Mamas day!


SALAM!!!



happy mamas day to my mama! mothers day bg aku adalah hari2. cuma kalau mothers day yg mmg 8 may ni kita bg special sket. bagi hadiah utk mama and card. kebetulan birthday baba pun dekat2 dah dgn mothers day. so alang kepalang.


bezanya 8 may dgn hari2 lain ialah ada benda special. cam cake ke apa. memang lah hari2 pun sambut ibu kita. tapi takkan hari-hari nak beli kek. gemuk mak aku camtu. dah lah mak aku tgh diet skrg. mlm tak mkn langsung sehhhh. hehe.


so utk mamas day kali ni kitaorg buatkan mama tiramisu. adik aku, yaya yang beriya nak buat. aku sejujurnya mmg tak minat nak buat benda2 alah camni. kalau masak makanan takpe. tapi nk baking ke apake mmg walah malasnya. tapi dah adik aku ajak. layankan jeeeeee.. tu pun aku rasa cam koyak gak mulut dia ajak aku buat..ajak aku g tesco beli barang. ahhahaha.


tapi akhirnya jadi gak!



senang je buat tiramisu ni. HAHAHA. pejam sebelah mata pun boleh jadi *berlagak*


so, sbb dah dekat harijadi baba, kitaorg belikan sekali card and hadiah utk baba. tapi birthday baba 11 may sebenarnya. hehe. tapi takpe, nnt celebrate lagi. ngeh ngeh. sbb mama kne gi singapore. huhu.


kalau nak kata hubungan aku dgn mama adalah sangat rapat. dia cam kawan aku. sbb kitaorg cakap about everything. gossip ke apa ke. tanya pendapat ke. and aku rasa dlm adik-beradik aku, aku rasa taste aku lebih kurang je dgn mak aku. so bila beli baju ke apa ke sng. ehhe. alhamdulillah aku tak pernah lah bergaduh dengan mak aku. cuma kalau aku tak berapa setuju dgn dia aku diam. tu je. oh lupa, muka masam sket. HAHAHA.


bagi aku mama cam robot. sbb cam dia tak reti penat. mcm2 kerja buat. tapi still boleh senyum. sampai aku pernah tanya mak aku, " ma, nanti kalau angah dah kawin, tenaga angah akan bertambah ke mcm mama?" ahhahaha, reaksi mak aku : (-_-)


tapi.....dalam kegembiraan celebrate dgn mama, aku teringat juga pada Arwah Umi. Walaupun aku tak pernah jumpa dia, tapi she's special to me. ALLAH je yang tahu betapa aku nak jumpa dia, and kalau di izinkan ALLAH mmg nak sangat gembirakan dia. Moga-moga ALLAH merahmati roh Arwah Umi. Ada sikit memory about her dah cukup buat aku happy :')


Al-Fatihah to Umi Zailin.


I love my mama and Umi Zailin sangat sangat. Takde org boleh ganti dua-dua ibu ini. TIADA.


Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu di dunia. Aku harap aku akan jadi Ibu yang baik one day. InsyaALLAH. Amin.


Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tahi Anda

My Journey With Nutox

5 Tanda Kulit Sensitif