu aku rasa dlm masa 3 bulan aku blh turun 22kg.

2. gemuk daging ni ssh sikit. yela daging. kan pejal. so kena kerja kuat sikit. hasil lambat. tapi jgn cepat putus asa. bg pendapat aku, siapa yg gemuk daging, boleh diet then buat weight training. mana bahagian yg besar2 tu boleh toned kan jd muscle. nanti shape dia cantik.

3. mana2 jenis kegemukan pun, asalkan ada azam dan semangat PASTI BOLEH!!!


sekarang ni almost everyday aku baca articles, journals, mags, pasal kesihatan sebab tu keutamaan aku. plus, family aku ada mcm2 kanser. so possibility tu ada.

akhir kata, siapa nk nasihat, pandangan apa-apa sahaja yang korang terfikir. mesej je aku ya. ok,

GOODLUCK!


No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...