Thursday, February 23, 2012

Oh so amni #102



SALAM!!!!


*Tetibe, Saya sihat sihat saje (buat cam ada orang tanya). Actually, aku saje nak share kisah ni sbb rasa cam rare. RARE. raRE ok. ok dah annoying plak.


Aku rasa, ni aku rasa lah, aku seorang yang agak penyabar(puji diri sendiri, kalau tak siapa lagi nak puji) in certain things aku sangat sabar, sabar tahap teruk. Tapi ada sesetengah perkara mmg aku takleh sabar walaupun sedikit. YA, sedikit pun takleh.


Benda tu ialah bila aku driving, orang buat hal, cam lambat ke, tak bg signal ke. Memang aku tak sabar. Sungguh kurang kesabaran ku. Family aku and bff aku semua tahu benda ni, tapi diaorang pasrah. Terima seadanya. Eceh.



So, berbalik pada kisahnya yg aku nak cerita. This week aku kena buat kerja amal kat Chow Kit so kena ada kat office pukul 7. Memang kalau aku tidur rumah tak sempat sampai walau bawak smp tayar kete tercabut pun, yelaa I bwk myvi jerr. So aku decide nak tumpang rumah kawan aku, Dayah kat Bangi.



Then, on the way nak gi rumah dia tu, sangatlah banyak traffic light. Dan juga kereta. Aku menyampah. Serius. Then lampu pun hijau, kereta depan lambat GILA. Aku bengang. Ayat yang biasa aku lontarkan, " Ni bapok mana bawak kereta ni???" ataupun "Ni mesti pompuan ni" .Aku akui pompuan mmg bwk cam &^^%&^%&^%&^&. Tapi aku tak. HAHAHAHA.



Then punya lah slow orang depan tu, sampai lampu tu dah kuning, aku follow rapat sbb aku tamau tunggu dah. TAK SABAR OK. Then aku cakap, "Ha.. kan dah nak merah.. Hishhh lembap betul". Then, lampu tu merah, tetbe tukar jadi hijau, TIBA-TIBA ok! Dah merah jadi hijau balik. Bila kereta aku lepas, dia tukar jadi MERAH.



Aku dgn kwn aku, dayah gelak kuat gila. Sbb kitaorg nampak dgn mata kepala kitaorg lampu tu jd kuning, merah then HIJAU. Pastu bila kereta aku dah lepas, dia jadi merah. AHHAHAHHAHA.



Persoalan nya, adakah traffic light kat bangi boleh dengar aku marah?? Lalu menjadi takut dan terus menukar lampu menjadi hijau?? Musykil. Ini mmg RARE. First time jadi dlm hidup aku lah...



Rasa nak nyanyi lagu Sailormoon.. Ini keajaiban alam...


"Maaf ku tak pernah berterus terang,
Bukan ku tak mempercayaimu..
Namun sebelum ku berganti rupa..
Ingin aku menemuimu…
Ku kan bermandi cahaya bulan
Dan cemerlang di malam yang cerah..
Memang telah lama kurasakan ingin menolong yang lemah
Tiba2 keajaiban terjadi….
Kekuatan muncul di diri…
Untuk melawan semua kejahatan..
Kekuatanku harus digunakan…
Menegakkan segala kebenaran..
Ini keajaiban alam…

Aku mempercayainya…."


Apa motif traffic light dgn lagu Sailormoon. Aku pun tak pasti. Apa yang aku pasti, kerja amal tu cancel. Cis ciskek. Kbye.


Monday, February 20, 2012

Surviving #102

SALAM!!!



Actually, aku sgt sirius black(serious) nak baca buku MARS AND VENUS STARTING OVER yang adik aku bagi. Tapi.... ada buku yang lebih menarik dari buku tu yang aku sedang baca.. hehehehe.



PRESENTING!





I love this book because.... apa yang aku buat dlm my previous relationship aku byk gila ada dlm buku ni. HAHAHHAHAHAHAHA. so bila baca aku gelak gila. so funny.. But why aku tak kawin-kawin? ahhha. belum jodoh. One day, INSYA ALLAH :)


Apa yang aku boleh kata, kita sebagai perempuan, kena kuat. Kita boleh berdiri sendiri. Independent. Itu lah bitch yang di maksudkan dlm buku ini. Bukan bitch yang gedik gedik tu eh. Bitch dlm buku ini tahu apa yang dia nak dlm hidup, apa prinsip dia, apa matlamat hidup dia, segala-gala nya lah. Ecehhhh.


So, this book is AWESOMEEEEE.


Nanti kalau rajin aku ulas. Kemain nak mengulas. AHHAHA.


apasal tajuk entry takde kena mengena dgn isi entry?kbye.


Tuesday, February 14, 2012

Pori pori (pores) ku besar

SALAM!!!


Tahukah anda jika anda mempunyai pori-pori yang besar ia akan menyebabkan anda stress. Eh ke benda tu apply kat aku je?? Cheee. Pori pori atau nama english nya pores adalah kelenjar roma yang ada pada kulit kita, di mana di situ lah tempat keluar peluh dan minyak. So untuk menjimatkan masa dan tak memenatkan aku nak taip, aku tulis pores jelah eh instead of pori-pori. *pemalas*




So, apa keburukkan nya bila pores kita besar? Antara yang paling tak best ialah, kotoran senang masuk. lepas tu dia dok diam2 dalam tu, pastu tambah tambah lagi, tambah lagi, at one point dia sampai jd hitam. Jadilah black heads. Ataupun boleh juga menyebabkan pertumbuhan jerawat dgn jayanya. Sbb yelah kan, dah minyak la apala semua dok berkumpul buat gathering, so tendency utk kulit kita jadi tak elok sgt tinggi. THIS IS SERIOUSSSS MAN. Kalau black heads kat hidung tu cam takpe lagi, kalau kat pipi ke. adoilaaaa. Ha, gi tgk cermin sekarang...



Lagi tak best ialah, bila pores kita besar, bila pakai foundation/concealer/compact powder/blusher. U NAME IT.. mmg dia nampak tak cantik. Dia cam bercapuk ke entah cemana aku nak explain pun tak reti. heh. Cuba bayangkan mcmni, hmmm kira cam muka kita berlubang besar ada banyak. *over* then letak bedak dia cam tak berapa nak smooth. so nampak tak cantik lah.



Kalau aku, cukup suka tarik white head kat hidung. Ni mmg keje part time aku. Sbb aku geram. Sebagai akibatnya, pores aku kat bahagian hidung di kira sederhana besar. Taklah besar but taklah kecik. So kalau tgk dekat2 dia cam nampak bintik-bintik. Tak smooth obviously. So, mmg I stress uolsss. Sekarang ni mmg tgh gigih nak jaga sbb ehemm umur I tahun ni dah 25. Tapi skrg still 24 ok. Sbb belum birthday ok. Gila ahh rasa tua pula.




So, disini ada tips di mana anda boleh mengurangkan kebesaran pores anda.



1) Basuh Muka 2 Kali Sehari


Muka kesayangan anda harus di cuci/di bersihkan 2 kali sehari dgn pencuci muka anda. Please jgn pakai sabun mandi. Aku tampar kang. Kalau boleh, carilah pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, sbb bahan ni dia boleh keluarkan kotoran dr pores kita. So, bersihlah muka kita nanti.


2) Guna Pelembap bebas minyak


Cam lawak plak bila guna perkataan bebas minyak. Hahaha. So, wahai perempuan anda WAJIB pakai pelembap. Tolonglahhhh sayangi kulit anda. Diaorang sangat perlukan pelembap sbb seperti sedia maklum cuaca sekarang sangat panas dan kering, malahan untuk orang yang bekerja dalam penghawa dingin, tendency untuk kulit kering adalah sangat tinggi. So, Oil-Free Moisturizer sangat penting. Ok?


Kenapa nak yang oil-free? Sbb kalau yang jenis oil punya, dia akan buat Pores besar. Tak elok ok. Kalau boleh cari yang mengandungi Retinol. Retinol boleh mengalakan kolagen, dan membuat pores kecik/nampak kecik. Miahhahahha.



3) Guna Krim Penghadang Cahaya Matahari (Sunscreen)


Matahari sekarang panas bukan main.. Sampai tahap mmg aku malas nak kuar bila lunch *padahal bwk bekal* So, sesiapa yang rajin boleh pakai sunscreen. Then make up cam biasa. cahaya matahari yang berlebihan akan buat pores kita nampak besar. Sila cari sunscreen yang mengandungi UVA and UVB. Minimum protection SPF of 30. Bukan SPF 4.5

4) Guna Matte makeup

Make up kan ada mcm2 jenis. Untuk mengelakkan pores kita membesar, di galakkan menggunakan Matte makeup. Dia akan buat pores kita nampak kecik compared to kalau kita pakai yang oil based yang membuatkan muka berkilat. euwww.

Aku sangat suka Matte Make up lebih2 lagi Revlon Lipstick Matte. Weewooo.

5) Cergaskan wajah

Cergaskan disini bermaksud, pakai scrub. Pakai masker. Benda yang kita takleh buat selalu. Tapi dalam seminggu mesti buat at least sekali. Buang sel-sel kulit mati. Tak payah pergi spa, buat kat rumah pun okay. Kalau rajin buat, pores akan kecil. Sebab kita dah buang semua kotoran kan.

Yang penting kita kena rajin. And one more thing, ice memang boleh kecilkan pori. Tapi ia juga boleh buat kulit kita kering. Ingat tu kay? And lelaki pun tak terkecuali. Kalau malas sangat gi beli pelekat blackheads biore tu, tempek kat muka. SENANG.

SILA RAJIN. kbye.

Ini inspirasi aku nak cantik. Speechless. Ciptaan ALLAH sgt indah.



Masker for Better Complexion

Monday, February 13, 2012

Sunday, February 12, 2012

MAKNA



SALAM!!!


Apa khabar orang kampung? Harap sihat-sihat belaka. Saya sihat. Anda? Saya penat gila sbb baru balik shopping dan makan. Kenapa saya ni asyik berjalan saja? Kenapa? Sebab jalan tu kan senaman. Cis. Alasan paling ngekk tapi benar, lebih lebih lagi jika anda pakai kasut tinggi seperti saya. Rasa dah bakar 90000++ kalori.


Kenapa perenggan pengenalan takde kena mengena dgn tajuk entry? Entah aku pun tatau kenapa. Saje nak merepek. Layan kan jelahhh, tu je mukadimmah yang mampu I bagi uolsss. Ok??


So, lets talk about MAKNA. Aku harap entry ni akan ber-MAKNA untuk semua orang. Mudah-mudahan. So, I think semua orang tahu apa itu MAKNA? Tak tahu??? Ok, Kau LOSER. bye. So MAKNA stands for Majlis Kanser Nasional yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Bandar Shopping Paling Zass.


Ceritanya begini, sedang aku berjalan bersama2 adik-adik gojes I, ada akak ni tahan-tahan orang promote nak register MAKNA. Tapi aku tak pedulikan akak tu sbb masa itu aku LAPAR. LAPAR AMAT tahap nak cekik orang terdekat. So, aku berlalu pergi...... Ya, begitu sahaja.



Tapi lepas aku dah kenyang, dah shopping, aku pun gi jengah booth akak tu. Sebenarnya aku bukan taknak gi, tapi sebab aku lapar kan.. Heh. Hati aku terdetik, apakah ini? Nak register jd volunteer kah? YA, saya mahu. Rasa banyak buat jahat, so nak buat benda baik pulak. *bagus budak ni ada kesedaran*



Then aku pun gi tanya, "Kak, ini pasal apa?". Akak tu senyum. Sejuk hati I. Mcmni lah layan visitor ok. Then akak tu terangkan, "Sebenarnya dik, MAKNA sekarang kekurangan dana, jadi kita perlukan orang ramai membantu orang yang kurang berkemampuan". Orang kaya pun ada gak yang sakit kanser, tapi orang kaya kan banyak duit, so they don't need us. Ni orang yang kurang berkemampuan. *Sedih*



Serius aku sedih. Sebab dalam family aku, banyak gak yang sakit kanser. Paling popular, breast cancer. Paling rapat ialah nenek sedara aku, telah pun buang sebelah payudara. (T.T) . Baru- baru ini makcik aku di diagnose ada tumor kat kaki, and sekarang tengah menjalani chemotherapy.



Aku sangat faham mcmana rasanya mempunyai penyakit, walaupun aku bukanlah ada kanser, tapi aku ada asthma(yang kalau aku kena attack rasa cam nak mati, mmg aku mengucap siap-siap), ada migrain, ada indigestion, ada problem dgn blood clotting, ada low blood pressure yang tahap main pengsan-pengsan punya and ada mcm2 lagi. So, bila kita sakit, kita sedih. Selalu tertanya, kenapa aku tak mcm org lain? Kenapa dan kenapa? And cuba bayangkan mcmana kalau kita sakit, and kita tak mampu nak biayai benda tu? Aku bersyukur parents aku mampu nak tanggung. Tapi mcmana dengan orang yang tak mampu? Rasa helpless.



Sedih.



So, dengan adanya programme My Pledge Against Cancer ni, dapatlah kita yang gaji ribu riban ni membantu orang yang kurang berkemampuan. Sekarang MAKNA ada method terbaru, iaitu dengan meng- deduct duit dr kita punya credit card ataupun terus dari account MAYBANK ataupun RHB bank. Anda pilih lah.


Bagi aku, benda ni tak membebankan sangat sebab dia ada 4 pilihan samada :


A) rm 58 (Setiap bulan berterusan)
B) rm 38 (Setiap bulan berterusn)
C) rm 348 (Ditolak setiap 6 bulan) kira cam 58x6 =348
D) rm 228 (Ditolak setiap 6 bulan) kira cam 38x6= 228


Benda ni tiada paksaan, boleh terminate bila-bila masa. ANYTIME. mana lah tahu tetbe, eh bulan ni I nak beli kasut, tak cukup lagi rm 38, so takleh bayar kat MAKNA, YA, anda boleh TERMINATE. just give them a call.


Kita takkan tahu nasib kita, apa future kita. Tapi apa salahnya kita membantu orang yang memerlukan. Mungkin kita tak tahu, betapa besarnya makna duit kita tu pada orang yang menghidap kanser. Kan?



Once again, benda ni tiada paksaan.



Pamphlet yang kak halimah bg. Tapi tak sempat baca lagi.



Sekiranya anda berminat, just give a call to Kak Halimah : 016-2924594



Kena call akak ni sbb bila aku tanya boleh regis online ke apa dia kata takleh. So, tepuk dada, tanya hati.



*maaf entry ni cam serius, tapi ini seriuzz ok. I tak gurau. kbye*


MAKNA FB PAGE

MAKNA WEBSITE



Saturday, February 11, 2012

Weekend Gateway #2

SALAM!!!!


Walaupun telah berlalu tapi tak kesah, nak gak buat entry, simply because i love blogging, gituuuuuu...


So, last week tetbe my mom yang pada mulanya ajak shopping membatalkan hasratnya, di gantikan dengan piknik bersama kaum keluarga. I was like, WHATTTT???!! Pantai lagi.... Sbb I kan br balik pantai minggu sebelum tu, tetbe pantai lagi. Tapi takpe, layankan je mama aku. And pakcik aku yang decide nak gi pantai mana, PANTAI BAGAN LALANG. Ni first time sampai. *batak*


Tahukah anda bahawa Pantai Gold Coast Bagan Lalang berbentuk Pokok Palma. Ye, saya tidak tahu sehingga lah pakcik dan bapa meyakinkan saya. Kagum Kagum.


WAHHHHH. Kenapa bapak aku takde helicopter? Kalau tak blh tgk live. One day One day. Aminnnn.


Masa nak gi Pantai ni kena bangun awal. Tapi aku rileks je sbb gi kerja pun aku bangun kul 5 so cam dah terbiasa. Baik kann saya?? Heh. Mama masak semua then kitaorg siap2. Pastu adik aku sibuk tanya nak mandi ke tak? Alahai... aku rasa masa aku kecik2 dulu bolehlah mandi pantai, dah besar ni aku takde hati dah nak mandi pantai. Melainkan kalau tetbe Aaron Aziz berlari-lari kat pantai, mmg tak fikir dua kali, terus join lari dan mandi sekali. Huhu.


our new member, my sister in law, Kak Ina. Sekarang gang kami dah ada 5.


Basically, kitaorg cuma makan and borak-borak je kat sini. Sebab dia takde aktiviti lain pun. Tapi yang peliknya ramai gila orang walaupun taklah happening cam PD ada banana boat bagai. Kedai makan pun ada satu je yang bukak tak silap aku.





And biasalah, kami memang suka bergambar. Miahahhaha.


Like always...


Makcik ni mmg busy dgn phone 24/7. Menerima sokongan moral dari kawan2 tanpa henti :')


Mama and atok cam adik-beradik? Sentap mama. hehe.


Sweet gilaaa gambar ni.


Haziq yang suka buat muka. Bagus. Memang keturunan aku.


Bajet mcm biasa.


Cinta hati sampai mati


Konon nya memenangkan fikiran. Hahahha.



Always the best.


And of kos, photo of the day,

Kan dah kata blog ni mmg penulis dia bajet artis. SO WHAT???


And kitaorg balik dalam pukul 3 ke 4 tah.. Best gak picnic sekali-sekala macamni. Tapi kena bawa makanan sendiri sbb aku meragui kebersihan kedai makan disitu.


kbye.

Wednesday, February 8, 2012

Kenali Tahi Anda



SALAM!!!!


Di suatu petang ketika aku sedang tiada keje. Dua orang rakan sekerja berjantina lelaki sedang khusyuk buat kerja. Aku bersuara. 



AJ :Wey, korang kalau berak taik korang tenggelam ke timbul?
Mangsa : Koni J (hojaq kann AJ tak cukup pendek, J je derang panggil aku) takde soalan lain ke?
AJ : Aku tgh buat siasatan. Korang tahu tak, kalau taik korang timbul means korang makan makanan yang berkolestrol tinggi.
Mangsa : Oh yeke.. kitaorg punya tenggelam..(gelak cam org kena sampuk)
AJ : *sambung buat siasatan*


Esoknya. Derang asyik makan muruku. Sambil mkn ckp kat aku, "J, muruku ni kolestrol rendah, nnt taik kitaorg confirm tenggelam"

Aku : (-______________-)


THE END







Pertama sekali nak minta maaf sbb tak tahu nak bagi tajuk apa kat entry ni nak bagi nampak sopan? Sedikit berselindung? Cover cover? Entahlah. Pening fikir. So, ini jelah yang aku mampu. Yang penting niat aku baik.. Ngeeee.


Ok, Najis ataupun lebih senang dlm entry ni aku maksudkan tahi mmg benda yang normal dalam kehidupan kita. Kebanyakkan orang bertemu najis everyday. Untunglaaaaaa. *emo* Tapi tahukah anda, apa yang normal dan tak normal nya najis anda itu. Haaa jangan main2, dari najis pun kita boleh tahu if something wrong dengan badan kita. And ada satu tahap di mana melalui najis kita boleh tahu if kita ada cancer.


So sekarang ni, kita kena ambil tahu berapa kerap korang gi tandas, berapa lama korang betapa dalam toilet and bau dia. Wakakakkaka. Ni aku tak tipu ok.


So, ini adalah antara perkara yang korang kena tahu pasal najis korang.



#1 Warna

Najis kita ada mcm2 kaler. Maybe hitam, hijau. coklat, turquoise takde eh.. cantik sgt najis nnt. Heh. So warna najis kita ni semua bergantung pada apa yang kita makan dan sbb2 lain. Kalau kita makan banyak sayuran hijau, tak mustahil najis akan jadi hijau.
Selain dari itu, ada sesetengah ubat boleh buat najis kita jadi warna putih. Gila laaa. tak pernah lagi aku alami. HAHHAHAHA. Ada juga warna kelabu. Cute gak.
Anda patut berasa risau IF najis anda berwarna hitam. Kadang2 sbb korang makan supplements, tapi sometimes juga sbb korang ada internal bleeding kat perut dan usus kita.



#2 Bentuk


Ha... bentuk pun ada pengaruhnya ok. Tapi tak pernah plak aku tgk najis bentuk tiga segi. Najis paling cute aku pernah tgk pun najis Shin Chan. hahaha. comel je. Euww. Apani.

Sebenarnya, bentuk najis yang elok adalah berbentuk "S" dan dia tak putus-putus. Apa kau ingat hubungan kekeluargaan je ke air dicincang takkan putus. Tahi putus pun tak elok ok. Heh. Kalau nak najis yang cantik berbentuk "S" sila makan banyak fiber.

Najis yang berbentuk seperti pensel. kurus kurus halus ada kemungkinan adalah tanda-tanda awal kanser rektum. Sebabnya, pembukaan rektum tu cam tak menyeluruh. So najis yang kuar kurus. Aku rasa maybe najis tak puas ahh kan bila sakit.


Nampak kan mana letaknya rektum tu, hat aku bulatkan tu. haaa, bila pembukaan benda tu cam malu2 maka najis yg terhasil pun tak berapa baik. Siapa yang ada masalah cmni, sila risau.


#3 Bau


Ok, ni cam tak logik kan. Memang semua najis busuk. Tapi kadang-kadang ada masa yang najis kita busuk gila tahap kalau ko bau kat tandas awam busuk sgt rasa cam nak tendang je pintu bilik air sambil kata, "ni apahal busuk sgt ni, eeyyyy"
So bila najis korang busuk tahap eeyyyy ni, ianya mungkin kerana ada infeksi yang kita boleh dapat melalui air, tanah dan juga makanan yang kita makan. Parasit ni bernama Giardia (baca sendiri jgn malas, nnt gemuk). ni yang akan buat najis korang busuk. And dia bukan masuk kat manusia je, binatang pun sama.
Tapi kalau makan petai pun busuk gak. Muahhahahaha.


#4 Rutin


Cuba perhatikan berapa kali sehari anda ke tandas. Lama lama jadikan ianya rutin. Contohnya cam bangun pagi, mesti buang air besar.
Bak kata mak aku, lelama punggung kau pun faham dah. Muahahhaha. And bila rasa ada problem dengan rutin tu, check balik, apa yang korang makan, maybe terkurang makan fiber ke, buah ke, kurang minum air ke.
Minum air banyak banyak k? :)


#5 Tenggelam ke Timbul?


Bila korang buang air, cuma dengar bila najis tu jatuh. Bunyi Poooppp! ke Kebushhhh.. Hahaaha. Kenapa??? Sebab if najis korang timbul means makanan yang korang makan adalah makanan yang berkolestrol tinggi.


Ataupun, sistem badan korang takleh nak absorb lemak ataupun nutrien dari makanan yang korang makan tu. 


Kalau tahi timbul means tahi kau banyak angin bahhahah cam pelampung ekk.  Mungkin sebab ko change diet ke..



#6 Kentut tu bagus


Kentut tu sebenarnya kita lepaskan gas yang mengandungi bakteria dr kolon kita. Sekurang-kurangnya kena kentut 10-18 kali sehari. Tapi pls, jangan kentut merata-rata. Bukan buang sampah je takleh merata eh.

So, akhir kata. Jaga kesihatan ok? Jangan ambil ringan. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau cam malas takpe, hospital ada sentiasa menunggu anda. Make sure ada insurans ok.

P/S : Aku bukan taknak letak gambar najis original, kang korang kata aku pengotor plak. Sebenarnya aku sgt pembersih orangnya. puiiiii. Kbye.


Apasal tulisan dia jd mcm2 font. sengal laaaa. Doinkkkk kbai



Monday, February 6, 2012

FORMSPRING #1 : Amni Jamaludin Henney

SALAM!!!!


Wahai penanya soalan di formspring. Maaf lama tak jengah. Bukan busy tapi terlupa(gila jujur) Terlupa??? Bajet umur 897 tahun ke nak pelupa pelupa heh. Tapi mmg busy gak sebenarnya.


Antara soalan yg menyentapkan hati I adalah. Kenapa header tu nama pelik. Tu pun nak sentap ke? AHAHHAHA. mmg tak.


Header tu sebenarnya nama aku lah.



Ni sebenarnya a card that I received from HJ. Ada one time I was so crazy over Daniel Henney. Sebab tgk dia kat Family Outing. Smp sekarang artis korea kegemaran hanya lah Daniel Henney dan Lee Hyori saje. Bukan I want nobody nobody ehhh. Pls.


Punyalah crazy smp tahap letak nama kat fb AJ HENNEY. poyo kan? bajet budak high school. Hahahhahaha. So maybe selepas HJ nampak kegilaan aku towards Daniel Henney. Maka card yang dia bg dia tulis nama aku sebegitu rupanya. But somehow, bila sebut sedap kan?? Aj Henney. Wakakkaka. Perasan tahap terukkk.


The card




and my one and only,




so, terungkai persoalan. Sekian. Majulah Daniel Henney di industri perfileman korea. kbye.


#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...