hari ni hari khamis. esok jumaat. macam biasa aku gi sekolah. mengajar kanak2. mmg huru hara harini sbb helper aku takde. so aku yg kena buat semua benda. agak kelam kabut lah sbb aku bukan nya faham sangat bahasa cina. budak2 pulak cakap cina je. aku iyaaa kan aje lah memanjang. AHHAHA. mmg agak penat. eh bukan agak. mmg penat punnn. sampai aku terfikir, aku patut reward diri aku dengan makan MCD. (alasan sebenarnya nk mkn MCD)
tapi bila balik kerja, aku tak gi pun MCD sebab terfikir GEMUK kang makan MCD. cancel. terus aku balik rumah. tetiba lepas lunch, adik aku cakap, "kul berapa kita nak g AEON?" then aku yang pelupa lagi blur baboon. "nak buat apa g AEON?" adik aku balas, " kata nak starbucks, upah ko" (upah untuk aku amek dia hbs sem) lalu aku dgn pantas membalas," ok sekaranglah, nak smayang jap". laju je kannn bila dengar kopi. DASAR betul aku ni. lagipun adik aku nk belanja. kira belanja separuh lah. sbb bagi sepuluh hengget je. HAHAHA. jgn marah. terima kasih yaya. muahhhhh.
pastu aku pun call kawan adik aku, fiza. sbb hari tu dah janji nak minum starbucks sama2 yang masa dpt diskaun 50%(KONON) tapi lupa ajak dia. so aku pun ajaklah. maka kami pergi ber-empat. aku, yaya, nana, and fiza. datang2 terus serbu starbucks. nafsu membuak-buak dahagakan kopi.(ni aku je)
aku dan fiza.
happy with my dark mocha
gaya sentap. tapi ni over sangat. mari baiki.
ok, better!
pastu baru2 ni aku cam dah minum caramel frap. okla, kali ni minum dark mocha frap pulok. dahlah mocha, dark plak tu. mmg kuat kopinyaaaa..YIHAAAAAA. aku pun bayar. pastu minum. slurpppppp slurppppp. (masa ni budak bertiga tu tak sampai meja lagi, suku air aku dah habis. nampak sangat pelahap) pastu kami pun lepak2. borak2, gelak buat cam starbucks tu bapak aku punya. pastu tetbe, " tuiiii..." aku keluarkan something dari air aku. ada cam yg plastik aluminium yg selalu kalau kita bukak susu kotak besar tu. banyak gila ok. dah lah cam tajam benda tu. tapi aku buat bodoh je mula2.
bila aku sambung borak, minum lagi...tersekat lagi kat mulut aku. kali ni besarrrr punya. pe lagi, angin aku. terus aku bangun... adik aku kata, "mesti dia bg yg baru nnt" dalam hati aku mmg berharap. AHHAHAA. aku pun cakap dekat barista tu. "ni apa benda ni? dah 3 kali saya telan benda ni" (HAHAHAHA. exaggerate gila, bangang sangat aku nk telan aluminium) pastu dia panggil barista yg buat air aku tu. "sorry miss, i buatkan you yang lain. you nak yang mana?"
"mocha frap venti"
barista ketakutan : " nak extra coffee ke?"
" ok, extra coffee" (dah alang2 org offer, kalau tak if mintak extra coffee kena bayar siot. dah alang2 free. hantam saja!)
maka aku dapat lah mocha frap extra coffee venti satu FOR FREEEE! AHHAHAHA. lepas tu dia siap bg kupon minum air free. sebenarnya kita kena kumpul 10 cop br dpt air free. tapi sbb aku dah TER-telan aluminium kan..dia bg terus 10 cop FOR FREE also!!!
YIHAAAA!!!!
ni kupon beli dark mocha. baru satu cop siot. heh.
then, nak jadi lagi best, masa aku beli dark mocha frap tu. dia bg benda ni.
buat survey ni. maka starbucks bg upah air. tapi TALL je. apapun FREE! tu yang penting. HAHAHA. so pergilah beli nnt boleh buat survey ni so dapat air FREE!
maka ini lah aku yang bahagia dgn mocha frap yang FREE! dan lagi 2 frap FREE! ALHAMDULILLAH rezeki. :)) *berfikir bila nk claim ni, hmmm*
No comments:
Post a Comment