Acai Berry & Caviar Masker



SALAM!!!


Sebenarnya nak tulis entry ni masa weekend lepas, tapi entah kenapa tak sempat. Kenapa eh? Aku pun tak sure. Pastu plan nak tulis kat office, keje melambak. Malah server down. Tapi bukak database IBM ok plak, facebook, blogspot, email bla bla semua takleh. Motif??



Tapi takpe, aku gagahkan juga menaip entry yang tak seberapa ni. Apa celup betul laaa. So, last Sunday aku gi tengok wayang dgn adik bongsu ku, This means war. Then balik tu, aku terpaksa gi Guardian. Di ulangi TERPAKSA. sbb aku nk guna voucher rm 5 yang aku dapat minggu sebelumnya. Cis!



Puas lah aku cari, apa benda aku nak beli ni, sbb kena beli barang harga atas rm 10 baru boleh guna voucher tu. Aku rasa cam semua lipstick aku try. Alasan gila kan, padahal voucher rm 5 je, tapi nk beli barang sampai lebih rm 30. AHHAHAHA. Pui. Last2 aku beli Masker. Walaupun yang kat rumah tak pakai2 tapi ada aku kesah??? Beli je.


So presenting....


beli tiga rm 10 je nyahhh.


Ada dua perisa je. Perisa pun boleyyy...


Caviar Face Mask.



Acai Berry Face Mask



Ni acai berry ya adik adik.



Ni Caviar ye makcik bedah.



Kenapa aku pilih masker ni dalam banyak2 masker? Bukan sbb 3 rm 10 ok. Jangan silap faham. Hehe. Sbb first aku tengok jenis dia, Caviar? Acai Berry? Tetiba teringat Maya Karin pakai Innershine Berry jadi cantik. So terpengaruh, mesti boleh jadi cantik cam Maya Karin. Ceeeee..



So alasan number 1 ialah acai berry ada banyak khasiat antara yang utama ialah dia anti-penuaan. Malahan juga antioksidan, boleh cerahkan kulit.. Kat packaging dia tulis, bahan anti-oksidan berkuasa bagi mencerahkan kulit kusam. Diulangi ber kuasa. Hahaha. Caviar pulak sbb.....entah dengar cam best. Huahuahua. Kesimpulan yang aku buat, mestilah dua-dua bahan ni elok, kalau tak, takkan orang nk buat produk kecantikan. Kan? Kan?



Second, sbb dia Made In Korea. Aku rasa kosmetik yang datang dari korea semua ada kelebihan dia. Cuba tengok muka pelakon-pelakon dia. Bersih licin bak telur di kupas. Aku assume derang pakai barang kosmetik dr negara derang. Erk? Orang malaysia banyak ke pakai Tia Amelia? Noveles Visage? Sukati eja camni. Entahlah kan.



Third, sbb dia cute. HAHAHA. Packaging dia sangat menarik. *dasar senang terpengaruh*



So, last sunday aku pakai acai berry punya masker. Bukak2 je, wahhh wanginyaaaa. Cam bau berry tu. Pastu tabiat aku ialah before pakai masker, tak kiralah face mask or eye mask, aku mesti akan letak dlm fridge dulu bg sejuk, so bila letak kat muka cam wahhhh indahnya dunia. Then bila pakai, bukak aircon, baring, SANGAT NIKMAT. cam minum kopi.



Masker Acai Berry aku rasa best. Sebab liquid acai berry tu sangat banyak, so dia mmg melitupi seluruh muka sampai terlebih2, aku siap sapu2 lagi. Then lepas 15 minit, aku bukak, muka mmg lembap, cam kenyal. Kenyal? Ye cam Marshmallow tu.. Pui.. And entah cerah sikit kot. Tapi malam tu ada orang kata saya cantik. Lalu saya jawab, "Sbb baru pakai Masker Acai Berry" Chewahhhhh. Promote sangat tak tahan.



Acai Berry Masker.



Nanti nak pakai Caviar pulak.



Kepada yang berminat boleh beli di GUARDIAN berhampiran anda. Ingat! 3 peket, 10 hengget je. kbye.


Comments

Popular posts from this blog

Kenali Tahi Anda

My Journey With Nutox

5 Tanda Kulit Sensitif