Thursday, February 24, 2011

TIPS 3 : nak nampak kaya?

ok, kat dunia ni siapa yg taknak kaya? cuba cakap. cakap cepat. takde kan?? tipulah tanak. tapi entry ni bukan entry nk cepat kaya eh..ni entry nk nampak cam kaya. MACAM je. sebenarnya tak. HAHAHAHA.

pasti anda, perempuan khususnya gemarkan perhiasan bukan? ni bukan perhiasan seperti pasu semua tu eh. ni perhiasan di badan. seperti gelang, rantai, cincin bla bla. tp entry ni aku nk cerita pasal gelang. hehe. ala benda bulat2 tu. ehhe.

senang cerita la kan, kat dunia ni ada macam2 jenis perhiasan. contoh cam ada jenis emas, perak, silver, zulian, plastik dan sebagainya. tp aku tanak ckp pasal benda2 tu semua pun. HAHAHA. sbb bg aku, aku suka perhiasan seperti JED. tahu kan? yg biasa nya warna hijau tu.

bagi pendapat aku, ni pendapat aku tau, aku rasa JED adalah perhiasan yang melambangkan kekayaan. kau pakai gelang dia satu pun, dah cukup. CUKUP! nampak sgt simple, tapi sangat anggun. biasanya orang cina yang pakai jed. tapi aku sukaaaaa GILA babeng dgn jed. bila ada offer kat JJ, mesti aku excited terlebih. padahal tak mampu nk beli pun. sbb satu gelang harga boleh cecah ribu. tp setakat ni yg aku suka harga rm800. mampu kau? aku tak.


cantiknyaaaaaaaaaaa!


ok, setelah aku GOOGLE, aku jumpa ni :

" JED adalah simbol kemuliaan, maruah, dan ketinggian taraf. Tukang-tukang yang membuat perhiasan jed adalah antara orang yang terkaya di China. Corak yang biasanya menjadi pilihan ialah corak pic, itik mandarin, rusa, kelawar, serta ikan. Setiap corak ada maksud tersendiri. Sebab itulah harga jed mahal ".

sebenarnya, kecintaan terhadap JED ni timbul masa EX-bf aku bagi hadiah gelang jed. aku yang blurr lagi bengong ni cam "apa kebenda mamat ni bg aku gelang hijau2". tapi lama2 suka. ala, dah kata boyfriend, bg apa pun suka, sayang lerrrr katakan. dulu ah, skrg tak. so sejak tu dah jatuh cinta pada JED.


pencetus kecintaan terhadap JED


menarik bukan? tambahan pula, aku rasa kalau pakai gelang emas banyak2 tu alahai, serabot gila. baik pakai JED je. simple. dulu aku ada beli gelang jed ni, rm4. WAKAKAKA. tp dah nama pun ciplak, jatuh sekali berderai. hampesss. lalu baru2 ni aku gi pasar malam, aku beli lagi, tapi pasar malam mahal siott..hojaqq punya pakcik..dia caj aku rm 10. hakk tuiii...



gelang JED tiruan kesayangan ku.


tapi last year, tetiba jusco dekat rumah aku buat sale gila babeng punya. termasuk lah gelang JED idaman kalbu pengarang jantung hati. harga ratus. berapa eh, rm 170++ tak silap aku. tapi ada 70%. WOAH!!!! aku terus sambar. tapi hakikatnya, gelang yang aku beli tu gelang BUDAK KECIK sebenarnya. HAHAHAHA. sbb tu murah. kalau org tua punya, MIMPI la kau amni.



gelang budak kecik je aku mampu. memang sangat halus di tangan ku. ada aku kesah???!! asalkan aku ada JED asli. HAHAHAHHA.


p/s : saje je buat tulisan JED tu kaler hijau. EXCITED terlebih. heh.



No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...