Sunday, March 25, 2012

Surviving #103

SALAM!!!



I'm back to blog about the book that I talked before this. How to survive a painful breakup/divorce/the loss of a loved one. Still remember this book? That day, aku kata aku tak janji entry review buku ni akan di pecahkan kepada berapa sbb ianya akan ikut tahap kemalasan aku. Bila rajin, aku baca banyak sket, bila malas aku baca sehelai dua je :P


So, shall we start? First of all, benda paling basic yang perlu you guys tahu ialah foundation utk heal kan broken heart ada 3. Yes, only three :)


1. Minta tolong
2. Meratapi pemergian itu
3. Menjadi diri anda semula dan get involved again with someone


Quote yang di beri dalam buku ini :




Pendapat aku benda ini betul. Perempuan memang suka orang dengar apa dia cakap. Dia luahkan apa yang dia rasakan. Sbb bila dah luahkan, rasa ringan. Serious. Other than that, bila ada orang sudi dengar apa yang kita nak merepek ni, rasa lah mcm org care. Bukan mcm, mmg care. Thats why, bila ada kawan2 yang putus cinta ke apa, kita kena selalu ada dgn dia, dengar je apa dia nak ckp. Layankannnnn je. Sebab the first week is the hardest. Trust me. But it depends on how pasangan tu break up la kan. Kalau secara tetbe, mmg sentap mak nak. Meroyan. Tapi kalau sbb ada pompuan lain. Porahhhh, 2 jam je dah move on. heh.


Part lelaki heal by listening to others tu aku takleh komen banyak coz obviously aku bukan lelaki. haha. But aku rasa betul, by listening to others yang lagi teruk dari depa, maybe depa rasa depa lucky. And rasa cam derang tak keseorangan. Plus, lelaki ni ego. Dia takkan tunjuk depan2, dlm hati tak tahu lah kan. But one thing, setiap lelaki ada soft side dia :)


The second stage adalah meratapi kehilangan tu. Ayat tak menahan tol la. Meratapi tu cam org mati plak kan. Maksudnya disini ialah jangan terlalu cepat move on. Take your time. Kita sedih bila gagal adalah normal. SANGAT NORMAL. Amik masa nak heal kan hati yang luka itu. Jangan terlalu cepat kata, "I'm ok" walhal dalam hati tak. Ambil masa nak ingat orang yang kita putus/hilang tu. Apa yang berlaku dalam relationship tu.


Maybe ada orang kata, 'Buat apa nak ingat, buang karan jeee'. Point dia, kita nak heal hati kita bukan dengan kemarahan. Tapi kemaafan. Understand? Bila kita ingat balik pasangan tu, mesti rasa sakit hati kan? but at the same time, kita rasa bahagia dengan apa yang kita share dengan orang tersebut. Bak kata pepatah, "buang yang keruh, amik yang jernih". Bila clash, ingat semua benda tak elok pasal pasangan tu tadi, tak baik kan? Jangan sebab kita marah, kita lupa apa kebaikan yang dia buat dekat kita. Ok? Tapi jangan plak tak ingat langsung benda jahat dia buat kat kita. AHHAHAHAHHAHA


"Appreciate what was good, forgive the mistakes"


Bila kita mampu memaafkan. Kita akan move on dengan hati yang tenang. Healing process ni takde certain time. Sila ambil berapa banyak masa yang anda mahu. Ada orang sekejap, ada orang makan tahun.



Quote ni sangat benar ya rakan-rakan. Lelaki akan get involved right away tapi ada masalah dengan komitmen. Perempuan pulak akan jadi sangat defensive. Mereka cenderung utk tak terlibat dengan mana-mana lelaki sbb tamau di sakiti lagi. Oh!


Stage paling last ialah menjadi diri anda semula dengan hati yang bersih. Eceh. Sementara nak sampai stage ni, memang makan masa. Sebab ada perasaan takut, tak percaya, semua ada. Tapi kita kena overcome semua tu. Biasanya lelaki akan get involved too soon, perempuan pulak dia tak sedar yang dia menolak semua orang jauh dr dia. Dia sangat protect diri dia. Ada dinding tebal menutupi. HAHAHA. Over sangat kau ni amni.


Bila korang dah sampai stage ni, buka hati. Jangan takut. Tak semua orang akan sakitkan hati kita kan. Percaya pada jodoh. Setiap orang tu ada pasangan nya. Itu janji ALLAH :)




Kesimpulan nya, take your time. Bila kita clash/bercerai/kehilangan orang tersayang memang kita rasa LOST. bukan cete lost yang terdampar tepi pantai tu eh. Tapi Lost yang tak tahu nak buat apa. Macam rasa lost lah, eh betul ke ni? *sambil tampar2 pipi* Kenapa kita rasa lost? Well, tu tunggu next entry. HAHAHAHHA.


kbye. Jangan bitter bitter. "Be cool, don't be a fool"

Wednesday, March 21, 2012

Cara Buat Donut Sedap Yumms


SALAM!!!!


Pada hari ini, kerja saya tak banyak. Maka, saya ngulor. Tapi mama kata tak elok ngulor, maka saya blogging. Blogging dapat pahala tak? Sebab kongsi ilmu dengan orang lain. Hehehe. Tengah boring2, aku bukak Yahoo tadi. Tetiba nampak headline "ULTIMATE DONUT" *telan air liur*


Aku ni taklah suka sangat makan donut sebab manis. Aku tak suka benda manis. Rasa sampai ke otak kalau makan benda manis. Tapi benda pahit aku suka, cam kopi and peria. Hehehe. Tapi kalau sekali-sekala makan Big Apple tu oklah kan. Aku suka Iceberg dgn Yam. OHMAI sedapnya.. Kadang-kadang kalau beli donut kat tepi2 jalan tu, YA ALLAH kau keras nak mampus, dah tu gula nya sikitttttttttttttttt GILA. Sumpah tak puas.


So, untuk memuaskan hati sendiri. Mari lah kita belajar buat ULTIMATE DONUT. Aku nampak headline tu terus aku click, tetbe plak laju bukak video kat office, selalu Youtube tu lembap, bukak harini, esok kot baru boleh tengok. Heh.


Mari buat Donut!

Bahan-Bahan

Tepung
Gula
Yeast
Egg
Susu
Butter
Mashed Potato


Nak tahu kenapa sedap ULTIMATE DONUT ni? Sebab Chef tu kata letak Mashed Potato.


1. Pukul gula, yeast, egg, susu selama dua minit.
2. Masuk kan mashed potato dgn butter, pukul lagi 2 minit.
3. Masukkan tepung sikit2. Pukul 2 minit.
4. Masukkan tepung lagi sikit. Pukul 2 minit.
5. Masukkan lagi. Pukul 2 minit.
(Penat plak kannnn, asyik nak masukkan je. Pui. Tapi mmg 3 kali tak silap aku dia swuh masukkan. Biar adunan tu elok kot)
6. Panaskan minyak.
7. Bentukkan Donut mengikut bentuk kesukaan anda.
8. Letak dalam dulang selama setengah jam biar dia jadi gebu.
9. Goreng jangan bagi hangus.
10. Lepas dah masak, sapu atas dia dengan butter yang dah di cairkan. Taburkan gula halus.


YUMSSSSSSSSSS!!!



Biasa je rupanya. Tapi sedap. Tengok chef tu makan cam sedap je.



Untuk video penuh klik SINI, eh SINI! SINI PUN BOLEH.


kbye.

Monday, March 19, 2012

Minuman Berdiskaun 8

SALAM!!!


Lamanya tak menulis dengan tajuk minuman berdiskaun. Sejak dah bekerja ni, memang takde masa nak memenuhi jemputan jemputan makanan, minuman ataupun spa treatment free. Rasa nak nangis bila orang spa call kat office (T.T) "Aj tuuu, Aj ni.. Free tu.. Free ni.." Saje kan uloss ni nak bg benda free hari I kerja. Sentap tol aku. Heh.


Salah satu azam tahun baru aku tahun ni ialah nak stop minum coffee, sampai tahap aku bagi adik bongsu aku Starbucks Card. KONON. Lepas tu aku mintak balik. HAHAHHAHA. Apa pun tak boleh.. Then adalah hari tu dia beli, then dapat receipt, kalau buat survey tu boleh dapat free air. Nak di jadikan rezeki aku, dia tak leh nk buat survey tu. HAHAHA. Maka, dia bagi aku. YIHAAAA.


Well, aku dh biasa sgt buat survey starbucks ni, pejam mata pun aku leh buat. Lalu aku berjaya menyiapkan survey itu, dan dapatlah free air! :)


Sila tulis besar2 bagi Barista nampak.



Dark Mocha Extra Extra Extra Coffee :)


Persoalan nya, kenapa TALL? Kekamon laaaaa.. tak puas langsung. Celah gigi je. Tapi, burpppp alhamdulillah SYUKUR :)


Siapa taknak buat survey tu meh bg aku. Aku sangat nak. Kbye.






Tuesday, March 13, 2012

Acai Berry & Caviar Masker



SALAM!!!


Sebenarnya nak tulis entry ni masa weekend lepas, tapi entah kenapa tak sempat. Kenapa eh? Aku pun tak sure. Pastu plan nak tulis kat office, keje melambak. Malah server down. Tapi bukak database IBM ok plak, facebook, blogspot, email bla bla semua takleh. Motif??



Tapi takpe, aku gagahkan juga menaip entry yang tak seberapa ni. Apa celup betul laaa. So, last Sunday aku gi tengok wayang dgn adik bongsu ku, This means war. Then balik tu, aku terpaksa gi Guardian. Di ulangi TERPAKSA. sbb aku nk guna voucher rm 5 yang aku dapat minggu sebelumnya. Cis!



Puas lah aku cari, apa benda aku nak beli ni, sbb kena beli barang harga atas rm 10 baru boleh guna voucher tu. Aku rasa cam semua lipstick aku try. Alasan gila kan, padahal voucher rm 5 je, tapi nk beli barang sampai lebih rm 30. AHHAHAHA. Pui. Last2 aku beli Masker. Walaupun yang kat rumah tak pakai2 tapi ada aku kesah??? Beli je.


So presenting....


beli tiga rm 10 je nyahhh.


Ada dua perisa je. Perisa pun boleyyy...


Caviar Face Mask.



Acai Berry Face Mask



Ni acai berry ya adik adik.



Ni Caviar ye makcik bedah.



Kenapa aku pilih masker ni dalam banyak2 masker? Bukan sbb 3 rm 10 ok. Jangan silap faham. Hehe. Sbb first aku tengok jenis dia, Caviar? Acai Berry? Tetiba teringat Maya Karin pakai Innershine Berry jadi cantik. So terpengaruh, mesti boleh jadi cantik cam Maya Karin. Ceeeee..



So alasan number 1 ialah acai berry ada banyak khasiat antara yang utama ialah dia anti-penuaan. Malahan juga antioksidan, boleh cerahkan kulit.. Kat packaging dia tulis, bahan anti-oksidan berkuasa bagi mencerahkan kulit kusam. Diulangi ber kuasa. Hahaha. Caviar pulak sbb.....entah dengar cam best. Huahuahua. Kesimpulan yang aku buat, mestilah dua-dua bahan ni elok, kalau tak, takkan orang nk buat produk kecantikan. Kan? Kan?



Second, sbb dia Made In Korea. Aku rasa kosmetik yang datang dari korea semua ada kelebihan dia. Cuba tengok muka pelakon-pelakon dia. Bersih licin bak telur di kupas. Aku assume derang pakai barang kosmetik dr negara derang. Erk? Orang malaysia banyak ke pakai Tia Amelia? Noveles Visage? Sukati eja camni. Entahlah kan.



Third, sbb dia cute. HAHAHA. Packaging dia sangat menarik. *dasar senang terpengaruh*



So, last sunday aku pakai acai berry punya masker. Bukak2 je, wahhh wanginyaaaa. Cam bau berry tu. Pastu tabiat aku ialah before pakai masker, tak kiralah face mask or eye mask, aku mesti akan letak dlm fridge dulu bg sejuk, so bila letak kat muka cam wahhhh indahnya dunia. Then bila pakai, bukak aircon, baring, SANGAT NIKMAT. cam minum kopi.



Masker Acai Berry aku rasa best. Sebab liquid acai berry tu sangat banyak, so dia mmg melitupi seluruh muka sampai terlebih2, aku siap sapu2 lagi. Then lepas 15 minit, aku bukak, muka mmg lembap, cam kenyal. Kenyal? Ye cam Marshmallow tu.. Pui.. And entah cerah sikit kot. Tapi malam tu ada orang kata saya cantik. Lalu saya jawab, "Sbb baru pakai Masker Acai Berry" Chewahhhhh. Promote sangat tak tahan.



Acai Berry Masker.



Nanti nak pakai Caviar pulak.



Kepada yang berminat boleh beli di GUARDIAN berhampiran anda. Ingat! 3 peket, 10 hengget je. kbye.


Thursday, March 8, 2012

My Love Birthday Present (2012)


SALAM!!!


Sungguh tak boleh terima akal. TIDAKKKKK. Birthday Ecah tahun lepas bulan 10 aku tak bagi bagi lagi hadiah. HAHAHAHA. Macam-macam halangan. Tapi akhirnya dapat juga beli hari tu masa pergi Singapore. Alhamdulillah. Murah rezeki ALLAH bagi. Syukur sangat.


Hope Echah suka. *berharap*



bolehlaaa buat entry camni sbb Ecah tak baca blog aku. HAHAHAHAHA. Zaman bila nak jumpa Makcik ni pun tak tahu lagi. Paling tak sabar nak tengok reaksi dia bila tengok birthday card dia. CONFIRM aku akan kena maki. Miahahha.


kbye.




Sunday, March 4, 2012

Oh so amni #103

SALAM!!!


Lama nya tak mem-belog, nk kata busy..... eh mmg busy. Takleh di kata lagi. Huhu. Banyak benda nk blog about tapi masa sentiasa mencemburui aku. Ingat, aku je. Korang tak. Muahhaha.



So, this weekend, aku gi outing with my team members, my ibmerssss. Kitaorg decide nk g Mid Valley, makan-makan, tgk wayang semua. Tengok cete Safe House. Bestnyaaa Ya Ampunnn. Denzel sangat yummy... Ohhhh.... Ok dah, ni bukan entry review filem Safe House. Heh.



So, wayang habis dekat kul 4. Then aku mesti lah nak jalan-jalan dulu kan.. Takkan terus balik. Hehe. Pastu sedang enak aku jalan-jalan, ada msg masuk :





Aku adalah aku. *lampiest girl EVER*. First thing aku fikir, mesti mama nak something ni sbb tu dia tanya. Then aku pun balas :





Tak lama pastu aku cakap dgn Fiqa, "Weh apasal mak aku bg msg camni?" Sukacitanya, Fiqa tidak lah selampi aku, "Mak kau perli lahhh, mestilah dia tahu Mid Valley belum tutup". Aku berfikir, "Betul gak". Wahahahhahaha.


Then masuk msg kedua :




MEMANG SAH! Aku balas :





HAHAHHAHAHAHA. Bila aku balik rumah mak aku bengkek sbb aku tak faham perlian dia.



Ok, sekarang apa yang dapat kita simpulkan, aku adalah seorang yang suka bersangka baik. PUIIII *gaya sentap*


Lampi pun lampi lahhh, I love you mama. Kbye.


Saturday, March 3, 2012

Terhantuk Lagi



Entah bila nak sedar,
Terhantuk bukan sekali,
Malah berkali-kali,
Tapi mata kabur,
Buta,
Setiap kali akan di sambut dengan tangan yang sama,
Entah sampai bila,
Keliru,
Celaru,
Tapi tangan tu tak pernah bosan,
Sentiasa ada,
Mungkin dia akan ada untuk kali ketiga? Keempat?
Atau ini kali yang terakhir?
Atau mungkin tangan itu yang aku akan pegang,
Sampai nanti,
Sampai mati,
Jika benar,
Permudahkanlah YA ALLAH.


AMIN,
AMIN,
AMIN.


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...