Kadang-kadang


kadang-kadang
aku rasa aku ok,
kadang-kadang aku rasa aku kuat,
kadang-kadang aku rasa aku dah bergerak even selangkah pun,
kadang-kadang aku rasa aku boleh terima semua ni,
tabah.

tapi sebanyak mana kadang-kadang pun,
kadang-kadang aku rasa aku tak ok,
kadang-kadang aku rasa aku tak kuat pun,
kadang-kadang aku rasa aku tak pernah bergerak,
masih disitu, tak berganjak walau setapak,
and even worse kadang-kadang aku rasa benda ni mcm bukan reality.

kadang-kadang aku rasa nk putar masa,
nak make things better,
nak buat lebih baik,
mungkin kesudahannya tak macamni,
mungkin lebih baik.
siapa tahu?

tapi,
kadang-kadang aku fikir mungkin ini yang terbaik,
setiap benda ada hikmah.
tapi,
entahlah.
masa depan, ALLAH je yang tahu.

kadang-kadang aku rasa penat,
penat sangat,
tapi kadang-kadang sepenat mana pun,
aku tetap tak nak give up,
tetap nk cuba,
tapi kadang-kadang kita kena give up,
mengalah tak semestinya kalah.

kadang-kadang aku tertanya,
kenapa susah?
aku lemah?
mungkin.
soal hati. susah nak describe.
aku harap masa boleh tolong.
tolong ya, wahai masa.
aku harap sangat-sangat.

kadang-kadang aku tak tahu apa yang aku cari,
semua kelam,
takde bayang,
takde petunjuk,
mungkin belum masanya,
mungkin.

hope for the best, prepare for the worst. AMIN :)


Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tahi Anda

My Journey With Nutox

5 Tanda Kulit Sensitif