Sunday, August 28, 2011

Hari Raya Hari Mulia Part 1


SALAM!


Raya tahun ni adalah sangat best. Seronok. Macam-macam rezeki ALLAH bagi. Syukur Alhamdulillah.



Persiapan mmg mcm tahun2 lepas. Baju bla bla semua lengkap. Masa aku teman yaya and nana shopping handbag raya, aku tahan je. sbb mama kata, "kalau nak, beli pakai duit sendiri, masalahnya aku terlalu banyak komitmen lain yg nak di penuhi selain daripada membeli sebuah tas tangan, eh sebuah ke? lalu aku pendamkan saja keinginan hati nafsu serakah" Lagipun fikir, handbag melambak, yg HJ bg pun baru guna 2 kali je HAHAHAHA gilatamak.



Tapi still, sedih gak sbb biasanya tahun2 sebelum ni mama belikan. Bab kasut mmg takde hal, sbb kasut yg beli tapi tak pakai lagi pun melambak. so kira amik mana2 pun buat jadi kasut raya apadehallll. AHHAHA. tudung raya mmg tak beli. pakai yolah apa yang ada.



Tapi, kalau dah nak di jadikan rezeki tu kan, still dapat gak handbag baru. HAHAHHAHAHA(gelak penuh kepuasan) lama mengidam handbag pengarang jantung cinta hati. nak beli sendiri mmg tak mampu. sama dgn gaji sebulan. mampu kau?? aku tak. gaji aku kecik je. cukup2 buat makan je. eceh..



Thanks HJ. awak selalu pakaikan saya dgn benda baik-baik. eh salah benda2 yg saya tak mampu pakai. WAKAKA. nnt saya belanja awk pulak ye :)



Alhamdulillah juga, ramadhan tahun ni aku dapat kerja. Syukur. Dapat juga macam2 lagi rezeki. Voucher dr beautician rm 1500. Tak sia2 pergi spa sebelum raya. huahuahua.



Bab kuih raya pulak, tahun ni buat sendiri. Gila lah. First time aku buat sendiri. Uli guna tangan. Tangan aku ni, macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Nak buat kek, tapi hidayah belum sampai. Tungguuuuuuuu...



Akhir kata yang tak berapa nak akhir, tahun ni mesti dh tak dapat duit raya kan? Aku br dapat rm 100. balik kampung kena menyamar jadi budak kecik tapi muka kertu pulak. layankannnn kalau ada rezeki, dapat juga. hehe. *berharap*



Dilema hari raya :

nak pakai yg ni ke?


ke yang ni?



POYO gila mcm nk kena tampar.



Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Kalau terkasar bahasa, terlanjur kata, termen-hanjeng. Sesungguhnya kadang-kadang mmg tak sedar, atau buat2 tak sedar. Bak kata pepatah, buat baik, di balas baik, buat jahat, tahi lah kau dapat (ni nk minta maaf cam nk cari gaduh)


okbye.




5 comments:

  1. Kau memang poyo... hee.. jgn marah.. gurau je.. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin.. =)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  3. waahh.. blog sudah tukar langsir... meriah sungguh.. =)

    ReplyDelete
  4. bosan,bosan..pi la jalan,jalan..tapi ko dah abis shoping kan..tido je la..kot2 bangun terus buke puasa..

    ReplyDelete

#apaajmasak : Resipi Ayam masak Kicap dan Sawi Oyster

Salam Baru nak start menulis balik sebab dapat laptop baru dari IBM hahahhaha perangai kan. Btw aku dah pindah rumah sendiri. Ma...