SALAM!!!!
Di saat kerja aku banyak menimbun, masih lagi aku menyempat membaca artikel2. Tiba-tiba ada satu artikel ni menarik minat wanita ku. Eceh. ni bukan pasal shopping atau spa. Saya punya minat yang lain juga. Heh.
Ketahui penyakit melalui kuku. Interesting bukan? Mudah dan cepat. So lets go!
First of all, kuku yg sihat warna dia light pink. Semi-transparent, yang ni maybe warna putih lah kot sbb transparent. Sekarang tgk kuku korang ada tak bentuk separuh bulat?di bahagian belakang. Kita panggil lunula. Lunula tu warna putih. Kalau kuku korang memenuhi description atas ni, sila tarik nafas lega. anda selamat. Ya, saya juga :)
Pernah tak dulu masa sekolah dekat kuku korang ada cam garisan putih2, cam calar, pastu kwn2 kata tu tanda berapa banyak anak korang ada. Masa tu aku takde satu pun. DOWN. Ha, sekarang ni baru aku tahu, siapa yg kuku dia ada garisan putih halus atau cam bentuk cakaran tu means kuku dia ada jangkitan bakteria, virus atau kulat. HAHAHHAHAHA. Tapi tu tak serious lah. Kalau rasa teruk sangat, boleh pergi jumpa doktor, kang kuar cacing plak kuku tu. EUWWWW.
# 1
Sindrom Kuku Putih
Seluruh kuku berwarna putih. Bila kuku warna putih ni kebarangkalian besar berkait rapat dengan penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, sirosis hati, tuberkulosis paru-paru, kencing manis, atau artritis reumatoid. Ha amik kau apa jenis penyakit pun aku tatau. So, kalau rasa korang ada kuku putih, cepat2 jumpa doktor.
#2
Kuku Terry
Untuk kuku jenis ni, kebanyakannya kuku berwarna putih dan kasar. Ada jalur merah jambu atau mungkin merah di bahagian atas kuku. Perubahan pada kuku ini 80 peratus daripadanya ialah pesakit yang menghidap sirosis hati, kegagalan jantung, kencing manis, HIV dan lain-lain.
#3
Kuku Muehrcke
Kuku jenis ini berlaku bila darah di sekitar kuku kita mengalir secara tidak normal. Bila korang ada kuku jenis camni, akan nampak pada kuku korang, normally kuku yang ke 2,3,dan 4 akan ada garis mendatar. And bila korang tekan kuku korang, garisan tu akan hilang sebab darah korang mengalir menyebabkan garisan tu hilang. Penyakit yang berkaitan dengan kuku jenis ini ialah penyakit hati, kekurangan zat makanan, dan sindrom nephrotic (kesan sampingan bila melakukan chemo)
#4
Kuku bentuk sudu
Biasanya orang yang kuku bentuk sudu ni dia kekurangan zat besi. Makkk aiii.. cam banyak je org kuku camni kann.
#5
Kuku separuh separuh
Kuku cam ada dua kaler, pink dan pink kecoklatan. Kuku jenis ini biasa di dapati pada orang yang ada kidney disorder.
#6
Kuku princess
Kuku princess adalah kuku yang sihat. Malah berwarna. Ewahhhh hahaha tipu je, ni kuku aku. Sebab abg baru kawin maka aku pun berinai.
So, mana kah kuku anda?? Harap2 takde seperti yang di atas.
Take Care Garnier *tetbe*
kbye.
kuku saya kuku sihat.hehe
ReplyDeletebagus. selalu2 kan basuh kuku dgn air lemon k? :)
ReplyDelete