SALAM!!!
heyya! jika sesiapa yang membaca TIPS 2 pasal kelembapan yang aku tulis sebelum ni. ini update dr tips tersebut. chewahhh.
ok, dengan bangga nya nak kata, OLAY NATURAL WHITE HEALTHY FAIRNESS DAY LOTION yang berharga RM 10 tu mmg BERKESAN! aku bukan nak promote ke apa, aku just nak share kebaikkan product2 yang aku guna. memang lotion tu bagus. aku pakai siang dan malam(kadang-kadang) nampak beza nya. aku rasa muka aku lebih cam lembap. cam sejuk je kalau pegang. and bila pakai sebelum pakai make up, make up nampak cantik. HAHAHA. ni tatau la kan, kot aku yang perasan diri aku cantik. *tolong jgn lempang aku*
untuk MENYOKONG lagi kesahihan kisah ini, last sunday aku keluar dengan Echah, my BFF tu gi KLCC. then tengah jalan2 ada cam kat tengah2 tu ESTEE LAUDER tengah promotion apatah. akak tu tarik aku, dia kata jom buat skin test. aku pon ok aje lahh. HAHAHA.
dia pun tekan2 lah muka aku dengan alat dia tu. nak tahu apa dia kata. " BAGUS KULIT MUKA AWAK. CUKUP LEMBAP. KULIT SIHAT. NAMPAK TAK ADA BENTUK 4 SEGI DAN BERBUNGA TU? ITU TANDA NYA KULIT SIHAT" aku pun angguk2 kan jelah..hehe. tapi memang boleh nampak bentuk bunga tu. cemana nk terang pun tatau, korang kena buat test tu sendiri.
bila dia tanya aku pakai apa. aku cakap OLAY. dia senyum je. ok kak, saya tak mampu nk pakai ESTEE LAUDER. heh. pastu dia letak plak alat tu kat tangan aku. and, hasil nya, TANGAN AKU KERING. tak cukup lembap. HAHAHA. akak tu kata. ni jaga muka je ni ya, anggota lain tak jaga? aku gelak je.
Then, aku pun adalah tanya macam-macam soalan kat akak tu. sampai aku rasa dia pun pening. yela kan, bukan senang nak dapat peluang camni. dah alang2 tanya cukup2. so antara yang penting yang aku tanya kat akak tu ialah dia kata " SEKARANG MALAYSIA SANGAT PANAS, KITA WAJIB PAKAI SUNBLOCK YANG BER-SPF AT LEAST 50". dan WAJIB PAKAI MOISTURIZER jugakk!! untuk protect kulit kita.dan juga harus rajin ber-SCRUB yaa.
Lepas tu, dia test2 product ESTEE LAUDER kat tangan aku, MEMANG BEST! sekali tanya harga satu set RM 350 OFFER ya.. kalau tak offer entah berapa. memang tak ahh kan.. MIMPI jelaaaaa.
so, siapa yang banyak duit sangat tatau nak buat apa, SILA INVEST untuk SKIN CARE PRODUCT yaaa. jaga kulit elok elok. tak rugi pun. SERIOUS.
ok dah, jangan berlengah lagi gi kedai berhampiran anda dan dapatkan OLAY ni.
footnote: sebelum ni aku ckp adik aku punya sunblock SPF 56 kan. sebenarnya sunblock dia SPF 120. ok, terdiam aku. (-_-)
No comments:
Post a Comment