Sunday, May 29, 2011

Spa sendiri (1)

spa? pusat urut? rumah urut? aku urut kau, kau urut aku. lucah pulak bunyi nya. kalau dengar perkataan spa, perkataan pertama muncul dlm kepala aku, MAHAL! sbb mmg mahal pun bg org yg berpendapatan cam aku. aku pergi pun kalau mak aku bayar. heh.


pergi spa mmg best. orang urut kau, kau hanya perlu baring. rest. and kalau aku, confirm aku tidur. bezanya cuma tak keluar air liur basi je. huahuahua. so disebabkan aku ni tak mampu nak pergi spa, tapi nak gak merasa. apa lagi, buat lah spa sendiri. sebenarnya takde lah spa sangat pun. asalkan ianya berbeza dari hari2 biasa, kira dah molek sangat dah bagi aku.


setiap minggu, aku akan pilih hari jumaat, sabtu atau ahad. untuk menikmati spa buatan aku sendiri.. minggu ni aku pilih untuk memandikan badan aku dengan tomato. best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. sbb sebelum2 ni aku takde blog, so takde lah aku nk amik gambar bagai. hehe.


so minggu ni aku guna tomato. tomato mmg bagus utk melembapkan kulit. skrg cuaca kita mmg panas gila kan. tu yg aku cam nk guna tomato. nk bg kulit lembap, sejuk malah segar(takleh bla). mungkin korang boleh cuba buah atau sayur lain.



tomato yg dikisar dan disejukkan



senang je nk buat nya. aku guna 2 biji tomato. aku blend kan. then letak dalam bekas for 20 min, bagi dia sejuk. pastu aku lumur kat badan aku. tgu selama 10 min. then mandi cam biasa. best woooo rasa diaaa. menyegarkannnn ewahh. then scrub seluruh badan. pakai masker. urut badan sendiri (nk jimat) pakai lotion banyak2 pastu baring, bukak kipas kuat2. pasang lagu slow. tunggu 15 min masker kering. then basuh. wahhhh lepas tu mmg best lah perasaan dia. hehe.



and then esoknya, aku nampak mangga yg aku potong tak habis lagi, terus aku suruh adik aku keluarkan maka aku jadikan jus. mangga banyak serat. maka bagus utk perut. jimat jimat.




ok. sekarang tgk peti ais korang, apa yg ada? mungkin boleh dijadikan masker. scrub badan ke apa. minggu depan aku nk tumbuk timun plak buat masker. hmmm tercapai ke tak hajat ni. mungkin ya, mungkin tak. sama2 kita nantikan.


aku rasa start next week aku nk try minum madu dgn air panas mcm yg hj suggest. hmm nk tgk apa kesan nya.


akhir kata, jagalah badan anda, nak pakai lama lagi.

Tuesday, May 24, 2011

TIPS 12 : kaki kau cantik?

SALAM!!!
 
 

maap lah tajuk entry agak kurang sopan. tp itulah hakikat nya. (cakap kemain kau ye) actually aku bukan nak cakap pasal kaki. sbb kaki aku mmg tak cantik, udah lah aku ni pendek (ye, saya cuma 155cm je) so mmg tak ah kan..so aku nk cakap pasal kuku kaki sebenarnya. hehe.


ramai orang ambil berat pasal kuku tangan. sbb mungkin kita selalu guna tangan dr kaki? ek? aku rasa kita lg banyak guna kaki kot(ni mungkin sbb aku kuat berjalan) so mcm kita selalu terlepas pandang tentang kuku kaki kita. ehem ada org terasa tak??


aku terpanggil nak tulis entry ni ialah sbb aku pergi wedding, lalu ada seorang minah ni yaampunkaucantiknyahotgilapig. then cam biasalah, bila pompuan cantik, of course lah kita nak tengok dari atas sampai bawah, ni bukan lelaki je camni. aku sebagai perempuan tulen pun ada perangai camni. hehe. atas bawah aku tgk dia, tp mestilah cover2 kan. heh. pastu bila sampai kaki, (dia pakai peep toe heels) ALAMAK! kuku kaki hitam. HUGE HUGE turn OFFFFFF! ok, bukan kuku dia warna hitam tak. kalau korang perasan kuku kaki kita yg belah tepi2 tu kadang2 ada cam benda hitam2. benda tu kita kena bersihkan sebenarnya. baru lah nampak bersih.


maka, teruslah keluar ayat ni dr hati aku, "aiseh pompuan ni, semua dah elok dah. hot meletus-letus sekali kuku hitam" memang ada orang akan rasa this is such a small thing but still.... kebersihan tu penting. setiap bahagian badan kita ni kita kena ambil berat. bukan hanya sekadar muka ye. lagipun, kebersihan tu kan separuh daripada iman, iman itu di dalam syurga.. :)) setuju?


aku sangat beruntung dalam hal2 kebersihan/kecantikan/apaapa jelah sbb mak aku memang seorang yang menitik beratkan hal-hal ni. kalau ada yang tak kena je kat mata dia, mmg kena sound direct jelah. tadah telinga dan pasrah sahaja. tapi kalau bab2 fesyen ni mmg dia selalu complain. selalu aku dgn adik aku, "mama niiiiii......ni fesyen sekarang lahhhh". HAHAHA.


so apa salahnya, bila potong kuku, bersihkan sekali tepi2 kuku kita tu.


STEPS

1. Potong kuku kaki
2. Kalau terpotong cam tak rata, ratakan. (kalau nail clipper tu kn ada yg utk ratakan)
3. Bersihkan kuku kaki (korek2 segala kotoran)
4. Gosokkan kuku dengan lemon
5. Basuh dgn sabun
6. Lap dengan towel kecil
7. Sapu lotion
8. Baring terkangkang sebab rasa cam princess kuku dah cantik



senang kan? kalau buat seminggu sekali pun boleh. aku semenjak lepas grad, mmg aku rajin. dulu masa belajar mmg tak pakai lemon sbb cam mana pulak nk simpan lemon. manada peti ais kan. so bila sekarang dah ada kemudahan, br lah buat. yg penting jangan malas. kalau malas mmg tak jadi apa ya.


ni antara barang2 yang aku guna.


ni abg aku dpt as a souvenir tp dia tak guna maka haruslah adik aku amik. lalu aku tumpang guna sekali. (kalau share barang2 camni, lepas guna curah air panas ya, bg pakcik kuman mati)



ni lah benda yg aku guna utk bersihkan tepi2 kuku kaki. kalau takde benda ni pun takpe. kat nail clipper selalunya ada. tp kalau nail clipper cokia punya takde kot. ala beli je, nak bersih tak? ha nak tak?



kulit aku sgt sensitif. takleh pijak simen sebenarnya. tapi sbb aku ni mmg mls nk kisahlantakkaulah kulit, aku taram sahaja. so, tumit aku selalu pecah2. ahaha. so benda ni harus jd pendamping. oh ya lotion juga.



kilatkan kuku pakai ni. (ni pun buat kalau rajin, biasanya tak) kalau dah guna lemon, you don't need this.


cantik itu datang dari dalam. tapi kalau luaran pun bersih lagi bagus kan? kan?


Sunday, May 22, 2011

Yoga poses for better digestion



SALAM!!!


digestion? penghadaman? tak kira lah bahasa melayu atau bahasa inggeris. motif nya sama. aku, dah bertahun ada masalah digestion. menurut kata doktor, aku takleh makan nasi. nasi is too complex for me. aku ada indigestion. mmg ada ubat utk sakit ni. tapi ubat....mesti lah ada side effect. hmmm tak bagus tak bagus.


so aku yg mmg practice yoga. practice jela.. tapi aku tak pernah amik tahu kalau pose ni apa faedah dia. pose ni benefit dia apa(perlu ke terjemah cik kak oiii) kdg2 adala yg aku tahu, tu pun sbb tgk channel zee pepagi buta. tapi dah berzaman tak tgk. so ingatan dah tak berapa nak kuat. so aku men buat je yoga. then bulan lepas, aku terbaca satu artikel ni pasal digestion problem. and yoga adalah salah satu penyelesaian nya.


aku cam....seriously???!!!!! pose yang mana ni..gonjeng gonjeng..sekali tgk.." laaaa yang ni???" cheh. mmg aku selalu buat. terus rasa seronok amat.


so aku nak share dgn korang. sebelum aku share, aku mmg dah praktikkan pose2 ni. cuma lepas aku tahu dia bagus utk digestion, aku triple kan repetition dia. and aku buat bila2 aku rasa nak buat. and alhamdulillah, mmg berkesan. tapi tatau lah perut korang. kita sama-sama ada perut, tp mgkin kita berbeza. mungkin perut kau buncit sket dr aku. eceh. gurau je. so try this. and jgn lupa minum banyak air and minum susu!



POSE PERTAMA : FORWARD FOLDING

1. tangan buat cam aku buat tu (muka takyah serius sgt pun takpe)





step 2 : fold kan badan korang. (ni pandangan dr depan)




ni pandangan dr tepi. (kalau buat terus tangan cecah lutut pun aku rasa ok. lagi terasa)




kalau korang perasan, forward folding ni lebih kurang, lebih kurang ye. mcm kita rukuk bila solat. mungkin ni salah satu keistimewaan utk org Islam. setiap pergerakan dlm solat ada faedah dia. so rajin2 sembahyang. ataupun siapa yang solat tu, kira korang dah buat exercise ni secara tak langsung. Syukran YA ALLAH.


ok, ni si gemuk yang sibuk jeee jacau aku bila nk amik gambar. nama dia garfield. ok, iklan dah habis. mari sambung.





POSE KEDUA : SEATED TWISTING


pose ni korang buat betul2 ya. bagus ni. dia regangkan pinggang gak. tu yg aku terasa bila aku buat lah. ehhe. lain org lain ya kesan nya.

ni jarak jauh punya gambar




ni jarak dekat. tangan tu sukati lah nk letak kat mana. nk buat peace pun boleyyyyy. untuk seated twisting ni korang buat kiri kanan eh. tukar2 posisi. kaki still style yg sama.





aku tak tahu lah pandangan orang terhadap yoga. tapi bagi aku, kalau sesuatu benda tu boleh mendatangkan kebaikan pada diri kita. apa salahnya kita buat. takde baca mantera ke apa. just bismillah je. niat kita baik cuma nak bersenam. kepada sesiapa yg rasa yoga tu haram, takpe, setiap org ada pandangan masing2. cuma bg aku asalkan tak menyimpang dr agama. aku rasa its ok.


oh ya kalau ada sesiapa tertanya pasal pakaian aku. sebenarnya aku br balik dr beli hadiah cousin aku. takde makna nya aku nk pakai elok2 semata2 nk amik gambar. rajin pulak kan..heh.


SELAMAT MENCUBA! :))


Friday, May 20, 2011

Mata kucing gatal

how to get this very simple sempoi look?




currently my fav eye make up. walaupun taklah make up sgt pun. HAHAHAHHA. dlu aku rajin gak pakai eyeshadow, pakai blusher semua. maskara mmg jarang gila sbb aku tak suka, asal nak bersihkan, sekali tarik, dekat 2-3 helai bulu mata aku tertanggal sekali. tu br sekali. kalau 3-4 tarik?? habissss...tapi sekarang ni malas wooooo nk pki2 lebih2(maksud aku blusher and eyeshadow)... entah kenapa. hahaha. adakah sebab aku dah tua?? (suka salahkan penuaan bila something berubah, apalah manusia ni)




sekarang aku pakai eyeliner. cat eyes style. then bahagian bawah tu. inner corner of the eyes tu aku letak eyeshadow putih. aku masih lagi mencari eyeliner putih. ada ke? sbb aku tak jumpa lagi. aku guna la eyeshadow..hehe.



eyeshadow from maybelline. hat putih tu ya aku guna.



perasan tak warna putih dia macam ada kilat2. so aku assume kalau amik gambar, kilat2 tu shining. elok gak ah.. dia boleh bagi efek besarkan mata kita..


tapi nk apply kat mata tu, kena pakai berus yg halus. ni berus yg aku guna.


sebenarnya liquid eyeliner lg sng nk buat cat eyes. tapi ssh guna liquid ni bila nk smayang. kena air je dia menurun. dah cam orang emo la plak kannnn... huduh you know.


try lah this look. boleh highlight mata kita. so takyah pakai lipstick terang2. lipice sudeh. heh.


okbye.

Monday, May 16, 2011

Hari guru!

16 Mei 2011 ialah hari guru. Sebelum-sebelum ni aku yang meraikan cikgu-cikgu aku. tapi hari ni aku yang dirai. :')


mungkin aku hanya cikgu tadika, tapi still lah cikgu gak.. cikgu tadika ke, cikgu tuisyen ke cikgu biasa ke lecturer ke.. asalkan dia mengajar, mendidik. dia lah cikgu. setuju?


kalau tengok dalam family aku mmg banyak yang jadi cikgu. baba seorang lecturer. cikgu lah tu.. mama guru besar which is cikgu lah gak kan.. makcik aku ramai gak cikgu.. pakcik aku..cikgu gak..kak sedara aku..nenek sedara..banyak lah pendidik dalam family aku..and 2 bulan lepas aku pulak join the group jadi cikgu.


jadi cikgu ni memang best. penat tu mmglah. cikgu tadika penat dia lain, cikgu sekolah menengah penat nya lain. kalau mcm aku penat nak layan kerenah budak2 lah. kalau dah nama pun budak2, mcm2 kerenah. mmg kadang-kadang rasa cam arghhhhh. tapi bila time aku arghhhhh tu, diaorg akan senyum, gelak2 then kata "i'm sorry teacher" mmg terus tak jadi marah.


lagi satu kepuasan nya jadi cikgu bagi aku ialah bila apa yang kau ajar, anak murid kau faham and ingat. ni mmg puas gila. sebab cam usaha kau berbayar. terharu gak kadang-kadang. tapi taklah sampai nangis. heh. and lagi satu budak2 ni diaorg ikhlas. mmg takde tipu punya. kalau dia tamau dgn kau, mmg dia tamau lah. tapi bila dia dah sayang dgn kau, mmg nak berkepit je. alhamdulillah, aku yang tak suka budak ni pun boleh berubah. and alhamdulillah, budak2 suka aku. hehe.


maka hari guru di tadika aku disambut biasa2 je. mereka bg aku air, kek dan banyak2 ciuman. penyek pipi aku. tapi bahagia :') and lepas tu kami ada swimming. seronok betul budak2 swimming cam dah 100 tahun tak mandi. WAKAKKAA.


dalam kelas.


seronok gila tgk diaorg mandi.


woohooooo!


sampai muka2 aku pun basah layan diaorg punya pasal.


akhir sekali, video dari zi shin, budak ni mmg keletah gila. umur baru 2 tahun. tapi sebut mmg jelas. and dia sangat rapat dgn aku. asyik nk dukung, nk cium. kalau tak layan dia merajuk. HAHAHA.







akhir kata, selamat hari guru buat semua guru2 di dunia. especially to me. WAKAKAKA.

Saturday, May 14, 2011

TIPS 11 : 5 minuman sihat


setiap org mesti ada minuman kegemaran kan. kalau org tanya aku. (bajet ada org tanya) jawapan aku dari dulu sampai sekarang sama. aku mmg pencinta KOPI. tak kisah la kopi O ke kopi susu ke kopi mocha ke asalkan bukan kopi basi.


tapi dalam banyak2 minuman kegemaran korang tu mesti ada pro and cons dia. sama gak cam kopi. kopi banyak caffeine, so kalau minum banyak mmg tak bagus. kalau org migraine cam aku lgla tak bagus. tapi ada aku kesah? ahha. tapi kopi bagus utk rendahkan chances utk dpt heart disease..


tapi antara banyak2 minuman, ada beberapa minuman yg di suggest utk diminum. jommmmm tengok ada tak antara minuman2 ni fav korang. kalau ada bagus. kalau takde boleh try. okay?


MARI!

1. air masak letak buah

dengar cam senang tak? bek ckp ya sbb mmg senang. pernah tak korang perasan air yg cam ada rasa strawberry. bukan air f&n strawberry tu. yg cam air putih rasa strawberry. jap aku bg gambar.


pernah kan tgk?


so, seperti yg korang semua sedia maklum. air berperisa camni mmglah tak bagus. kandungan gula sangat tinggi. lg kalau tengah hari panas, kita berpotensi nak minum lebih dr satu botol. setuju? ataupun mungkin kita akan beli botol besar instead of botol kecik. terasa? kalau tak bagus.

so untuk mengelakkan gejala ni, apa kata korang amik je air masak, pastu taruk buah. tak kisah lah buah apa. kalau aku, aku suka lemon. kalau korang suka nangka pun takpe, letak je. lidah lain2 kann. satu lg idea best, kalau korang buat ice cubes kan, letak buah sekali dlm air tu, then bila ice cubes tu dah keras, masukkan dlm air. cantik je air batu tu. hehe. ni nk minum ke nk bercantik2???


npk sedap tak?air masak letak buah strawberry. yummy!


2. green tea oh!




nk ckp pun mls. dgn perkataan green pun dah tahu mmg bagus. kan? so green tea ni mmg bagus utk kesihatan kita. dia membersihkan badan. green tea juga boleh reduce risiko pelbagai jenis cancer, jantung, hypertension dan lain-lain. Yang bagusnya, green tea ni calorie-free(tu pun kalau minum tanpa susu or gula, jgn pulak letak susu full cream sebotol. mmg lemak menebal) kalau aku minum green tea, aku minum gitu je. tak letak pape. green tea panas. mmg berpeluh-peluh okayy.


3. Minuman sayuran



Jus sayur adalah sangat bagus. Nama pun sayur kan. Kalau kita minum dalam bentuk air mmg cepat, ringkas, mudah, lagi bagus sbb mmg pure, compare if kita goreng sayur tu, dah campur minyak semua. Sayur kalau kita compare dgn buah, kadar natural gula dia pun rendah. pernah ke korang mkn sayur manis? heh. Kalau aku, jus favourite mestilah carrot. nyum nyum. Tapi masa aku g gym kat UIA dulu. trainer tu kata, kalau boleh jangan minum sayur dgn susu. contoh cam carrot susu. kalau jus buah pun sama, tak elok kalau campur susu. reason dia aku tatau kenapa tak sempat tanya trainer tu. HAHAHA.

if korang buat jus sayur, kan tak manis kan? korang boleh je campur dengan buah sket. bg dia manis. kalau rajin, semua pun boleh.. kalau malas, minum air masak je bebanyak. kalau malas lagi, dah, minum air liur je.


4. Soya weyyy soya!




Dulu masa aku kat asrama, kawan aku sarimah selalu gila minum soya. mmg suka betul dia minum soya. lepas tu dia siap kata, siapa minum soya kulit jadi putih. AHHAHA. tapi sarimah mmg putih melepak2. mungkin teori tu betul kot. KOT eh.

air soya ni mmg dah natural manis. skrg pun, dah ada air soya coklat lah, air soya strawberry laa. mcm2 sekarang. siapa2 yang menghidap lactose intolerant , susu soya ni mmg option paling bagus lah. Air soya juga boleh reduce risiko sakit jantung. kalau sapa yg diet, soya adalah option yang bagus. dulu masa aku mkn herbalife, pun aku selalu guna susu soya.


5. Kopi kopi!


Malas i nak cakap betapa sedapnya kopi. mmg sedap habis. Boleh jilat2 jari, jari kaki. silap2 boleh jilat kaki orang lain sekali. Minum kopi at least secawan sehari adalah digalakkan. Korang boleh masukkan kopi dalam diet korang.

Kalau kita minum kopi tanpa gula ataupun cream, kopi mmg takde FAT langsung. cuma ada sikit je kalori. peminum kopi seperti aku juga boleh merendahkan risiko sakit jantung, diabetes type 2 dan sesetengah cancer.

Caffeine dari kopi juga bagus untuk bantu kita alert dan kita boleh perform better. sbb tu kalau org nak stay up je, minum kopi. tapi kalau aku, minum kopi mmg aku mengatuk. HAHAHA. sbb dah banyak sgt minum so dia takde kesan kat aku. AHHAHA. tapi jangan banyak2 sangat minum. apa jua benda, mesti in moderation. okayy??


ok bye nk g minum kopi. nyum nyum.

Thursday, May 12, 2011

minuman berdiskaun (6) : starbucks for FREE!





hari ni hari khamis. esok jumaat. macam biasa aku gi sekolah. mengajar kanak2. mmg huru hara harini sbb helper aku takde. so aku yg kena buat semua benda. agak kelam kabut lah sbb aku bukan nya faham sangat bahasa cina. budak2 pulak cakap cina je. aku iyaaa kan aje lah memanjang. AHHAHA. mmg agak penat. eh bukan agak. mmg penat punnn. sampai aku terfikir, aku patut reward diri aku dengan makan MCD. (alasan sebenarnya nk mkn MCD)


tapi bila balik kerja, aku tak gi pun MCD sebab terfikir GEMUK kang makan MCD. cancel. terus aku balik rumah. tetiba lepas lunch, adik aku cakap, "kul berapa kita nak g AEON?" then aku yang pelupa lagi blur baboon. "nak buat apa g AEON?" adik aku balas, " kata nak starbucks, upah ko" (upah untuk aku amek dia hbs sem) lalu aku dgn pantas membalas," ok sekaranglah, nak smayang jap". laju je kannn bila dengar kopi. DASAR betul aku ni. lagipun adik aku nk belanja. kira belanja separuh lah. sbb bagi sepuluh hengget je. HAHAHA. jgn marah. terima kasih yaya. muahhhhh.




pastu aku pun call kawan adik aku, fiza. sbb hari tu dah janji nak minum starbucks sama2 yang masa dpt diskaun 50%(KONON) tapi lupa ajak dia. so aku pun ajaklah. maka kami pergi ber-empat. aku, yaya, nana, and fiza. datang2 terus serbu starbucks. nafsu membuak-buak dahagakan kopi.(ni aku je)


aku dan fiza.


happy with my dark mocha


gaya sentap. tapi ni over sangat. mari baiki.


ok, better!


pastu baru2 ni aku cam dah minum caramel frap. okla, kali ni minum dark mocha frap pulok. dahlah mocha, dark plak tu. mmg kuat kopinyaaaa..YIHAAAAAA. aku pun bayar. pastu minum. slurpppppp slurppppp. (masa ni budak bertiga tu tak sampai meja lagi, suku air aku dah habis. nampak sangat pelahap) pastu kami pun lepak2. borak2, gelak buat cam starbucks tu bapak aku punya. pastu tetbe, " tuiiii..." aku keluarkan something dari air aku. ada cam yg plastik aluminium yg selalu kalau kita bukak susu kotak besar tu. banyak gila ok. dah lah cam tajam benda tu. tapi aku buat bodoh je mula2.

bila aku sambung borak, minum lagi...tersekat lagi kat mulut aku. kali ni besarrrr punya. pe lagi, angin aku. terus aku bangun... adik aku kata, "mesti dia bg yg baru nnt" dalam hati aku mmg berharap. AHHAHAA. aku pun cakap dekat barista tu. "ni apa benda ni? dah 3 kali saya telan benda ni" (HAHAHAHA. exaggerate gila, bangang sangat aku nk telan aluminium) pastu dia panggil barista yg buat air aku tu. "sorry miss, i buatkan you yang lain. you nak yang mana?"


"mocha frap venti"

barista ketakutan : " nak extra coffee ke?"

" ok, extra coffee" (dah alang2 org offer, kalau tak if mintak extra coffee kena bayar siot. dah alang2 free. hantam saja!)


maka aku dapat lah mocha frap extra coffee venti satu FOR FREEEE! AHHAHAHA. lepas tu dia siap bg kupon minum air free. sebenarnya kita kena kumpul 10 cop br dpt air free. tapi sbb aku dah TER-telan aluminium kan..dia bg terus 10 cop FOR FREE also!!!


YIHAAAA!!!!


ni kupon beli dark mocha. baru satu cop siot. heh.


then, nak jadi lagi best, masa aku beli dark mocha frap tu. dia bg benda ni.

buat survey ni. maka starbucks bg upah air. tapi TALL je. apapun FREE! tu yang penting. HAHAHA. so pergilah beli nnt boleh buat survey ni so dapat air FREE!


maka ini lah aku yang bahagia dgn mocha frap yang FREE! dan lagi 2 frap FREE! ALHAMDULILLAH rezeki. :)) *berfikir bila nk claim ni, hmmm*



Tuesday, May 10, 2011

Should i cheat?



Skandal? Crush? Teman Tapi Mesra? Ini semua istilah2 yang akan mendorong kepada gejala kurang sihat. ok, kita letak situasi nya begini. Love hanya untuk seorang. And yang sorang tu jelah yang kita tengok, jaga, belai(geli) utk dah kawin je ni dan sebagainya.

Kebanyakkan orang yang in a relationship with someone yang dia really in love with, diaorg takkan jangka yang diaorg akan suka kat orang lain. betul? Most people think it will never happen to them, lagi2 kalau dah kawin. Tapi apapun boleh jadi. Kan? kan?

Selalu nya benda ni terjadi bila kita dgn pasangan kita ada crisis, ataupun pendapat dah tak sama, kurang tolak ansur, kurang hubungan intimasi( ni yg dah kawin) dan yang paling major ialah bila kita KURANG DIBERI PERHATIAN oleh orang yang kita sayang. jangan tipu kita mmg sukakan perhatian. kalau aku ya, aku mengaku. ataupun sebab2 lain lah. malas nk fikir banyak2. hehe. so bila ada orang lain yang berjaya GRAB attention dari kita. masa tu lah benda2 ni akan start. jangan nafikan, mula2 kita akan menamakan ianya teman tapi mesra ataupun "ala, dia crush aku je, minat2 gitu je" ataupun, "ala aku belum kawin, rileks lah skandal jeeeeee"

tapi sebelum korang mulakan agenda ini fikir!


1. “Am I really falling in love?”

Bila kita in a relationship with someone. kita mesti cakap ,"I LOVE YOU". and kita meant it. But then kita falling for someone else. What’s next? Kita buat skandal? Jadikan dia teman tapi mesra? Setuju tak kalau aku kata orang yang tengah di lamun cinta or angau la senang kata, apapun tindakan dia, kadangkala boleh jadi tak rasional. sbb based on emotion jeeee. SO, bila rasa kita dah mcm nk suka orang lain. what you have to do is SLOW DOWN. and tanya diri kita, "AM I REALLY FALLING IN LOVE?" or i just feel lonely??

Kajian mengatakan, jika perkahwinan pertama seseorang tu gagal. tendency utk perkahwinan kali kedua gagal pun tinggi. sebab ada antaranya sbb yang mcm kat atas tu. bila orang dah tak bagi perhatian. kita rasa kita deserve someone else. or its ok to have orang lain.

Percayalah, nak dapat duit mmg senang, tapi nak dapatkan kepercayaan dari orang yang kita pernah tipu. SUSAH.




2. “Should I tell my gf/bf/spouse?”

Jujur itu bagus. Bak kata pepatah, "honesty is the best policy". Tapi bila kita dah tertarik dengan orang lain. Wajarkah kita bagitahu kat pasangan kita. ada advantages and disadvantages nya untuk berlaku jujur. Kalau korang dah sampai tahap nak clash dgn bf/gf atau decide to leave the marriage, korang kena cakaplah kan sbb apa nk clash/leave the marriage.

WHY? WHY? and WHY? tapi cuba fikir, kalau lah korang bagitahu pasangan korang derang boleh hurt gila babeng laaa and possibility untuk trust derang hilang pada korang sangat tinggi. INGAT! bukan senang nk dptkan trust dari someone. apa yang boleh korang buat, try talk to someone yang ada experience in life. Cerita kat org tu, apa yang buatkan korang tertarik dengan pasangan baru korang ni. and adakah masalah itu berpunca dari kurangnya benda tu pada pasangan korang sekarang. eh cam berbelit plak. baca banyak kali, mesti boleh faham.


3. “Am I gonna repeat the same thing over and over again?”

Benda ni normal. kebanyakkan dari kita mmg takkan belajar dari kesilapan sendiri. Memang lah orang kata, pasangan tu terima kita seadanya. TAPI apa salahnya berubah untuk kebaikan dalam perhubungan. benda baik. tak salahkan?

Apa yang aku tulis sebelum ni, kenapa perkahwinan/relationship kali kedua biasanya akan gagal juga. antara sebabnya ialah kita ulang benda yang sama dengan apa yang kita buat dengan pasangan kita yang first. so, its all the same thing over and over again. memang sampai bila takkan sudah. Kita selalunya tak belajar dari kesilapan. Aku tak cakap orang lain, aku pun sama. Apa yang aku perhatikan dlm relationship aku previous2 ni, bila gaduh je, asyik benda yang sama, tapi aku tak berubah. Aku mmg sensitive. or should i say OVER sensitive. so mmg problem lah..HAHAHAHAHHAAHA. tapi skrg dah ok dah. mmg lah ok, dah takde sapa nk gaduh dgn aku dah. heh.

Kesimpulan nya kalau korang sedar benda tu salah korang or salah pasangan. tegur pasangan atau try ubah kalau tak, memang akan ulang benda sama jeeeee sampai kerepot. HAHAHA.

4. “If I stay, can I still keep the new person in my life?”

Benda ni mmg selalunya berlaku. Kita jadi tamak. Yang tu kita nak, yang ni kita nak. Aku pun tamak gak kadang-kadang. huhu. benda ni normal. jangan malu.

Sekarang ni fikir balik, SHOULD I CHEAT? kalau korang rasa tak. means korang kena repair balik hubungan dengan pasangan korang. which means, putuskan hubungan dengan skandal/crush/teman tapi mesra. Takde call2, surat menyurat, email, sms, mms, telegram ke or even facebook! kang nak stalk2 plak. BIG no no! cannot keep ahhh. must move on maaa.

asal kita berhubung je, tendency kita nak rapatkan jurang tu mmg besar. dah kata ada attraction kannnn. huhu. tgh hangat. mmglah cepattt je. Kena jadi kuat sikit kalau kita betul-betul nak selamatkan hubungan kita. Kalau nak selamatkan lah kan. HAHAHA.

aku nk bg nasihat lebih2 pun takleh sbb situasi orang lain-lain. maybe situasi aku lain. apa yang aku boleh kata, "bukan senang nak cari orang yang sayang kita kat dunia ni, kalau dah ada tu, hargai lah betul-betul. dalam hubungan ni mmg lah ada pasang surutnya kan. mana boleh asyik nak happy je. setuju?" PLEASE BE GRATEFUL.

last but not least, sila layan video ni...
CLICK HERE

and now, ask yourself, SHOULD I CHEAT? *tepuk dada, fikirlah. asalkan jgn tepuk buah dada orang sudahhh*

Sunday, May 8, 2011

Mamas day!


SALAM!!!



happy mamas day to my mama! mothers day bg aku adalah hari2. cuma kalau mothers day yg mmg 8 may ni kita bg special sket. bagi hadiah utk mama and card. kebetulan birthday baba pun dekat2 dah dgn mothers day. so alang kepalang.


bezanya 8 may dgn hari2 lain ialah ada benda special. cam cake ke apa. memang lah hari2 pun sambut ibu kita. tapi takkan hari-hari nak beli kek. gemuk mak aku camtu. dah lah mak aku tgh diet skrg. mlm tak mkn langsung sehhhh. hehe.


so utk mamas day kali ni kitaorg buatkan mama tiramisu. adik aku, yaya yang beriya nak buat. aku sejujurnya mmg tak minat nak buat benda2 alah camni. kalau masak makanan takpe. tapi nk baking ke apake mmg walah malasnya. tapi dah adik aku ajak. layankan jeeeeee.. tu pun aku rasa cam koyak gak mulut dia ajak aku buat..ajak aku g tesco beli barang. ahhahaha.


tapi akhirnya jadi gak!



senang je buat tiramisu ni. HAHAHA. pejam sebelah mata pun boleh jadi *berlagak*


so, sbb dah dekat harijadi baba, kitaorg belikan sekali card and hadiah utk baba. tapi birthday baba 11 may sebenarnya. hehe. tapi takpe, nnt celebrate lagi. ngeh ngeh. sbb mama kne gi singapore. huhu.


kalau nak kata hubungan aku dgn mama adalah sangat rapat. dia cam kawan aku. sbb kitaorg cakap about everything. gossip ke apa ke. tanya pendapat ke. and aku rasa dlm adik-beradik aku, aku rasa taste aku lebih kurang je dgn mak aku. so bila beli baju ke apa ke sng. ehhe. alhamdulillah aku tak pernah lah bergaduh dengan mak aku. cuma kalau aku tak berapa setuju dgn dia aku diam. tu je. oh lupa, muka masam sket. HAHAHA.


bagi aku mama cam robot. sbb cam dia tak reti penat. mcm2 kerja buat. tapi still boleh senyum. sampai aku pernah tanya mak aku, " ma, nanti kalau angah dah kawin, tenaga angah akan bertambah ke mcm mama?" ahhahaha, reaksi mak aku : (-_-)


tapi.....dalam kegembiraan celebrate dgn mama, aku teringat juga pada Arwah Umi. Walaupun aku tak pernah jumpa dia, tapi she's special to me. ALLAH je yang tahu betapa aku nak jumpa dia, and kalau di izinkan ALLAH mmg nak sangat gembirakan dia. Moga-moga ALLAH merahmati roh Arwah Umi. Ada sikit memory about her dah cukup buat aku happy :')


Al-Fatihah to Umi Zailin.


I love my mama and Umi Zailin sangat sangat. Takde org boleh ganti dua-dua ibu ini. TIADA.


Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu di dunia. Aku harap aku akan jadi Ibu yang baik one day. InsyaALLAH. Amin.


Saturday, May 7, 2011

Minuman berdiskaun (5)





kopi.. ohhhhh kopi...kau mmg pengoda terhebat. kalau letak lelaki kacak. sebelah nya deretan kopi.. aku MUNGKIN pilih kopi. mungkin laaa kan.. AHAHHA. so mari lah kita tak membazir kan masa dengan lebih panjang.


ya, ini entry minuman diskaun lagi. bayar kurang. ataupun tak payah bayar langsung. kau pilih. nak yg mana?


ceritanya bermula begini. di satu ptg adik aku msg.

yaya : Ngahhhhh aku ada good news untuk kau!
aku : Apa good news nya???"
yaya : starbucks bg diskaun 50% weyy, jadi rm 6 jeee
aku : (aku lupa aku ckp apa yg pasti mmg aku excited gila babeng)


lalu dgn tanpa berlengah terus rancang nak beli esok tu. tapi, " Kita hanya merancang, Allah yang menentukan" . ok, aku tak gi pun esoknya. sbb busy. esoknya lagi aku rancang, esok petang kita gi lah starbucks. tiba2 adk aku kata, "ok aku belanja kau. rm 6 jeee" kalau bab org belanja mmg dengar cam best je kan..hehe.


so hari berlangsung nya rancangan suci aku tu (7/5/11). tghari tu adik aku dpt cleo dr kawan dia. sekali ada kupon starbucks. buy 1 free 1. BUY 1 FREE 1 weyyyy! aku dah happy gila. rasa nak minum mocha frap...nk minum caramel frap. gila tamak. aku mmg tamak, tp sebenarnya makan taklah banyak mana.


lalu, kami pun gi. pastu order ah. sbb fikir cam 50% kot. aku mmg layan venti je.. tall ni tak layan laa. HAHAHA. pastu order punya order. adik aku tanya, " yang 50% off tu masih ada lagi ke?" dgn selamba nya pekerja tu kata "dah habis dah promotion tu" HAHAHA. aku cam nk gelak kuat gila. sbb aku meyakinkan adik bongsu aku beli venti. sbb byr rm 6 je kot...padahal....


tapi aku BERNASIB BAIK. sbb yaya guna kupon. HAHAHA. so buy 1 free 1... kira yaya bayar utk aku je. utk dia free of charge. so siapa nak air free.. sila beli cleo sekarang. best gila. kalau beli, baik beli yg besar, dpt free pun yg besar. yummy!



aku saje upload gambar ni sbb nk tunjuk camera adik aku capuk. AHAHAHAHA.



kalau tanpa kupon, kena bayar rm 41.50 (tanpa tax) seeee.. jimat kan?



muka penuh kepuasan!


bila balik adik bongsu aku, NANA kata. "apasal cam tak sedap air aku? hari tu along belanja cam sedap je". aku dgn yaya jawab tanpa fikir panjang, " sbb tu kau bayar sendiri, mmg tak sedap, kalau org belanja mmg sedap" HAHAHAHAHA.



Friday, May 6, 2011

Harapan #3


" I tried my best, but I guess my best wasn't good enough. "



18 days to one year.




Tuesday, May 3, 2011

TIPS 10 : hampiri makanan manis secara sihat





MAKANAN MANIS? kedengaran enak kan. cuba bayangkan ice cream vanilla campur oreo campur M&M campur choc chip campur ok dah byk sgt. loya pulak. hakikatnya, ramai antara kita yg mmg suka makanan manis. kalau dalam family aku, adik bongsu aku mmg pengemar makanan manis. lepas makan nasi, dia mesti nk makan coklat ke apa2 ke yg manis. tapi bukan gula halus laaa. adik aku bukan semut. harap maklum.

sebenarnya, makanan manis ni mmg best. aku pun suka gak kadang-kadang. cuma kita takleh lah selalu makan. nanti kena kencing manis dah susah. tp kalau org kaya kena kencing manis takpe, duit dia banyak nak beli ubat. aku tak kaya. so aku kena elakkan. AHHAHA.(org kaya jgn marah, i gurau je)

makanan manis sebenarnya boleh mempengaruhi keadaan kulit kita. our skin. our complexion. so kita kena berhati-hati dengan apa jua makanan manis yg kita bakal makan. mengerti? ada sesetengah makanan yg kita boleh makan. and ada sesetengah yg kita kena elakkan.


so, aku baca tips2 yang dia bagi ni agak ringkas. cuma ada 3 tips je nk memuaskan nafsu tanpa menyakiti kulit mulus anda..

1) Perancangan rapi

Makan makanan manis di penghujung hari anda. eh jgn salah faham. bukan bermakna makan pukul 12 mlm jika tidur pukul 12 mlm ya. kaugilakeapa?! Berdasarkan kajian yg dibuat, sarapan pagi yang mengandungi lebih protein, kurang gula dan juga karbohidrat akan menjadikan paras gula dalam badan kita stable for the rest of the day. walaupun lepas tu kita makan gula lebih. nampak tak sekarang betapa pentingnya breakfast. terima kasih jika nampak. tapi ingat! sarapan yg tinggi protein,kurang gula dan kurang karbohidrat. ternyata ianya bukan lah nasi lemak. so, kalau paras gula dalam badan kita stable, maka kuranglah irritation pada kulit, ruam2 dimuka mahupun jerawat. pelik tak? benda2 camni pun boleh pengaruhi kulit.

2) Makan makanan buatan sendiri.



HAHAHA. bila aku baca ni, terus aku terfikir, "hat ni tak sesuai dgn aku" yelaaa rajin plak kan aku nk buat dessert2 yg manis2 utk di makan. beli sudehhhhh. tapi hakikatnya, makanan yg kita buat sendiri mmg lagi better. dari mcm2 segi, kebersihan terutamanya. malah dr segi kesedapan(ni sapa yg msk sedap je, yg tak jgn perasan) . so, dlm artikel yg aku baca ni, dia mencadangkan kita buat sendiri dessert utk kita makan. cthnya seperti cookies letaklah almond(bgus utk lembutkan kulit), letak telur(protein utk collagen), oats(sumber fiber). semua benda2 ni better lah kan dr makan biskut oreo yg manisnakmati. and one thing, kalau buat sendiri, kita boleh kurangkan gula dan tambah benda2 lain yg lebih sihat.


3) Pencegahan


Jika korang tengah ada jerawat, elakkan ice cream, cheese cake or apa2 je yg creamy ohsedapnya. senang kata dairy products lah. sbb kajian kata benda ni berkait rapat. kira dia akan mengalakkan lagi pertumbuhan anasir2 yg tak baik ni. so korang kenalah dptkan calcium dr susu tu dr sumber lain. dr susu ibu keee. ahaahaa


ha, jgn stress plak baca ni. nak cantik tak? kalau taknak takpe, bantai je. jgn fikir dua kali. sekian. bye.


Sunday, May 1, 2011

Rock your vote!


anda umur berapa? saya 24 tahun. tapi sebab belum birthday baru 23 tahun. auwww! tapi sebenarnya tahukah anda kita dah layak mengundi ketika usia 21 tahun?? aku tahu. tapi masalahnya aku ada ATTITUDE idontcareaboutpoliticsyaww! HAHAHA. sampai sekarang pun aku mcm tu. sbb ntah, rasa cam malas. hmmm boleh terima tak alasan ni? takpe kalau taknak. saya faham.


beberapa bulan lepas, perbualan antara aku dan seorang rakan, rajan.

rajan : eh you dah register utk vote ke belum?
aku : errrrr belum. dekat mana nak register?tak tahu lah(padahal malas tahap ayam serama)
rajan : aiyoo you ar. post office lah. any post office pun boleh.
aku : ok ok. nanti i pergi (nanti tu tatau bila dlm hati aku, mungkin tahun depan)

PERBUALAN TAMAT(eh tak, perbualan lps tu takde kena mengena dgn entry ni)


tapi saranan rajan tu bagaikan angin lalu je...............(rajan jangan marah. HAHAHHAHA)


then 2 minggu lepas, sepupu aku sibuk nak tengok JUSTIN BIEBER : never say never. sebenarnya aku pun nak gak tengok. 3D siot. makcik aku belanja pulak tu. tapi aku bg ticket aku kat adik aku sbb aku nk teman yaya cari keje part time kat AEON. lalu, lepas sepupu aku, makcik aku dan adik aku masuk wayang, kami berdua pun berjalan-jalan cari kerja.


pastu sampai satu tempat ni ada sorang makcik tgh duduk. sebelum2 ni tempat tu tempat org derma darah. lalu aku pun buat cam bodoh je. yelah, aku emo. aku takleh derma darah. so tgk tpt pun dah emo. rasa nak terbalik2 kan meja kat situ. hahaha. ok tipu.


pastu, makcik chinese tu tanya, " you dah register as a voter ke belum?" then aku terus teringat perbualan aku dgn rajan. "DANG!" aku lupa gi post office(yela tu lupa padahal mmg malas nak gi) then aku pun jawab "BELUM". terus makcik tu panggil aku duduk lalu men-registerkan aku. AKU TABAH. tiada jalan keluar lagi. HAHAHAHA.


setiap banner kena ada model. bak kata taylor swift,"two is better than one"



ni lah makcik tu. terima kasih makcik. *cium pipi kiri kanan*



REGISTER NOW!!!!



aku tatau napa muka aku cam menangis. mungkin aku terharu KOT. muntah.


HA!! yg dah 21 tu dah register ke belum?????

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...