Monday, May 16, 2011

Hari guru!

16 Mei 2011 ialah hari guru. Sebelum-sebelum ni aku yang meraikan cikgu-cikgu aku. tapi hari ni aku yang dirai. :')


mungkin aku hanya cikgu tadika, tapi still lah cikgu gak.. cikgu tadika ke, cikgu tuisyen ke cikgu biasa ke lecturer ke.. asalkan dia mengajar, mendidik. dia lah cikgu. setuju?


kalau tengok dalam family aku mmg banyak yang jadi cikgu. baba seorang lecturer. cikgu lah tu.. mama guru besar which is cikgu lah gak kan.. makcik aku ramai gak cikgu.. pakcik aku..cikgu gak..kak sedara aku..nenek sedara..banyak lah pendidik dalam family aku..and 2 bulan lepas aku pulak join the group jadi cikgu.


jadi cikgu ni memang best. penat tu mmglah. cikgu tadika penat dia lain, cikgu sekolah menengah penat nya lain. kalau mcm aku penat nak layan kerenah budak2 lah. kalau dah nama pun budak2, mcm2 kerenah. mmg kadang-kadang rasa cam arghhhhh. tapi bila time aku arghhhhh tu, diaorg akan senyum, gelak2 then kata "i'm sorry teacher" mmg terus tak jadi marah.


lagi satu kepuasan nya jadi cikgu bagi aku ialah bila apa yang kau ajar, anak murid kau faham and ingat. ni mmg puas gila. sebab cam usaha kau berbayar. terharu gak kadang-kadang. tapi taklah sampai nangis. heh. and lagi satu budak2 ni diaorg ikhlas. mmg takde tipu punya. kalau dia tamau dgn kau, mmg dia tamau lah. tapi bila dia dah sayang dgn kau, mmg nak berkepit je. alhamdulillah, aku yang tak suka budak ni pun boleh berubah. and alhamdulillah, budak2 suka aku. hehe.


maka hari guru di tadika aku disambut biasa2 je. mereka bg aku air, kek dan banyak2 ciuman. penyek pipi aku. tapi bahagia :') and lepas tu kami ada swimming. seronok betul budak2 swimming cam dah 100 tahun tak mandi. WAKAKKAA.


dalam kelas.


seronok gila tgk diaorg mandi.


woohooooo!


sampai muka2 aku pun basah layan diaorg punya pasal.


akhir sekali, video dari zi shin, budak ni mmg keletah gila. umur baru 2 tahun. tapi sebut mmg jelas. and dia sangat rapat dgn aku. asyik nk dukung, nk cium. kalau tak layan dia merajuk. HAHAHA.



video



akhir kata, selamat hari guru buat semua guru2 di dunia. especially to me. WAKAKAKA.

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...