Tuesday, May 10, 2011

Should i cheat?



Skandal? Crush? Teman Tapi Mesra? Ini semua istilah2 yang akan mendorong kepada gejala kurang sihat. ok, kita letak situasi nya begini. Love hanya untuk seorang. And yang sorang tu jelah yang kita tengok, jaga, belai(geli) utk dah kawin je ni dan sebagainya.

Kebanyakkan orang yang in a relationship with someone yang dia really in love with, diaorg takkan jangka yang diaorg akan suka kat orang lain. betul? Most people think it will never happen to them, lagi2 kalau dah kawin. Tapi apapun boleh jadi. Kan? kan?

Selalu nya benda ni terjadi bila kita dgn pasangan kita ada crisis, ataupun pendapat dah tak sama, kurang tolak ansur, kurang hubungan intimasi( ni yg dah kawin) dan yang paling major ialah bila kita KURANG DIBERI PERHATIAN oleh orang yang kita sayang. jangan tipu kita mmg sukakan perhatian. kalau aku ya, aku mengaku. ataupun sebab2 lain lah. malas nk fikir banyak2. hehe. so bila ada orang lain yang berjaya GRAB attention dari kita. masa tu lah benda2 ni akan start. jangan nafikan, mula2 kita akan menamakan ianya teman tapi mesra ataupun "ala, dia crush aku je, minat2 gitu je" ataupun, "ala aku belum kawin, rileks lah skandal jeeeeee"

tapi sebelum korang mulakan agenda ini fikir!


1. “Am I really falling in love?”

Bila kita in a relationship with someone. kita mesti cakap ,"I LOVE YOU". and kita meant it. But then kita falling for someone else. What’s next? Kita buat skandal? Jadikan dia teman tapi mesra? Setuju tak kalau aku kata orang yang tengah di lamun cinta or angau la senang kata, apapun tindakan dia, kadangkala boleh jadi tak rasional. sbb based on emotion jeeee. SO, bila rasa kita dah mcm nk suka orang lain. what you have to do is SLOW DOWN. and tanya diri kita, "AM I REALLY FALLING IN LOVE?" or i just feel lonely??

Kajian mengatakan, jika perkahwinan pertama seseorang tu gagal. tendency utk perkahwinan kali kedua gagal pun tinggi. sebab ada antaranya sbb yang mcm kat atas tu. bila orang dah tak bagi perhatian. kita rasa kita deserve someone else. or its ok to have orang lain.

Percayalah, nak dapat duit mmg senang, tapi nak dapatkan kepercayaan dari orang yang kita pernah tipu. SUSAH.




2. “Should I tell my gf/bf/spouse?”

Jujur itu bagus. Bak kata pepatah, "honesty is the best policy". Tapi bila kita dah tertarik dengan orang lain. Wajarkah kita bagitahu kat pasangan kita. ada advantages and disadvantages nya untuk berlaku jujur. Kalau korang dah sampai tahap nak clash dgn bf/gf atau decide to leave the marriage, korang kena cakaplah kan sbb apa nk clash/leave the marriage.

WHY? WHY? and WHY? tapi cuba fikir, kalau lah korang bagitahu pasangan korang derang boleh hurt gila babeng laaa and possibility untuk trust derang hilang pada korang sangat tinggi. INGAT! bukan senang nk dptkan trust dari someone. apa yang boleh korang buat, try talk to someone yang ada experience in life. Cerita kat org tu, apa yang buatkan korang tertarik dengan pasangan baru korang ni. and adakah masalah itu berpunca dari kurangnya benda tu pada pasangan korang sekarang. eh cam berbelit plak. baca banyak kali, mesti boleh faham.


3. “Am I gonna repeat the same thing over and over again?”

Benda ni normal. kebanyakkan dari kita mmg takkan belajar dari kesilapan sendiri. Memang lah orang kata, pasangan tu terima kita seadanya. TAPI apa salahnya berubah untuk kebaikan dalam perhubungan. benda baik. tak salahkan?

Apa yang aku tulis sebelum ni, kenapa perkahwinan/relationship kali kedua biasanya akan gagal juga. antara sebabnya ialah kita ulang benda yang sama dengan apa yang kita buat dengan pasangan kita yang first. so, its all the same thing over and over again. memang sampai bila takkan sudah. Kita selalunya tak belajar dari kesilapan. Aku tak cakap orang lain, aku pun sama. Apa yang aku perhatikan dlm relationship aku previous2 ni, bila gaduh je, asyik benda yang sama, tapi aku tak berubah. Aku mmg sensitive. or should i say OVER sensitive. so mmg problem lah..HAHAHAHAHHAAHA. tapi skrg dah ok dah. mmg lah ok, dah takde sapa nk gaduh dgn aku dah. heh.

Kesimpulan nya kalau korang sedar benda tu salah korang or salah pasangan. tegur pasangan atau try ubah kalau tak, memang akan ulang benda sama jeeeee sampai kerepot. HAHAHA.

4. “If I stay, can I still keep the new person in my life?”

Benda ni mmg selalunya berlaku. Kita jadi tamak. Yang tu kita nak, yang ni kita nak. Aku pun tamak gak kadang-kadang. huhu. benda ni normal. jangan malu.

Sekarang ni fikir balik, SHOULD I CHEAT? kalau korang rasa tak. means korang kena repair balik hubungan dengan pasangan korang. which means, putuskan hubungan dengan skandal/crush/teman tapi mesra. Takde call2, surat menyurat, email, sms, mms, telegram ke or even facebook! kang nak stalk2 plak. BIG no no! cannot keep ahhh. must move on maaa.

asal kita berhubung je, tendency kita nak rapatkan jurang tu mmg besar. dah kata ada attraction kannnn. huhu. tgh hangat. mmglah cepattt je. Kena jadi kuat sikit kalau kita betul-betul nak selamatkan hubungan kita. Kalau nak selamatkan lah kan. HAHAHA.

aku nk bg nasihat lebih2 pun takleh sbb situasi orang lain-lain. maybe situasi aku lain. apa yang aku boleh kata, "bukan senang nak cari orang yang sayang kita kat dunia ni, kalau dah ada tu, hargai lah betul-betul. dalam hubungan ni mmg lah ada pasang surutnya kan. mana boleh asyik nak happy je. setuju?" PLEASE BE GRATEFUL.

last but not least, sila layan video ni...
CLICK HERE

and now, ask yourself, SHOULD I CHEAT? *tepuk dada, fikirlah. asalkan jgn tepuk buah dada orang sudahhh*

No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...