SALAM!
Pertama sekali ini bukan entry lucah. Ini sangat penting untuk kaum wanita ataupun kaum nyah2 yg nk tukar jantina pun kena pakai bra gak. (sila fikir 57 kali sebelum tukar jantina, DOSA okay)
Persoalan nya : ADAKAH ANDA MEMAKAI BRA YANG BETUL?
a) Ya, mesti lah betul boobs i cute je terletak
b) Saya tak pakai bra, so tak amik pot betul ke salah
c)rasa mcm ya, tapi macam tak pun ada gak.(Confuse)
d) mmg tak. tak selesa langsung.
Ok, bagi jawapan A, C & D, anda boleh terus baca entry ni. yang B, tak baca pun takpeee
Aku rasa terpanggil nak buat entry ni sebab semalam aku kuar dgn fadly and munir kat wangsawalk. then ada satu banner kedai nama NEUBODI , tulis pasal nk check are you wearing the right bra? Maka, dua jejaka itu pun bersetuju nk menemani aku, tapi kat luar kedai jelah..baik kan mereka. heh.
Ok, mari start!
Mula-mula aku tunjuk antara tanda-tanda bra yang korang pakai adalah SALAH, WRONG, NEHI okay!
1. Tali ternaik ke atas.
Kalau bra korang ternaik mcmni maksudnya, breast korang berat, bra tu tak dapat tampung sampai dia ternaik ke atas. Perasan tak bila kita pakai bra, lepastu kita akan ketatkan tali sebab nak breast kita elok terletak, and sometimes masa kita nak ketatkan tu, tali belakang tu akan ternaik. So maknanya, bra tu dah tak sesuai. Pi beli lain naa...
2. Tali bra terlalu menekan.
Sampai kenkadang ada bekas. Sakit wooo. Benda ni jadi bila tali tu tadi menahan bebanan yg berlebihan. BAHAHA. bebanan eh.. Pilih lah tali yg lebar sikit bg support lebih ehh.
3. Lebihan breats terkeluar.
Ini yang aku selalu nampak. HAHAHHA. Geli tau uolss.. Kalau jadi camni nampak sgt la kena beli bra baru. Cari cup yang besar. Biar besar takpe, mak tak marah punyaaa...
4. Breast merata-rata.
Ha kau.. seriau aku dengar. Breast kita ni sebenarnya kan tissu lelemak. So bila bra tu ketat, dia akan tekan breast kita, so mana lemak yg terlebih tu dia akan keluar merata-rata. Contoh dlm gambar ni. Kan tak kemas tu, lagi kalau perempuan yg pakai baju ketat, nampak kot... &&^^%^%&
Sekarang, ada salah satu yg kena dgn korang? kalau ada, BRA itu salah! ataupun BRA itu mungkin betul. Tapi, korang tak tahu cara2 yg betul pakai bra. Kalau korang rasa mmg itulah saiz korang, suka sangat saiz tu.. sampai tamau tukar, so ikut steps ni.
- Lepas dah pakai bra. Then bend over badan korang (cam rukuk)
- Masukkan tangan dlm bra terus ke belakang smp dekat2 cangkuk bra tu
- Tarik tangan korang kedepan. (mcm korang amik lemak dr belakang bawa ke depan)
- Masukkan lemak td betul dlm cup bra
- Again, masukkan tangan pergi terus ke ketiak
- Tarik lemak2 dr situ, masukkan dalam cup bra
- Then bila semua dah ok, berdiri tegak.
- Masukkan tangan ke dlm bra, tarik lemak2 dr bawah boobs ke dlm cup bra
- Bagi cup tu penuh berisi
- Bila lemak2 td dah di tarik masuk semua dlm cup
- Pastikan ukur lilit bawah bra korang boleh masukkan DUA JARI SAHAJA dan jari tu boleh di gerakkan ke kanan dan kiri
- Then, masukkan satu jari kat tali bra, make sure SATU JARI SAHAJA then jari itu boleh di gerakkan.
Jika semua steps ini korang ikut, mesti nampak perubahan pada boobs korang. Kalau dah buat pun, still ada tanda2 salah bra tu, means mmg BRA tu bukan saiz korang. Pergi jelah, kedai, ukur balik saiz yang betul sebab yelah badan kita kan berubah. Di nasihatkan setiap 6 bulan pergi ukur.
Banyak manfaat nya kalau pakai bra yang betul. Sangat banyak. Ada sesetengah perempuan malu bila saiz dia besar. Buat apa nak malu? Kalau itu memang badan kita, embrace it! Badan kita, kita kena sayang, kena jaga. Kan orang kata, beauty comes from within. So, bila kita sendiri rasa sexy dgn badan kita, takyah pakai sexy pun takpe. Baju kurung sajo. Kan?
Lepas ni pergi check ok. Pastikan pakai bra yang betul. Jangan nak londeh sangat lah. Geli mak tengok. Okbye.
oiii...lucah lew mak cik..miahahaha
ReplyDeleteni belajarrrr okayyyy
ReplyDelete