Wednesday, January 11, 2012

Terharu


SALAM!!!


Den terharu ada orang rindu den. Hehehe.


Btw, kak siti is hj's kak sedara. Tak pernah jumpa. Tapi rasa dekat selalu :')





Kasih sayang tu pelik tapi indah. Orang yang kita tak pernah jumpa pun, kita boleh sayang sepenuh hati.


Satu Anugerah dr ALLAH :)


Saya ada peminat. hehehe.kbye.

Tuesday, January 10, 2012

Expectations



SALAM!!!


Kenapa tajuk entry ni cam bitter je kan. Apakes aku nk bitter pepagi buta ni? Tiba-tiba aku terfikir nak tulis pasal ni. Harap maklum tiba-tiba ya. Sebab den takde kerja. Huahuahua.


Apa yang korang faham kalau cakap pasal expectations? Sesuatu yang kita harapkan? Sesuatu yang kita inginkan?


Aku nak cakap expectations dalam konteks love ok.


"Love has nothing to do with what you are expecting to get, it's what you are expected to give"


If dalam certain relationship, expectations tu something yang common. Come on... don't lie. And sometimes expectations boleh jadi issue yang critical kalau kita tak pandai control. Lagi-lagi bila pasangan kita tu, before this dia with someone yang menepati expectations dia. Once when he/she dengan kita, kita tak reach the requirements, di situ lah akan mula conflict.


Bila dah mula conflict, he/she will start to compare. Compare. COMPARE. annoying gila word ni. hahaha. and bila dah compare, IF, kita better, we'll be fine, IF not, sumpah sedih tahap nak cium ketiak sendiri kan. Zasss. Sentap hati mak nak.


And ada banyak faktor yang buat kita ada certain expectations. Antaranya :


1. Kisah Lalu
2. Pengaruh Aaron Aziz
3. Pengaruh Cerita Korea
4. Pengaruh bf kawan
5. Keinginan sendiri


Untuk bagi korang lg senang faham malah terus zass ke hati nurani, aku akan bg contoh, mcm biasa lah kan. Nak contoh pasal aku ke? Pui.


#1


Banyak perempuan, expect nk jumpa bf dia hari2. Jangan tipu.Tapi, meh kita fikir ramai-ramai, kauingatbfkautakdekejelain???? huahuahua. So, jangan expect benda yang pasangan kau tak mampu buat. Lainlah kalau ko keje setempat dengan pasangan kau. Mungkin kebarangkalian untuk jumpa hari2 tu ada lah. Ataupun kalau pasangan kau ada private jet... boleh kot nak expect.. huahuahua.


Expect less. At least kita tak rasa sedih sangat. And kita expect benda yang kita rasa pasangan kita boleh/mampu buat. Hati kau tak sakit, tak pressure.


#2

Amni kawin dgn Bruce Willis. Amni seorang working woman. Busy. Tak dapat layan Bruce sepanjang masa. Dalam kes ni, Bruce tak boleh nak expect Amni layan dia 24/7. For example, if Amni balik kerja lambat, tak dapat buat air for teatime. but Bruce expect Amni buat. Tapi Amni tak dapat buat. So Bruce akan rasa keinginan dia tak di penuhi. So di situ akan mula nya conflict.

Seharusnya bila Bruce dah tahu yang Amni tak dapat nak fulfill expectations dia. Dia kena overcome benda tu sendiri. And ni juga ada kaitan dengan Give and take. Kita kena tahu kemampuan pasangan kita tu.


Kesimpulan nya sekarang, first of all, kita kena kenal pasangan kita. Dia tu cemana. Apa kemampuan dia. Apa perangai dia. And then, terima dia. Kalau benda yang kita expect tu, dia memang tak mampu buat, memang dia tak mampu so jangan paksa.



Tanya diri kita balik, kalau jadi kat kita cemana? Apa kita rasa? Bak kata mak aku kalau kita taknak orang buat kita, kita jangan buat orang. Kan????



And berhati-hati lah dengan expectations ni. Sebab dia boleh jadi BIG issues dalam relationship and ada possibility untuk meranapkan relationship tu.



Expect less. Sebab bila kita expect less, and bila benda yang kita expect tu jadi lebih dr apa yang kita expect, kan best feeling tu.. surprise surprise! Appreciate pasangan anda and you'll be happy :)



Sekian. penatnyaaa membebel. kbye.



Monday, January 9, 2012

sengal #105 : adik beradik sengal 3


SALAM!!!


Di suatu pagi, adik aku yaya balik dari UITM. Sebelum balik dia msg, "Petang ni kita keluar ya". Then aku ok jelah.


Extra Info :

APPLE (kedai jual manik yg terletak di klang)


Kejadian berlaku di dapur.

Aku : *tengah lap lantai sbb susu tumpah kucing minum*
Yaya : Ngah, nanti kita gi kedai apple ya.
Aku : Hari ni ahad kot, kedai apple bukak sampai kul 12 je.
Yaya : Yeke? Macam tak je
Aku : Ya, haritu masa aku gi jahit tepi tu, dia swuh aku gi amik esoknya sbb tak sempat siap dia nk tutup dah.
Yaya : Ohh Okay.
Aku : Ko nk gi kedai apple buat apa? Nak beli manik?
Yaya : Taklah nak tgk iPod touch.
Aku : *buat muka*
Yaya : Dah gelak kuat gila.


HAHAHAHHAAHAHHAHAHHAHAHAHHAA


Aku : Ek eleeeeeeeeeeeeeeeeeeeee cakaplah kedai MACHINES. helloooo Apple is a brand.
Yaya : HAHAHHAHAHA. apasal aku pun cam layan ke apa kau cakap.


SAMBUNG GELAK MCM ORG GILA SAMPAI MAMA MARAH.


Patut adik aku pelik napa aku kata kedai tu tutup. cis. Miscommunication sungguh.


kbye.

Wednesday, January 4, 2012

Kukuku penyakitku

SALAM!!!!


Di saat kerja aku banyak menimbun, masih lagi aku menyempat membaca artikel2. Tiba-tiba ada satu artikel ni menarik minat wanita ku. Eceh. ni bukan pasal shopping atau spa. Saya punya minat yang lain juga. Heh.


Ketahui penyakit melalui kuku. Interesting bukan? Mudah dan cepat. So lets go!




First of all, kuku yg sihat warna dia light pink. Semi-transparent, yang ni maybe warna putih lah kot sbb transparent. Sekarang tgk kuku korang ada tak bentuk separuh bulat?di bahagian belakang. Kita panggil lunula. Lunula tu warna putih. Kalau kuku korang memenuhi description atas ni, sila tarik nafas lega. anda selamat. Ya, saya juga :)


Pernah tak dulu masa sekolah dekat kuku korang ada cam garisan putih2, cam calar, pastu kwn2 kata tu tanda berapa banyak anak korang ada. Masa tu aku takde satu pun. DOWN. Ha, sekarang ni baru aku tahu, siapa yg kuku dia ada garisan putih halus atau cam bentuk cakaran tu means kuku dia ada jangkitan bakteria, virus atau kulat. HAHAHHAHAHA. Tapi tu tak serious lah. Kalau rasa teruk sangat, boleh pergi jumpa doktor, kang kuar cacing plak kuku tu. EUWWWW.


#
1

Sindrom Kuku Putih



Seluruh kuku berwarna putih. Bila kuku warna putih ni kebarangkalian besar berkait rapat dengan penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, sirosis hati, tuberkulosis paru-paru, kencing manis, atau artritis reumatoid. Ha amik kau apa jenis penyakit pun aku tatau. So, kalau rasa korang ada kuku putih, cepat2 jumpa doktor.

#2
Kuku Terry

Untuk kuku jenis ni, kebanyakannya kuku berwarna putih dan kasar. Ada jalur merah jambu atau mungkin merah di bahagian atas kuku. Perubahan pada kuku ini 80 peratus daripadanya ialah pesakit yang menghidap sirosis hati, kegagalan jantung, kencing manis, HIV dan lain-lain.


#3

Kuku Muehrcke


Kuku jenis ini berlaku bila darah di sekitar kuku kita mengalir secara tidak normal. Bila korang ada kuku jenis camni, akan nampak pada kuku korang, normally kuku yang ke 2,3,dan 4 akan ada garis mendatar. And bila korang tekan kuku korang, garisan tu akan hilang sebab darah korang mengalir menyebabkan garisan tu hilang. Penyakit yang berkaitan dengan kuku jenis ini ialah penyakit hati, kekurangan zat makanan, dan sindrom nephrotic (kesan sampingan bila melakukan chemo)


#4

Kuku bentuk sudu


Biasanya orang yang kuku bentuk sudu ni dia kekurangan zat besi. Makkk aiii.. cam banyak je org kuku camni kann.

#5

Kuku separuh separuh

Kuku cam ada dua kaler, pink dan pink kecoklatan. Kuku jenis ini biasa di dapati pada orang yang ada kidney disorder.


#6

Kuku princess


Kuku princess adalah kuku yang sihat. Malah berwarna. Ewahhhh hahaha tipu je, ni kuku aku. Sebab abg baru kawin maka aku pun berinai.


So, mana kah kuku anda?? Harap2 takde seperti yang di atas.


Take Care Garnier *tetbe*


kbye.

Tahun Baru 2012


SALAM!!


Tahun Baru? New Year? Sama je macam tahun2 lepas. Tak pernah aku celebrate. Dari zaman belajar, mesti duduk melepak dalam bilik tgk PC dgn ecah. Ingatkan bila dah grad, aku gi lah celebrate, maklum lah umur pun dah 25 tahun.


Tapi...hahahaHARAM... sama je.. sbb tahun baru pun, takde apa yang baru cuma aku je makin tua. TUA. puiii.


Aku tak ingat azam aku apa tahun lepas. Tapi tahun ni aku harap better dari last year. I just wanna be happy with my loved ones and success dalam kerja. Semoga kerja aku tak melambak-lambak. huhhuhuhu.


Bak kata abg aku baik beli brg2 kat courts mammoth tahun lepas, sbb kan nk kiamat tahun ni. ngekkkk gila.. so tak hbs byr, dapat rasa guna barang tu. ahahhahah.


muka aku berusia 25 Tahun!!!!! OMG.


apasal sama je muka macam 3 tahun lepas. ewahhhhhh.


kbye.


Saturday, December 3, 2011

Signature Pose


SALAM!!!


Signature? Tanda tangan? Pose? Posing? Apa makna pose dlm bahasa melayu? bergaya? Gaya? Gaya, Mutu, dan keunggulan? Aku pun tatau. huhu. tapi word signature pose ni memang common bg org yang gila glammmm. yang suka amik gambar. ya, seperti aku.


Signature pose ni kira mcm pose yang kita mesti akan buat bila orang amik gambar kita. Kira macam by posing like that kita confident yang kita mmg nampak elok, terbaik, hot, yakin, bersemangat. ok dah lah tu lebih2 plak. Biasanya signature pose ni kita akan flaunt anggota badan yang kita rasa paling sexy dan menarik. chewahhh.


Macam biasa, kita amik si penulis sebagai contoh. cheeee. Aku kalau posing mesti nk letak tangan kat pinggang. KONON nk nampak kurus walhal tak punnnn. Sampai mama selalu sound, "cuba bergambar tu bg elok2 sikit". Sesungguhnya, mama tersayang takde signature pose. AHHAHA. kuangajar punya anak. cis.


Biasa nya, orang awam atau org kebanyakkan mcm aku ni, orang tak amik POT pun ko ada signature pose ke tak. Lainlah kalau kau Megan fox. Heh. Tapi iras2 megan fox cam aku pun orang kisah kotttttt. PUI.


Contoh-contoh artis yang stick with the same pose :



Blake Lively or Serena Van Der Woodsen, rindu plak nak tgk GG. cis. Kalau korang perasan, kaki blake ni sangat cantik kan, tinggi lampai, so dia pose nk tunjuk kaki dia. Kaki membunuh kauuuu!



Kim K. Curvy curry betul laaa. Fav pose Kim K ialah meletakkan tangan di pinggang. "HELLOOOO pinggang i ramping kannnn". so highlight bdn dia yg sgt hot curvy cury. yummy.


Kak Megan i memang zasssss. Sexy ok. Renungan membunuh kau! Pose ni aku tak pernah try, Kalau kak megan buat2 cam pegang rambut nk nampak sexy, aku nak pegang apa?? Tudung? Buat cam aku tgh nak betul2 kan tdung? hahaharam.


Victoria Beckham yang sentiasa stylish. Memang pose pun nak cam model saje. Badan cam kebelakang sikit, tgn kat pinggul. Memang tunjuk baju dia and badan dia yang mmg ramping kalah biskut cream crackers Hup Seng.

So? Apakah Signature pose anda? Kalau aku, aku rasa aku ikut Kim K punya. Maybe sbb badan kitaorg sama? KAHKAHKAH. mcm nk kena tampar. Ada bukti ok. I tak cakap melulu-lulu.








Ewah ewah kan i dah kata i ada bukti. heh. Tapi paling comel ialah bila makcik aku post gambar anak dia graduation kindergarten, siap pose cam aku. Mak dia kata ni pengaruh kakak nurul lah ni. HAHAHAHHAHA.



oh. Kena ajar pose ala2 jantan sikit ary ni. NO Kim K pose ok ary. Nanti kak Nurul ajar pose ala2 David Beckham. Hehehe.


kbye.

#apaajmasak : Resipi Kueh Teow Goreng Mudah

SALAM Hi korang harini nak share resipi kueh teow goreng yang sangat mudah. Sangat mudah sampai ko boleh fikir logik HAHHAHAH ...