Sunday, October 30, 2011

Kesudahan


SALAM!!!


Hari ni hari minggu, maka saya tak berapa busy. Kalau busy pun tu buat2 busy sbb malas lipat kain. grrrr! apa lah nak jadi.. huhuhu..



Apa kesudahan nya entry ni? Tajuk pun dah cam menyampahkan je (kata akar dia sampah). Oklah, kesudahan ni sebenarnya nak cakap pasal kesudahan yang aku ambil akhirnya.



Siapa yang pergi kerja make up? Ala bukan lah make up yg melampau2. Just bedak and eye liner. Tapi still laa blh buat muka kita nampak different gak.. Kannn?? Masuk hari ni dah sebulan lebih aku kerja. Sepanjang aku kerja, hari2 pun aku pakai eye liner.



Pakai eyeliner mmg blh buat mata kita nampak lg besar bla bla bla. Tapi....... bila lepas solat, amik wudhuk, muka jadi cam org EMO &#&#&@*(&*(&#@(*&. haram. Macam muka org kena tumbuk pun ada gak. Lama gak aku fikirkan solusi masalah ni. (bajet cam masalah besar gila) ok fine, besarlah untuk perempuan mcm i ni.. heh.



So, setelah aku fikirkan banyak kali, maybe i should stop pakai eyeliner, or else bila lepas wudhuk nampak cam geng EMO dekat Times Square. Ish. Nasibaik tak pakai baju hitam hari2. Dan kesan masa panjang dia, bila eyeliner tu dah turun ke bawah mata, bila nak remove dia cam ssh, kena gigih mcm sental daki badan kannnnn....and setahu aku kulit area mata adalah yang paling lembut. SO..... kena EXTRA care.



muka sebulan bekerja. eyeliner ada.




bila lepas wudhuk, eye liner smudge. efek harus berlebihan. hahahhaHARAM apakau igt cam askar conteng2 muka.



so, aku decide untuk beli ini...


Revlon Super Lustrous Really Red Matte 006



Make up is always about highlighting only one part of ur features. Means kalau dh beriya make up mata, go easy on ur lips and vice versa. So, aku ambil langkah ini. Go easy dengan my eyes, but highlight my bibir mungil instead. *statement membunuh*



TARAAAAA... ha, ce tgk bawah mata tu, bila aku hilangkan eyeliner, dia still cam gelap kann.. tu yang saya tak gemor. ishhh.




mata yg harus dapat EXTRA care. nk beli eye cream duit takde. Mahal ok. So, ukurlah baju di badan sendiri, ambil alternatif lain.



Adalah dekat 1 jam gak aku duduk kat kaunter revlon tu try merah yg mana sesuai dgn kulit muka. Actually, semua perempuan pun sesuai pakai lipstick merah BUT kena ikut skin tone. Try google video Michelle Phan. Dia ada ajar cemana nk cari red lipstick yang sesuai utk muka kita.



Maybe ada org fikir, this is not important. Ada yang gi keje tak make up apa. But to me, HELL NO. Appearance mmg penting. Remember first impression? Yes, itu sangat penting. Kalau kita selekeh je, tendency for people nk ambil kita serious pun tipis. Orang akan fikir, "diri sendiri pun kau takleh jaga, kau nak jaga company?" lupakannnnnn..



Bukan lah nak kata make up lebih2 smp pakai bulu mata palsu ke apa, but kena look good, kemas, bersih. Percaya lah, dalam dunia sekarang, orang dah tak tgk sgt CGPA kau. Orang tgk cemana kau berkomunikasi, cara kau bawa diri, cara kau sesuaikan diri, teamwork semua bla bla..



So, dont take things easily. Work for it. Ok, itu sahaja. Bye!


Wednesday, October 19, 2011

3 makanan peyumbang STROKE


SALAM!!!!



Apa khabar anda sekalian?



Hari ni nak share pasal 3 makanan yang menyumbang stroke. 3 je. tak banyak. ok? kalau anda mmg dah kurangkan/avoid makanan ni baguslah. Ucap tahniah pada diri sendiri sambil kuarkan duit kat ATM sendiri, beli lah apa2 sebagai reward.


So, basically apa basic knowledge yang korang tahu pasal stroke? kalau aku, aku akan jawab, " ha, stroke tu cam penyakit yg selalu dalam drama melayu tu.. Kalau anak buat hal ke, laki kawin lain ke, kan biasanya orang tu akan kena stroke.. kan kannn" huhu.



Tu bukan definition yg benar, hihi. Based on PubMed Health :


"A stroke happens when blood flow to a part of the brain stops. A stroke is sometimes called a "brain attack."

So, berbalik pada tajuk asal. Apakah 3 makanan yang menyumbang kepada stroke si jahat ni.

#1

Biskut, Cekedis dan Pastries

sedap kan? ye, saya tahu.



Muffins, donut, cekedis, biskut bla bla. Semua benda ni mengandungi trans fats yang sangat tinggi. Kebanyakkan makanan ni semua mengandungi, minyak yang di hidrogenkan supaya makanan2 tadi tahan pada suhu bilik. Tahukan suhu bilik berapa. Ada sesetengah makanan yang tak tahan, sbb tu kita perlukan bantuan peti ais. Tapi makanan2 yang kat atas ni dia rileks je duduk kat suhu bilik. Apedehallll kami ada agen yang membantu. Makanan yang mengandungi trans fats juga adalah seperti makanan yang disejuk beku, salad dressing, french fries, cake mixes, and whipped toppings.

Trans fats ni dia adalah artery-blockers yang sangat bahaya. Dia boleh merendahkan kolestrol baik dalam badan kita dan meninggikan kolestrol jahat. Apa jahat sangat ni??? Tak boleh ke bagi kami makan pastries???? PUI laaaa.. Berdasarkan kajian, wanita yang makan 7gram trans fats (2 ketul donut/ separuh dr portion french fries) 30% daripadanya akan kena stroke.


#2

Daging yang di process

Apakah yang di maksudkan dengan daging yang di process? Daging yang di process adalah seperti hotdog! ya, hotdog itu kegemaran aku. ohhh (-____-) salami, ayam goreng yg cam drumet tu.


Masa aku high school, aku selalu makan drumet, hotdog bla bla sng cerita semua benda yang segera sbb yela budak tgh nak naik, makan pun banyak. Sampai satu tahap, dia kacau aku punya period cycle. OHHHHHHHHH ni bahaya. mak aku yang prihatin lagi sayangkan diriku pun bawa g doctor. Doctor suruh kurangkan makan makanan yg jns2 gitu. Sejak dari tu aku kurangkan. Memang kurangkan until now. Now pun kalau makan, tu bila mak aku tak larat nak masak, so goreng drumet. Tapi adalah sebulan sekali je kot. HAHAHA. nampak sangat mak aku rajin masak. hihi.


TIDAAKKKKKK!!!! HOTDOG 1901 (-______-)


Daging yang di process menyumbang ke arah stroke melalui dua cara.

1. Sodium yang di letakkan di dalam daging tersebut

2. Bahan pengawet yang di gunakan untuk mengekalkan ke-enakkan nya dan mengelakkan daripada rosak. (Sodium nitrate & nitrite) Sodium nitrate dan nitrite ni dia boleh directly rosakkan kita punya saluran darah dan menyebabkan arteri kita jadi keras dan sempit, dah jd camtu dah confirm2 rosak. Lama2 saluran darah kita akan jadi makin sempit, and akan lead ke stroke.

#3

Diet Soda

Coke light??? Diet Coke? Ni mmg fav aku kalau g fastfood restaurant. Selalu kita rasa benda ni boleh bantu kita maintain weight. lebih sihat. Oklaaa sihat sikit lah kann. HAHAHA. Tapi sebenarnya minuman camni pun menyumbang ke stroke.



Orang yang minum diet soda mempunyai potensi terkena stroke sebanyak 48%. Berdasarkan kajian dari Universiti Columbia, 2500 orang berusia 40 tahun keatas yang minum diet soda, 60% daripada nya menghidap stroke, serangan jantung dan lain-lain berbanding orang yang tak minum diet soda. Kajian masih di jalankan. Pakar nutrisi menasihati supaya siapa yang taknak kena stroke, sila laaaa stop minum diet soda. Ok, thank u pakar nutrisi. saya minum air masak je bila g burger king. HOH.

Kesimpulan dia, senang je. jangan makan garam banyak. habis cerita. Benda kalau makan berlebihan memang tak elok. Kan dalam Islam pun kata bersederhana lah dalam semua benda. Tak gitu??



Ni antara nama2 lain bg garam, so bila beli makanan ke apa, check lah kalau rajin dan tak nak kena stroke.


  • Baking soda
  • Baking powder
  • MSG (monosodium glutamate)
  • Disodium phosphate
  • Sodium alginate

Tetbe aku terbayang kalau mak aku cakap masa tgh masak, "Angah, tlg ambik kan disodium phosphate bg mama". HAHAHHAHA. gilaa laa cikgu sains pun tak mcmtu. HEH.


Okbye.

Thursday, October 13, 2011

OMG BUSYNYA

SALAM!!


Haruslah aku men-CAPS LOCK kan tajuk sebab aku mmg busy betul. makcik jual nasi lemak pun tak busy cmni.. hoh hoh.


Banyak benda nak update tapi nntlah semua nya dalam otak, masa sangat mencemburui kita. Eh tak, cemburu kat aku je. sbb tu aku sorang je busy.


Ok dah bye. nak sambung kerja. Pui laaaaa keje melambak. (-________-)


tak sabar nak update pasal ni


Thursday, September 29, 2011

Kebahagiaan dalam kecantikkan

SALAM!!!



Ya ampun. Bosan nya diriku. Bosan gilaaaaa.. Training dah habis. Test dah buat. Sekarang tengah tunggu big boss from US bg access kat databases. Sementara tu kerja aku, makan, kacau orang, makan lagi, melayari internet, baca emel 567 kali, pergi tandas bla bla bla.. BOSAN. So, marilah kita kurangkan kebosanan ini.



Kalau baca tajuk entry apa yg korang dapat simpulkan? Any assumptions? kecantikkan seringkali di kaitkan dengan perempuan. Betul tak? Siapa dalam dunia ni tak suka dengan kecantikkan? Tipulah tu kannn.. Aku mmg suka dengan kecantikkan. kecantikkan tu subjektif. Bukan setakat perempuan cantik je kita panggil kecantikkan.



Perasan tak betapa gembiranya seorang perempuan bila di puji cantik. Ataupun apa yang dipakai oleh seorang perempuan itu dipuji cantik contoh macam orang kata, "eh cantik gincu yg awk pakai ni, beli kat mana???" bila orang cakap mcmni pun kita happy. kalau aku, aku happy lah. hehe. tapi aku tak pakai gincu. heh.




kenapa kau ni cantik sgt olivia *STRESS*



Ada satu connection antara perempuan dan kecantikkan yg buatkan kita akan happy. Mungkin sbb kecantikkan tu lumrah wanita. Kan? Selalu kalau aku pergi spa, lepas dah habis treatment mesti aku happy, walaupun sebenarnya aku buat facial je punnnnn. Kebanyakkan perempuan happy bila dah accomplished something yang berkaitan dengan kecantikkan.



Contoh-contoh lain :


1. "Happynya dapat beli baju tu, mesti aku nampak cantik nnt"
2. "Aku suka kaler gincu ni, nampak cantik kat bibir mungilku"
3. "Lembutnya kulit aku lepas facial, bertambah keyakinan diriku"




Persoalan nya sekarang, kenapa perempuan begitu gembira dengan kecantikkan?




Berdasarkan kajian Michelle Segar, behavioral psychologist kat University of Michigan’s Institute for Research on Women and Gender. Hasilnya :



#1


Perempuan sebenarnya terlalu busy dengan everyone else, until satu tahap, dia takde masa untuk diri dia sendiri. So, simple things pun dah boleh buat dia happy. Salah satu daripadanya ialah in terms of beauty. Contohnya seorang ibu yang bekerjaya, most of them takde masa untuk diri sendiri. That's y bila they did something untuk diri mereka, dia punya happy, bukan main lagi.



#2

Perempuan-perempuan yang depress biasanya adalah perempuan yang tak cantik. HAAA, boleh tak aku ckp gitu. kuang ajar betul lah kau ni amni.. tapi cuba kalau korang tgk sekeliling korang, (ok, sila tgk sekarang) perasan tak, kalau org yg cam serabai tu je, nampak dia cam depress kan? kebanyakkan org yg aku nampak serabai, mess up tu, mmg muka cam depress gila. HAHAHA. tak kira lah perempuan ke, laki pun sama je. PUI.




#3


Menjaga kecantikkan diri boleh membantu kita rasa lebih confident dan gembira. Dan bila kita selalu happy, kita akan jaga diri kita dengan baik. Nampak tak connection dia? Macam contohnya aku lah, setiap minggu pun aku nk gi SPA sbb tu aku selalu happy. HAHAHAHAHA. example mcm nk kena tampar.


#4

Kajian yang dilakukan kepada lebih 25 ribu orang awal tahun ni, mendapati orang yang cantik lebih happy sebanyak 10% compared to the less good-looking people. And yang lagi best, they earn MOREEEEEE.



Pada pendapat aku, yang penting kita kemas dan bersih. REMEMBER! first impression tu sangat penting. Kalau ko mess up, mmg semua negative je pemikiran orang yang keluar. Takde nya orang nak kata, "Oh dia tolong parents dia berkebun kot pagi td, lepas tu terus pegi office" MMG TAKKKKK. mulut orang tak mcmtu. Okla kalau ada pun maybe lah sorang dua.



Apapun kembali kepada niat kita, jangan kita nak cantik2 sebab nk bangga diri. eh jangan tak baik tu. ALLAH marah okei. nnt tetbe ada org simbah asid. haru haru.



Contohnya :



Dulu aku gemuk tahap nk kena terajang punya. 77kg. ok, jangan imagine, nnt tak cute lah aku. hehe. So, aku berazam nak kurus. SEBAB, nk sihat yang utama. nak cantik tu adalah gak. sebab mmg betul, kalau ko cam tak keruan gemuk ntah pape bla bla ni mmg confident level agak low. SERIOUS SHIT. tak tipu. aku dah pernah rasa. So, mmg aku work hard for it. And when aku dah lose weight sikit, alhamdulillah, dah ok lah confident level I tu, kadang2 terlebih confident pulak. AHAHAAHAHAHAHHA.


dulu.....

gemuk kan? korang rasa nk picit2 pipi aku ke nk lempang je muka aku? heh



sekarang..




Kesimpulan dia, apa sahaja yang buat korang happy. Tak kisahlah dengan hanya memakai lip gloss ke apa, PAKAI LAH. jadikan anda seorang yang happy dan berkeyakinan. Kerana benda-benda ini smua comes from within. Kita sendiri yang kawal otak kita. Melainkan ko robot terminator lah kan.. cheh..



Kalau rasa suka menari, menari lah, suka pergi spa, pergilah. Buat apa sahaja yang korang suka, simply because YOU DESERVE IT!!! and satu ayat BIG BOSS aku yang aku suka masa meeting hari tu, dia kata :



" IF YOU LOVE SOMETHING, YOU'LL FIND AN EXTRA TIME FOR THAT THING. EVEN IF ITS ONLY 15 MINS"



So, start now.. be happy.. you'll look beautiful :)



salsa anyone?


okbye.ada birthdaypartypulakkatopisni.


Friday, September 23, 2011

Skin Care



SALAM!!!!



Amboi amboi amboi kemain lagi banyak org tanya kat formspring pasal skin renew nak beli kat mana. eh eh eh eh, pergi lah click kat link tu cari cawangan dia. Malas betul ye. Lemak kat tangan tak elok simpan nnt nk kawin susah nk beli cincin. *tiba-tiba*




Ada juga yang tanya, betul ke pakai bb cream tu SAHAJA kulit jd elok. Aku nak cakap pun tak tahu. Tapi so far so good lah. Ke mmg muka aku ni pakai apa pun dia layankannn je.. Ha, tu mungkin gaklah kan...




Tapi other than skin renew tu, aku ada juga guna Pure Water Facial Mist from The Face Shop. Lama berzaman dah aku guna. Dah dekat setahun. Hasilnya masih sama. So kesimpulan yang aku boleh buat, mungkin benda ni membantu jugak kot.




BACA ENTRY INI




Apapun product yang korang guna. Pastikan ianya halalantoyiban okei.




Sekian. ok ni bukan kat office. Bye.


Wednesday, September 21, 2011

Symptom Checker


SALAM!!!


Kembali lagi aku ber-blogging di waktu kerja. Sebenarnya sekarang tgh training. Tapi belah pagi je, petang I free. sementara ada masa ni baik kita berkongsi pengetahuan. kan? Sharing is caring kan? Tapi share suami tak eh. Tak rela okei.



Ok, berbalik pada tajuk asal. Apa maksud simptom? symptom? sep sep tom tom tom? lempang nak? basically symptom ialah tanda-tanda atau sign yang korang dapat untuk sesuatu penyakit tu. Biasanya melalui symptom2 ni lah doktor detect apa-apa penyakit. Bila ada symptom, maka doktor akan syak something is not right kan? then they will run a test/ tests untuk confirm kan apa jenis penyakit yang korang hidapi.



Aku memang suka baca anything pasal kesihatan. Kalau korang baca entry2 aku pun banyak pasal kesihatan kan? kan? takde cete aku g date ke apa. sbb mmg tak g (-_-) so, di sini aku nak perkenalkan satu website kesayangan aku. Ni website kesayangan aku tau, korang tak boleh curi. Kalau curi kecik hati aku nanti.



Click kalau sayang aku



tipu je yang atas tu website longchamp sebenarnya. hihi.



SINI





nampak tak? banyak symptom2. antara nya ear pain, chest pain, back pain. kalau antara symptom2 ni takde yang korang alami, korang just boleh type symptom apa yg korang alami. pun bolehhh. tapi kalau type symptom2 makan tak kenyang, mandi tak basah yang tanda jatuh cinta tu, memang doktor ni keluar dari skrin lempang muka korang. haaaaa..



Aku kadang-kadang sakit dada sbb asthma. So aku pun buat symptom aku chest pain.




Pastu dia akan tanya lah mcm2 soalan. Jawab dgn jujur okay. Tapi soalan ni takleh blah. breast implant???!! WAKAKA. adakah breast implant blh buatkan dada sakit? ye la kot bila implant terlampau besar. hahahahaha.




Then lepas korang dh jawab semua soalan tu, dia akan bg kesimpulan berdasarkan symptom2 td tu.




Kemudian dia akan bagi penerangan. Korang baca lah. Kalau rasa serious, baik jumpa doktor. Mencegah tu kan lebih baik. Kalau taknak jumpa pun dapatkan 2nd opinion. boleh kan?



So, apa2 kemusykilan pun, TANYA dan TANYA dan TANYA. ok? Jaga diri baik2. Semoga berjaya mengesan apa jua benda pelik yang berlaku di badan anda.


Okbyenakgitoilet.



Tuesday, September 20, 2011

Lelaki #1


SALAM!!!!




Lelaki? Jejaka? Peria? oh tu sayur, pria ataupun jantan adalah makhluk yang ALLAH cipta di dunia yg fana ini. Bila ko cakap dengan lelaki, mesti statement macam ni akan keluar dr mulut seorang lelaki, "Perempuan ni complicated habis, susah nak di fahami" kan? kan? standard ayat tu.. aku rasa nak muntah dengar dah.




Tapi bila tanya perempuan, derang plak kata, "Lelaki mmg complicated, susah nak di jangka" kan?kan? kalau bagi aku lah. orang lain aku tatau. tapi bagi aku, perempuan takde lah complicated sangat pun sebab kitaorg punya basic need bg aku cuma nak attention, love, protection. Tapi ketiga-tiga perkara yang aku cakap tu boleh di berikan melalui pelbagai cara.




Seperti contoh, Attention. Kebanyakkan perempuan bukan lah nak attention 24/7. Tak. Aku pun taknak. Kadang-kadang kitaorg just nak korang dengar apa yang kitaorg nak kata. Nak bercerita. Sebab bg perempuan, bila dia ada kwn baik, mmg dia nk share semua benda dengan kwn baik dia tu. So bila lelaki yg disygi juga kami anggap kwn baik kami. So dengar je, susah ke? Susahkannnnnnn..... ye aku tahu.



walaupun pompuan tu jatuh. dia mmg blh bgn sendiri. tp kalau tamau tlg angkat pun, tanya je dia ok ke tak. Itu pun dah cukup :)



Dari segi love pulak, bukanlah perempuan nak lelaki dok ckp i love u setiap masa. hari2 ckp ke. tak. tak payah ckp selalu pun takpe, asalkan bila lelaki cakap, mmg they mean it. tu lagi bermakna. Tapi, kalau jenis pompuan2 yg sengal serta lampi cam aku ni, selagi tak ckp sayang, mmg aku akan assume tak sayanglah kan. hahahahaha. And perempuan kebanyakkan nya akan lebih menghargai kalau lelaki tunjukkan love derang thru actions. Pepatah pun kata kan, action speaks louder than words. ye dok?




Kalau dari segi protection ni mmg basic lah kan. Kata pun perempuan insan yg lemah, mestilah perlukan protection. Bukan lah kaum perempuan ni nk korang jaga kami di sebelah setiap masa ke apa. TIDAK! tak perlu. just tanya are you ok? ataupun bila kitaorg cam sengal sengal ayam tatau jalan ke apa, tanya lah kitaorg, "Nak I tolong hantar?" or bagi kitaorang solutions ke. Tunjuk effort sikit.. ni nak tanya pun susah, itu belum kahwin dah mcmtu, nnt dh kawin? main biar je ntah2. huhu.. Perempuan ni nak rasa selamat, kalau lelaki buat kami rasa selamat, kami tak ragu2 nk selamatkan anda. ahhahaha!




Benda paling basic yang laki perlu tahu aku rasa ialah bila perempuan kata, "eh takpelah" "takpe2" "tidak mengapa" "it's ok" "takde pape lah" ni semua BULLSHIT. CHICKENSHIT. CATSHIT. kalau takde pape tu sebenarnya mmg ada pape (-_-) come on lah guyssss, perempuan nk tengok effort korang je sebenarnya. sejauh mana korang nak usaha utk dia. tu je. SIMPLE.



Aku tatau lah ini hanya pandangan aku sahaja atau apa, tapi perasan tak, perempuan kalau dia sayang, apapun dia buat untuk laki tu. Cuba tgk kalau kat KOSMO. ada pernah korang baca, lelaki lari ikut gf. ADA? aku tatau la, aku tak pernah pulak baca kan. tu salah satu contoh lah kan. Ada satu pantun nenek aku pernah bgtahu aku, ianya berbunyi begini :




"Nasi lemak, buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan, Buang anak buang saudara, Kerana kekasih hamba turutkan"



Kesimpulan nya, senang je perempuan sebenarnya, kau sayang dia sorang, kau jaga dia sorang, kau tengok dia sorang. DAH! kau tak perlu risau, dia akan setia dengan kau, dan akan tunggu kau selama yang boleh selagi jodoh ada.




okdahbye. aku ni kerja boleh blogging pulak. nk kena tampar dgn bos ni. PANGGGG!!!



#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...