Tuesday, September 23, 2014

IBM Raya Celebration Featuring Paisley Grandeur



SALAM!!



Kemain aku, raya dah berzaman habis, dah nak raya haji pun tapi entry baru nak update. Takpe asalkan nampak usaha tu HAHAHHA.


Sebelum raya hari tu, ada sorang staff ni approach aku, dia offer nak tak jual barang paisley masa raya celebration. Being me, of kos lah I nak.. yelah sebab kitaorang team paisley ni dah biasa dah jual2 mcmni. Makanya, bertungkus-lumuslah aku menyiapkan barang-barang nak berniaga sebab aku sorang je kan.. selalu kitaorg bertiga atau berdua. Tapi ok je..


Seronok dapat kenalkan bisnes dekat office. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. 



 Supporter tegar HAHA



 Ramai orang kata mcm Datin BAHHAHA. Carrot sangat okk



 Bak kata Nana macam orang berniaga pasar malam... layankan..



 Eksyens... oh yg tak bertudung tu adalah penampakkan.. HAHA.



Support orang kedai depan hehe


Malam sebelum Jamuan Raya tu, beriya aku dengan Wan tengok youtube sebab aku nak pakai tudung style turban HAHAHHAHA. Yang lawaknya Wan pun beriya gila membantu. Thank you sayang :)

 

Apapun... jangan lupa Sabtu and Ahad (27 & 28 Sept) ni datang dekat e@curve. Nanti exact tpt akan di update di Instagram. Banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaa tudung, kimono cardigan dengan skirt.



Okbai.

Thursday, September 18, 2014

My Journey With Nutox



SALAM!!!


Tengok tajuk tu poyo tak? Memula aku nak letak hastag, sekali tgk balik cam poyo sangat lak.. Maka aku delete. Kalau siapa follow fb or Insta aku, aku selalu ckp Nutox ni bagus sebab aku pakai dah nak hampir setahun gak. And hasil mmg bagus. Tengok gambar di bawah. Ecehhh




Aku mmg tak pakai foundation



 
  No filter. Cuma guna reflection je ni.



Ada satu hari tu Nutox call aku cakap nak suruh aku try produk derang secara konsisten. Means lps produk tu habis dia akan bg yg lain lak..Aku pun ok je since aku memang pakai nutox. Uolsss barang free okayy haruslah kita terima dengan hati terbuka. Rejeki jangan ditolak. Hoho



So the first product is serum concentrate. Baru sampai last 2 weeks masa aku kat Penang lakk cepat ekk hanto. Nasib ada fiqa kat opis dia tolong amikkan parcel.  Thanks Fiqa I lap u. Yang best nya Nutox akan monitor aku. Kira bukan saje2 ahh kena amik result in two weeks. Maka nya aku takleh culas! Wahh penggunaan perkataan kau sekaranggggg










Turutan pemakaian produk Nutox


Untuk Setiap Step Produk Yang aku Pakai


CLEANSE
Pre-Cleanser
Cleansing Gel

TONE
Astringen Toner
Moisturizing Lotion

SERUM
Currently pakai yang Nutox bg (yg ni aku tak pakai sblm ni)

MOISTURIZE
Moisture Emulsion
Night Repair

PROTECT
Solar Block

TREAT
Tak pakai pape dlm range ni. Nnt ah mintak kat Nutox WAKAKKA



First Day guna Nutox Serum. Ni baru bangun tido dan mandi. Makanya mata merah (T.T)



Selepas seminggu... Nampak tak lebih anjal.. Nampak ke takkkkkkk. Marah ekk. Gambar before and after memang Nutox nak without make up. So itulah wajah without make up. Yang ats ni dah sarapan so segar sikit ghopernya nak compare dgn gambar hat tudung oren tu.



Barang barang make up yang sekangkang kera. Lipstick tu kemain banyak tp pakai nya idok.. Dah alergik nak pakai apa khennnn. Tu antara brg Nutox yg aku pki..Semua botol besar2 uolsss jimat... Tahan berbulan.. Tapi tatau lah kalau muka korang lebor nak kena pakai banyak.. hihi gurau jerrr jgn emo pls



Kesimpulan nya, aku suggest korang pakai Nutox ni sebab kolagen mmg bagus. Plus its from animal. Peringatan aku share gambar bukan nak menunjuk kulit elok ke apa tapi aku nak share keberkesanan produk ni. Jangan salah faham eh? Sbb ada org kata saya menunjuk (T.T) Sobs... nak nangis.....



Bawah ni ada entry2 lepas pasal Nutox.


Nantikan hasil nya selepas dua minggu kbai.

Wednesday, September 17, 2014

Baju Pengantin



SALAM!!!



Ada haritu orang tanya, di mana aku sewa baju pengantin masa kawen dulu. hakhak.. Sebenarnya... eh mcm dah cakap je dlm entry sebelum ni yang baju kawen aku semua buat sendiri... bukan lah aku jahit sendiri... kiranya aku tak sewa pun.. BAJU ITU MILIK SAYA! The main reason aku buat baju sendiri ialah sebab bentuk badan aku. Ketahui lah bahawa badan saya bersaiz M. Tapi pungkoq XL. Cemana tu??? SADIS SUNGGUH.



Kain baju2 tu mama beli dekat Indonesia. Gigih kan mak jemah pergi sana sebab nak beli kain. HAHAHA. Sebab mama beli untuk satu family sekali.. Tapi sebenarnya memang sangat murah dekat Indo. Sebab baju nikah aku beli dekat Jakel perghhhh melompat... Tapi sebab baju nikah tu beli awal kan.. so tak terasa sangat... padahal.. hatiku menangis kepiluan (T.T)


Baju Nikah. Simple lace ni warna Mama and Wan pilih. 
Aku? SUKAHATI KORANG lah...




Sanding belah Wan. Baju ni memang beads dia berat nak mamps. 
Tapi dia jatuh cantiklah. HEHE.




Sanding belah aku. Baju ni full lace. Memang berat dan rimas. Apakan daya.....



Harga kain sah2 lah aku tatau sebab Mama yang beli. Warna pun aku cakap ikut suka Mama lah nak warna apa. HAHHAA. Senang kan pengantin cam aku. Tak banyak songeh. 



Untuk upah baju aku pilih Scha Wedding. Harga memang berpatutan. 3 baju tu around 2k. Siap veil semua. Oklah kan.. and jahitan memang kemas and selesa. Memang aku recommend lah amik dia ni. And dia akan cakaplah apa yang sesuai untuk kau. Contoh mcm aku kan pungkoq besar so dia cakap lah apa yang sesuai dengan apa yang tak. So total busuk2 3 baju tu including upah dan harga kain ialah below 5k.



Hantaran pun aku amik dengan dia. Yang tu pun YA ALLAH suka gila!!!! Sebab simple and cantik plus semua fresh flower. Pelamin dgn hantaran semua fresh flower Scha guna :)



Ni gambar curik kat FB Page dia HAHAHHA






Link kat bawah kalau takleh bukak link atas ni.



https://www.facebook.com/schawedding



Okbai.


Wednesday, August 27, 2014

Archived Messages



SALAM!!!!



Semalam Wan amik aku lambat.... maka aku lepak dengan Ridza dengan mak dia... Lepas satu kedai ke satu kedai... 



Aku suka lepak dengan Ridza dengan mak dia sebab ada je topik kan.... hehe yelaa aku ni kan muka tak malu.. dulu selamber je p bercuti kat Perak... Tidur umah Ridza.. Siap tidur terkangkang lg depan TV.... ish ishhhh (-__________-) Kami dah mcm bff tahap adik beradik.. HAHHA..





 Lepas dah habis makan... dia hantar aku balik pergi office. Sebab driver I lambat skek. Chincoi..
Maka nya aku lepak dengan fiqa pulak, borak2 dengan fiqa... Lepas tu entah cemana Fiqa bukak cerita pasal archived messages on facebook. Aku cam WOW! ada ke??? (batak gila)



Maka aku pun pergi lah tengok archive aku hahahhahaha lawak gila okayyy... Terus aku tweet (rujuk gambar bawah)



Sumpah aku memang tak tahu langsung pasal archive ni kalau tahu dah lama tengok dan gelak..









I kenot believe that Indonesian guy from Political Science is super sweet HAHAHA. Nasib baik tak kawen dengan orang Indo kalau tak saya emang nya hari2 makan pilus ama ayam penyettt ahhhh! asyikkkkk.. HAHAHAHHA



Kadang-kadang bila fikir balik benda mcmni buat kita rasa dewasa kan. Ni semua pengalaman hidup yang tak boleh di beli ecehhhhh. kemain kau kan... Ada yang msg my love.. my fate... HOI MY ASS lahhhh HAHAHAHHA..



Suami aku takde pun panggil aku dgn panggilan mcmni okayy.. dia panggil D je.. D for Dear.. BAHAHHA gila pemalas kannn.. Tapi takpe iols suka..



Terima Kasih Kenangan!



Kbai.


Tuesday, August 19, 2014

Part 10 : RS & AJ





SALAM!!!!



Akhirnya kita telah pun sampai ke penghujung cerita RS & AJ. Lotih den. So, penutup cerita ni ialah kisah honeymoon. Weewoooo...



Mula2 masa bincang2 nak honeymoon, ada 3 tempat yang kitaorg dah narrow down kan. 


1) Maldieves
2) Japan
3) Bali or Krabi


Maka bermula lah pencarian ticket. Search punya search, masa aku tgh sibuk tu Air Asia takde pergi Maldieves. Lepas tu macam2 jenis syarikat penerbangan aku try. Ada satu tu sampai 35k. Aku cam...... Pergilaaa mati kan.. nak spend sampai 35k untuk tiket jek. Then cakap kat Wan, Maldieves takyah lah sebab tak mampu. Yelah untuk manusia gaji bawah poverty level memanglah tak mampu. HAHAHHAHAHAHA. Bak kata baba,'ukur  baju di badan sendiri" hakhak. Bye bye Maldieves I see you in court ....... #lawakhambar




Then second choice is Japan. Kebetulan masa kitaorg nak pergi tu tengah Sakura. Perghhh memang melompat harga tiket and hari nya tak boleh... Sebab cuti seminggu dah apply.. takleh ganjak sebab naik je cuti aku dah start kerja lain... Masa ni aku dah sedih dah.. sebab kitaorang ada kawan kat sana yang boleh bagi tempat tinggal. Tapi dah tak berjodoh.............................. byebye Sakura.




Last choice is Bali or Krabi. Masa ni asyik dok tanya2 spontan, nak Bali ke Krabi? Wan macam berat ke Bali. Aku berat ke Krabi. Last2 Krabi jugak jadi pilihan.. GIRLPOWER! . Baba tolong belikan tiket. Mama bagi credit card untuk hotel. Paling takleh blah, dengan bijaknya aku pergi book tiket pukul 7 pagi. Gila laaaa... so pukul 5 dah kena ada kat airport. perghhhhh nasib ada kawan Wan, Farid ni baik hati nak hantar. Thanks Farid. 



Masa nak pergi honeymoon ni memang kitaorg penat gila sebab baru habis majlis belah Wan. Aku cuti beberapa hari pergi honeymoon :)


Muka berlemoih tapi happy gila. SUMPAH!



Matahari terbit. SubahanALLAH..



Aku cam laaaa ni ke krabi.. cam Kelantan jekkk BAHAHHAHA.










Masa sampai2 Krabi tu pagi, dalam pukul 9 kot. Then terus naik teksi balik resort. Resort yang kami pilih ni dia macam ala ala back to nature sikit sebab Wan nak mcmtu. Nak privacy. HAHA. Tapi memang best dia macam pondok yang eksklusif lah. Ada balkoni ada tempat jemur kain dalam bilik. Kira luas lah. Bilik kitaorg betul2 depan swimming pool.


Wan siap cakap "hish... hutan sgt ni, sesilap ada babi hutan bawah pondok ni" lakkkkk. Tapi memang sentiasa dengar bunyi cengkerik. HAHAHA.. pencinta semulajadi sangat kannnn... *muntah* .. Aku lupa amik gambar resort (-_____________-) ... Sampai resort je Wan terus booked scooter untuk seminggu. Lepas tu...... masuk bilik je dua dua tidur terbongkang. Penat Ya Ampun. Sedar2 dah tengahari. HAHA.



 Ihsan google


 Bilik kitaorg sebijik mcmni


  Dia cam pondok atas bawah. Kitaorg belah bawah.


Bila malam..... hmmmm HAHAHA



Bila dah petang tu, kitaorg jalan2 keliling Krabi. Pastu pergi Tesco beli barang makanan. Tesco dia lebih kurang sama je mcm Tesco sini cuma warna tema dia hijau. Tapi ok lah... Lepas tu pergi makan... Aku memang excited nak try makan pancake yang orang gembar gemburkan. Kemain kan korang... mcm sedap sgt jekkk hahahha. 


Bila malam, kitaorg jalan2 lagi guna kaki. Parking motor pastu jalan.... masa ni lah kitaorang amik package untuk island hopping semua. Harga dia lebih kurang sama je semua, dalam 1100 bhat. Apa sahaja barang nak tahu harga Malaysia, buang satu kosong kat belakang. Senang kan??





Ni keesokkan hari nya, breakfast on bed. Bahagia gila!!! HAHAHA. Yang buat breakfast tu ofkos lah aku. Kalau suruh Wan makan pokok luar tu je kot. Lepas breakfast terus pergi Island hopping..... Kitaorg pergi Island hopping dekat 4 pulau ni ;


Phra Nang Cave
Tup Island
Chicken Island
 Poda Island



 



Pitam kegelian...

















Aku sebenarnya takde lah syok sangat nak p Island hopping bagai, saje syok sebab pergi tu dengan Wan... dia yang buat benda tu best, bukan benda tu memang best HAHHAA. Sebab mcm first time bercuti dengan lelaki. Feeling tu mcm bahagia gila tanak balik. HAHAHA. So memang takde cerita terperinci setiap pulau sebab aku pun tak ingat pulau apa nama apa. HAHAHA. 



Dalam pukul 5 mcm tu kami pun balik ke darat balik.... Mandi semua, lepas tu jalan2... Masa kat Krabi ni memang make up free habis sebab muka burnt. Aiyooo walau dah tenyeh sunblock... haroommm... terbakor jugak... Lepas jalan-jalan kami pergi dinner... 



Dinner kat Krabi ni aku tatau lah kan, tapi portion dia memang YA AMPUN banyak gila. Saiz makan sorang boleh makan 4 orang, nak terberak jugak lah Wan habiskan. Aku memang taklah kan... Biasa lah aku kan manusia boring... makan bihun2 je HAHA. Bab makanan halal, takyah risau sebab melambakkkk... ko pilih je nak restoran ke kedai biasa... Harga pun murah...





Restoran apatah ni.. lupa dah...


Makan tak habis, balik kena makan lagi.. nak pengsan kekenyangan.... 


Lepas makan je lepak2 jap... nak tengok TV tak faham sebab bahasa Thailand.. So main handphone jelah.. Lepas tu buat anak... and tidurrrr...........


Esok nya bangun pagi2, untuk Island hopping ke Phi Phi Island.








Phi Phi Island ni kena naik speedboat sebab jauh. Layankan jelah...... katanya tempat Leonardo Dicaprio berlakon... ye kot.. tapi memang cantik gila air dia... Tapi orang tu tak kasi terjun kat sini, carrot sangat mamat Thai tu...



Petang tu balik memang flat gilaaaaaaaaaaaaaa............... tapi gigih... sbb nak shopping. Macam macam kitaorang beli. Budak resort tu kata kalau nak beli cenderahati better pergi Noppharat Thara beach, sana murah sikit compared to Ao Nang. Maka kami pun layankan... naik scooter.. Best gak... Tapi memang murah gila compared dengan harga kat Ao Nang. Tapi last2 kat Ao Nang pun kami beli gak... Choyyyy..



Malam tu kami makan tempat biasa...  Lepas makan pergi berurut, memang tersangat lah murah. Tolong lah pergi berurut kalau dah sampai Krabi. Rugi besar tak berurut... lepas tu biasa lah aku kan.... nak juga Starbucks... Skrg dah boikot.. Dulu belum, jgn emo pls... Harga sama je dengan kat Malaysia tapi takleh guna card Starbucks Malaysia... maka bayar lahhhhh...







Ada satu masa tu naik motor, aku bisik kat telinga Wan... "Rasa taknak balik kan? Sebab kita berdua je kat sini.... best" Tapi memang masa kat sana tak fikir pasal kerja langsung. HAHA. Betul lah orang kata, honeymoon ni agak penting jugak sebab ni kenangan yang kita akan ingat sampai bila2....


Maka malam itu berakhir dengan Indah....................



*Senyum sendiri*



Nasihat aku, beli ticket cari yang betul2 murah. Sebab ticket aku hari tu dua orang pergi balik dalam RM800++ . Aku dengar orang lain dpt harga lagi murah. Choyy!!! Total belanja semua hotel, ticket, makan, cenderahati semua adalah dalam RM2500++ Sebab kat sana pun kitaorg dok tukar duit lagi... Aku ni sangat tak boleh backpackers... Berangan lah kau Amni... Oklah... Sape nak p Krabi boleh lah pi.. Best jugak.. Or mungkin best sbb kami memang beach person... meow.



I love you husband. You complete me :)


Kbai.

Monday, August 18, 2014

How to : Groupon



SALAM!!!!



Siapa kat dunia ni tak pernah dengar Groupon? Oh... nenek aku mungkin lah... tapi aku rasa remaja or young adult tahu apa itu groupon. Or at least dipanggil kupon. HAHAHHA. Pon boleh....



Aku mula kenal groupon ni lepas aku habis belajar. Kene cerita dari bibit-bibit perkenalan okay. Takleh potong2. Masa aku habis belajar, aku rehat setahun tak kerja. Sebab Mama kata rileks lah dulu, takyah rush sangat nak cari kerja bukan dia takde duit nak bg aku. HAHAHA kemain kannn fefeeling anak raja sangat aku.... So masa tu aku pun takde keje, jd surirumah jerrrr. And disebabkan aku boring, aku pun rajinlah baca paper semua tu. 






Then kalau korang perasan... ada je iklan2 dekat paper tu, Yun Nam lah kuruskan bdan lah... Aku memula cam betul ke ni????? Cam tipu jek. Lalu aku try satu, call lah kan.. Aku rasa yang aku pergi tu Bizzy Body kot. Yang bayar rm 10 ke rm 30.. So aku pergi lah, sekali betul... memang murah. Layankan jelah... lpstu aku terjebak.... perghhh beli serum apatah... kemainnn tapi mmg bagus benda tu so layankan jelah... lepastu aku mcm terfikir, mcmana orang yang takde duit (masa tu lah) mcm aku nak menikmati benda2 mcmni.



Entah cemana, aku main internet pastu ada iklan2 tepi2 tu. Saje click... lepas tu... OMG OMG OMG.... HAHHAHA.. ok manusia nama Amni yang mudah terpengaruh dah terjebak dengan jayanya. Lepas tu aku pun rancak lah.... p spa sana sini.. tp ada jugak spa yang aku memang bayar sendiri... as in not using groupon lah... hehe..


So kat sini aku nak bg tips2 nak guna groupon :


1) Cekal kan hati


Kalau kau pergi groupon untuk kecantikkan (spa, manicure whatsoeva) lepas treatment, dia akan ayat kau baik punya.... kulit kau rosak lah.. kulit kau kemerahan lah sensitif lah pdhal sebelum tu guna sabun mandi cuci muka rileks je.. and bermacam2 tawaran dia bg yang memang akan expired HARI TU JUGAK (-_________-) Kalau tak beli hrni, akan habis dah tawaran tu kat muka bumi ni. haha over kan... ataupun dia akan suruh kau letak deposit, rm 50 pun jadi.



Being me, kalau dah sampai tahap aku guna groupon tu, means aku takde duit sangat lah kannnn hahaha. so nk letak depo pun aku taknak.. Bagi yang mudah terpedaya, di nasihatkan bawak kawan yang mulut laser sikit, kalau takde kawan mcmtu, sila bawak aku. Aku pakar dah bebenda mcmni. 


2) Buat appoinment


Kalau ikut style aku, aku akan buat appoinment dulu, baru beli. Sebab kadang2 kalau tu groupon popular, cepat jekkk fully booked. Biasa kita nak guna on weekends kan.. tapi masa tu jugalah banyak manusia2 lain yang nak guna jugak. Dah hari tu je yang cuti kan.... haruslah noks...


Lepas dah buat apppoinment baru beli. Jangan lupa cakap sekali kau tu pengguna groupon. Tapi aku kadang2 nak cepat aku beli je, beli banyak2, lepastu tak guna... bg orang. What is this madness Amni?



3) Baca terms and conditions


Ni memang part paling penting, sebab kadang2 ada lah syarat2 tersembunyi... Contoh : Ada kawan aku beli groupon untuk breast massage. Sekali tetbe kena bayar EXTRA untuk beli minyak massage tu. Boleh ekkk kwaja sangat... ni nama nya taktik. Aku tatau lah ada ke tak kat terms and conditions pasal beli minyak tapi korang boleh tanya sebelum beli.


Aku selalu akan bawak suami aku, si Wan tu sekali kalau aku pi spa. And tak semua spa ada untuk lelaki, so kena baca syarat2 dia, jangan main beli je. Normally kalau spa yang boleh bwk lelaki tu , dia perlukan perempuan untuk teman kan.


Antara syarat lain ialah first time customer.. yelah kan kalau asik kau lepas kau, kau lagi.. lemakk lakkkk



4) Tempat



Biasa nya kalau deal yang kebabomm akan ada di Melaka, Johor ataupun Penang. HAHAHA. Sila semak tempat dulu sebelum beli okayyy. Aku dulu hampir beli, sekali tengok kat Penang.. pffftttttttttttttttt.. Carrot sangattt!



5) Sentiasa check and alert



Aku ada satu perangai yang asyik membeli je tak sesudah.. Kalau tengah mood aku nak beli groupon tu, sampai beratus gaklah.. tapi lepas tu aku lupa (-_______-) siap boleh tanya lg diri sendiri kadang2 bila masa aku beli ni?? lakkkk... ada hari tu, periuk sampai kat opis.. siapa lakk hantar ni.. aku pelik gila.. sekali rupanya aku beli kat groupon HAHAHHAHA. Melampau kannn periuk pun beli groupon. Sebab murah sangatt geram!


And selalu spa2 tu aku tak pergi, mangsa nya biasa lah adalah adik aku. HAHA. Kesian dia. elehh ke dia suka aku lupa aku ada groupon. hmmmmmm. Ingat sentiasa check account ehh kot2 ada yg belum guna... kalau dah guna akan ada HISTORY ok..



Ok cukup lah setakat itu, bagi aku groupon ni bagus, sebab selain dia bg kita merasa, kita jimat gak sebenarnya. Kalau suka, boleh dtg lain kali... takde masalah pun... Saje suka2.. HAHAHA.. takde keje kan.... 


Okbai.


Friday, August 8, 2014

Tips hilangkan tangan pijar



SALAM!!!!!



Semalam aku WFH (Work from Home) sebab demam. So habis keje je, aku masuk dapur sebab Mama pergi kursus sampai sabtu. So alang2 aku ada kat rumah baik aku masak. So selengkor dapur, decide nak masak ayam balado, kailan ikan masin, ikan and ayam goreng. Beriya betul Lunch tu aku masak seafood spaghetti untuk adik aku. Kesian dia tak makan nanti kurus plak khennnnn...



So petang tu aku pun fefeeling lah kan nak tumbuk cili guna lesung. Beriya ni cari lesung batu kat luar rumah (now you know betapa tak diguna kan lesung itu) HAHHAHHAHA. Bila jumpa penuh tahi lipas... Ke lipas dh buat petempatan kat situ?? HAHHAA. Gigih lah aku basuh bersih2 pastu tumbuk cili merah bawang cili padi semua. Lepas tu secara automatiknya, lepas tumbuk tu aku korek bahan2 tu guna tangan. (gaya cam mak mak kan)



Lepas tu masak mcm biasa................................







Bila dah malam... Perghhhhhh......... Serius sampai tahap aku menangis dia punya pijar... Panas semacam.......... Aku rendam tangan aku dengan ais.. Wah sedap.... lega... bila angkat and pegang benda lain panas gila.. OMG memang sangat panas, sampai nak mandi, tersentuh air pedih gila...



SILA JANGAN GUNA AIS KALAU PIJAR!!! AMARAN KERAS.



Lepas tu sambil rendam dalam ais (degil ek, rendam lagi sebab aku tak tahan sangat) Lepas tu aku letak tangan kat econ lah. HAROM....  tak menjadi pun... Lepas tu teringat selalu letak tangan dlm beras.. Aku pun berlari ke bawah letak tgn dlm beras... Menjerit aku kepanasan.... Nasib aku tak sepak tong beras tu...



Last2, aku cakap kat Wan... "B.... tolonglah... bukak Safari cari cara2 nak hilangkan pijar".. Wan pun bukak... pastu dia baca2.. "D paling banyak orang kata letak garam... lepastu rendam dalam air"




"Okbye" *terus turun bawah balik*



Aku pun lumur tangan aku dengan garam... Sorry Mama anakmu habiskan garam, saya hampir mati kerana tangan nak tercabut. hewhewhew. Lepas letak garam aku baring terlentang atas katil dalam 20minit kot. Lepas tu aku masuk bilik air, Wan kata tutup lubang air, rendam tangan.... 



Aku pun rendam dengan tangan bergaram tu sekali, adalah 10 minit kot. Sekali keluarkan....... YA Allah........... Syukur!!!! Memang hilang... tapi bila bersentuh sakit lah.. tapi tak pedih... hehe.. Happy gila aku masa tu.



Lepastu dekat atas katil banyak garam (-___________-)




"B lah bersihkan.... tangan I sakit" HAHAHAHHA.



So petua paling okay bagi aku ialah, lumur garam then rendam dalam air. Tapi masa lumur garam tu memang rasa tangan cam terbakar. Merah gila tangan aku. Insaf!




  
 Makcik takyah nak syok sgt duduk kat cili. *EMO*



So kesimpulan dia, NO MORE LESUNG BATU. HELLO BLENDER :)

 

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...