Sunday, February 12, 2012

MAKNA



SALAM!!!


Apa khabar orang kampung? Harap sihat-sihat belaka. Saya sihat. Anda? Saya penat gila sbb baru balik shopping dan makan. Kenapa saya ni asyik berjalan saja? Kenapa? Sebab jalan tu kan senaman. Cis. Alasan paling ngekk tapi benar, lebih lebih lagi jika anda pakai kasut tinggi seperti saya. Rasa dah bakar 90000++ kalori.


Kenapa perenggan pengenalan takde kena mengena dgn tajuk entry? Entah aku pun tatau kenapa. Saje nak merepek. Layan kan jelahhh, tu je mukadimmah yang mampu I bagi uolsss. Ok??


So, lets talk about MAKNA. Aku harap entry ni akan ber-MAKNA untuk semua orang. Mudah-mudahan. So, I think semua orang tahu apa itu MAKNA? Tak tahu??? Ok, Kau LOSER. bye. So MAKNA stands for Majlis Kanser Nasional yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Bandar Shopping Paling Zass.


Ceritanya begini, sedang aku berjalan bersama2 adik-adik gojes I, ada akak ni tahan-tahan orang promote nak register MAKNA. Tapi aku tak pedulikan akak tu sbb masa itu aku LAPAR. LAPAR AMAT tahap nak cekik orang terdekat. So, aku berlalu pergi...... Ya, begitu sahaja.



Tapi lepas aku dah kenyang, dah shopping, aku pun gi jengah booth akak tu. Sebenarnya aku bukan taknak gi, tapi sebab aku lapar kan.. Heh. Hati aku terdetik, apakah ini? Nak register jd volunteer kah? YA, saya mahu. Rasa banyak buat jahat, so nak buat benda baik pulak. *bagus budak ni ada kesedaran*



Then aku pun gi tanya, "Kak, ini pasal apa?". Akak tu senyum. Sejuk hati I. Mcmni lah layan visitor ok. Then akak tu terangkan, "Sebenarnya dik, MAKNA sekarang kekurangan dana, jadi kita perlukan orang ramai membantu orang yang kurang berkemampuan". Orang kaya pun ada gak yang sakit kanser, tapi orang kaya kan banyak duit, so they don't need us. Ni orang yang kurang berkemampuan. *Sedih*



Serius aku sedih. Sebab dalam family aku, banyak gak yang sakit kanser. Paling popular, breast cancer. Paling rapat ialah nenek sedara aku, telah pun buang sebelah payudara. (T.T) . Baru- baru ini makcik aku di diagnose ada tumor kat kaki, and sekarang tengah menjalani chemotherapy.



Aku sangat faham mcmana rasanya mempunyai penyakit, walaupun aku bukanlah ada kanser, tapi aku ada asthma(yang kalau aku kena attack rasa cam nak mati, mmg aku mengucap siap-siap), ada migrain, ada indigestion, ada problem dgn blood clotting, ada low blood pressure yang tahap main pengsan-pengsan punya and ada mcm2 lagi. So, bila kita sakit, kita sedih. Selalu tertanya, kenapa aku tak mcm org lain? Kenapa dan kenapa? And cuba bayangkan mcmana kalau kita sakit, and kita tak mampu nak biayai benda tu? Aku bersyukur parents aku mampu nak tanggung. Tapi mcmana dengan orang yang tak mampu? Rasa helpless.



Sedih.



So, dengan adanya programme My Pledge Against Cancer ni, dapatlah kita yang gaji ribu riban ni membantu orang yang kurang berkemampuan. Sekarang MAKNA ada method terbaru, iaitu dengan meng- deduct duit dr kita punya credit card ataupun terus dari account MAYBANK ataupun RHB bank. Anda pilih lah.


Bagi aku, benda ni tak membebankan sangat sebab dia ada 4 pilihan samada :


A) rm 58 (Setiap bulan berterusan)
B) rm 38 (Setiap bulan berterusn)
C) rm 348 (Ditolak setiap 6 bulan) kira cam 58x6 =348
D) rm 228 (Ditolak setiap 6 bulan) kira cam 38x6= 228


Benda ni tiada paksaan, boleh terminate bila-bila masa. ANYTIME. mana lah tahu tetbe, eh bulan ni I nak beli kasut, tak cukup lagi rm 38, so takleh bayar kat MAKNA, YA, anda boleh TERMINATE. just give them a call.


Kita takkan tahu nasib kita, apa future kita. Tapi apa salahnya kita membantu orang yang memerlukan. Mungkin kita tak tahu, betapa besarnya makna duit kita tu pada orang yang menghidap kanser. Kan?



Once again, benda ni tiada paksaan.



Pamphlet yang kak halimah bg. Tapi tak sempat baca lagi.



Sekiranya anda berminat, just give a call to Kak Halimah : 016-2924594



Kena call akak ni sbb bila aku tanya boleh regis online ke apa dia kata takleh. So, tepuk dada, tanya hati.



*maaf entry ni cam serius, tapi ini seriuzz ok. I tak gurau. kbye*


MAKNA FB PAGE

MAKNA WEBSITE



No comments:

Post a Comment

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...